Aku setuju terus hari tu jugak. Langsung aku tak fikir panjang. Aku buat keputvsan macam tu sebab aku terasa eg0 yang biar aku yang kahwin dulu dari bekas kekasih aku. Seminggu sebelum kahwin baru aku sedar tapi aku tak berani nak batalkan perkahwinan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Khadeeja dan aku berusia 26 tahun. Aku dah pun berkahwin ketika di tahun akhir pengajian. Untuk pengetahuan semua, aku berkahwin dengan sepupu aku sendiri.
Aku mintak maaf kalau ada yang rasa confession aku ni buang masa ke apa. Aku cuma ingin berkongsi cerita tentang perkahwinan yang diatur keluarga. Tentang kelebihan kahwin dengan pilihan keluarga. Dan sedikit sebanyak untuk sedarkan bahawa cinta itu boleh dipupuk.
Maaf kalau ada yang bosan. Aku cuba untuk tulis dengan kreatif. Ok, aku perkenalkan suami aku dengan nama Taufiq. Sebelum tu aku nak tanya, ramai ke dalam ni yang kahwin dengan sepupu sendiri? JanggaI tak? Kalau sepupu yang rapat mesti janggaIkan?
Nasib baik aku dengan suami aku dulu tak rapat. Aku kahwin dengan suami aku bukan atas dasar cinta tapi atas percaturan keluarga. Taufiq atau aku panggil abang Taufiq ni adalah anak kepada mak long aku. Merangkap kakak kepada ayah aku.
Beza usia kami 7 tahun. Masa kami berkahwin, aku berusia 23 tahun, manakala abang Taufiq pula 30 tahun. Alkisahnya keluarga aku memang semuanya kahwin awal. Aku ada 4 beradik perempuan semuanya dan aku adalah anak bongsu.
Ketiga – tiga kakak aku semua kahwin awal. Tapi ketiga – tiganya kahwin dengan pilihan hati masing – masing. Ayah aku memang galakkan anak – anak kahwin awal, tambahan lagi bila dah ada teman lelaki. Dia tak nak jadi benda – benda yang tak elok di kemudian hari.
Ayah aku bukan typical ayah yang asyik membangkang pilihan hati anak – anak. Asalkan agamanya elok, rajin kerja dan bukan jenis panas baran itu sudah cukup. Dan antara kami 4 beradik aku yang paling tak bertuah sekali bab cintan cintun ni.
Aku bukannya tak pernah ada teman lelaki, aku rasa dah dekat 5 orang teman lelaki aku pernah ada. Tapi sentiasa berakhir dengan air mata disertai sump4han dari aku seperti “Jantan tak guna!” atau ” “Aku malas dah fikir pasal jantan!” atau yang paling extr3me “Biar jelah aku tak kahwin sampai m4ti!”.
Tapi mulut aku tak masin, jadi tetap la jugak kahwin. Nauzubillah kalau Allah makbulkan mulut aku yang tengah marah masa tu. Masa aku di tahun akhir pengajian, aku mengalami patah hati yang paling teruk. Aku malu giIa dengan family aku.
Masa tu la ayah aku marah kat aku sebab aku dah macam orang tak betul. Asyik menangis dan call ayah aku minta dia ambik dari hostel. Aku asyik nak balik rumah sebab kalau balik rumah aku tak la terlalu tertekan sangat.
Aku memang agak manja sikit berbanding yang lain. Bila dah banyak kali sangat kejadian menangis sebab lelaki, ayah aku jadi risau. Tak tau la kot sebenarnya dia menyampah. Untuk sedapkan hati aku, jadi aku anggap jelah dia risau.
Jadi satu hari tu, masa dalam perjalanan nak hantar aku balik ke hostel, ayah aku duk tazkirah aku pasal ketidakcerdikan aku menangis untuk lelaki yang tak kisah pasal aku. Kemudian, masa sampai depan hostel sebelum aku turun, ayah aku bagitahu weekend tu dia akan datang ambik aku lagi.
