Buat majlis konvo tadika dekat hotel, ibubapa mengeluh dekat saya kena bayar mahal, baju bertema

RM120 tu mungkin sikit bagi ibubapa yang berduit tapi bagi orang yang susah, banyak lagi benda yang penting boleh beli. Saya ada buat paperwork dekat pemilik tadika, untuk buat di dewan komuniti je, lagi luas dan murah tapi kena tolak mentah – mentah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Baru semalam saya terbaca berkenaan post seorang ibu yang berbicara mengenai kos graduasi di tadika anaknya yang tinggi. Total lump sum kos tersebut hampir mencecah ratusan ringgit iaitu termasuk yuran graduasi dan bahan – bahan persembahan seperti pakaian, aksesori dan sebagainya.

Saya terpanggil untuk menyampaikan pendapat saya dari kaca mata bekas seorang guru tadika yang pernah berkhidmat selama hampir dua tahun dalam industri ini. Sejujurnya saya adalah antara guru yang pernah menolak rancangan untuk mengadakan majlis graduasi di dalam hotel.

Saya pernah menyuarakan pendapat saya pada majikan saya (pemilik tadika) berkenaan ini, tapi pendapat kami langsung ditolak kerana katanya ini arahan HQ. Tadika yang saya bekerja adalah tadika francais yang mempunyai merata cawangan di seluruh Malaysia.

Saya tidak pasti berkenaan arahan daripada HQ itu tapi saya rasa alasan yang lebih tepat yang beliau mahu sampaikan adalah beliau mahu Program tadika nya dilihat sebagai majlis yang berprestij dan penuh eksklusif. Saya pernah juga menghantar paperwork semasa beliau tugaskan saya untuk mencari tempat.

Saya cadangkan dewan komuniti yang menelan kos jauh lebih rendah di samping dapat menjamu ibubapa dan anak – anak dengan makanan katering yang lebih dari cukup dan mempunyai luas kawasan pentas dan belakang tabir yang lebih besar.

Seperti yang dijangkakan, cadangan saya ditolak mentah – mentah. Tambahan lagi, untuk persembahan, anak – anak diperIukan untuk memakai baju bertema, tak boleh bayangkan betapa tebalnya muka saya untuk meminta ibu bapa membeli keperluan itu bagi kelangsungan persembahan anak mereka.

Betapa kesalnya dan bersalahnya saya pada ibubapa berkenaan ini. Ada juga ibu bapa yang mengeluh kenapa kos persembahan tidak termasuk dalam yuran graduasi yang telah mereka bayar. Saya cuma mampu nyatakan yang ini adalah arahan dari majikan saya.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada mereka. Ya, memang saya harapkan mereka menjawab segala persoalan tersebut. Kerana saya kira ibubapa berhak mempersoalkan perkara itu tetapi maIangnya sesetengah ibubapa hanya mampu marah atau menyatakan ketidakpuasan hatinya di hadapan guru, apabila ibubapa berbincang dengan pemilik tadika mudah sahaja mereka capai kata sepakat.

Mudah sahaja mereka iyakan setiap penjelasan pemilik tadika tersebut. Rasa bertambah kecewa dengan sikap yang ditunjukkan baik daripada ibu bapa dan majikan saya sendiri. Dilahirkan daripada keluarga yang sederhana, saya cukup faham dengan struggIe yang terp4ksa dihadapi dalam membesarkan anak – anak.

Tadika saya meminta yuran graduasi sebanyak RM120. Dengan budget sebegini, yuran ini hanya mampu cover duit bayaran hotel dan makanan sahaja. Pernah juga, keluarga yang hadir perlu menambah bayaran untuk makanan.

Saya tak kisah jika pihak HQ atau majikan saya nak bermewah – mewah dalam majlis mereka, tapi kenapa perlu transfer segala kos kepada orang lain (ibu bapa)? Mereka mengambil kesempatan dalam kesediaan ibubapa yang sanggup bayar atau buat apa sahaja untuk majlis graduasi anak – anak mereka.

