Anak – anak aku semua masuk kelas nombor satu dan kena buat peperiksaan tanpa guna kabel tapi ada anak cikgu ni dia sendiri bagitahu yang dia guna kabel sebab dia anak guru. Itu belum lagi semua pertandingan semua anak cikgu, muka sama. Menangnya tak jugak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca, nama aku Tulip, seorang wanita, ibu dan isteri. Umur aku dalam lingkungan 30-an dan mempunyai 4 orang anak. 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Kehidupan aku biasa – biasa saja di Selatan Tanah Air.
Mewah tetapi hidup ala kadar. Cukup setakat itu pengenalan tentang diri. Aku seorang ibu yang berkerjaya, menguruskan semua tentang anak – anak daripada tempat belajar sehinggalah makan, pakai dan sebagainya.
Kebanyakan hampir 90% tentang anak – anak aku yang atur. Suami aku? Terlalu sibuk dengan perniagaan beliau. Namun aku tak kisah, kerana memang itu apa yang aku mahu. Anak – anak aku bersekolah di sekolah kerajaan yang biasa – biasa saja tetapi selayaknya masuk banyak jenis pertandingan termasuklah sukan di padang ataupun persembahan di pentas.
Anak – anak aku juga terlibat dalam banyak pertandingan yang diadakan di sekolah termasuk olahraga. Aku dah lama perasan, di dalam kelas anak aku, ramai anak cikgu. Kenapa? Sebab kelas anak aku adalah kelas teratas berbanding 3 kelas – kelas yang lain.
Anak – anak aku kesemuanya dapat kelas yang teratas, Alhamdulillah dapat masuk walaupun terp4ksa melalui peperiksaan terlebih dahulu dan kami tidak menggunakan sebarang kabel. Apa yang pelik di sini, satu ketidakadilan bila ada anak cikgu yang tidak layak turut dimasukkan?
Macam mana aku tahu? Anak itu sendiri yang menceritakan pada anak aku. Korang rasa adilkah? Tak rasa seperti ambil hak orang lain ke? Kenapa aku ceritakan tentang pertandingan tadi? Ye betul, kebanyakannya yang dapat masuk pertandingan juga anak cikgu. Wakil sekolah juga anak cikgu.
Seolah – olah tidak mahu berikan peluang pada pelajar lain. Macam dah tiada pelajar lain di sekolah itu. Asyik – asyik muka yang sama. Menangnya tidak. Bagaimana pula dengan perIawanan di padang? Ye, juga anak cikgu yang ramai.
Malahan, pemilihan keperingkat MSSD, MSSN dan MSSM juga ada anak cikgu. Maaf cakap ye, kami lihat, anak cikgu tu memang tak layak. Tapi, dia anak cikgu, kan? Lagi – lagi sekarang, markah PAJSK amat penting untuk masuk ke asrama.
LagiIah mereka berebut masukkan anak masing – masing. Tak malu ke? Maaf ye, saya bukan cemburu, tujuan saya buat luahan di sini agar, tolonglah cikgu – cikgu di luar sana, bersikaplah adil pada anak – anak. Bukan saja pada anak murid, tapi juga pada anak sendiri.
PerIukah mem4ksa mereka membuat perkara yang mereka tidak suka. Anak – anak yang nak membesar, tugas kita memang mencorak, tapi bentuk corakan bukan juga kita tentukan. Fikirkanlah wahai cikgu – cikgu di luar sana, jangan menggunakan kelebihan yang anda ada sebagai batu loncatan untuk kesenangan anak – anak.
Berlakulah adil. Bukankah itu sepatutnya yang ditunjukkan oleh para guru di luar sana? Jangan kerana hanya segelintir cikgu bertindak begitu, semua cikgu dipandang tidak jujur melaksanakan amanah. Beringatlah, Allah tidak tidur, dari saya yang anaknya juga sepatutnya layak ke MSSN turut tersingkir kerana anak cikgu. Terima kasih.