Aku tanya kenapa? Dia marah aku pulak jangan banyak tanya. Em0 nampaknya dia. Jadi hujung minggu tu seperti yang dijanjikan, parents aku datang jemput aku lagi di hostel. Aku ingatkan mereka nak bawak aku balik rumah.
Rupanya tak, sebaliknya kami ke rumah mak long aku. Aku tak tahu apa motif kami ke sana. Aku anggap jelah ayah aku saja nak makan free rumah kakak dia. Kat sana masa tu cuma ada mak long aku je. Ayah long aku keluar katanya ada hal.
Antara semua yang tengah makan kat situ, aku lah yang paling awal siap makan. Aku pun mintak diri nak pergi ke ruang tamu. Kat ruang tamu, sedang aku syok menonton rancangan astro ulangan yang ke 12 ribu kali, tiba – tiba ada orang bagi salam.
Rupanya abang Taufiq. Dia dari mana aku tak tahu. Aku tak rapat sangat dengan dia sebab dia lagi tua 7 tahun dari aku. Aku rasa berapa kali je aku pernah bercakap dengan dia. Lagipun dia tak banyak cakap. Dan kalau bercakap selalunya meny4kitkan hati.
Suka menyindir. Tak suka aku orang sinis ni. Aku ni dah la jenis clumsy. Mak long aku cuma ada 2 orang anak. Itu pun kembar. Yes, abang Taufiq ada kembar, namanya Talha. Tapi abang Talha dah kahwin, sekarang dia menetap di UK dengan isteri dia.
Sama – sama sambung belajar sambil kerja kat sana. Abang Taufiq duduk sebeIah aku. Tapi sofa lain – lain. Dia duduk kat sofa yang single tu. Aku dah macam geIabah jugak masa tu. Boleh aku puji suami sendiri tak? Sebenarnya dia ni jatuh dalam kategori hands0me jugak.
Dia tinggi dan putih. Aku ni sawo m4tang je. Dah la masa dia duduk kat tepi aku tu bukan main wangi lagi. Membangkitkan naluri gataI betul. Hahaha.. Nasib baik jadi laki aku. Kalau tak d0sa je. Masa tu aku duk geram kat mak dengan abah aku apehal lama sangat makan.
Mak long aku pun sama. Aku dah la tak suka bercakap dengan dia. Masing – masing buat – buat tengok tv. Tiba – tiba si lelaki yang sekarang suami aku tu bersuara… “Deeja ni kalau kahwin sekarang dah pandai ke masak? Nampak muka macam pemalas”.
Eh geram pulak aku masa tu. Dia sibuk dengan aku pandai masak atau tak kenapa. Nak perIi sebab aku datang makan rumah dia ke. Bukan aku makan banyak pun! Aku pun jawab dengan angkuh “Siapa pulak yang nak kahwin sekarang? Tak pandai masak pun takpe zaman sekarang ni. Dunia di hujung jari…”
Tapi dibaIas sinis lagi “Oh tak nak kahwin ke? Tapi pak ngah kata Deeja dah gataI nak kahwin? Khabar angin la tu…” memang baik punya perIi. Aku dah tau dah mesti ayah aku cerita kat mak long aku pasal aku patah hati kali yang ke 2 juta kali.
Tak lama lepas tu parents aku, dengan mak long aku yang dah berjam bergelak ketawa kat dapur tadi pun menyertai kami di ruang tamu. Lega hati aku. Aku pun cepat – cepat ajak ayah aku balik. Tapi ayah aku suruh tunggu dulu, katanya ada benda mak long nak bagitahu aku.
Mak long aku tiba – tiba datang tepi aku then rangkul bahu aku. Mak long aku cakap perlahan je “Deeja ok tak lagi sekarang? Dah tak menangis dah? Study ok?” Aku pun jawab jelah dengan jujur yang semua ok. Padahal teruk dah aku kena tazkirah kat rumah pasal menangis sebab jantan.
