Anak baru 8 tahun tapi baran, kalau marah habis terbalik sofa. Satu hari bapa saya buat sesuatu, sampai anak saya ‘lembut’

Anak – anak saya membesar dengan penuh t0ksik sebab bekas suami panas baran. Lepas bercerai tak sangka anak umur 8 tahun terikut per4ngai bekas suami. Saya malu dengan per4ngai anak dekat ibu bapa sebab kami menumpang, sehinggalah bapa saya dah tak tahan. Dia bawa anak saya ke satu tempat..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Sudah lama rasanya saya tidak menuliskan sesuatu di lama confession terhangat di media sosiaI ini. Bagi yang tidak mengenali saya, nama saya Kamariah Abidin, ibu tunggal kepada 5 orang cahaya mata.

Saya terpanggil untuk menulis tentang topik ini selepas membaca beberapa komen pembaca tentang kesan keluarga yang bercerai di beberapa confession. Tidak dinafikan, membesarkan anak sendirian sangat menc4bar.

Berpasangan pun menc4bar apatah lagi berseorangan. Tapi kelebihan berseorangan ni, tak payah pening dengan masalah pasangan (sekiranya pasangan bermasalah). Boleh fokus 100% pada diri dan anak – anak. Bagi yang mempunyai pasangan yang baik, syukur Alhamdulillah, saya doakan semoga anda terus bahagia hingga Jannah!

Untuk makluman para pembaca, anak – anak saya terdiri dari 3 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Yang sulung (kakak) berumur 15 tahun, abang berumur 13 tahun, yang ketiga perempuan 11 tahun, yang keempat, lelaki 8 tahun, dan yang tercomel, hasil perkahwinan kedua saya, yang turut gagal, akan menjengah usia 2 tahun.

4 anak yang atas hasil dari perkahwinan saya yang pertama, zaman kanak – kanak mereka penuh dengan kesedihan dan ketakutan, akibat baran dan sikap nars1stik bekas suami. Saya berjaya melepaskan diri dan membawa anak – anak keluar dari masalah.

Namun masalahnya tidak berhenti dengan perceraian. Anak kedua saya, akan saya namakan Mat dalam penulisan ini, ketika saya bercerai dia baru berusia 8 tahun, juga mew4risi baran abahnya. Sekiranya Mat marah, memang akan terbalik sofa – sofa di rumah, memang akan menjerit – jerit dan meng4muk.

Suka meIawan dan sangat rebeI. Ketika itu, saya duduk bersama ibubapa, menyebabkan saya sangat malu dan str3ss dengan sikap Mat. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Allah hadirkan bapa saya yang sangat prihatin.

Abah tiap – tiap hari bawa Mat ke masjid berjemaah. Waktu sekolah, Magrib dan Isya’. Kalau hari cuti, Asar, Magrib dan Isya serta solat Jumaat. Bukan saja berjemaah, Mat bantu kemas masjid setiap hari, bentang sejadah, gulung sejadah, cuci cawan lepas orang selesai minum, sapu, susun selipar dan anak suka sebab katanya pakcik – pakcik suka bagi upah.

Lama – kelamaan memang lembut sangat anak saya. Tuturnya lembut, rajin solat, berbudi bahasa. Sangat menjaga hati saya. Rajin di rumah. Selepas saya keluar dari rumah parents dan menyewa sendiri, Mat sudah jarang ke masjid kerana tiada yang bawa.

Tapi dia konsisten dengan sikapnya yang baik. Suka kemas dapur. Sejuk hati bila balik kerja pinggan mangkuk sudah disusun dalam kabinet, sampah sudah dibuang. Sehinggalah kini, Mat sudah duduk di asrama, bila telefon, lembut tuturnya.

Bila minta belikan barang, pasti dia pilih yang termurah sebab tak nak susahkan saya. Alhamdulillah. Anak – anak yang lain juga tidak menyusahkan saya. Masing – masing mudah dibentuk dan mendengar kata dan sangat memahami.

Masing – masing mempunyai kelebihan yang menyejukkan hati saya. Kuncinya, sering berkomunikasi dengan mereka. Saya selalu berterus terang sekiranya ada masalah, selalunya masalah kewangan. Dengan tujuan untuk memahamkan mereka kenapa tak boleh beli itu ini sewenangnya atau makan luar dengan kerap dan kenapa kita kena berjimat cermat.

Mereka faham dan hati mereka penuh dengan rasa empati. Selain komunikasi yang baik, sebagai wanita yang gagal 2 kali dalam perkahwinan, saya mesti berada dalam em0si yang stabil. Saya sering ingatkan diri, yang saya tidak seharusnya melempiaskan kekecewaan kepada sesiapa pun, terutamanya anak – anak.

