Kami terp4ksa berpindah duduk dengan mak mentua bila ayah mentua meninggaI. Mak mentua aku sanggup mintak kerja sebagai cleaner untuk topup mana yang kami tak mampu bayar. Awal – awal pindah semuanya indah, berjalan lancar, sampailah semua ipar aku yang bujang lelaki pindah masuk. Mereka semua satu ‘jenis’
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Nama aku Na, aku bekerja, seorang isteri dan juga ibu kepada 3 orang anak – anak yang comel. Umur aku dah berada lewat 20-an.
Aku nak bercerita berkenaan 1 artikel yang kerap sangat lalu lalang dekat wall fb aku. Artikel berkenaan, “Biar banyak rumah, jangan banyak dalam 1 rumah. ” Pernah dengar atau bacakan? Haa. ni yang nak aku kongsi dengan pembaca semua.
Awal perkahwinan aku dan suami, kami duduk menumpang hampir 2 tahun dekat rumah mertua. Sampailah dah ada anak sorang. Masa tu memang mengais betul sampaikan hujung bulan suami terp4ksa meminjam dengan mak ayah dia sebab duit poket kami selalu kering.
Memang tak dak simpanan, tak sempat menyimpan langsung lah masa tu. Duit selalu tak cukup, tak tau lah ke mana la duit – duit tu mengalir. Masa tu belanja barang dapur kering dekat rumah mertua memang kami suami isteri yang keluarkan, tapi lain – lain seperti bil, duit rumah, barang basah memang kami tak mampu bagi. Memang sedih.
Selepas 2 tahun lebih tu, kami dapat rumah sewa yang berdekatan dengan rumah mertua. Masa nak pindah tu mertua ada jugak la tanya kenapa nak pindah rumah lain, payah nak main dengan cucu la, rumah ada bilik kosong la, itu ini dan macam – macam la ayat supaya kami tak jadi pindah. Tapi aku pujuk suami yang kami kena belajar hidup sendiri atas usaha sendiri. Dan suami setuju, Alhamdulillah.
Kami pindah kosong, apa pon tak ada. Bantal tilam pon tak ada. Masuk rumah melangkah bawak kain baju saja sebab kami memang tak ada barang sendiri. Tilam bantal sebelum ni semua pun mertua punya. Jadinya awal – awal kami pindah tu kami tidur dekat ruang tamu sebab kat situ je ada kipas.
Anak tidur atas tilam baby, kami suami isteri tidur lapik selimut berbantalkan kain pelik4t buat bantal. Kami memang tak ada duit nak beli barang – barang apa pon sebab duit gaji bulan tu dah guna untuk deposit rumah. Lega betul deposit boleh bayar separuh – separuh.
Kami tak kenal tuan rumah tapi jiran yang rekomen kami pada tuan rumah tu tolong pujuk tuan rumah. Best sangat bila petang – petang aku rajin tegur sapa beramah mesra dengan jiran – jiran. Seminggu pertama pindah, mertua bagi beberapa kelengkapan asas dapur.
Mak aku pon bagi pinggan mangkuk dia dekat aku. Mertua bagi toto sehelai dan 3 biji bantal buat lapik tidur. Suami pinjam rm200 dekat kawan dia untuk beli dapur, tong gas, kuali. Masa tu atas tangan ada RM150, berbekalkan duit tu kami mampu surv1ve makan minum dan duit minyak kereta motor sampai hujung bulan.
Tak sangka betul. Memang cukup. Ingat lagi hari gaji aku masih ada rm11.45 atas tangan. Happy sangat tak terkata. Kami tak makan mewah, tiada ayam atau ikan mahal – mahal. Makan saja apa yang ada asalkan makan, cukup untuk masak sarapan, bekal tengahari dan makan malam.
Masa gaji aku dan suami bayar semua hutang – hutang apa yang patut dulu, kawan yang pinjamkan rm200 dekat suami bagi suami bayar 2 kali or 3 kali dia tak kisah katanya asalkan bayar. Lepas selesai semua kami pergi topup barang dapur kering, disebabkan tak ada peti sejuk kami stock up telur 2 papan, sardin dalam tin dan kentang banyak – banyak. Megi kosong, bihun pon kami stock up lebih.
