Saya balik rumah mak tapi macam biasalah orang tak sokong saya nak cerai. Nanti anak takde bapak. Saya nekad pergi mahkamah seorang diri. Tak sangka pegawai mahkamah ajar saya buat macam ni dan akhirnya saya berjaya!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hi semua. Kali pertama saya menulis di sini. Sekadar nak berkongsi pengalaman sebagai ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak. Bagaimana saya melalui proses penceraian dan naik turun Mahkamah untuk hak jagaan dan nafkah anak saya.
Okay, bekas suami saya namanya Bahenol. Panggil ajaIah Bahe. Kami kenal tak lama pun, saya masuk kerja di tempat baru kemudian berkenalan dengan beliau. Dalam masa 2 bulan je, kami buat keputvsan nak berkahwin.
Konon, nak bercinta selepas bernikah. Oh lupa nak beritahu yang Bahe ni duda. Maksudnya, ini perkahwinan kedua beliau. Perkahwinan pertama tiada anak jadi segalanya berjalan lancar dan baik. Awal – awallah lagi kan. Hahaha.
Awal perkahwinan, macam – macam juga ujian tapi kami boleh lalui bersama. Yelah, baru nak kenal hati budi masing – masing pun ada eg0. Lepas tu, Bahe nie sejenis mulut tak tapis, tahlah katanya orang Melaka memang mulut pedas tapi hati baik. Ye ke? Tahlah.
Tapi, keluarga Bahe, Alhamdulillah baik sangat – sangat lagi – lagi arw4h mak mentua saya. Memang penyayang dan baik hati sangat. Sayangkan saya macam anaknya. Arw4h sempatlah jaga saya masa dalam pantang untuk anak pertama dan anak kedua.
Cucu ketiga je, masa tu arw4h dah pulang ke pangkuan Ilahi. Al-Fatihah. Okay, masa tahun perkahwinan kami masuk tahun keempat, saya dah mula tawar hati. Saya sejenis memendam. Kalau saya cakap banyak kali tak jalan – jalan mulalah saya pendam hinggakan saya dah terbiasa.
Bahe nie pulak hobinya suka memancing setiap masa. Saya penat. Sebab bila saya dan anak – anak asyik ditinggalkan lepas tu kalau anak s4kit semua saya buat sendiri. Bayangkanlah, kalau Bahe pergi memancing, dia guna kereta.
Saya kalau nak beli barang saya kena berjalan kaki jauh – jauh ataupun kalau anak tiba – tiba s4kit, saya kena naik grab. Tak ke menyusahkan saya. Itu belum lagi, kalau bab suruh buang sampah, kena sampai 3 plastik sampah pun tak buang.
Saya yang perut memboyot – boyot sebab masa tu saya mengandung anak ketiga, bawaklah dengan 2 anak lagi dengan pegang plastik yang berisi sampah, bawak turun buang ke bawah. Sedih tau rasa macam takde laki. Hujung – hujung telan sendiri rasa perit payau sedih tu.
Selepas bersalin anak ketiga, memang saya dah cakap saya nak failkan penceraian, Bahe pun tahu. Dia berubahlah sekejap dan saya pun tak jadilah nak failkan sebab anak masih kecilkan. Masa ni saya selalu fikir, “Kesian anak – anak nanti takde ayah”. Masa ni lah.
Lepas tu keluarga saya pun suruh berfikir banyak kali dengan kata nanti susah nak hidup bila dah bercerai, stigma orang menilai lagi. Hmm macam – macamlah. Saya bekerja juga. Tapi, gaji saya jadi sikit sebab saya buat pinjaman peribadi yang Bahe suruh.
Tulah sebab niat hati nak tolong nak bantu suami, sayang suami lah kan. Last – last kita yang s4kit. Barangan dapur, barangan anak pun semua saya yang uruskan. Bahe cuma uruskan bayar sewa rumah je selebihnya duit dia pada hobi dia, mancing, mancing dan mancing. Hurmmm.
Kemuncaknya, saya dah meletus sebab saya tak tahan bilamana anak saya s4kit, saya s4kit tapi Bahe utamakan kawannya yang takde kend3raan nak balik. Katanya, kawan dia susah. Saya siap cakap, “Kalau nak tolong kawan jangan sampai anak bini diketepikan.”
Tapi, masa tu Bahe tetap buat tak peduli. Saya ambil grab, bawak 3 anak saya pergi kIinik. Masa ni takde tangisan dah, saya cakap “Cukuplah. Saya dah taknak teruskan.” Akhirnya, saya dan Bahe berg4duh teruk. Saya dihalau keluar dengan anak – anak tengah – tengah malam.
Takde bawak apa – apa pun, sehelai sepinggang keluar. Saya ambil grab pergi ke rumah keluarga saya. Mujur keluarga saya dah faham situasi saya. Meng4muk jugaklah ahli keluarga saya tapi Bahe boleh kata, “Ambiklah dia, saya dah taknak jaga dia.” Senang kan.
Mula – mula saya taktahu nak buat apa. Kakak suruh saya pergi kaunseling kat Pejabat Agama. Tapi, saya kata saya tak nak dah kaunseling – kaunseling ni semua. Saya nak terus bercerai aja. Kakak marah saya, dia kata, “Ingat orang suka kau jadi janda, tak pikir anak – anak ke?”
Again. Saya naik marah bila kata “Tak pikir anak – anak ke?” Sebab saya fikirkan anak – anak sayalah saya buat keputvsan begitu. Sebab saya taknak anak saya membesar dalam keadaan persekitaran t0ksik dan ber4cun seperti yang saya alami.