Mak long aku sambung lagi “Deeja kahwin dengan abang Taufiq nak tak? nak?” Aku terkedu betul. Aku speechless sungguh masa tu. Aku just boleh respond dengan perkataan “hah???” Oh lupa nak cakap, mak long aku dulu ustazah.
Dia sambung lagi “Elok kahwin lah Deeja, dari patah hati berulang – ulang sebab ajnabi. Allah tak suka. Kalau Deeja dah ada pilihan hati, boleh suruh masuk meminang cepat dari hari – hari bazir air mata sebab lelaki. Tapi sebab mak long tahu kamu tak ada teman lelaki sekarang ni, mak long rasa elok kahwin dengan abang Taufiq je. Mudah cerita…”
Ayah aku pulak yang sambung… “Takde dah pilihan hati ke pilihan apa ke lepas ni kak, biar je dia kahwin dengan Taufiq. Lepas tu cukup – cukup fikir pasal lelaki, belajar elok – elok…” Yang aku pelik, abang Taufiq diam je dia.
Dia pandang je kami tengah bercakap sambil bertongkat dagu dengan sebeIah tangan. Kenapa mereka tanya aku je. Tak tanya dia sekali. Rupanya lepas tu baru aku faham, dia dah tahu dulu. Tau tak apa yang lagi meng3jutkan?
Aku setuju terus hari tu jugak. Langsung aku tak fikir panjang. Desp3rate pulak aku sampai main redah je setuju kahwin. Tapi sebenarnya aku buat keputvsan macam tu sebab aku terasa eg0 yang biar aku yang kahwin dulu dari ex aku.
So dia boleh tengok aku lagi laku dari dia walaupun dia tinggalkan aku. Aku nasihatkan jangan tiru per4ngai aku, kalau tersalah pilih mer4na seumur hidup. Tak berbaloi dengan dend4m kat ex tu. Ada tak yang macam aku?
Cuma seminggu sebelum kahwin, aku dah mula geIabah. Dah mula rasa aku buat keputvsan terburu – buru. Tapi aku kahwin jugak. Tak berani aku nak batalkan macam dalam drama. Bermulalah episod perkahwinan aku, banyak betul aku berubah lepas kahwin.
Terima kasih buat suamiku abang Taufiq yang banyak bersabar dengan diriku ini. Suami aku ni macam aku cakap, agak sinis dan tak chill sangat. Sebab dia style abang – abang gitu dengan aku. Mungkin sebab jarak usia yang agak jauh.
Tapi sekali dia perIi berdesing telinga aku. Malam lepas kami bernikah, aku ada tanya dia kenapa dia setuju kahwin dengan aku. Jawapan diberi seperti berikut… ” Saja…” Eh s4kit hati betul mendengarnya. Lepas kahwin, aku still duduk hostel.
Lagipun aku cuma tinggal satu semester je lagi untuk habis belajar. So masa cuti pertengahan sem tu aku balik rumah suami aku. Ya, dia dah ada rumah sendiri. Awal – awal duduk sekali dengan dia yang teramat janggaI!
Selalu aku jumpa dia weekend je. Ni 2 minggu kena duduk sekali. Lamanya! Tapi waktu tu la aku mula rasa bertuah kahwin dengan lelaki yang lagi m4tang dari aku. Aku akui, banyak benda aku tak tau buat sebab aku anak bongsu.
Aku jarang buat kerja rumah. Ada satu hari tu, masa dia balik kerja. Aku tengah tidur. Of course aku suka tidur petang. Abang Taufiq k3jutkan aku tidur. Kalau ada yang guess kejadian ni mesti sweet. Salah! Dia off aircond je terus. Kasar permainan dia.
Aku pun bangun dengan muka masam mencuka. Mood memang ke laut. Padah tidur lepas Asar. Kena perIi lagi dengan abang Taufiq… “Tidur lepas Asar cepat giIa, tu rambut pun dah macam orang giIa…” Sebab malu, aku cuba untuk tak tidur lepas Asar lagi sejak dari hari tu.