Sambungan.. Aku baru je terbaca satu confession tentang anak – anak cikgu tadi. Ingatkan aku je terperasan semua tu. Nak confess nanti dik4takan jealous. Bukan jealous tapi dirasakan tidak adil untuk semua pelajar. Di bawah ini aku cuba listkan perkara – perkara yang pernah anak – anak cikgu lakukan dari zaman aku bersekolah sehingga zaman anak – anak aku bersekolah sekarang.
1. Makanan RMT. Cikgu – cikgu sanggup panggil anak – anak masing – masing walaupun blok kelas yang jauh dari kantin semata – mata untuk menghabiskan makanan RMT pelajar lain yang tidak hadir. Kenapa tidak dipanggil pelajar – pelajar yang kelas berdekatan dengan kantin untuk makan?
Kononnya unfair untuk kelas – kelas lain. Apa ke cerdiknya alasan diberikan. Bergilir – gilir jelah giliran kelas masing – masing. Lagipun, bukan semua pelajar dalam kelas tu yang nak pergi makan. Dalam sehari boleh offer untuk dua kelas jikalau makanan RMT terlebih banyak.
Sepatutnya berlaku adillah untuk semua kelas bukannya bagi kepada anak – anak cikgu – cikgu sahaja. Kadang – kadang sampai ke waktu rehat ditapaunya makanan tersebut. Dua kali makanlah ceritanya. Itu belum lagi anak – anak cikgu yang bertugas jaga RMT duduk makan dan minum makanan RMT. Kononnya priviledge sebab mak ayah tengah bertugas.
2. Pemberian susu sekolah untuk pelajar – pelajar miskin. Anak – anak cikgu juga yang sebat minum kalau ada stok berlebihan. Alasan diberikan kalau ada inc1dent ker4cunan makanan, susu expired dan bermacam alasan lagi. Takpe. Anak – anak cikgu je yang kena. Alasan paling b4ngang aku pernah dengar.
3. Makan di tempat makan cikgu. Yang ini menyirap tengok dengan mata kepala sendiri. Anak – anak cikgu senduk nasi dan lauk di belakang kantin dan makan bersama pelajar lain. Manalah perginya common sense cikgu – cikgu?
Sudah tentulah menu makanan tersebut berbeza dengan pelajar lain. Boleh pula disuruhnya makan sekali dengan pelajar lain di bangku kantin. Dah alang – alang jamu makan makanan sedap – sedap, suruh jelah anak – anak tu makan di tempat makan cikgu.
Jangan bagi pelajar lain nampak. Nasi ayam anak cikgu makan lengkap satu set macam makan di kedai. Anak – anak orang lain yang beli di kantin, nasi ayam lauk kicap seketul. Jangan mimpi nak nampak salad timun tomato, kuah kicap pun ciput.
Ayam pun alahai sedih tengok rupa ayam tu. Terliur pelajar lain tengok anak – anak cikgu makan. Di luar kantin tu bermacam kisah kehidupan. Ada yang mampu dan tidak makan set nasi ayam lengkap seperti anak – anak cikgu.
Malaslah nak bercerita panjang tentang bekal – bekal pelajar lain. Sedih dibuatnya terutamanya sekolah di luar bandar. Cikgu – cikgu tak terfikir ke situasi pelajar – pelajar?. Ikut sedap tekak masing – masing je jamu anak – anak makan sedap di depan pelajar – pelajar tak berkemampuan.
Kalau mengajar sekolah bandar dan elit, mungkinlah pelajar – pelajar lain tak kesah. Sama taraf hidup dan dibiasakan makan makanan sedap dan lazat dan mungkin lebih mahal.
4. Pertandingan. Alasan diberikan kenapa anak – anak cikgu yang terpilih wakil sekolah ialah senang nak diajar berlatih. Anak – anak cikgu tak kalut nak balik awal kejar transport dan tiada masalah untuk datang berlatih pada hari minggu. Alasan sangat tak munasabah.
