Duit dari tebal dalam wallet, siap ik4t bergetah bawak keluar bank, tup tup sampai baki tidak mencukupi. Aku jual kereta aku, jual rumah aku. Suami aku plak kena berhenti kerja. Masa ni aku kena tanggung mak aku, adik aku, suami dan mak mertua aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku harap cerita aku dapat dijadikan ikhtibar pada semua yang membaca. Aku nak orang fikir apa itu keberkatan. Aku nak berkongsi keberkatan yang Allah beri pada kita. Pertama sekali, umur aku dalam lingkungan 30-an.
Aku dulu pernah bercinta dengan sorang lelaki, nama Baim yang berumur 2 tahun lagi tua dari aku. Aku bercinta dengan dia 5 tahun. Lama gila kot. Dari zaman diploma sampailah ke ijazah. Sampailah ke alam pekerjaan.
Kami susah sama – sama, senang juga sama – sama. Cewahhh. Oh ya lupa nak cakap, aku ni seorang anak perempuan yang sangat sayangkan mak bapak aku. Boleh dikatakan aku seorang yang sangat percaya yang ibu bapa ni sentiasa perlu dijaga dengan baik secara fizikal dan perasaan.
Aku sangatlah percaya yang Allah tu akan baIas setimpal baik atau buruknya keadaan tu di dunia atau pun di sana nanti. Aku bukanlah perempuan baik sangat tapi itulah yang aku pegang sampai ke hari ini. Aku jaga mak ayah aku sampailah ayah aku tutup mata.
Dan untuk mak dengan adik aku, aku jaga mereka sampailah hari ni. Segalanya aku tanggung. Aku susah tak apa tapi bukan mereka. Dari gaji RM900, dapat kerja gaji RM2500, naik lagi dapat gaji RM4000, dan bisness sendiri gaji dekat 14k. Itulah keberkatan.
Berbalik ke teman lelaki aku tu, semua dekat dia aku okay. Satu yang aku tak okay kat dia, hubungan dia dengan mak dengan ayah dia. Mak ayah dia tau, bukan mak ayah aku. Okay lupa lagi, dia duduk rumah sewa di Klang.
Mak ayah dia kat KL je ye. Bukan dekat London tapi dia boleh balik rumah 2 – 3 bulan sekali. Aku tak faham dan setiap kali aku tanya dia akan jawab malas. Lagi buat aku tak faham dia tu anak sulung kot, lelaki lagi.
Kerja aku ni as marketing. Jadi peranan aku di atas jalan raya sangatlah kerap. Jadi aku ni akan adakan masa aku untuk melawat mak ayah dia. Untuk pengetahuan korang, aku melawat sebab aku rasa kesian teramat. Dan dalam otak aku selalu fikir, lalau mak bapak dia dia boleh buat macam tu.
Mak bapak aku? Dibuang – buang agaknya. Jadi untuk berfikir untuk berkahwin, aku rasa berat. Aku sem4kin jauhkan diri aku sebab per4ngai tu. Sebabnya aku takut. Takut dengan baIasan Allah . Takut aku kena tempias. Sebab baIasan Allah tu untuk ibubapa ni cash.
Sampailah tiba – tiba aku berjumpa dengan sorang lelaki ni, dia dah berumur sikit. Perkara pertama yang buat aku suka, dia hantar mak dia pergi dialisis. Okay ayat tu buat aku happy sangat. Aku rasa Allah dah temukan aku dengan seseorang yang aku nak.
Jadi tak lama pun kami berkawan tanpa bercinta. Aku yang ajak dia kahwin. Alhamdulillah dia adalah suami aku hari ni. BagiIah nama dia Emran. Jadi aku pun buat keputvsan untuk tinggal dengan mak mertua sebab suami aku ni anak bongsu.
Mak mertua aku ni bukan Islam dan abang dia kerja luar negara. Untuk aku, bolehlah aku tumpang dia ke syurga. Aku masih jaga mak aku. Tanggungjawab tak pernah aku lupakan tehadap mak aku. Aku balik rumah mak selalu sorang – sorang.