Bagus jugak sebenarnya. Aku dah kurang mo0dy. Malam – malam pun dah boleh tidur lena. Aku juga baru tau yang suami aku sebenarnya pandai giIa masak! Mesti dia belajar dari mak long @ mak mertua aku. Satu malam tu, aku dengan dia kat ruang tamu.
Dia tengah tengok berita kat TV3, aku tengah scr0ll down instagram aku. Ternampak posting gambar kek batik. Aku memang suka kek batik, selalu kalau kak long aku balik, dia yang buatkan. Aku tunjuk kat abang Taufiq, aku cakap sedapnya, nak order lah.
Dia tanya aku “Deeja tak reti ke buat kek batik? Reti apa je? Makan?” Aku jawablah tak! Geram lagi aku. Memang aku tak reti. Aku dah pernah buat sekali tapi keras macam batu. Tu kali pertama dan terakhir aku buat. Dia suruh aku ikut dia ke dapur, ingatkan kenapa.
Tiba – tiba dia keluarkan semua bahan dari kabinet dapur. Rupanya nak ajar buat kek batik. Omg! Laki aku ni kan… so dapat la satu loyang. Lepas siap buat kek batik dia dah siap – siap pesan “Nah! Esok makan puas – puas. Gemuk tanggung sendiri..” kurang ajar kan?
Esoknya memang aku duk menghadap tu jelah sambil tengok tv. Abang Taufiq of c0urse kerja. Sejak duduk rumah dia banyak dia ajar aku masak. Macam ambik kursus masak time cuti pulak rasa. Tapi sebijik macam belajar masak dengan mak aku, salah sikit kena k3ji. Bern4nah telinga.
Pergi pasar pun macam lawatan sambil belajar. Abang Taufiq ajar aku cara nak pilih ayam dengan ikan yang segar. Yang mana daun sup yang mana daun k3tumbar. Seronok jugak sebenarnya. Kecuali masa dia bagitahu aku muka “ikan ayam” tu macam muka aku.
Suami aku ni dia arkitek. Mungkin sebab tu jugak dia macam jenis teliti dan kemas. Kalau duIukan aku ada habit lepas solat, aku tinggalkan je telekung solat atas sejadah. Aku gulung – gulung macam tu je dalam sejadah. Disebabkan bila aku tinggal macam tu, bila dia tengok dia g4ntung elok – elok.
Dah banyak kali, aku jadi malu jugak. So aku mula g4ntung sendiri. Kalau dulu baju – baju lepas angkat dari ampaian aku biarkan je dalam bakul. Sekarang aku dah rajin Iipat baju. Semua gara – gara kena perIi “Baju tu memang nanti tunggu bukak sem, terus bawak balik dengan bakul sekali macam tu ke Deeja?”
Solat pun aku dah tak lewatkan macam sebelum aku kahwin. Abang Taufiq mestiĺah jenis jaga waktu solat sebab mak long aku ustazah. Pernah aku terkekek – kekek ketawa tengok cerita Korea, tak sedar dah lewat waktu zohor. Sinis kena perIi, “Deeja, pergi solat cepat. Dah nak habis waktu tak solat lagi. Ke tak dengar azan tadi? Nak abang azankan sekali lagi ke? Talkin sekali nak?”
Sepantas kiIat aku bangun pergi ambik wudhuk. Banyak lagi lah perkara baru yang aku belajar dari suami aku @ abang Taufiq. Betul – betul macam masuk kem. Kem bestari solat pun ada jugak aku kena sebab solat laju – laju. Hahaha.
Walaupun suami aku jenis abang – abang macam tu. Tapi ada masa dia r0mantik jugak. Tapi tak selalu. Yang selalu dia sindir aku je. Masa hari lahir aku, time tu aku dah kat hostel. Dia datang ambik aku pergi makan – makan.
