Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap – tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Sekadar sepintas lalu sedikit cerita dari seorang anak yang ibunya hanya menjual kuih demi membesarkan 4 orang anaknya selepas kem4tian suami. .
Lokasi : tepi jalan,
Masa : sekitar jam 5 petang.
“Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3,” kata Nora..
“Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?” tanya makcik itu.
“50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?” tanya Nora secara berseloroh. “Bolehlah, saya tambah lagi satu biji.”
Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.
“50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik,” jawab makcik itu.
“Ye ke ni cik?” tanya Nora semula.
“Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” jawab makcik.
Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.
“Adik agak pukuI berapa makcik start buat kuih tu?” tanya makcik itu.
“Tengahari, dalam jam 11 macam tu,” agak Nora.
“Makcik buat seorang, dari pukuI 10 pagi,” jawab Makcik tu.
“Dalam pukuI 3.30 dah kena siap semua, pukuI 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak – anak nak balik sekolah,” beritahu makcik itu.
“Sekarang pukuI berapa ni dik?” tanya makcik itu lagi kepada Nora.
“5 suku,” jawab Nora.
“Adik pelanggan kedua makcik hari ni,” jawab makcik itu. “Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20.”
Nora diam sahaja.
“Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga,” kata makcik itu sambil mengangkat jari. “Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20.”
Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.
“Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat,” beritahu makcik tu.
“Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?”
“Sejam lebih,” agak Nora lagi.
“Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?”
Makcik itu merenung muka Nora.
“Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu,” jawab makcik itu. “Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. ”
Makcik itu menyusun bekas – bekas kuih yang ada, “tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik.” Nora terdiam tertanya – tanya. “Pelik macam mana tu Cik?”
“Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal,” Makcik itu senyum. Nora terdiam lagi.
“Adik pernah cuba buat kuih orang kita?” tanya makcik itu tiba – tiba.
“Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu,” jawab Nora.
“Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?” tanya makcik tu. Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukuI telur.
“Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak – anak jugalah,” kata makcik itu.
“Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada.” Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.
“Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah – renyah buat semua,” kata makcik tu.
“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih – kuih ni dekat adik?” tanya makcik tu.
“Kalau makcik m4ti nanti, anak – anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti – nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari – hari?”
Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.”Eh, makcik, ni kan duit kuih saya,” kata Nora. “Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap – tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” jawab makcik itu.
“Kenapa pula makcik?” tanya Nora kehairanan.
“Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita,” jawab makcik itu.
“Saya mampu makcik,” baIas Nora.
“50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu,” kata makcik itu tersenyum, ikhlas. – Kemal, Elec. Engr Chef to be
Komen Warganet :
Eja Rosiah : Saya suka confession ni. Saya adalah antara penggemar kuih tradisional hanya semenjak saya dah berumur 36 tahun ni. Masa zaman saya kecik – kecik dulu mak rajin buat kuih. Macam – macam jenis tapi saya ni bukan jenis suka makan.
Sekarang bila dah berjauhan dengan mak, rasa rindu sangat nak makan kuih yang dia buat tapi memang jarang la dapat makan sebab kesian nak mintak dia buatkan. Atas kesed4ran tu, saya jadi tak kisah dengan harga kuih tradisional yang orang kata m4kin mahal harganya.
Juga sangat berterima kasih dan bersyukur sebab masih ada orang yang sanggup buat kuih muih ni. Kenapa kita langsung tak berkira bila beli dunkin donut yang harganya berganda daripada kuih tradisional kita yang saya sendiri masih dapat beli dengan harga 3 biji seringgit.
Farhah Simard : Murah banget 50 cent sebijik tu even singgit, ingat kat oversea atau kat tempat saya ni boleh dapat kuih 50 cent, tambah gst hampir 15% tu. Mana saya travel, kalau beli bebarang atau makanan tepi jalan camni, tak sampai hati nak tawar.
Kat sini, delivery aje saya saya tips 5 dollars, so tawar memang tiada dalam kamus hidup. Sedih oii ingat masa kat rusia, makcik ni jual limau tepi stesen bas, mata bertentang mata, simpati sangat, saya beli aje tanpa banyak songeh nak tawar ke apa.
Fafa Ziera : Aku tak rasa kuih melayu mahal langsung bila compared to big apple, dunkin donuts etc. Satu donut omputih rm3+ dengan donut melayu rm0.50 agak – agak mahal ke 50 sen? Dah la kuih melayu banyak yang susah buat lagi mau complain #bukanpenjualkuih.
Haiqal Zarif : Aku paling respek kuih muih kelantan. Cukup isinya cukup santannya. Tak kedekut! Cuba korang tengok kuih kita sekarang.. sedih sangat. Kuih melaka takde gula, karipap inti oksigen, donut lubang besar, agar – agar tawar rasa air kosong. Ini semua merosakkan keaslian makanan tradisional kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.