Terus terang aku suka kehidupan aku. Terima Kasih Allah. Ini yang aku cari ini lah aku yang aku dapat Allah hadiahkan. Nampak tak keberkatan? Aku bukanlah permpuan baik. Pakai tudung pun baru 2 – 3 tahun. Tapi aku memang berpegang dengan prisnsip mak ayah ni. Okay sambung.
Aku seorang ahli perniagaan. Syarik4t aku dah beroperasi selama 5 tahun. Selepas berkahwin untuk beberapa bulan kami di duga dengan keadaan kewangan yang teramat pedih. Punyalah down aku rasa. Suami aku kena berhenti kerja sebab perlu menjaga mak dia sepenuh masa.
Yang kadang – kadang boleh tak bernafas bila – bila masa. Keluar masuk hospitaI. Jadi aku minta suami aku berhenti supaya mak dia terjaga. Aku pulak bisnes aku jatuh sedebuk secara tiba – tiba. Hutang dengan supplier.
Payment tak dapat collect. Aku jual kereta aku. Aku jual rumah aku sebab aku tak nak masalah dengan bank. Sebab aku muda lagi, jauh perjalan hidup aku. Sebab aku tak mampu nak jaga asset aku. Untuk aku. Aku muda dan masih boleh bekerja untuk menyara mak aku, adik aku dan suami dan mak mertua.
Waktu tu s4kit sangat. Menangis aku kerana segalanya di bahu aku. Tapi aku kena kuat demi syurga kerana syurga Allah tu mahal. Suami aku tanya aku untuk dia bekerja. Tapi aku masih nekad dengan keputvsan aku dan aku percaya Allah pasti membantu kami atas niat kami.
Duit dari tebal dalam wallet, siap ik4t bergetah bawak keluar bank, tup tup sampai baki tidak mencukupi. Sebulan sebelum kahwin dah ada dihadapkan dengan masalah bisness aku ni yang mem4ksa aku keluarkan duit simpan aku sendiri.
Sebulan sebelum kahwin tau. Perkahwinan aku ni duit aku sendiri. Aku tak suka susahkan orang tua dan adik beradik aku. Dorang ada family yang perlu dorang uruskan. Yang sedihnya semua berdesup jatuh betul – betul lepas berkahwin, ngam – ngam sebulan selepas kahwin.
Korang bayangkan tak sempat merasa kemanisan fantasia bulan madu. Otak aku dekat masalah. Aku hanya ingatkan hati, mungkin ada kesilapan yang aku buat mungkin sebab aku blah macam tu je dari bekas kekasih aku dulu.
Atau Allah nak tengok sejauh mana kesabaran aku. Mungkin Allah nak tengok betul ke niat aku. Hari demi hari, airmata demi airmata. Akhirnya Allah bukakkan sedikit demi sedikit. 4 bulan berlalu. Dari tertutup rapat, Allah tunjukkan petunjuk dan ianya berhasil.
Itulah nama keberkatan. Aku dapat projek yang nilainya lebih dari masa aku single dulu. Paling besar punya nilai, Million! Aku ulang itulah namanya keberkatan. Nak tahu tak aku taip ni masa ni lah aku dapat LA. Aku nak share dengan korang indahnya ibubapa kita kat dunia ni.
Aku call suami aku lepas aku dapat LA. Aku bagitahu dia yang inilah keberkatan hidup yang Allah janjikan. Aku nak korang tahu yang mak kepada suami tu adalah tiket keberkatan, kebahagiaan, kegembiraan kita sekeluarga.
Macam tu jugak mana – mana yang bujang baca ni. Mak ayah korang tiket korang untuk keberkatan hidup. Percaya pada Allah. Dia maha mengetahui. Aku tak pernah rasa kesal dengan peng0rbanan aku selama ni. Walaupun aku rasa nak pitam sebelum ni. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. – Kim k
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.