Akhirnya, saya gagahkan diri ke Mahkamah seorang diri. Saya tanyalah pada Pegawai di sana, apa saya perlu buat sebenarnya. Pegawai tu siap cakap pada saya, “Kalau Puan nak kaunseling dahulu, kita akan rujukkan Puan ke Pejabat Agama, tapi kalau Puan nak teruskan bercerai, Puan ambil dokumen dan isikan semua.”
Nah. Tak perlu kaunseling. Apa lagi, saya kata saya nak teruskan penceraian, saya tak nak kaunseling – kaunseling dah. Pegawai itupun ajarkan saya bagaimana nak buat tuntutan. Siap kata, buat sekali untuk anak iaitu hak jagaan anak dan nafkah anak.
Biar berjalan serentak walaupun tak sama Mahkamah sebab prosesnya berlainan. Saya ikut kata beliau. Betul. Memang prosesnya lama. Untuk kes cerai memakan masa 7 bulan sahaja. Tetapi, untuk kes hak jagaan anak dan nafkah anak memang lama.
Dua tahun jugalah saya naik turun Mahkamah untuk kes anak saya ini. Dalam tempoh 2 tahun kes anak berjalan, belum lagi dengan drama – drama yang saya hadap. Drama diser4ng di pejabatlah. Bahe marah – marah dan m4ki saya sebab saya tukarkan anak ke tadika lain.
Saya beritahu memang saya tukarkan anak ke tadika lain yang berdekatan dengan pejabat saya. Dia marah sebab bila dia nak ambil anak, pihak tadika tak bagi sebab saya yang suruh. Memanglah, dah masa tu dia selalu ugvt nak larikan anak – anak dari saya.
Mana saya tak tr4uma? Saya bukan halang dia dari jumpa anak – anak cuma saya tak suka bila diugvt. Hari – hari Bahe ugvt begitu, sampai saya blok beliau di WhatsApp sebab saya tak tahan. Bila ada bicara di Mahkamah, Bahe tak nak hadir.
Alasan beliau, kalau dia tak hadir, kes akan terg4ntung. Saya pun ingat begitu. Tapi, untuk kes anak, saya memang ada Peguam. Peguam saya terangkan, bahawa kalau Bahe takde pun, kita masih boleh teruskan, maka lega hati saya mendengarnya.
Oh, masa kes anak, saya gunakan khidmat Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Ini saya tahu pun sebab Pegawai Mahkamah yang berikan alamat suruh saya rujuk ke sana untuk bantuan guaman. Saya pergi sendiri ke sana, saya tanya apa yang perlu saya lakukan, Alhamdulillah pihak JBG pun menerangkan dengan sebaiknya.
Lepas itu, bila JBG kata, pihak mereka akan bawa kes hak jagaan anak dan nafkah anak sehingga selesai, saya bersyukur sangat. Masa ni saya kena lagi dengan Bahe. Dia hamun saya, kata saya ni mampu nak ambil Peguam, nanti saya yang akan menang.
Hahaha walhal Bahe pun tahu gaji saya tinggal RM500 sahaja sebab dah banyak p0tong untuk pinjaman yang saya buatkan untuk dia. Celah manalah saya mampu nak bayar Peguam. Saya dapat JBG itupun, segala kos adalah percuma sebab saya menepati kelayakan yang JBG syaratkan.
Macam – macam saya lalui masa proses dokumentasi dan Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya berjuang menuntut hak anak – anak saya. Bilamana keputvsan Mahkamah dibacakan, sujud syukur padaMU, Allah.
Ketiga – tiga anak diletakkan di bawah jagaan saya. Nafkah pula Mahkamah menetapkan dengan amaun yang munasabah dan melalui p0tongan gaji jadi Bahe tiada alasan nak berdolak – dalik lagi. Alhamdulillah. Sekarang, saya bahagia dengan ketiga – tiga anak saya.
Anak saya yang sulung dah darjah 3, manakala adiknya baru darjah 1 dan yang bongsu di taska. Syukur saya pada Allah kerana anak – anak saya memahami saya yang menjaga mereka dan sentiasa sayangkan saya. Manakala Bahe tetap dengan dunianya dan hobinya.
PergiIah, kerana kami tidak akan menganggu dan menghalang aktivitinya lagi. Percayalah di setiap kepenatan kita, bertungkus – lumus mempert4hankan hak anak – anak kita, di akhirnya pasti akan ada sinar. Allah ada dan Allah tahu. Hugssss! Saya seorang ibu tunggal yang tak putvs asa dalam mempert4hankan hak anak – anak saya. #makanaktiga – Rupa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Rose Linda Roslan : Bagus kisah ni. Penat baca kisah isteri merentan itu ini konon minta pandangan kat sini tapi taknak bertindak pun. Puan sangat tabah dan kuat. Semoga dalam jagaan dan rahmat Allah.
Aini Mohamad : Saya respek puan sebab berani bertindak. Ramai isteri – isteri di luar sana (bagi yang mend3rita), tidak berani bertindak, takut untuk keluar dari kepompong suami. Takutkan kehidupan sebagai janda dan ibu tunggal. Berkahwin itu sunnah. Dan bercerai juga sunnah sebenarnya.. dibenarkan. Jika lebih mud4rat.. Bertindak lah.
Ezd Airaniez : Tahniah puan sebab berani bertindak demi kebahagiaan anak – anak. Takde salahnya berpisah asalkan puan dan anak – anak happy. Mak saya pun ibu tunggal besarkan 6 orang anak. Alhamdulillah sekarang semua dah besar dan berkerjaya. Mak saya pencen jaga pokok je. Huhu
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.