Sebelum ni ayah nak jodohkan aku dengan dato’, umur 60-an. Katanya baru lepas dapat duit loan berjuta – juta. Kebanyakannya semua laki yang ayah aku nak jodohkan semua tua – tua. Aku rasa macam ayah nak jual aku je untuk dapatkan duit..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Maaf kalau ayat aku berterabur atau rasa kebudak – budakkan. Aku tak tahu nak mula cerita dari mana. Bukan niat nak aibkan ayah sendiri tapi aku tak tahu nak luah dekat mana lagi.
Aku sekarang dah berumur 32 tahun. Perempuan. Belum kahwin lagi. Cerita dia macam ni. Ayah aku ni kahwin banyak. Kalau kira total ada 4 bini tapi 2 dah diceraikan. Ayah aku tak mampu pun untuk kahwin sebenarnya tapi atas alasan apa dia kahwin lain faham – faham je la.
Aku merupakan anak sulung dari bini pertama. Dengan mak aku ada 4 orang anak, bini kedua 3 orang anak, bini ketiga seorang anak dan bini terkahir ada 4 orang anak. Yang paling kecil mungkin ada umur setahun dah rasanya.
Sebenarnya apa yang aku nak luahkan adalah ayah aku ni dah lama tak kerja. Ayah aku tak suka kerja bawah orang. Kali terakhir dia kerja pun masa umur aku dalam 24 – 25 tahun. Ayah aku suka berniaga tapi kebanyakan bisnes dia banyak yang tak jadi.
Jadi tanggungjawab jaga family tu jatuh kat atas kami 4 beradik. Kami kena tanggung 3 adik kami dari bekas bini no 2 sebab dia lari tinggalkan anak dia. Sebenarnya punca kami terp4ksa bela dorang sebab ayah aku call merayu suruh ambil budak – budak tu dekat rumah kawan bekas bini dia.
Sebab kesian punya pasal dan atas sebab d4rah daging sendiri kami ambil dorang jaga. Masa ni ayah aku dah kahwin dengan yang no 4. Jadi dia duduk dengan perempuan tu dekat negeri lain. 2 orang adik aku masa ni dorang jadi bukan warganegara sebab sijil nikah ayah aku tak sahkan dekat Malaysia.
Adik yang lagi 1 tu terlepas, yang sulung. Cuma bawah dia ja tak lepas. Jadi sampai umur berapa kami tak dapat masukkan dorang 2 orang ke sekolah sebab bukan warganegara. Hanya mampu hantar pergi tadika dan tahfiz. Tu pun ustaz keluarkan sebab ayah aku tak mampu bayar.
Masa tu yang kerja cuma aku dan adik no 2 ja. Gaji pun bukannya banyak masa tu. Lepas kami kerja ni ayah dah mula susah bagi duit rumah. Jadi dari situ la kami yang tanggung semua. Sekarang masalah warganegara tu da selesai lepas kami f1ght dengan ayah.
Memang g4duh besar waktu tu. Mana dengan dia selalu balik kacau – kacau kami minta kereta untuk urus bisnes dia. Dulu kami ada ja kereta dengan motor. Lepas ayah aku kahwin no 4 tu dan konon nak buka bisnes baru dia minta mak aku jual kereta kami.
Jadi tinggal motor ja dekat kami. Masa ni aku dengan adik – adik masih study lagi. Bila aku dah mula kerja benda pertama sekali aku beli adalah kereta sebab aku tak mahu menyusahkan orang. Tambah lagi adik tiri aku ada masalah asthma.
Jadi kadang – kadang waktu tengah malam dia kena ser4ngan asthma. Mak aku terp4ksa call kawan ataupun bos mak aku untuk tolong bawak adik aku pergi ke hospitaI. Lepas ayah aku tahu yang kami dah ada kereta, dia selalu kacau dan minta kereta aku.
Sampaikan aku tengah kerja pun dia akan datang minta kereta dan tinggalkan moto untuk aku balik. Aku rasa str3ss sangat time tu. Aku rasa kesian tapi dalam masa yang sama aku tak boleh nak hadap dengan per4ngai ayah aku.
Malam – malam dia akan masuk dalam kereta dan start enjin kereta untuk sembang telefon. Lama – lama kereta aku pun buat hal. Dan yang kena keluarkan duit tu aku. Ayah aku cuma tahu guna ja. Dipendekkan cerita, sekarang adik – adik tiri yang 2 orang tu da sekolah kecuali abang dia.
Yang ni dia sendiri yang rosakkan hidup dia sendiri. Kami dah buat apa yang kami mampu. Tapi per4ngai dia sebiji macam ayah aku. Tidak boleh ditegur langsung. Ayah aku masih sama. Kacau – kacau kami minta kereta untuk uruskan bisnes yang masih belum berjalan.
