Mula – mula jadi cikgu tadika aku tertarik dengan pengusaha tadika yang baik dan lemah lembut. Tetapi bila aku dah kerja, per4ngai sebenar dia dah mula keluar. Budak – budak hanya diberi makan nasi, kicap dan fishcake. Kalau dapat ayam pun kuis – kuis tak cukup. Aku dah tak tahan, diam – diam bagitahu dengan semua penjaga..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku nak mula ceritakan pengalaman mengajar jadi guru dan pembantu sewaktu mengajar di tadika yang ada title “Tahfiz”. Aku harap cerita ini dijadikan pengajaran kepada semua pengusaha tadika atau taska, dan ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa.
Pertama kali aku jejakkan kaki ke tadika memang seronok sangat. Jumpa pula dengan boss tadika yang nampak muda, cantik dan lemah lembut. Dia interview aku, pertama sekali yang ada dalam kepala otak aku, “baiknya dia ni, cakap sopan santun, kulitnya gebu.”
Aku jadi yakin untuk teruskan mengajar di situ. Aku perhatikan tadika ini sangat menjaga kebajikan. Boss sangat baik. Banyak masalah aku kongsi dengan dia. Dia pula peramah. Tahun kedua aku terus bekerja di sini lagi, ada guru – guru baru.
Aku mula berkenalan dengan guru – guru baru. Tahun kedua banyak perubahan. Untuk pengetahuan umum, tadika ini ada transit sehingga ke petang. Jadi makanan tengahari dan petang disediakan. Mulanya, sesi makan tengahari untuk budak – budak, tukang masak merupakan orang seberang.
Bukan guru – guru yang masak di tadika. Awal tahun makanan ok. Ada ayam masak lemak cili api, ada ayam masak kicap. M4kin lama m4kin teruk sangat, aku tak tahu kenapa. Nak tahu tak dia masak apa? Ok, hari ini dia masak sosej sos, sosej dipotong 3 dan masak sos, cuma ada bawang putih dan bawang merah.
Hari esok, makanan tengahari ialah fishball putih yang orang selalu campur dengan mee, nasi goreng, kuew teow, siap yang berlendir macam tak basuh bersih masak sup. Kadang – kadang masak sos, masak sup, sup ni memang banyak ajinomoto dia letak.
Hari seterusnya, cuma masak telur d4dar p0tong kecik. Hari lain, fishcake yang sama masak kicap atau sos. Untuk pengetahuan semua, menu yang sama hari – hari sehingga akhir tahun. Dan budak – budak di tadika hanya makan lauk itu dengan nasi dan kicap.
Nak tambah tak boleh sebab lauk tak cukup walaupun nasi banyak. Iye, dia cuma masak lauk sikit je. Sedangkan tiap – tiap bulan mak ayah dorang bayar duit transit yang tiap tahun naik. Guru – guru yang ada ni rasa kesian sangat, tak sampai hati nak bagi budak – budak makan makanan yang tak berkhasiat langsung.
Ayam? Ayam cuma boleh kuis – kuis dan budak hanya dapat sikit sangat. Cukup ke? Iye, tak cukup langsung. Kadang – kadang, guru – guru yang belikan makanan di luar atau masak dari rumah dan berikan mereka makan. Bila mereka dapat makan ayam masak kari, sup ayam, ayam kurma, mereka sangat suka dan tambah banyak – banyak. Guru – guru gembira sangat.
Ok, itu bab makanan tengahari yang sampai hujung tahun makanan yang sama. Untuk pengetahuan semua, tukang masak merupakan orang gaji kepada boss tadika. Cerita lain tentang tadika ini, nak menceritakan tentang boss tadika.
Tahun pertama aku kerja, dia baik dan lemah lembut kan. Tahun kedua, seolah – olah dia menunjukkan per4ngai sebenarnya. Dia tak suka berhadapan dengan ibu bapa yang banyak komplen, katanya “serabut!” Tambahan pula, dia suka menggunakan bahasa yang sangat kasar terhadap budak – budak.
Contoh yang pernah berlaku di tadika apabila ada seorang budak perempuan ni, dia sangat pendiam dan suka buat hal sendiri. Owner nampak budak tu dan dia kata “Aku geram, aku rasa nak cub1t – cub1t je.” Sedangkan budak tu tak pernah buat salah apa – apa.
Mungkin sebab budak itu pendiam, apabila ditanya pada dia, budak tu tak jawab. Tapi tidak seharusnya owner cakap macam tu kan? Cerita lain yang berlaku pada budak – budak lain ialah apabila dia mengajar kelas 5 tahun.
Budak – budak kelas 5 tahun sangat takut pada boss sebab dia suka menjerit, marah – marah. Dia mengajar 5 tahun ni, dorang banyak diam dan takut nak cakap. Jadi apabila budak – budak banyak diam dan tak jawab apa yang dia tanya.
Dia mula cakap pada guru – guru lain, “budak ni lembab, bebaI, b0doh betul.” Ketika aku di tahun pertama mengajar di tadika, dia pernah meng4muk dengan murid 6 tahun yang lambat, dia cakap, “6 tahun ni semua b0doh!” Aku terk3jut, aku diam.