Tapi apakan daya, kita sebagai ibubapa nak buat aduan, anak – anak kena mark dan ban dengan cikgu – cikgu pula. Tambahan pula, markah dan penilaian semuanya dibuat oleh guru sepenuhnya. Jadinya berlumba – lumbalah cikgu – cikgu meletakkan nama anak masing – masing sebagai priority.
Ada bakat ke tidak, belakang kira. Janji sijil penyertaan dapat. Sijil – sijil ini amat berguna untuk memohon sekolah berasrama penuh dan untuk permohonan – permohonan lain. Pelajar – pelajar lain ikut nasiblah. Kalau rapat dengan memana cikgu, adalah habuan diheret sekali masuk pertandingan.
Salah satu situasi pilih kasih pelajar yang berlaku di sekolah. Kalau rapat dan baik dengan cikgu, autom4tik cikgu pilih. Pelajar lain dinafikan hak. Ada cikgu – cikgu yang ikhlas giIap bakat anak – anak murid dia. Cikgu seperti ini aku berterima kasih kerana tak pilih kasih dan adil dengan semua pelajar.
Tapi tak semua cikgu yang mempunyai hati suci nurani ikhlas mencungkil bakat pelajar. Ada juga kes cungkil bakat pelajar beria, apabila pelajar dapat masuk peringkat negeri atau kebangsaan, tukar dengan anak – anak sendiri.
Konon senang nak monitor dan memudahkan kerja sebagai cikgu pengiring. Tambahan pula lokasi pertandingan di Sabah atau Sarawak mahupun oversea. Kononnya alasan ibu bapa pelajar tersebut tak beri kebenaran ke sana mahupun tiada passport.
5. Lawatan sekolah. Separuh bas adalah anak – anak cikgu. Yang lagi sedap aku nak bercerita ialah cikgu – cikgu pengiring adalah mak – mak sendiri. Ada tu angkut satu family join. Ambil kesempatan secara tak langsung.
Yelah, makan, minum, penginapan ditanggung dan disponsor sepanjang lawatan. Kalau kena bayar pun bayar sedikit jelah. Kebanyakkan hotel ada special rate untuk sekolah. Tipulah kalau tak pernah ada golongan cikgu yang buat per4ngai seperti ini.
Kalau pasal lawatan, mohon pihak sekolah buang lawatan ke Sogo sebagai acara lawatan. Cikgu – cikgu dan anak – anak cikgu separuh bas masuk shopping kat dalam, anak – anak murid yang lain bersidai tengok busking luar Sogo.
Nak shopping tak berduit terutamanya pelajar – pelajar dari sekolah luar bandar. Nak makan, food court Sogo mencekik harganya. KFC tepi tu bukan semua pelajar mampu masuk makan. Nak merayap, ada yang penakut tengok bangsa asing bersepah.
Jadinya, melepak di luar Sogo jelah sambil tunggu cikgu – cikgu dan anak – anak cikgu separuh bas bershopping. Tolonglah isi program lawatan dengan perkara – perkara bermanfaat selain bershopping di Jalan Tar dan Sogo selama 3 jam.
Nak masukkan juga lawatan ke Jalan Tar sebagai lawatan sejarah, tolong bawa semua pelajar berjalan – jalan dan tunjukkan bangunan dan lokasi bersejarah. Bukannya ambil kesempatan bershopping dan lepaskan pelajar – pelajar bebas berjalan sendiri.
Bila sentuh pasal lawatan, janganlah ambil kesempatan melencong sana sini masuk mall. Kalau cikgu – cikgu mengajar sekolah pendalaman dan luar bandar, ingat sedikit latar belakang anak – anak murid. Mak ayah anak – anak murid bergolok gadai nak bagi anak – anak belajar tentang tempat bersejarah sepertimana dalam tentative program tetapi cikgu – cikgu boleh pula bawa pergi mall.
Ini belum lagi aku cerita pasal tinggal anak – anak murid dekat cikgu – cikgu lelaki dekat petrosains, cikgu perempuan pergi tawaf satu KLCC bershopping. Begitu juga situasi di Kidzania. Cikgu lelaki jaga budak, cikgu perempuan tawaf Ikea.