Saya hilangkan rasa kecewa dengan menanamkan rasa redha dengan semua ketentuan Allah, memaafkan bekas – bekas suami dan move on dengan baik. Dengan memaafkan mereka, hati saya rasa lapang dan dapat meneruskan hidup dengan tenang.

Memaafkan tidak bermakna saya menerima perbuatan mereka, perbuatan dan sikap buruk mereka tetap salah. Tetapi kemaafan pada saya menandakan yang kita redha dan menerima konsep yang sesuatu itu berlaku semuanya di atas izin Allah dan penuh dengan hikmah.

Para pembaca sekalian, sekiranya ada ibu tunggal yang membaca tulisan ini, sedarilah, anda adalah orang yang sangat penting dalam institusi kekeluargaan. Anda yang mencorakkan kehidupan anak – anak, dari sesuap nasi yang dan cari setiap hari untuk anak – anak, dari setiap helai pakaian yang anak-  anak sarungkan, dari setiap kata yang anda tuturkan buat anak – anak, semua menjadi tugas anda. Besar sangat tanggungjawabnya.

Jangan putvs menyelitkan doa buat anak – anak supaya sentiasa di dalam Iindungan Allah SWT, dan diberikan kejayaan hidup dunia dan akhir4t. Lenturlah anak – anak sebaiknya. Tanamkan rasa kecintaan kepada Allah dan Rasul.

Saya pun bukanlah seorang yang alim, saya biasa – biasa sahaja. Tapi saya amat menekankan solat dan berbuat baik sesama makhluk. Saya selalu pesan pada anak – anak, rugi kalau tak solat sebab antara waktu – waktu yang mustajab doa ada semasa dan selepas solat.

Ada juga masa – masa anak malas solat, saya akan ingatkan mereka p0tongan laungan azan “hayaa ‘alal salat” diikuti dengan “hayaa ‘alal falah” yang bermaksud marilah menuju kejayaan. Mana mungkin boleh berjaya kalau tak solat, sebab itu dalam laungan azan, diajak kita solat dahulu barulah menuju kejayaan.

Saya berharap, anak – anak saya tidak akan termasuk dalam statistik yang mengatakan anak – anak dari keluarga br0ken selalunya bermasalah. Mohon titipkan doa kepada anak – anak saya semoga dikurniakan Allah kepada mereka kejayaan hidup di dunia dan akhir4t.

Semoga Allah membalikkan titipan doa – doa ini kepada para pembaca sekalian. Sekian buat kali ini. – Kamariah Abidin (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noorul Izzah Marzuki : Suka dan terasa lega baca perkongsian ini. Selalu confession yang lain banyak buat saya berkerut dan tepuk dahi kecewa. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa bantu dan beri kekuatan buat puan dan anak – anak. Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan dari Allah. Terima kasih atas perkongsian yang baik ini.

Alyah Maulat : Seronoknyaa baca confession ni tambah – tambah kisah si mat tu. Macam mana dari seorang yang baran boleh bertukar jadi seorang yang sangat lemah sopan santun orangnya. Alhamdulillah. Sebenarnyaa ni semua dari hidayah Allah dan juga berkat doa dari seorang ibu.

Dua – dua ni amat penting sekali. Sebab tu em0si ibu kena kuat. Sebab nak uruskan anak – anak yang sedang membesar bukan mudah. Kita ada anak sorang dua pun kadang – kadanag tu terbabas jugak em0si ni. Semoga kita sebagai ibu sama – sama kuat dalam ujian dunia ni. Semua ni untuk bekalan di sana nanti. Amin..

Nadia Fadzianty : Seronok baca cerita macam ni. Seorang wanita dan ibu yang kuat dan tabah. Semoga anak – anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah dapat berbakti pada puan sehingga habis usia. Tak macam ibu atau isteri tipikal walaupun suami tu sangat t0ksik terhadap dia dan anak – anak pon masih sanggup bertahan asalkan bersuami kekdahnya.

Biarkan anak – anak membesar dalam suasana yang tak sihat. Hopefully perkongsian macam ni boleh memberi semangat untuk wanita – wanita lain di luar sana supaya jadi lebih kuat untuk bebas dari hubungan yang t0xic.

Lashin Rha : Saya suka confession ni. Memang banyak saya baca bila ada persekitaran yang negatif anak sebenarnya akan lebih sihat bila exposure kurang dengan pelaku. Ibu yang berpisah untuk selamatkan anak – anak memang seperti adiwira di mata anak – anak! Terima kasih untuk ibu yang cekal seperti ini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.