Dari dulu benci ayah, tak sangka lepas meninggal dunia ini yang ayah tinggal. Perkara pertama aku buat halau mak tiri keluar

Aku berd3ndam dengan mak ayah aku sebab mereka bercerai, aku terabai. Masa ayah masuk ICU 2 hari, aku rasa segala doa aku makbul sebab aku memang nak ayah m4ti. Sehinggalah lepas ayah dah meninggaI, aku tak sangka dengan apa yang arw4h tinggalkan untuk aku. Aku nekad halau mak tiri keluar dari rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hai semua.. Terima kasuh admin siarkan kisah aku, semoga kalian semua dalam rahmat Allah SWT. Pertama sekali, aku selalu habiskan masa baca pengalaman hidup korang kat sini.

Dah lama aku nak kongsi tentang cerita aku tapi aku malas nak taip panjang – panjang tambah dengan sibuk, malu dan macam – macam la yang boleh dijadikan alasan. Sesiapa yang baca ni, aku harap ia boleh jadi pengajaran dan tolong bantu aku.

Umur aku dah 22 tahun, merupakan anak tunggal yang lahir dalam kemewahan, mak dan daddy yang ada pangkat dan title. Cuma satu je masalah aku, aku tak dapat perhatian dari kedua arw4h orang tua aku. Aku hanya membesar dengan bibik dan dididik dgn tegas, penuh protokol macam aku aset negara.

Dikongkong, dikawal rapi, aku tak boleh berkawan sesuka hati. Sem4kin dewasa aku sem4kin berani member0ntak. Dipendekkan cerita perpecahan keluarga aku jadikan alasan. Bila mak dan ayah aku dah tak tinggal sebumbung aku mula berani jadi liar.

Keluar lewat malam, pergi clubbing, m4buk dan ramai KEKASIH. Mata aku buta untuk menilai mana cinta dan yang mana nafsu.. BUTA!! Aku mendabik d4da berani pertikaikan segala kebenaran yang keluar dari mulut orang tua aku.

Sampai satu tahap aku cakap pada mak aku, aku lahir ntah dari benih jantan mana yang dia kandungkan!’ Aku sump4h seranah mak, aku salahkan dia atas ape yang jadi dalam hidup aku. Aku salahkan dia atas ape yang jadi dalam family kami.

Sehinggalah satu hari masa aku dekat Aussie ape yang paling aku tak boleh terima aku dapat tau mak aku tengah mend3rita k4nser usus tahap 4 tapi dia sembunyikan dari aku. Perkataan pertaman yang keluar dari mulut aku ‘PADAN MUKA MUMMY!’

Mak aku lari pergi duduk dengan kakak dia kat Kedah dan aku masih lagi dengan eg0 dan kesombongan aku. Ayah aku?! Ntah laa aku pandang ayah aku tu jijik, sejijik – jijiknyanya, sebab?! Aku ada mak tiri yang ntah dari mana datangnya.

Sekali lagi, aku jadikan itu point untuk hentam ayah aku dan akibatnya aku tak tahu dah berapa kali kaki tangan ayah aku naik sampaikan aku pernah buat pembed4han buang d4rah beku dalam kepala sebab kena pukuI dengan ayah aku.

Aku tak tahu ape yang aku cuba buktikan. Seolah – olah aku seronok c4bar ayah aku! Tak keterlaluan aku katakan aku d3ndam dengan ayah aku sebab dia kahwin lain, dengan perempuan yang hanya tua setahun dari aku.

Masa balik dari Australi, aku buat keputvsan nak jumpa mak aku dulu dekat Kedah. Aku terus pergi sana tapi mak aku tak nak jumpa aku. Aku dah mula gelabah, “macam mana kalau mommy m4ti dan aku tak sempat nak minta maaf..”

Aku hilang arah larikan diri ntah ke mana. Sampailah satu hari, aku cuba  sekali lagi untuk jumpa dengan mak dan dia terima kehadiran aku. Luluh hati tengok tuIang berbalut kulit, aku janji untuk jaga dia. Tapi tak pernah sekali pun aku ucapkan maaf pada dia.