Duit yang lebih tu habuan nak beli ikan atau ayam dan sayur bila perlu. Ada lebih lagi kami topup beli cerek untuk masak air, sebelum tu kami masak air dalam periuk je. Kami beli tudung lauk dan beberapa kelengkapan masak yang lain.
Masa tu memang tak nak beli rice cooker sebab rasa mahal, aku masak nasik atas dapur gas. Punya la nak berjimat aku tak pernah hangitkan nasi, semua masak elok je. Kalau hangit rugi beras oii. Suami pon terk3jut aku boleh masak nasi pakai dapur gas (untung aku asal keluarga susah yang mak jenis masak nasi pakai dapur gas).
Bulan seterusnya suami dapat bonus, semua duit bonus dia bagi dekat aku. Dia kata guna la untuk beli apa pon untuk diri sendiri, dia kata dia kerja untuk anak bini. Masa tu takde bayangan baju atau kasut dalam kepala aku.
Yang aku nampak nak beli blender, kipas, rak pinggan, tikar getah. Nampak tak?? 3 bulan duduk rumah tak dak tikar getah. Hahahahaha. Memang dalam tempoh tu aku tak pernah bagi sesiapa datang rumah sebab malu.
Lunch time dekat tempat kerja aku, aku lari pergi beli kipas meja, kipas dinding dengan blender. Petang tu balik kerja ajak suami pergi beli tikar getah. Balik rumah sesi pasang tikar getah. Ingat sangat moment tu, kami 3 beranak pasang tikar getah sambil gelak – gelak.
Anak aku paling seronok sebab lantai dah cantik, siang pasang tu dia berguling – guling 1 rumah sebab teruja sangat. Bulan ke bulan kami start stock up barang rumah, beli barang elektrik dan dan anak pon dah jadi dua orang.
Sepanjang tempoh tu memang rasa bahagia sangat – sangat, tapi 2 tahun selepas tu bapak mertua aku s4kit meng3jut dan dijemput kembali ke rahmatullah. Tinggal mak mentua dan adik ipar terkapai – kapai nak meneruskan hidup.
Atas dasar tanggungjawab sebagai anak dan menantu sulung, kami pindah balik ke rumah mertua, kami duduk di sana bantu uruskan rumah, segala perbelanjaan kami uruskan dan bayarkan. Kenapa tak duduk asing macam sebelum ni dan tolong bayarkan segala komitmen dan perbelanjaan mertua??
Suami aku technician, aku pulak kerani. Dua orang anak di pengasuh. Kami tak mampu bayar banyak komitmen guna gaji kami berdua. Jadi jalan penyelesaiannya, pindah duduk dengan mertua dan bayar apa yang ada saja.
Disebabkan komitmen terlalu banyak, mak mentua aku sanggup mintak kerja sebagai cleaner untuk topup mana yang kami tiris. Awal – awal pindah semuanya indah dan berjalan lancar, sampailah satu masa di mana ipar – ipar yang bujang yang sebelum ini menyewa di luar pindah duduk sekali di dalam rumah.
Penghuni sem4kin ramai tapi ramai yang liat nak menghulur perbelanjaan rumah. Bil air dari belas – belas ringgit dah melonjak hampir ke RM100 lebih, bil elektrik sebulan melambung sampai ke ratusan ringgit. Kami dah tak mampu lagi nak membayar, 2 kali rumah dip0tong bekalan elektrik sebab tunggakkan terlalu tinggi.
Banyak kali aku dan suami berg4duh kerana masalah duit, aku kerap meminjam ke sana sini, sampaikan 1 tahap, kami tak mampu renew roadtax kereta dan motor. Setahun lebih kami guna kend3raan yang tiada roadtax insuran.
Dan Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan dijauhkan dari keceIakaan dan maIapetaka di atas jalan raya. Ipar aku semuanya lelaki, dan mereka dengan r0kok tidak pernah berpisah. Ditambah pulak dengan ket4gihan k3tum yang sem4kin teruk.
