Saya nampak pak mertua dekat dapur, dia senyap tak bergerak tapi tangannya genggam penvmbuk. Saya terus masuk bilik tapi tiba – tiba saya dengar bunyi motor pak mertua, dia baru balik rumah. Habis tu siapa plak dekat dapur tadi? Pak mertua masuk rumah terus suruh saya siapkan telur rebus dan kopi O..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Ini kisah saya. Maaflah kalau tak menarik bagi orang lain. Ia tentang bekas pak mentua saya, bukan niat nak aibkan sesiapa. Cuma berkongsi pengalaman, selalu baca pengalaman orang lain.
Kisah ni berlaku sebelum suami saya meninggal. Ketika tu saya dan suami tinggal bersama pak mertua dan mak mertua. Memang kami tinggal 4 orang je dalam rumah tu. Pernikahan kami memang aman bahagia walaupun saya disuruh berhenti kerja kerana menurut suami, mak mertua tak ada siapa yang jaga.
Biasalah s4kit orang tua tapi saya redha dan ikhlaskan hati duduk rumah dan jaga mak mertua. Pak mertua ni dari awal saya tinggal di rumah tu, dia jarang bercakap. Dia selalu keluar rumah tak tahu ke mana. Dia hanya balik untuk makan, mandi dan ganti pakaian, tak sampai 10 minit dia akan keluar semula.
Mula – mula dulu saya ingatkan dia join tabligh atau aktiviti orang surau. Tapi lama – lama saya tengok kalau dekat rumah solat pun malas buat, tak mungkin la dia join gang surau atau tabligh kan. Nak cerita pasal pak mertua saya yang misteri.
Mula tu saya tak nak pun tuduh tapi sebab selalu sangat ternampak ‘kembar pak mertua’ muncul, sekejap – sekejap di rumah, itu yang buat saya curiga kat dia. Rasa seram tu tak payah cakaplah. Masa sidai kain tu, mendung langit nak hujan, boleh pulak dia berdiri tepi ampaian tengok saya dengan muka tak ada perasaan.
Dia tenung je. Bila saya sergah dia balik dia senyum terus pergi ke dalam rumah. Saya ingat sangat kejadian tu, waktu senja lepas saya angkat kain di ampaian, saya masuk rumah ikut pintu dapur. Saya punyalah terk3jut tengok bersepah dapur tu dengan pasir, rumput atas mozek.
Air mak mertua yang ada atas meja pun tumpah, biskut cap pingpong pun berterabur. Hati mula geram, siapa punya kerja ni, Takkan la mak mertua bangun cari makanan sebab kaki dia pun hampir Iumpuh masa tu. Tak mungkinlah dia mampu nak jalan sampai ke dapur! Fikir saya dalam hati masa tu.
Sampai depan saya cari pak mertua, biasanya dia baring atas kerusi malas depan TV. Masa saya nak angkat kain pun memang dia berdengkur kat situ. Cari – cari tak ada, masuk bilik mak mertua tanya mana apak? Mak mertua cakap lama dah dia keluar, belum balik lagi.
Sebelum keluar dia masuk bilik mak mertua ambik duit dalam gerobok lama, siap berhelmet. Saya pun mula lipat kain sementara tunggu azan maghrib, masa tu bunyi barang jatuh lagi kat dapur. Saya rasa kunci dah pintu dapur.
Masa nak ke dapur tu dengar mak mertua panggil, “”jangan lupa buatkan apak kopi. Takde kopi nanti dia meng4muk.” Sampai je dekat dapur nampak pak mertua duduk membelakangkan saya. Dia senyap tak bergerak tapi tangannya menggenggam penvmbuk.
Takut jugak tak pasal kena sedas dua penvmbuk dia. Saya pun senyap – senyap ke depan, campak baju dalam bakul semula. Tak fikir pun masa bila la dia balik? Masa nak heret bakul masuk ke bilik tu tiba saya dengar motor pak mertua dekat luar.
Pak mertua baru balik, mengembang rasa otak ni! Tadi baru je nampak dekat dapur, ni balik pulak dengan motorcup. Pak mertua tengok je muka saya yang pucat. Dia tanya, “kenapa?” Saya tak tau nak jawab apa. Saya pun tanya, “Apak nak kopi?”
Dia geleng kepala tapi dia suruh saya buat je kopi o dengan telur rebus. Saya buat je sekejap walaupun seram sejuk kat dapur. Mujur la masa saya buat air dekat dapur dia tak muncul. Lepas siap tu terus saya masuk bilik sebab dah azan.
5 minit macam tu bunyi motorcup, pak mertua keluar lagi, orang tua dah lama pencen memang bosan duduk rumah agaknya. Siap solat saya ke dapur, nak panaskan bubur nasi mak mertua. Masa nak langkah ke dapur tu terk3jut sangat tengok pak mertua tengah balun semangkuk telur rebus!
Caranya pun kasar macam sebulan tak makan! Saya lari masuk bilik mak mertua bagitahu dia apa yang saya nampak! Sekali mak mertua selamba je jawab, “itu kembar apak, dia bela dari bujang.” Baru saya tau pak mertua ni membela. Nanti kalau ada masa saya sambung lagi. Bila saya cerita ni, sampai sekarang masih ada rasa meremang tu bila teringat balik.
Komen Warganet :
Yusof YD Ydmy : Dasat laa. . mak mertua dia boleh relax jawab tu kembor apaknya.. mak aiii.. Kalau aku. Tak dok dah umah tu. Kopi dengan telur rebus tu habuan kembar nye lah tuu.. Allahuakhbar. S4ka kena buang nanti susahkan keturunan seterusnya. Macam – macam hal nanti.
Shahidah Salsabila : Kalau boleh, keluarlah daripada situ. Belaan ni dia ngikut keturunan. Tambah – tambah kalau tengah ngandung dia suka.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.