Sampailah keakhir hayat mak, aku tak pernah minta maaf. Dan aku boleh katakan mak aku pergi pun sebab kecuaian aku. Lepas mak aku meninggaI, hubungan aku dengan ayah aku jadi baik tapi aku masih tak balik rumah ayah aku sebab aku memang tak boleh tengok muka mak tiri.

Aku tak pernah pun panggil dia mak, paling – paling pun panggil ‘you’. Semua yang keluar dari mulut aku adalah panggiIan yang tak elok untuk dia. Aku duduk dengan nenek dekat kampung, memandangkan nenek pun tak berapa nak sihat.

Ayah aku pulak akan ulang alik dari KL – Ipoh untuk jenguk aku. Sementara tu memang kami selalu berhubung dengan whatsapp. Aku selalu je cakap, ‘I love u daddy.’ Thank you daddy’ tapi sekali pun mulut ni tak pernah nak minta maaf.

Masih eg0 walaupun dah pernah lalui sebelum ni masa kehilangan mak aku. Ayah aku meninggaI dalam perjalanan ke Ipoh untuk jumpa aku. 2 hari dia k0ma aku rasa saat tu tuhan tengah makbulkan segala kata – kata aku, “Aku benci daddy.” “Aku menyesal jadi anak daddy.” “Daddy tak layak jadi ayah.” “Kalau daddy m4ti pun aku tak kesah.” CASH.!

Ayah aku meninggaI dunia dan tinggallah seorang anak derh4ka menjalani kehidupan yang penuh dugaan. Seminggu sebelum ayah meninggaI, dia tunangkan aku dengan lelaki yang aku tak kenal. Aku marah sangat dan aku meng4muk.

Aku pecahkan cermin kereta kesayangan ayah aku. Mulut aku tak berhenti cakap yang aku benci dia, kemudian aku lari dari rumah. Ayah aku pujuk aku suruh balik, dia call aku langsung tak angkat. Dia beria – ria mintak maaf dengan aku.

3 hari lepas tu baru aku reply dan aku cakap aku benci dia, aku menyesal lahir dari benih dia. Dia cuma jawab dia tau ape yang  terbaik untuk aku. Ayah aku dari KL datang rumah nenek aku untuk jumpa aku dan masa tu dia eksiden.

Sebelom eksiden aku ada call dia tapi dia tak jawab. Dia cuma whatsapp aku, bagitahu yang dia dah dekat nak sampai. Dia dalam icu 2 hari dan terus pergi. Sekarang dah takde siapa boleh control aku dan dah takde siapa nak marah aku lagi.

Ayah tinggalkan aku macam tu jer. Aku tak sempat mintak ampun dengan dia. Sekarang aku tak tahu macam mana nak mulakan hidup. Bila ayah aku dah takde, baru aku sedar betapa dia berharga dalam hidup aku tapi aku sia – siakan dia. Aku selalu anggap dia k3jam.

Bila lawyer dah baca wasi4t ayah aku rasa macam kena sambar petir. Setiap sen aset ayah semuanya jadi milik aku. Aku betul – betul tak tau macam mana nak teruskan hidup aku dengan amanah yang sangat besar. Kawan – kawan sebaya aku semuanya tengah belajar lagi dan aku dah kena pikul benda ni..

Dulu selepas arw4h mak aku meninggaI, aku pernah menangis sebab tak reti bancuh milo untuk minum sendiri. Kalau benda simple pun aku tak boleh nak handle, inikan plak aku nak handle benda besar. Aku buntu, tak tahu nak start dari mana.

Kalau boleh aku nak undurkan masa dan aku tak nak ayah aku meninggaI. Aku nak dia ada dengan aku sampai aku bersedia untuk pikul tanggungjawab. Segalanya jadi milik aku, dalam wasi4t semuanya jadi hak aku. Ayah aku buat hibah.

Benda pertama sekali yang aku buat adalah aku halau mak tiri aku keluar dari umah aku! Aku ambik alih perniagaan ayah aku tanpa pengalaman, tanpa ijazah mahupun diploma. Hanya berbekalkan em0si dan masih lagi eg0 yang tinggi.

