Dekat pejabat saya je perempuan. Dalam diam boss bertaruh, kalau staff berjaya ‘dapat’, boss bagi ganjaran

Sampai satu ketika, lepas lahirkan anak ketiga, saya nekad. Saya tak akan bagi orang pijak kepala saya lagi. Siapa s4kitkan hati saya, mereka harus terima akibatnya. Saya bidas dan baIas balik segala perbuatan biras dan ipar – ipar pada saya. Kawan – kawan yang layan saya lebih kurang, semua saya perli di status facebook.

#Foto sekadar hiasan. Hai. Saya Sha. Seorang manusia t0ksik. Saya tak ingat, sejak bila saya menjadi seorang yang t0ksik. Ingatan terakhir saya, saya adalah seorang yang disenangi ramai. Ramai kawan. Boleh masuk dengan mana mana “puak” sekalipun.

Jarang marah. Tak suka perli orang. Tak suka gaduh dengan orang dan sebagainya. Hanya sengih sekiranya saya dis4kiti secara berdepan. Dari kecil, saya dibuIi dan dilayan lebih kurang oleh kawan – kawan dan saud4ra mara.

Maafkan saya sekiranya confession ni terlalu panjang. Saya tak biasa mengarang. Saya tak ceritakan semua. Cuma cukup sikit – sikit dan cukup anda semua perlu tahu, yang saya suka pendamkan semua masalah selama saya hidup.

Maaf kalau bahasa tunggang terbalik. Saya cuba. Saya cuma nak luahkan. Masa kecil, kawan – kawan sebaya suka membuIi saya. Apa saya buat semua tak kena. Saya tak boleh tolong rakam favourite tv show jiran, di callnya saya m4ki hamun.

Sedangkan saya baru 9 tahun. Nak rakam apa – apa kena cari tape kosong. Nak kena tanya mak abah dulu. Ada kes di mana kawan baik saya merajuk dengan saya sebab saya tak teman dia ke toilet dan secara tiba – tiba satu kelas pun tak kawan dengan saya.

Semua ikut merajuk. Tapi tu masa kecil. Tak beri kesan sangat pada saya masa tu. Masa sekolah menengah, saya diterima ke sekolah berasrama. Terujanya tapi takut sebab saya tak pernah berjauhan dengan family. Saya homes1ck awal – awal di asrama.

Mujur ada jiran saya, dia kawan saya juga sebab kami memang dari sekolah yang sama dan sekelas. Masa di sekolah lama, hari – hari kami berjalan kaki ke sekolah bersama – sama. Memang boleh dik4ta kawan baik. Tiba – tiba dapat pulak sekolah asrama dan dorm yang sama. Saya bahagia. Hilang sikit homes1ck saya.

Tapi tu semua sekejap ja. Secara tiba – tiba kawan baik saya tak mahu cakap dengan saya, pulaukan saya, tak mahu cakap dengan saya, tapi dia dengan budak – budak dorm lain baik saja. Dengan saya je. Jadinya saya bawa diri, kawan dengan budak – budak lain.

Tapi benda ni buat saya sedih. Kenapa tiba – tiba dia berubah. Bayangkan, masa sekolah lama berkawan baik, susah senang sama – sama, jalan kaki ke sekolah sama – sama, rehat sama – sama. Tiba – tiba bila masuk sekolah baru terus saya dipulau.

Masa di universiti, saya okey sahaja. Cuma kawan – kawan saya semua bermulut lepas. Saya baru belajar pakai tudung, dik4tanya selekeh baik tak payah pakai tudung. Saya pakai kasut tinggi, siap doa saya jatuh dan nak gelak.

Saya pakai baju dua lapis, dikutuk – kutuk kata tak berfesyen and dipersoalkan sehingga bermasam muka. Hanya kerana saya pakai baju dua lapis. Saya pakai baju dua lapis kerana baju yang luar tu pendek. Jadi saya pakai singlet panjang di dalam supaya b0ntot tertutup.

Banyak lagiIah laser dorang pada saya. Sebab saya jenis sengih je. Tak nak simpan dalam hati. Kawan kan? Dah kerja, saya ditik4m belakang oleh rakan sekerja. Saya ceritakan masalah peribadi pada dia. Sebab masa tu, saya str3ss masalah boyfriend.

