Ayat pertama yg aku dengar lepas sedar dari kemaIangan, “Dah besar pun menyusahkan aku!”

Sebulan pertama aku duduk dekat rumah sebab patah kaki. Setiap hari, aku dengar mak dengan ayah aku membebel sambil perli. Masuk bulan ketiga, aku dah tak tahan. Aku call kawan minta tolong datang ambik, aku keluar dari rumah tak bagitahu mak ayah aku…

#Foto sekadar hiasan. Dalam keluarga aku ada 6 orang. Ayah mak dan adik beradik. Aku ni kira bongsu. Dari kecik sampai besar duduk dekat rumah memang paling tak tenang. Mak dengan ayah aku ni bab mencarut m4ki memang setiap hari jadi ruji makanan diorang.

Masa yang paling aku aman ialah waktu belajar jauh dari rumah. Akak dan abang aku pun sama. Lepas kerja semua terus pindah rumah sewa tempat lain. Semua akak abang aku pindah negeri lain. Setiap bulan cuma kasi duit dan telefon tanya sihat ke tidak.

Aku sebenarnya kesian dengan mak ayah aku. Jadi aku walaupun dah habis belajar dan kerja tetap bertahan dekat rumah ni. Sampai lah lepas setahun aku kerja. Aku kemaIangan patah kaki dan ambil masa berbulan untuk baik.

Jadi aku nak ke mana terp4ksa pakai shoulder crutches. Kerja pun stop tapi dapat pamp4san. Aku naik motor kena Ianggar. Kau bayangkan bangun je benda pertama ayah aku cakap “dah besar pun menyusahkan aku kau ni” mak dengan ayah aku membebel pasal nak kena jaga aku.

Aku yang baru bangun rasa s4kit satu badan rasa nak menangis dan marah menjerit. Sebulan pertama aku duduk dekat rumah sebab patah kaki. Setiap hari, bukan seminggu sekali tapi setiap hari! Aku dengar mak dengan ayah aku membebel sambil perli.

Padahal sebulan pertama tu aku bagi duit belanja rumah 2 ribu. Bulan ke dua aku kasi seribu walaupun aku tak kerja. Nak masuk bulan ke-3 aku dah tak tahan. Entah berapa kali aku asyik fikir nak jerit depan muka mak ayah aku. Tapi aku tahan.

Aku call kawan aku minta tolong, jadi dia datang rumah. Aku dah pack baju dalam beg dengan pakai shoulder crutches tu aku keluar dari rumah tu tak kasitahu mak dengan ayah aku. Aku pergi stesen bas pergi negeri yang aku study dulu dekat Pahang.

Aku waktu tu dah call kawan aku nak sewa sekali rumah. Jadi aku pun duduk dekat situ lagi beberapa bulan dah dalam 70% recover aku cari kerja dan mula kerja. Dalam 3 bulan pakai tongkat lepastu dah elok baru aku tak pakai.

Aku cuma call akak dan abang aku. Kalau nak kira balik dari awal. Dari kecik akak dengan abang aku duit belanja seminggu cuma sekali dapat. Pergi sekolah tak bawa duit belanja. Mak aku sedap ada rantai emas apa gelang banyak.

Bapak aku pula dengan motor dia. Akak aku lagi teruk bab kena t4mpar banyak kali. Abang aku pernah sekali bapak aku rod0k pakai pis4u sampai berd4rah perut sebab dia tersiku motor ayah aku dan terjatuh. Itu tak termasuk duit PTPTN kami atau apa segala bantuan lebih dari 50% kena bagi dekat mak dan ayah aku.

Lepas abang dan akak aku kerja dan pindah. Raya memang jarang balik alasan semua kena kerja. Tapi kami adik beradik tahu yang semua memang taknak balik dan menyampah dengar suara mak ayah aku. Aku dulu rasa macam kesian sebab dah tua jadi aku walaupun diorang jahat tetap mak ayah aku.

Tapi dah tua pun per4ngai mereka ni tak berubah. Mungkin ada yang cakap cuba berbaik. Tidak ini bukan pasal berbaik ke tidak. Ini mak ayah aku yang kena berubah. Dari kecik selalu diorang guna anak derh4ka. Tapi kalau mak ayah yang anak dia jaga setakat pandang sebeIah mata. Eloklah mereka sepatutnya tidak melahirkan. – Lam (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

عزيزه اتن : Lam… Tindakan Lam keluar dari rumah tu tepat. Betul dah tu. Menjauhi mereka bukan kerana benci kan. Sebab nak mengelakkan Lam menjadi anak derh4ka. Makcik pun terk3jut, ada rupanya emak ayah yang begitu.

Makcik ni, walaupun kadang – kadang ada terasa hati dengan anak – anak tapi tak tergamak nak keluarkan kata – kata yang bukan – bukan. Nauzubillahhiminzalik. Lam Sabar ye. Teruskan kehidupan Lam. Tapi jangan berhenti berdoa yang baik – baik untuk emak dan ayah Lam.

Mohon Allah lembutkan hati mereka. Mohon Allah berikan taufik dan hidayah kepada mereka. Mereka mungkin kurang ilmu, Lam. Tanya khabar mereka. Nafkahi mereka mengikut kemampuan Lam. Nanti bila takdir Lam ada jodoh, binalah rumahtangga yang bahagia.

Jadilah suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab kepada anak – anak Lam. Makcik doakan agar Lam kuat dan tabah. Inilah salah satu ujian dariNya untuk Lam. Selamat maju jaya, dunia akhir4t.

Asmida Jaffari : Orang yang tak duduk dekat tempat orang – orang yang kena macam ni yang tak rasa ada parents t0xic macam tu senang lah cakap apa – apa yang kontradiks dengan perasaan tt ni. Semoga dipermudahkan urusan tt.

Bagi pendapat saya, lebih baik duduk berjauhan daripada berdekatan rasa tersiksa pendam sendiri, percayalah kalau tt ni meIawan balik, alih – alih kena cop anak derh4ka. Semoga dipermudahkan urusan tt dan semoga ibu bapa tt ni berubah dan sedar kekhilafan sendiri.

Yahya Osman : Saya kesian pada emak bapak adik, dah tua tapi per4ngai kesy4itanan masih melekat menjadi amalan harian, yang sebetulnya mereka terlalu miskin dalam segi ilmu agama, mereka memang tak berilmu, hijab mereka terlalu tebal, elok pindah rumah dan duduk sendiri, ibubapa bukan selalunya betul, kadang – kadang mereka ni harus diperbetulkan oleh anak – anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.