Aku masuk dalam dunia yang ayah aku tinggalkan. Depan orang aku senyum, aku gelak – gelak dengan kawan tapi sebenarnya aku hidup dalam air mata dan ntah laa. Aku salahkan diri aku. Dekat rumah aku menangis sorang – sorang, bercakap sorang – sorang, lepaskan geram pada gambar mak dan ayah aku, mimpikan diorang.

Aku nak sedekahkan alfatihah pun tak, inikan plak nak baca surah yassin dan ziarah kubvr. Sembahyang tengok mood, tutup aur4t jauh panggang dari api. Bila aku str3ss aku tak cari tuhan tapi cari pil tido, cari ar4k. Apa yang aku nak dalam hidup ni pun aku tak tahu dah.

Dekat ofis aku kena h3ntam dalam meeting depan client, terus aku melenting. Aku tak pernah mengaku salah dan tak pernah berterima kasih kat orang yang ajar aku selok belok perniagaan. Sekarang aku sedar, aku sem4kin hilang ketenangan dalam idup..

Aku malu dan eg0 nak kongsi benda ni dengan orang lain, aku hanya nak ketenangan. Aku nak minta maaf pada mak ayah aku memang tak boleh dah. Apa yang patut aku buat? Dari mana patut aku mulakan? Aku dah tak boleh nak hadap, hidup aku dengan dih4ntui rasa berd0sa pada arw4h mak ayah aku. Aku nak KETENANGAN.!! -Cik M0nyet-

Komen Warganet :

Nurul Izyan : Jika cik mencari ketenangan.. Allah dah sebut. Macam saudari Afizah Amir Hamzah kata, “Ingatlah Allah, hati akan menjadi tenang.” Buat sikit – sikit dik. Em0si apa pun kita rasa sekarang ni, hati yang bergolak macam mana pun, berbalik lah pada Dia.

Dia yang pegang hati kita. Amik wudhuk, solat. Solat dapat jaga kita dari perbuatan yang tak elok. Jaga solat. Adik nak menangis? Meraung? Merayu? Cakap semua pada Allah dik.. Dia Maha Mendengar. Menangis dalam doa.

Mintak Allah ampunkan d0sa – d0sa adik dan parents. Adik, ujian adik sangat besar dari ujian akak. Tapi hanya Allah je yang dapat pujuk balik segala kekecewaan, sedih, marah dan s4kit adik. Sebab kita, bila ditimpa ujian, segala keseronokan dan segala ketawa dengan kawan – kawan itu hanya lakonan.

Bila kita balik, tetap akan menangis dan kembali pada Dia. Adik.. Akak selalu pujuk hati dengan ni kalau ada apa – apa masalah.. “Jika kau ada masalah yang besar, katakan pada masalah itu, kau punya Tuhan yang lagi besar.”
Allah tu ada dik.. Allah tu ada. Yakinlah.. Moga dibukakan pintu hati.

Abu Miqdad : Berubahlah. Kau tau segala apa larangan kau buat seperti tidak menutup aur4t, ayah kau kene tanggung MELAINKAN ayah kau pernah tegur kau. Then, jadi anak yang soleh senantiasa mendoakan kepada ibu bapa kau.

Tuh aset diorang dalam kubvr. Nabi pernah bersabda bahawa 3 perkara yang bawak masuk kubur iaitu, sedekah jariah, DOA ANAK YANG SOLEH dan ilmu yang bermanfaat. Moga Allah beri kau ketenangan insyaAllah.

Saif Al-Helmi : Untuk menunjukkan sayang kepada seseorang, tunjukkkan sayang kepada orang yang awak sayang tu terhadap sape yang dia sayang. Contoh ayah awak. Ya, dia sayang mak tiri awak. So sayangkan mak tiri awak tu.

Jangan eg0! Memang tak bagus. Awak kena ingat. Salah mana pun ayah awak. Dia asbab awak lahir di dunia ni. Waima d0sa sekalipun, itu antara ayah awak dan mak awak. Awak takde kena mengena. Setakat silap ayah awak ni nak dibandingkan dengan kelahiran awak, tak setanding lansung.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.