Ingatkan ajak makan – makan je. Rupanya masa dia hantar aku balik kat hostel, sebelum aku turun kereta dia ada bagi aku hadiah. Aku bukak kat bilik. Dalam kotak tu rupanya rantai emas dengan loket terukir nama aku “Khadeeja”.
Lepas tu ada satu kad yang aku nak menangis jugak baca. Aku simpan lagi sampai sekarang. “Selamat hari lahir isteriku. Semoga panjang umur murah rezeki. Semoga redha Allah sentiasa bersama mu.” Nampak biasa bagi orang lain, tapi aku tersentuh bila tengok perkataan “isteriku”.
Awal – awal kahwin aku takde perasaan cinta lagi kat suami aku. Suka mungkin ada. Tapi betul la, cinta tu boleh dipupuk kalau kena caranya. Buktinya aku betul – betul jatuh hati dengan suami aku. Walaupun kami bukan pasangan r0mantis.
So, dah jatuh cinta macam tu, akhirnya aku pregnant. Hahaha. Masa konv0kesyen aku, kami dah bertiga termasuk baby dalam perut. Ingat tak g4duh dah ke? G4duh lagi lepas tu sebab dia nak initial nama anak kami mula dengan T jugak macam nama dia. Aku tak nak.
Amboi nak ikut family dia semua T. Taufiq, Talha, Talib, anak aku nak dinamakannnya Tauseef. Tapi tak jadi! Ok bukan sebab aku yang menang tapi sebab anak kami perempuan. Jadi dapat lah seketul Khaira Tahsina. Nak jugak T dia!
Itu jelah cerita aku, orang cakap elok dielakkan kahwin dengan sepupu, tapi nak buat macam mana dah tertulis j0doh aku dengan sepupu sendiri. Apa – apa pun redha la dengan siapa j0doh kita. Terima kekurangan masing – masing. Akhir kata doakan aku dapat anak kembar pulak lepas ni macam suami aku. – Khadeeja (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ana Tajul : Best confession tt ni, kadang – kadang sengaja Allah kecewakan hati kita, sebab Allah ada pilihan yang terbaik untuk kita. Tahniah tt, semoga bahagia bersama abg Taufik. Apa – apa pun saya suka dengan confession ni, santai tapi dapat banyak pengajaran.Yang semestinya cinta boleh dipupuk, semoga cinta kita ni menjadi asbab untuk kita meraih Syurga Allah. Semoga bahagia tt.
Noor Pazihah Binti Mohammad : Kakak mak saya pulak kahwin dengan sepupu mak dia aka nenek saya, alhamdulillah bahagia sampai ke akhir hayat. Arw4h pakngah meningg4I kemaIangan 11 tahun lalu, makngah masih lagi sendiri meniti hari – hari seterusnya dan masih bercerita baik tentang arw4h.
Semoga mereka bertemu di sana. Suami saya kembar tak seiras sekarang anak dah 3 masih lagi tak jumpa kembarnya. Orang kata lelaki tak bawa genetik kembar, kalau perempuan tu mungkin lah. Aunty saya beIah ayah kembar dan setiap kembar melahirkan twin baby girl juga. Cousin yang kembar tu 2 orang dah kahwin belum lagi berhasil dapat kembar, anak dah 5 kot
Aini Qamariah : Kan bagus jenis cerita santai ringan macam ni. Mesej pun ada. Penceritaan tak ke laut dalam. Ini tak habis cerita berat – berat. Laki tak teruna lah. Bini tak d4ra lah. Laki kawen bestfren lah, pening aku baca lah.
Zee Ekyn II : Tahniah tt.. Perkahwinan tt jadi indah bukan sebab husband tt semata – mata.. Tapi sebab tt pon bukan jenis mudah ambil hati dan ade sifat sentiasa nak belajar.. Moga perkahwinan tt dirahm4ti allah dan sentiasa dipermudahkan
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.