Lepas ayah meninggaI, abg ungkit tentang harta ayah. Dia kata mak bolot semua harta, sampai mak halau dia

Abang salahkan mak ayah punca dia jadi orang tak berjaya, tak sekolahkan dia. Sedangkan punya susah mak nak k3jut dia bangun pergi sekolah. Abang punya pemalas tu, satu hari tu dia kata nak kerja buruh. Tuptup esoknya, dia suruh ayah je pergi kerja ganti dia..

#Foto sekadar hiasan. Hi, nama samaran aku Rossa. Jadi hari ni, aku nak ceritakan sesuatu yang dah lama sangat terpendam dan jadi b4rah yang amatlah p4rah dalam family aku. Jadi, aku dan empat adik beradik membesar serba sederhana.

Alhamdulillah, ada je rezeki sebab ditanggung oleh parents kami yang berkerja di bawah Felda. Kami berlima beradik membesar hasil titik peluh arw4h ayah mengusahakan ladang kelapa sawit. Nak jadikan cerita, kami 4 perempuan dan yang lagi sorang lelaki.

Abang yang kami harapkan menjadi pemimpin serta tauladan buat adik – adik. Hubungan kami adik beradik dari kecil lagi erat dan tiada masalah. Setiap waktu terluang, kami akan balik menziarahi mak dan ayah di kampung, bawa mereka bersiar – siar dan bawa barang dapur untuk keperluan mereka.

Abang tinggal di kampung bersama ibu dan ayah. Dia tidak berkerja serta hanya mengharapkan duit gaji isterinya untuk hidup. Dari dulu lagi hubungan kami dengan abang agak renggang, kerana sikapnya yang asyik mengasingkan diri.

Bila mana kami adik beradik bersama je mesti dia akan fikir kami semua duk mengumpat dia. Mungkin kerana dia malu dengan dirinya yang tidak berkerja serta cemburu lihat adik beradik yang lain berjaya. Bila kami cuba untuk berbaik dengan abang, ia hanya akan bertahan untuk masa yang sekejap sahaja.

Setiap masa mesti akan ada isu yang hendak dia timbulkan. Lama kelamaan kami pun malas nak ambil kisah dan biarkan sahaja. Dia tinggal di rumah kecil berasingan dengan mak ayah, ada pun macam tak ada. Tak ada lah menjenguk mak ayah di rumah, hanya mak saja yang rajin menghantar lauk tiap hari.

Nak mengharapkan buah tangan atau pembelian barang dapur dari dia, mesti esok lusa akan dibahas. Contohnya, ada suatu ketika dia belikan beras, susu maggi dan beberapa barangan dapur kepada mak ayah. Namun, akibat perg4duhan antara abang dan mak, abang mintak balik semua barang dapur tu.

Kalau ada nak kasi durian ke buah – buahan lain pun, mesti esok lusa dia ungkit balik pemberian dia. Dia sangat lah suka claim ya untuk pengetahuan korang. Ada satu hari kami adik beradik balik ambil manggis, sebab time tu musim buah kann.

Kami balik dia meng4muk dengan mak yaa, katanya pokok manggis tu dia yang tanam padahal arw4h ayah yang tanam sejak kami kecil. Lagi satu, ada pokok pisang, mak tanam di tepi rumah. Lepas tu mak pun ambil lah buah pisangnya yelah nak buat gulai pisang masa tu.

Tiba – tiba petangnya abang datang marah mak macam orang giIa cakap mak curi harta dia. Ambil barang yang dia usahakan. Sampai macam tu tahap dia berkira dengan mak ayah. Lagi satu, abang ada habit salahkan mak dan ayah, katanya mak ayah punca dia tak berjaya sekarang.

Katanya sebab mak ayah tak hantar dia sekolah lah dia jadi macam tu, padahal masa kecil puas lah mak k3jut, dia je yang taknak bangun. Asyik nak salahkan mak. Kerja pun malas, sampai lah dah usia cecah 50an masih tak berubah.

Dia punya malas, sampai ada satu hari ni dia cakap nak kerja sebagai buruh di satu tempat ni, tup tup masa hari nak berkerja disuruhnya arw4h ayah yang kerja. Kami yang lain perhati je per4ngai abang yang macam tu, sabar je taktau nak cakap apa.

Nak meIawan semua perempuan kan, meIawan kejap lagi dia ugvt nak p4rang kan kami lah apa. Lama – lama jadi malas nak layan. Cerita tak habis situ je, abang jadi m4kin teruk lepas arw4h ayah meninggaI. Untuk pengetahuan korang, arw4h ayah meninggaI masa PKP.