Tapi rupanya semua diceritakan balik, hampir satu office tahu masalah peribadi saya. Boss pulak suruh saya berbaik dengan sorang senior atas urusan kerja. Rupanya boss berpakat dengan officemate lain. Mereka bertaruh kalau senior tu dapat hantar saya pulang ke rumah dari kerja, senior tu akan dapat ganjaran dari boss.

Beberapa kali jugak la dorang bertaruh atas saya. Saya tak boleh tolak, sebab, saya dip4ksa. B0dohnya saya ikut saja. Masa tu tak ada grab car, tak ada my teksi, tak ada my car, semua jenis ehailing system masih belum wujud.

Jadi bila kena OT, boss akan minta senior tu hantarkan. Saya setuju sebab saya takda transport. Lama – lama senior tu baik dengan saya, saya ingat baik as kawan. Rupanya dorang ada bertaruh. Saya jenis baik tak kira lelaki perempuan.

Lepak – lepak, keluar makan tu bagi saya takda apa – apa. Sebab masa tu office saya takda staff perempuan. Saya satu – satunya staff perempuan. Lepas saya dapat tahu semua, saya kena depr3ssion teruk. Hari – hari mimpi m4ti. Saya malu sangat.

Saya doa, supaya Allah bagi baIasan pada mereka. Dan Allah jawab doa saya apabila senior tu diberhentikan kerja dan boss saya kehilangan client terbesarnya sehingga tak mampu bayar gaji pekerja. Jadi kami ramai – ramai berhenti kerja.

Entahlah tu baIasan pada dorang atas apa dorang buat pada saya atau tak. Tapi saya rasa doa orang terani4ya ni mujarab. Masa lepas kahwin, saya yang introvert ni diletakkan di rumah in law. Kebetulan masa tu saya baru lepas berhenti kerja dari office yang saya ceritakan di atas.

Mak dan ayah mertua susah hati saya tidak kerja. Hari – hari ditanya bila nak kerja. Sedangkan hampir meIetup jobstreet, google, mudah, maukerja saya godek. Semua application tak diterima. Masa tu ekonomi baru start meleset.

Setahun saya menganggur dari kerja profesional. Saya kerja di kedai runcit area rumah mertua. Pandangan orang? Jangan cerita. Biras ipar duai semua mengata. Layanan dorang pada saya pun layan ala kadar sahaja. Dorang tak anggap saya serius.

Bila saya datang berborak, pandang muka pun tak. Datang rumah mertua, tak pandang muka saya langsung. Saya pendam sahaja. Sehinggakan saya mer0yan selepas bersalin anak pertama. Masa mengandung anak pertama, doktor detect anak saya kecil tak selari usia.

Sedih, saya luahkan pada kawan “baik” saya. Dia boleh gelakkan saya. Masa tu saya cerita untuk dapatkan sokongan. Tapi… Kenapa? Kenapa itu yang saya dapat. Tak ada ke sedikit common sense? Dia ceritakan macam mana anak pertama dia gugur sebab masalah baby terlalu kecil. Siap cakap “harap – harap anak ko tak gugur lah ye hahahaha”. “Hahaha” tu saya tak boleh terima. Kenapa kena “hahaha”?

Banyak lagi kejadian tapi terlalu banyak tak mampu saya habiskan dalam 1 karangan. Setelah semua kejadian – kejadian sepanjang hidup saya ni, sampai satu ketika, setelah saya lahirkan anak ketiga, saya nekad. Saya takkan bagi orang pijak kepala saya lagi.

Siapa s4kitkan hati saya, mereka harus terima akibatnya. Saya bidas dan baIas balik segala perbuatan biras dan ipar – ipar saya pada saya. Kawan – kawan yang layan saya lebih kurang, semua saya perli di status facebook.

Siapa layan saya nak tak nak, 100 kali saya baIas balik layan dorang nak tak nak. Siapa pernah s4kitkan hati saya dahulu, saya block dari semua sosiaI media saya. Siapa memperlekehkan saya, saya akan tunjukkan yang saya bukan level yang dorang lekehkan.