Aku pernah nampak ipar aku bungkus air k3tum di dapur depan anak aku yang sulung. Dan aku per4ng besar lagi dengan suami disebabkan kes itu, suami dah berkali menegur sampai hampir – hampir mereka bertvmbuk di depan anak kami.
Ya Allah, masa tu tuhan saja yang tau apa yang aku rasa dalam hati. Perasaan bercampur baur. Mak mentua aku dah putvs asa nak menegur ipar – ipar aku sebab semuanya “sejenis”. Sampai 1 tahap, anak aku s4kit teruk. Ohh. waktu tu aku dah bersalin anak ke-3.
Anak yang ketiga ini lah yang kerap berulang alik check in di ward hospitaI. Asal s4kit sikit, dia akan melarat ke hospitaI. Tak boleh batuk dan demam sikit, mesti nanti dia terbaring di katil hospitaI. Tak sampai umur setahun dah 5 kali di ward.
Apa punca peny4kit anak aku? Terdedah dengan asap r0kok, bulu kucing, dan orang dewasa yang kerap batuk dan tak sihat. Aku bagi petunjuk sikit, pen4gih air k3tum (air k3tum yang dicampur bahan terlarang), kalau dia tak dapat air tu, dia akan kerap batuk, s4kit badan macam demam dan akan baring tersadai sebab tak larat sangat – sangat.
Disebabkan keadaan rumah yang huru – hara tu, aku nekad cari rumah sewa lain yang jauh dari rumah mertua. Aku tak nak besarkan anak – anak aku dalam keadaan macam tu. Budak – budak mudah terpengaruh, aku p4ksa suami cari rumah sewa.
Disebabkan dah ada ramai dalam rumah tu. Mintak yang mana ada tu, tolong mak mentua aku settlekan bab rumah. Dalam 2 minggu mencari, yess. Kami dapat rumah agak jauh sikit dari rumah mentua. Mak mentua terp4ksa rela dengan keputvsan kami sebab kami berterus terang yang kami tak selesa nak besarkan anak – anak dalam keadaan rumah begitu. Dia paham dan dia izinkan.
Belum sempat kami pindah, rumah mak mentua kena ambush dengan polis. Ok, ni tak tipu. memang betul. Ada orang yang lapor, masa tu kami anak beranak tengah tidur. Mak mentua pon dah tidur tapi polis tu suruh panggil tuan rumah.
Kami anak beranak pulak memang tidur kerap dalam bilik tak sedar langsung kejadian tu. PukuI 1 pagi. Dalam 12 orang ++ kena tangkap (tengah layan air k3tum ramai – ramai, port baik sangat dekat rumah mak mentua), aku tau sebab 3 hari selepas kena ambush tu ada sorang polis perempuan datang rumah nak ambik keterangan mak mentua sebagai w4ris. Suami aku??
Dia tak masuk campur, dia siap cakap biar mereput dekat dalam sana. Pasal yang kami nak pindah tu memang kami tak tarik balik, kami pindah jugak sebab nak bagi anak – anak aku membesar dalam environment baru. Jauh dari benda atau kejadian yang anak – anak aku pernah alami dan nampak.
Biar 1 hari nanti moment – moment perg4duhan, bungkus k3tum semua tu hilang dari ingatan anak aku. Berterus terang, sepanjang aku di rumah mak mentua aku selalu merungut pasal berkenaan ipar dan mak mentua dalam hati.
Aku kerap tak bercakap dengan mak mentua sebab ada beberapa hal yang tak kena di mata masing – masing. Bab duit ringgit memang sempit, aku kerap salahkan suami hal berkaitan duit ringgit dan aku salahkan ipar – ipar aku. Ishh. macam – macamlah yang aku rungutkan.
Berg4duh pasal duit yang tak pernah – pernah cukup tu memang tak lari dari 2, 3 hari sekali. Sikit – sikit g4duh sampai anak – anak pernah duduk di penjuru bilik tengok aku dan suami berg4duh. Ada masa anak sulung aku yang baru umur 5 tahun tinggikan suara pada ayahnya sebab dia tak suka tengok kami suami isteri bertengkar.