Sehari selepas arw4h meninggaI, abang asyik mention pasal harta arw4h abah, katanya dia anak lelaki dan dia sepatutnya yang berhak uruskan harta arw4h ayah, padahal arw4h ayah pergi tiada lah meninggaIkan harta. Hanya hutang, jadi setiap bulan pendapatan yang akan mak dapat ialah satu – satunya hasil untuk bayar hutang arw4h.

Tapi tulah, abang asyik membangkitkan soal harta, katanya mak dan adik beradik perempuan lain dah bolot harta ayah. Padahal satu sen pun kami tak dapat, duit tu semua digunakan untuk bayar hutang arw4h. Asyik mention tentang harta padahal banyak lagi hutang yang tertunggak.

Hal ini membuatkan abang jadi tak puas hati sampai sekarang, katanya kami dah bolot semua harta. Sampaikan dia gelar mak perempuan tamak harta ya. Bila arw4h ayah takda, dia selalu datang jumpa mak, marah – marah mak dan m4ki hamun mak.

Ada sahaja perkara yang dia nak ungkit. Sampai satu tahap mak dah tak tahan, dia halau abang dan keluarga pindah tempat lain. Kesian mak sendirian dekat kampung masa tu, dengan arw4h dah takda tambah pula ada anak lelaki per4ngai macam tu.

Tapi tulah, abang taknak keluar dari rumah yang dia duduk sekarang. Katanya memang saja dia tak nak keluar, tak nak mak bolot harta ayah sorang – sorang. Dia tinggal situ dengan harapan bila mak dah takda, dia nak ambil alih semuanya.

Siap mention lagi memang patut dia tinggal situ sebab tanggungjawab dia sebagai anak lelaki. Dia takut bila mak dah takda dia tak dapat satu sen pun dari harta peninggaIan mereka. Jadi macam tu lah dia, masih stay di rumah tu, ada pun dia hanyalah meny4kitkan hati mak.

Jenguk mak apatah lagi, kami pun taktau nak cakap apa. Kalau korang, apa yang korang buat? Kami sebagai adik beradik perempuan lain memang dah buntu, kesian kan mak di kampung. Walaupun lahir sama perut, tak sangka lah abang sampai macam ni sekali. – Rossa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Salwah : Langkah pertama: Jual apa yang ada untuk bayar hutang arw4h ayah. Sebab hutang memang wajib dibayar. Jika rumah si abang termasuk dalam harta tu pun jual jer biar dia tau langit tinggi ke rendah.

Langkah kedua: bahagikan lebihan jualan harta (jika ada) mengikut faraid biar dia puas hati. Mungkin dia boleh guna untuk sara anak isteri. Langkah ketiga: bawa mak tinggal bergilir – gilir dengan korang. Atau jika lebihan harta cukup untuk bina / sewa rumah kecik buat laa untuk mak rasa selesa jauh daripada si tanggang tapi dekat dengan korang. Semoga Allah permudahkan urusan tt sekeluarga.

Noor Afidah Alias : Bawa mak duduk dengan awak. Gilir – gilir mak duduk rumah anak perempuan. Sebelum bawa mak tu, tinggalkan dia dengan segala hutang piutang tu. Biar aje la dia bergelumang dekat situ.

Apa? Dia ingat kalau dia dah dapat semua harta dia akan otom4tik jadi rajin nak bekerja ke? Kalau dulu dah pemalas, bagi segunung harta pun masih akan tetap pemalas. Jadi, biarkan aje dia sorang – sorang dekat situ. Ajak mak duduk dengan adik beradik lain.

NurAz Wan : Saya pernah memukuI anak yang tak mahu ke sekolah.. walaupun masa tu, dia anak bongsu, saya mer0tan 10 kali dan beri amaran, kalau dia ulang lagi, kali ke-2, dia akan dir0tan 20 kali dan begitulah seterusnya.

Kisahnya, rumh quaters yang kami tinggal tu, sebeIah saja dengan sekolah anak saya. Jadi mudah je dia cabut lari. Dia tak balik rumah sebab tahu akan dimarah. Dia sembunyi di sekolah yang suami saya mengajar (sekolah lain) tapi ada orang nampak dan beritahu suami.

Lepas dir0tan tu, suami bawa dia pulang ke sekolah. Siap diajak minum oleh guru besar dan ditanya, kenapa ponteng. Rupanya sebab kawan dia ada dalam kelas yang lain, dan dia takde kawan dalam kelas tu.