Saya fluent dalam bahasa inggeris, saya tunjukkan. Saya pandai memasak. Saya tunjukkan pada dorang. Saya puas. Bila dapat tunjukkan pada dorang, saya bukan tak berguna seperti yang dorang fikirkan. Sikit pun saya tak sedar, lama – lama saya hilang semua kawan saya.

Saya jadi tak baik dengan saud4ra mara beIah saya mahupun suami. Semua mungkin terasa dengan sikap saya. Lama – lama saya sunyi. Saya baru tersedar. Saya dah jadi t0ksik. Jadi Allah tarik saya dari mereka supaya mereka bahagia.

Ya Allah apa dah saya buat ni. Sekarang dalam hidup saya, hanyalah keluarga kecil saya dan keluarga saya di kampung. Ada la 5 orang kawan baik yang jarang berhubung. Itu sahaja cycle saya. Saya sedih. Saya jadi pend3ndam.

Sebab itu saya baIas balik. Dari kecil saya diperlekehkan. Saya senyum bila orang marah – marah. Bila orang mengata saya diam. Rupanya semua tu jadi nanah dalam hidup saya. Dalam diri saya. Sebab tu di akhirnya saya meIetup juga dan baIas balik pada semua orang.

Tapi akhirnya, saya juga yang terima akibatnya. Di usia 40 tahun. Saya tiada rakan baik. Tiada saud4ra mara yang rapat. Whatsapp saya sunyi. Instagram saya sunyi dari like. Facebook status saya hanya keluarga di kampung yang komen.

Saya sunyi ya Allah. Kalau saya m4ti, saya rasa tiada yang akan datang. Saya tak mahu macam tu. Sekarang saya cuba perbaiki hubungan saya dengan Allah. Sedikit demi sedikit kawan – kawan lama muncul kembali. Tapi…

Masih sempatkah saya perbaiki semua ni sebelum saya menutup mata? Doakan saya dipermudahkan segala urusan ya… – Sha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Adilah Sabri : Sebenarnya normal.. lepas kahwin.. suami la satu – satunya kawan kita. Kawan – kawan sekolah? Hampir semua lost contact, kawan – kawan uni? Masing – masing sibuk hal dunia masing – masing. Kawan – kawan tempat kerja?

Jumpa time keje dah la. Masing – masing sibuk hal masing – masing. Yang masih kekal dan rapat, concern dengan kita, ahli keluarga kita sahaja. Jadi berilah perhatian sepenuhnya kepada mereka. Tengok anak – anak membesar depan mata, ceria gembira pun dah cukup buat hati ni rasa bahagia.

Tak perlu nak kawan ramai – ramai, lebih – lebih lagi kawan – kawan t0ksik, yang membuIi, yang mngata, yang pandang rendah.. tolak mereka jauh – jauh tapi kalau perlu juga, rajinkan diri ke masjid atau majlis – majlis ilmu, InsyaAllah akan jumpa orang – orang yang baik, yang ikhlas berkawan, dan akhlak pun baik – baik InsyaAllah. Dekatkn diri je dengan Allah.. percayalah, m4ti kita takkan bersendirian.. Allah Maha Adil.

Noor Asilah : Saya lebih suka kualiti dari kuantiti. Tak perlu pun ramai kawan tapi kebanyakannya t0ksik. Buat la apa yang kita suka dan buatkan kita gembira. Bukan untuk gembirakan orang. Limitkan masa untuk berbual dengan orang yang tak suka kita.

Cukup setakat bagi salam dan jawab salam. Tanya pasal kesihatan masing – masing. Tak perlu go deep. Kita kalau hidup nak orang suka. Sampai m4ti orang takkan suka. Buatlah apa yang Allah suka.

Mastura Burhanuddin : Hidup kita bukan berdasarkan berapa like, love bagai. Kita happykan diri kita dengan cara kita, jangan buat apa – apa dengan harapan nanti dapat pujian orang. Wujudkan cycle positif, baik itu berpada – pada. Buruk pun berskala sederhana. Tak lambat nak baiki kelemahan diri. Kita hidup bukan berlama – lama di dunia sahaja.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.