Cikgu Suria nak aku warnakan gambar tu dengan warna hitam tapi pensil color hitam aku hilang. Aku color guna pensil je. Sekali terus rasa berbekas dekat pipi. Cikgu jerit kata itu warna grey bukan hitam! Saat itu aku dah tanam rasa benci. Satu hari Cikgu Suria panggil aku, dari jauh aku nampak dia marah…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai semua pembaca ruangan maya. Ini kisah aku 30 tahun dulu. Dalam kelas, aku gosok pipi perlahan – lahan. Terasa berdenyut dan pijar je. Hampir rasa kebas selepas tangan cikgu Suria melekat dekat pipi aku.
Umur aku baru lapan tahun masa tu. Kesalahan aku hanya kerana salah mewarna. Guru Bahasa Inggeris itu ingin aku mewarnakan gambar tersebut warna hitam. Tapi pensel warna hitam aku hilang. Maka aku gunakan pensel HB untuk mewarna.
Sampai di meja guru, cikgu Suria t4mpar pipi aku sekuat hati. Katanya itu grey, bukan black. Aku tak nangis sebab takut kena marah lagi teruk. Aku diam batukan diri. Selang beberapa hari, semasa di kantin, cikgu India bernama Cikgu Helena memanggil aku.
Dengan skirt biru dan kemeja kolar putih yang lusuh bahagian dalam, ditambah kulit hitam aku sebab berpanas, cikgu Helena memuji aku. Katanya, aku ni mesti pandai sebab kakak dan abang aku pandai. Dia beritahu cikgu Suria, aku ni keluarga susah.
Sebaik terpandang cikgu Suria, aku rasa benci sangat. Masih terasa pipi aku yang pijar berbekas tangan dia beberapa hari dulu. Katanya pada cikgu Suria, aku adalah anak murid dia yang pendiam. Yang pasti, aku memang benci sangat cikgu Suria.
Masuk Ramadhan, ada seorang murid lelaki masuk. Dia beritahu guru yang mengajar, cikgu Suria panggil aku. Aduhai… takutnya aku. Sampai di kelas pemulihan, kelihatan beberapa orang murid yang sedang menunggu sama.
Dari jauh aku nampak cikgu Suria. Mula – mula cikgu Suria marah. Katanya kami semua akan dir0tan sebab buat kesalahan besar. Rupanya bukan, cikgu suria bagi seorang sekeping sampul duit raya. Terk3jut aku. Sampai kat kelas, terus aku buka sampul.
RM10! Wah! Terlalu besar nilai tu untuk budak darjah dua macam aku tahun 80-an. Alhamdulillah… sedekah dari cikgu Suria. Hari ke hari, cikgu suria selalu hias kelas cantik – cantik. Mengajar B.I all out walaupun kami biasa – biasa.
Aku dari tak suka B.I, terus dapat markah yang baik. Yang paling aku ingat, setiap kali habis kelas Pendidikan Jasmani, cikgu Suria ajak kami menari sambil buat kuiz. Dan hampir semua murid – murid dapat hadiah bentuk goodies.
Benda ni kerap sangat – sangat dia buat. Sampai aku terfikir, banyaknya duit dia habis pada kami. Dan setiap tahun, sampai aku masuk darjah 6, aku adalah antara pelajar yang mesti dapat sedekah jariah dari cikgu Suria.
Teknik nyanyian, quiz dan hadiah merupakan teknik wajib dia semasa mengajar B.I. Sangat menarik bagi aku pada zaman 80-an ketika tu. Cikgu Suria, walaupun dah 30 tahun peristiwa ini, sampai sekarang aku teringat budi baik dia.
Dia adalah antara guru yang banyak membantu aku dalam pelajaran matem4tik dan BI. Antara guru yang banyak ambil tahu tentang masalah kewangan murid. Aku terfikir, sebab kena t4mpar agaknya, hingga aku sangat jaga peralatan sekolah anak – anak.
Jangan menyusahkan cikgu dan hormat guru walau apa pon masalah melanda. Ibubapa juga janganlah cepat melatah bila anak dir0tan. Mesti ada sebab anak kita dimarah atau dir0tan oleh guru. Terima kasih cikgu Suria. Aku doakan agar Allah sentiasa Iindungimu wahai guruku. – Budak SKBB (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Aqeelah Halim : Pernah kena jugak dekat muka dengan cikgu math masa darjah 5 sebab tak buat kerja sekolah. Berdesing jugak la telinga sebab agak kuat, nasib la pipi debab. Lepas kejadian tu di bawa pula jumpa Guru Besar, tapi bagus Guru Besar tak dengar je cakap cikgu tu.
Kena tinggal dengan GB dan dengar sessi kauseling. Dah besar ni, akibat dari kejadian tu saya tak minat langsung dengan apa yang dia ajar, sebab tu tak siapkan kerja sekolah dia. Sebab masa darjah 6 boleh je saya buat semua kerja matem4tik saya.
Masa dan cara pembelajaran cikgu matem4tik masa darjah 6 tu pun menarik dan memudahkan ingatan. Result UPSR pun alhamdulillah. I’m not proud of what I did before, but everyone should know there’s a reason why each and every single thing happened.
Jadi cikgu – cikgu, lapangkan d4da dan cuba post mortem balik, apa sebab anak murid selalu buat hal dalam kelas. Kalau perlu improve, do your best and you’ll see the difference. Dulu cikgu Math akan bagi latihan, sapa tak siap akan kene r0tan.
Aku antara yang kene r0tan sebab cikgu tersalah tengok buku yang tak siap keje sekolah. Sekali aku tengok, ni bukan buku aku, free je kene r0tan. Tapi cikgu minta maaf sebab salah r0tan.. Terima kasih cikgu..
Ina Baharuddin : Saya pernah kena siap dalam bilik guru. Pernah didenda berdiri di pagar sekolah sambil pegang pembaris panjang sedepa warna kuning. Pernah dihalau keluar dari kelas sebab tak siap homework. Semua tu hukvman dari guru disiplin sekolah merangkap guru subject Bahasa Inggeris saya.
Tapi saya memang tak mengadu kat mak ayah sebab cikgu tu, ayah saya sendiri. Tersasul panggil “ayah” dalam kawasan sekolah pun, mendapat la cubitan kat perut. Al-Fatihah untuk ayahanda saya.. I miss you so much
Emelda Rosman : Ini cerita tahun lepas. Anak saya teah didenda, dimaIukan dan dicampak buku keluar kelas oleh cikgu tanpa bertanya. Padahal masa tu saya dimasukan ke icu kerana komplikasi jantung sewaktu mengandung 6 bulan.
Dalam keadaan separa sedar saya call guru kelas bertanya dan berbincang. Alhamdulilah kes selesai dengan baik. Semuanya salah faham saja. Tapi anak tak nak pergi sekolah kerana malu. Kami bagi tahu anak jangan simpan dalam hati.
Cikgu mana yang tak marah kalau kerja sekolah tak siap? Mak sendiri lagi garang kalau tak buat kerja sekolah. Saya tak marah pun cikgu cuma bagi tahu sebab anak tak siap kerja sekolah. Sekarang alhamdulilah anak belajar macam biasa. Saya anggap saja cikgu tu macam mak marah anak sebab saya dah bagi tahu kat cikgu kalau kat sekolah anak saya adalah hak cikgu. R0tan la jika dia buat salah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.