Cukuplah setakat 5 points yang ketara dilakukan oleh cikgu – cikgu untuk anak – anak mereka. Ikutkan hati points yang remeh – temeh pun aku nak masukkan. Biar semua nampak dan nilai sendiri. Tak semua cikgu yang pilih kasih dan berikan tempat istimewa untuk anak – anak mereka.
Aku tak pukuI rata semua cikgu di Malaysia buat per4ngai sebegini. Apa yang aku luahkan di sini cuma apa yang aku nampak dan lalui. Aku harap mana – mana cikgu yang mengambil kesempatan sebegini dapat berubahlah.
Ingatlah sama halal dan h4ram dalam memberi rezeki kepada anak – anak cikgu. Mungkin cikgu – cikgu terlepas pandang hal – hal sebegini, tidak mengapa. Untuk bahagian aku dan anak – anak aku, aku maafkan dan halalkan semua salah cikgu sepertimana yang aku listkan di atas. – Bukan Anak Cikgu (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ct Lily : Hakik4tnya anak – anak cikgu ni memang selalu perform, berkelakuan baik dan senang mendengar arahan. Sekian dari saya bekas murid biasa yang di kelilingi anak – anak cikgu masa skolah rendah dan sekarang sebagai cikgu yang melatih budak pulak.
Dee Ya : Saya pernah terkena masa sekolah dulu. Masa pergi lawatan beberapa buah bas. Kami pelajar – pelajar kena bayar penuh. Masa duduk kat seat tiba – tiba ada cikgu minta pelajar – pelajar yang duduk seat depan semua bangun sebab nak tempatkan anak – anak cikgu duduk.
Anak – anak yang tak bersekolah di situ. Tempat yang 2 seat terp4ksa kami pelajar ni duduk bertiga berhimpit – himpit. Sangat tidak selesa. Ada yang berdiri sepanjang perjalanan sebab s4kit duduk bertiga. Anak – anak cikgu yang cikgu bawa best je duduk selesa di depan. Ye.. tak ramai cikgu macam tu tapi ada sebab saya sendiri terkena. Ini cuma satu teguran daripada TT agar tidak berlaku lagi lepas ni.
Azimah Hj Yahya : Saya seorang cikgu, dah nak hampir ke garisan penamat pun dalam beberapa bulan lagi (bersara). Beberapa sekolah yang saya berkhidmat sejak 33 tahun ni, takde pulak saya jumpa isu seperti yang TT luahkan ni.
Kami cikgu – cikgu mesti pilih murid yang paling layak untuk mewakili sekolah, sebab kami pun nak sekolah kami menang dan harumkan nama sekolah. Kami berlumba – lumba untuk tingkatkan ranking sekolah, berlumba dengan sekolah – sekolah dalam kelompok yang sama. Kalau anak cikgu – cikgu yang terpilih itu sebab dia memang layak.
Farihah Ahmad : Sekolah anak saya pulak memang kebanyakan anak – anak guru jugak yang selalu join pertandingan – pertandingan mewakili sekolah. Pada awalnya saya tak perasan jugak tapi 1 hari tu mak – mak kawan anak saya ni yang duk bagitau.
Bile tengok balik memang betul la anak – anak cikgu je selalu terpilih tapi pilihan saya waktu tu, saya cari sendiri pertandingan untuk anak saya join. Banyak pertandingan luar yang anak saya join yang bukan melalui sekolah.
Saya sendiri yang record dan edit video anak saya dan hantar kepada penganjur. Time PKP barulah cikgu banyak buka penyertaan untuk pelajar join secara penghantaran video. Waktu tu memang anak saya pulun masuk pertandingan macam – macam anjuran sekolah.
Alhamdulillah PAJSK dia tahun lepas dapat A. Memang tak dinafikan ada guru – guru yang obses untuk ke tengahkan anak mereka hingga menutup peluang anak – anak murid lain yang mungkin lebih layak tapi ada jugak memang buat pemilihan melalui audition.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.