Betapa teruknya memori anak – anak aku di rumah mak mentua. Tapi tu semua dulu, masa kami masih lagi di sana. Sekarang kami di rumah sewa yang kami duduk beberapa bulan lepas. Hubungan aku dan mak mentua m4kin baik.
Anak – anak happy, suami dan aku dah tak pernah berg4duh melainkan bebel – bebel sikit. Anak bongsu aku dah sihat, tapi masih kena ambil pam Budesonide setiap hari. Anak – anak dah tak tanya di mana pakcik – pakcik mereka.
Anak dah tak tanya kenapa polis datang rumah nenek bila terserempak polis di jalan raya. Anak – anak dah tak tanya kenapa pakcik dia degil dan suka meIawan bila nampak scene perg4duhan di dalam drama tv. Anak – anak semacam dah lupa apa yang mereka pernah Nampak dan dengar di rumah sana dulu.
Selepas berpindah aku belum pernah sekali pon bawa anak – anak ke rumah mak mentua. Kalau nak jumpa mak mentua aku hanya jemput mak mentua di depan rumah untuk bawa dia keluar atau bawa mak mentua ke rumah kami.
BagiIah masa untuk anak – anak aku lupa kenangan yang tak sepatutnya mereka nampak di usia mereka. Jadi apa yang terjadi dalam kehidupan kami anak beranak memang boleh kaitkan dengan “biar banyak rumah, jangan banyak dalam 1 rumah.”
Tiap kali Nampak ayat ini. aku amat – amat terkesan. Doakan anak aku cepat sihat tanpa ber4ntung pada pam, doakan anak – aku lupa kenangan buruk di sana, doakan hubungan kami suami isteri bahagia sampai syurga, doakan hubungan aku dan mak mentua akan berterusan baik sampai hujung nyawa.
Buat ipar – ipar aku di penjara Pokok Sena, aku tak redha apa yang kalian lakukan sampai memberi kesan pada anak – anak aku. Aku tak redha melihat mak mentua aku berendam air mata menahan malu pada jiran – jiran dan menahan perasaan di m4ki hamun anak – anak sendiri.
Moga kalian semua keluar nanti, kalian akan berubah. Aku tak mampu maafkan kalian sekarang. Mungkin 1 hari nanti hati ini akan memaafkan tapi entah bila, aku pon tak tahu. – Ibu Na
Komen Warganet :
Hashra Dii : Dah merasai KETERP4KSAAN tinggal serumah macam ni. Bezanya berdepan dengan anak – anak sed4ra lelaki yang biadap, hisap r0kok merata. Kesian tengok anak – anak ada memori buruk tinggal dengan nenek yang always rasa dia betul, dengan alasan this is my house and my rules.
Penyudahnya bila ambik tindakan pindah keluar mend4dak, dia merayu – rayu pulak tapi sorry sangat – sangat. Lakonan mu tak berjaya buat hatiku meruntun. Sedihnya masih terasa lagi bila mak mentua m4ki hamun kami masa suami outstation.
Alhamdulillah majikan suami bagi tumpang salah 1 rumah dia. Hanya Allah mampu membaIas jasamu Tuan. 10 hari kemudian, kami balik semenanjung. Duduk kat rumah sendiri lagi aman damai. Biar banyak rumah, jangan ramai serumah. Niat hati menjaga mak mentua yang s4kit buah pinggang tapi ipar duai pulak menganggap saya orang gaji.
Ezd Airaniez : Respect dengan ketegasan puan untuk berpindah rumah. Kita ni kalau sayang anak, eloklah utamakan anak berbanding jaga hati orang lain. Biar tinggal rumah sewa, asalkan anak – anak ada environment yang baik. Risau zaman sekarang banyak sangat pengaruh tak baik. Semoga keluarga Puan bahagia dunia akhir4t. Aamiin
Lin : I feel you sis. Ayat tu memang betul. Bila ramai – ramai sangat dalam rumah. Mesti ada yang tak kena. Serabut rasa. Takde privacy. Dapat pulak ipar duai atau biras yang kekwat. Level kesabaran tu diuji.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.