Aku pendekkan cerita, apabila guru – guru tak sampai hati membiarkan budak – budak yang hanya makan makanan tengahari seperti yang aku nyatakan tadi, kami nekad beritahu kepada ibu bapa tanpa pengetahuan boss, ibu bapa terk3jut.
Kata mereka patutlah selama ni ada dengar anak merungut. “Anak saya selalu mengadu, hari – hari dekat tadika asyik makan sosej, fishcake, fishball. Saya tak percaya. Saya ingatkan anak saya tak tahu apa, jadi saya biarkan tapi waktu yang sama saya pelik. Apabila guru – guru di sini dah beritahu hal yang sebenar, barulah saya percaya yang anak saya tak pernah bohong selama ni.”
Ada pulak ibu bapa yang cakap, “Saya tak pernah bagi anak saya makan sosej, tapi sejak kebelakangan ni, anak saya selalu minta saya masak sosej. Saya pelik, sekarang saya dah tahu apa yang sudah jadi.” Tambah lagi, “Anak saya selalu balik tadika asyik mengadu lapar je. Bila saya tanya, tak makan ke kat tadika tadi? Anak saya jawab makan tapi tak sedap.”
Ada yang menangis selepas tahu apa yang berlaku di tadika. Salah seorang penjaga datang ke tadika sewaktu makan tengahari untuk lihat menu hari ini. Dia lihat dan terus menangis, rasa sedih kenapa anak – anak makan makanan sedemikian rupa.
Rupa – rupanya, selama ini anak – anak mereka makanan makanan yang tak berkhasiat langsung. Entahlah, aku jadi hairan kenapa sem4kin hari sem4kin teruk keadaan tadika boss aku ni. Kadang – kadang, dia sukar dan lambat membelikan barang – barang tadika seperti beras, kicap.
Kadang – kadang guru – guru yang terp4ksa mendahuIukannya. Pada awal tahun, dia menjanjikan bawaha tadika tahfiz ini menyediakan air zamzam, kismis, kurma untuk anak – anak murid. Tetapi, tiada langsung. Ramai ibu bapa mengharapkan sekolah di tahfiz, berbekalkan makanan sunnah, amalan sunnah, tapi tiada apa – apa.
Ramai ibu bapa sangat kecewa dengan keadaan ini. Aku cuma nak menceritakan tentang kebajikan di tadika yang pernah aku kerja ni. Aku tak nak cerita tentang apa yang dia sudah buat kepada guru – guru. Cuma yang aku boleh cakap, jangan percaya sangat sangat orang yang mulutnya lemah lembut ni.
Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku dah terkena. Malah, m4kin s4kit hati apabila dia berhadapan dengan ibu bapa, manisnya mulut dan lemah lembutnya cara dia bercakap. Aku tak berbohong, ramai ibu bapa yang suka sangat pembelajaran di tadika yang aku mengajar sebab kata mereka anak – anak mereka ada peningkatan.
Tapi ibu bapa kecewa dan sedih kerana boss tadika memberikan makanan yang tidak berkhasiat. Kesimpulannya di sini, kepada semua ibubapa, janganlah kerana sibuk bekerja hingga lupa tanggungjawab kepada anak. Kepada ibubapa yang menghantar anak – anak ke tadika atau taska, selalu lah jenguk mereka di sana.
Lihat apa yang mereka makan, sekali sekala merasa apa yang mereka makan. Takut – takut kalau tak sedap atau lain macam. Ibu bapa harus sentiasa peka dan ambil berat terhadap anak – anak. Jangan mengabaikan anak – anak dan jangan menyerahkan 100% anak – anak anda di bawah jagaan pengasuh.
Dan, ibubapa haruslah sentiasa bertanya kepada anak – anak tentang aktiviti dan makan apa di sekolah. “Hari ini makan apa, buat apa di sekolah? Cikgu macam mana dan lain – lain.” Apabila anak tidak menjawab atau menjawab dengan betul atau salah, ibubapa harus tanya pula kepada guru – guru tentang perkembangan anak – anak di sekolah.
Kepada pengusaha tadika atau taska atau bakal menjadi pengusaha tadika atau taska, atau pengasuh, janganlah anda memberikan makanan yang tidak berkhasiat kepada anak – anak asuhan. Cuba fikir, sekiranya anda mempunyai anak atau adik yg dilayan seperti di atas, apa yang akan anda lakukan?
Sudah tentu anda akan berasa sangat marah dan tidak berpuas hati. Aku tak nak panjangkan cerita ini, banyak cerita yang aku nak share tapi biarlah, cukuplah yang sudah tahu ialah ibu bapa yang pernah menghantar anak – anak mereka di tadika boss aku ni.
Aku berdoa semoga suatu hari nanti boss tadika aku sedar diri dan ubah per4ngai menjadi lebih baik dan tidak berulang. Cuma kepada yang membaca ini, anda renungkan, fikirlah sendiri. Buat yang terbaik untuk anak – anak anda. Sekian, terima kasih kepada yang sudi membaca. Mohon maaf sekiranya anda yang membaca tidak berpuas hati atau salah faham. Assalamualaikum 🙂 – Zizy
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.