Apa salahnya majlis dijalankan di tempat biasa, persembahan dan penyampaian skrol masih boleh dijalankan malahan mungkin lebih smooth dan selesa kerana pengalaman saya selama dua tahun adakan graduasi di hotel, ruang belakang tabir sangat kecil bagi mempersiapkan anak – anak sebelum berada di hadapan pentas, anak – anak terp4ksa berpanas dan berpeluh beramai – ramai dalam satu ruang yang kecil.

In fact, masih boleh sahaja majlis ini dijalankan di tadika sendiri. Lebih meriah dan kanak – kanak juga lebih ceria kerana berada di ‘rumah’ mereka sendiri. Trend bergraduasi di tempat – tempat mewah sem4kin membimbangkan saya kerana secara jujurnya majlis ini telah hilang serinya.

Hari graduasi sepatutnya dijalankan untuk meraikan anak – anak tadika yang telah berjaya menghabiskan sesi persekolahan awal mereka. Tetapi apa yang saya lihat sehingga kini masing – masing bertanding sama ada persembahan siapa yang lebih hebat, anak – anak bersusah payah berpenat lelah berlatih persembahan, mengingat step tarian dan sebagainya.

Mereka diasak supaya mempersembahkan yang terbaik di hadapan ibubapa mereka. Saya selalu menggalakkan guru – guru merancang persembahan yang simple dan menarik daripada memeningkan murid – murid dengan gerak tarian yang complicated.

Mereka masih muda untuk membuat persembahan – persembahan berat seperti itu. Dan jangan pelik juga ini adalah permintaan wajib dari pemilik tadika yang mahu anak – anak kelihatan hebat di mata penonton, kesalnya kehebatan itu tidak seperti yang disangkakan.

Di sebalik segala keindahan itu terdapat anak – anak yang sentiasa risau jikalau dia melakukan kesilapan semasa persembahan, terdapat guru – guru yang lelah melatih anak – anak selama hampir sebulan lamanya dan banyak lagi tekanan yang dihadapi demi merealisasikan majlis graduasi ini.

Saya minta maaf jika apa yang saya tulis seolah – olah meletakkan semua punca kesalahan di bahu seorang pemilik tadika. Tetapi memang begitu realiti yang sebenarnya. Saya cukup sedih membaca setiap ayat yang ditulis oleh ibu tersebut kerana membayangkan saya tidak cukup kuat untuk mempertahankan hak – hak ibubapa di tadika saya dahulu.

Apakan daya, saya cuma perkerja yang makan gaji dan hanya patuh mengikut arahan majikan saya. Sayu hati bila terbayangkan saat – saat masih bekerja di tadika, rasa bersalah pada ibubapa dan komitmen bekerja dengan majikan sentiasa membelenggu diri.

Ditambah pula dengan majikan yang sentiasa membentangkan kos – kos operasi di hadapan kami semua. Saya faham bukan mudah untuk menjalankan perniagaan ini, tetapi saya mohon tolonglah hentikan budaya bergraduasi di tempat – tempat mewah.

Ianya hanya menyusahkan ibubapa dalam jangka masa panjang. Ada juga yang berkata perkara ini sudah jadi budaya dan sukar untuk dihapuskan. Tetapi saya percaya dengan sebulat suara semua perkara ini dapat kita tangani secara bersama.

Sama – samalah kita membendung supaya budaya graduasi yang mewah tidak menjadi trend yang berpanjangan dalam masyarakat di negara kita. Nota tambahan : Bagi penduduk di kawasan bandar ataupun di kawasan berkepadatan tinggi, had kemasukan murid untuk Prasekolah, Tadika KEMAS dan Tadika Perpaduan adalah SANGAT TERHAD.

Peluang kemasukan adalah berdasarkan pendapatan ibu bapa. Jadi kebanyakan ibubapa yang berpendapatan sederhana terp4ksa memasukkan anak mereka di tadika swasta yang bayaran bulanan paling minimum sebanyak 200++.