Masalahnya dekat sini aku jenis lembut hati. Aku tak boleh tengok ayah aku susah tapi ayah aku macam ambil kesempatan dengan kelemahan aku. Ayah aku selalu minta duit dengan kami 4 beradik. Sebab ayah dah tak kerja, bini no 4 dia pun tak kerja.
Dorang tinggal dekat rumah mak ayah perempuan tu. Bila kami tak bagi duit ayah aku mula burukkan kami. Tapi selalunya mak aku yang kena paling teruk. Dia selalu tuduh mak aku cakap mak aku batu api. Burukkan ayah aku dekat kami.
Family sebeIah ayah kadang – kadang ada jugak tolong bagi duit dekat ayah. Jadi bila dorang bagi kami yang kena. Ayah cakap kami macam – macam. Sampai sekarang kami yang masih tanggung rumah dan anak bini no 2.
Sekarang dia nak minta tanggung bini no 4 pulak. Aku tak tahu macam mana nak keraskan hati aku. Sebelum ni ayah aku pernah nak jodohkan aku dengan dato umur 60an. Katanya baru lepas dapat duit loan berjuta – juta.
Bila dengar tu aku rasa sedih, geram dan marah, aku mampu nangis je. Rasa macam ayah aku nak jual aku ja time tu. Kebanyakannya semua laki yang ayah aku nak jodohkan semua tua – tua. Aku cerita benda ni dengan kawan lelaki aku.
Dia marah sangat dan dia suruh block ayah aku. Dia tak benarkan aku tolong dan bercakap dengan ayah aku lagi. Tapi aku ada jugak buat benda ni curi – curi sebab kesian. Yang terbaru aku ada tolong ayah aku lagi mengenai hal duit.
Akhirnya aku dicopkan b0doh oleh ayah aku. Lepas dari tu aku dah niat nak keraskan hati dan tak mau bantu ayah aku tapi tak tahan lama. Dia ada minta kereta aku tapi aku cakap nak guna. Lepas ja cakap macam tu terus aku rasa sedih dan menangis di dalam bilik.
Adik – adik dengan kawan laki aku selalu cakap aku b0doh sebab aku masih lagi boleh rasa kesian dekat ayah aku. Aku cuma fikir satu benda ja. Dari kecil sampai la aku sambung belajar ayah aku yang bagi duit. Lepas tu aku pegang cerita nabi mengenai ibubapa disumpah menjadi khiinzir. Jadi aku rasa aku tak ada hak untuk judge ayah aku. P/s : Tolong jangan kecam aku dan family aku. – Hawa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nadirah Ayu : Dik bapak ko ni sebenarnya memang jadikan ko sebagai investment dia kemudian hari. Senang nak gunakan ko. Bapak ko memang jenis tabur sp3rma merata. Tapi tanggungjawab ke laut. So teruskan siksa diri ko dik. Teruskan dengan kesian ko. Teruskan kesian sampai ko kena pijak dan dipergunakan sampai ko tua nanti.
Dina Omar : Kenapa kej4m sangat komen2 dalam ni? B0doh – b0doh duungu – duungu kan orang suka hati seolah – olah diri sendiri paling cerdik segala hal. Agaknya rasa tak ada benda baik nak cakap, tak payah komen. Seribu orang baca, seribu kali lah engkau orang bertimpa – timpa d0sa.
Buat confessor, saya faham sangat perasaan awak sebab saya sendiri memang ada soft spot untuk orang tua. Kadang – kadang marah macam mana pun bila tahu tentang sesuatu, kalau dia minta tolong, memang susah saya nak cakap no walaupun bukan d4rah daging saya.
Cuma! Saya belajar untuk limitkan, kalau minta 100 saya bagi 30 sahaja. Kalau minta hantar sampai ke rumahnya, saya hantar at least sampai station bas. Anak sulung yang btanggungjawab memang akan rasa segala hal tentang family adalah tanggungjawab dia.
Biarlah orang kata awak b0doh atau dungu, tapi saya rasa hati awak mulia. Betul cakap awak, mungkin bapa awak buruk dalam hal ni tapi disebabkan dia juga awak mampu sambung belajar and be who you are today.
Terima kasih sebab masih ada rasa simpati dan sayang pada bapa. Allah angkat darjat mereka yang menyantuni ibu bapa. Tapi kena ingat, jangan terlalu memberi dan mengalah sebab nanti akan susahkan diri. Cuba limitkan sebarang bantuan.
Boleh bagi tapi limitkan. Slow – slow belajar cakap no tapi usahakan sesuatu untuk membantu ayah tu. Tapi kalau dia masih tak ada usaha lansung, hentikan segala bantuan kecuali bagi duit bulanan sahaja. Itu sahaja cara awak taknak rasa bersalah and tak melepaskan tanggungjawab macam tu sahaja. Dan jangan lupa, doa. Doa itu senj4ta orang mukmin. Never underestimate the power of doa. InshaAllah terbuka hati ayah tu untuk berubah suatu hari nanti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.