Saya sampaikan maklumat ini adalah bagi menerangkan tidak semua ibubapa yang menghantar anak – anak mereka ke tadika swasta mampu untuk memenuhi setiap kehendak bayaran yang tinggi. Apatah lagi bayaran itu tidak relevan untuk sebuah majlis di peringkat prasekolah.

Nota tambahan lagi : Bagi individu yang mengeluarkan komen seperti ini “Dah tahu mahal, tak payah laa bagi anak join graduasi tu, tak payah bayar dan tak payah datang”. Cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan anak – anak anda apabila melihat rakan – rakan mereka yang lain sedang berlatih bersama – sama untuk persembahan hari graduasi, mereka hanya menonton kerana tidak terlibat dengan persediaan.

Dan bayangkan juga jikalau kawan – kawan mereka bercerita tentang pengalaman semasa hari graduasi, sudah pastinya mereka sedih kerana tidak dapat bersama – sama dalam majlis itu. Pokoknya, majlis graduasi masih boleh dan relevan untuk dijalankan demi meraikan anak – anak, tetapi biarlah bersederhana.

Mungkin pada anda, wang RM120 hanyalah sedikit untuk dibanding kan dengan ‘keseronokan’ anak – anak semasa bergraduasi, tapi jumlah itu bagi sesetengah orang boleh digunakan untuk membeli keperluan asas selama sebulan.

Untuk ibu tersebut, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana cukup kuat untuk menghantar post tersebut bagi membuka mata semua pihak. Pelbagai komen yang diberikan pada post tersebut sama ada positif atau pun negatif, tetapi sekurang – kurangnya penulisan Puan dapat menjentik hati dan menyedarkan sesetengah pihak. Sekian. – Bekas Cikgu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

O Sera Sera : Dulu anak saya pun sama sebelum masuk pra sekolah. Majlis grad di buat di hotel Tabung Haji tapi kmi bayar makan je 50 sorang kalau tak salah. Nasib baik baju persembahan semua dia tak minta. Mungkin dah cover dalam yuran awal tahun huhu yang anak ramai bayar lebih le. Masuk pra sekolah.. banyak jimat.

Faeyza Azib : Pada aku la, kalau tadika yang monthly fees less that rm300, tak yah la buat grand – grand. Majority yang hantar anak situ golongan yang sederhana. Tapi kalau tadika – tadika mahal nak buat majlis graduasi mahal, it’s ok kot sebab pastinya parents berkemampuan dan tak kisah.

Yang tak best bila orang kaya hantar anak tadika biasa pastu harap something grand sedangkan parents lain tak mampu. Dan parents yang kurang berkemampuan pula pergi hantar anak tadika mahal pastu harap convo yang cikai – cikai, sedangkan parents kaya nak yang grand.

Cikgu – cikgu pun, tengokla sama tadika kau tu untuk golongan macam mana. Jangan bebankan parents kalau tadika tu t4rget student dia dari golongan kurang berkemampuan.

Suriana Megat Zabidi : Murid tadika saya hampir 100 orang untuk 2 tadika. Saya memilih mengadakan majlis convocation di resort yang ada auditorium. Tadika saya kecik, boleh cater orang dewasa paling ramai 30 orang. Bila ada persembahan, pasti ada persiapan, props, lighting, light refreshments.

Saya suka menyantuni parents tadika saya. Semua kos majlis convocation sudah masuk di dalam yuran pendaftaran. MashaAllah, ada ramai parents yang baik hati sudi menyumbang untuk majlis anak kecil mereka ini.

Situasi kita tak sama. Jika ikut saya, lebih suka buat di tadika. Tapi nanti ada pula parents terp4ksa berdiri luar pagar tadika sebab tak muat. Ada sahaja tempat yang selesa menyediakan pakej yang berpatutan. Setelah ditambah tolak, kos lebih kurang sama kita buat di tadika. Begitulah…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.