Anak aku 2 tahun speech delay, suami salahkan aku tak reti jaga anak, mertua mengumpat aku depan-depan

Kemuncak cerita, bulan lepas kami berg4duh. Ayat suami “I taknak pon anak ni. I dah cakap dah dari awal kahwin hari tu” Aku mengucap Panjang. “Kalau you dah tau you taknak anak, apsal you tak pakai k0ndom? Apsal you tak potong je you punya tu terus?”Aku nekad bangkit, aku kesian dekat anak aku..

#Foto sekadar hiasan. Beberapa hari yang lepas, aku nekad jumpa doctor sebab aku boleh rasa degup jantung aku dengan kuat. Dengan kuat tu bermaksud sampai d4da dan badan aku terdorong bergerak sekali. For a few second.

Dan berlaku dengan kerap sekali dalam masa sehari. Hampir sebulan keadaan begitu. Aku rasa tak selesa dan rutin harian agak terganggu. Akhirnya, tepat sangkaan aku. Doktor sahkan aku str3ss dan anx1ety. Aku rasa, kalau aku datang sebulan yang lepas mungkin aku didiagnos depr3ssion based on DASS.

Aku Aliya, berumur 30-an, hampir lima tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Suami aku baik, nafkah terjaga, ringan tuIang membantu kerja rumah dan mengasuh anak, pengurusan kewangan juga baik. Jauh lebih baik dari aku.

Cuma masalahnya, dia bukan pendengar yang baik dan suka bercakap kasar terutamanya ketika marah. Tak sampai sebulan perkahwinan, kami bertengkar. Ayatnya, “You tu menumpang je kat sini. You bukan siapa – siapa” sambil tumbvk meja.

Perasaan aku? Melayang. Memang macam ni ke kalau dah kahwin? Bertahun aku mencari apa sepatutnya pasangan yang berkahwin rasa sebab aku rasa menyesal. Ya, menyesal. Sampai aku nasihatkan orang sekeliling aku untuk tidak berkahwin sebab aku katakan kepada mereka kahwin ni tak seronok pon.

Little did I know yang perkahwinan aku yang bermasalah sebenarnya. Sedih. Sejak tu, aku jauh hati. Aku tetap ingatkan diri aku yang aku cuma menumpang. Sehinggalah sekarang. Sampai kadang – kadang aku cakap dengan anak aku yang kita ni menumpang saja, kita akan berpindah satu hari nanti.

Aku tak mampu nak hilangkan memori tu. Bukak paip air kuat sikit kena marah, tutup peti ais dan pintu cabinet kuat sikit kena marah. Ayat suami aku “You memang nak rosakkan semua barang dalam rumah ni ke?” Bertahun aku tak usik barang – barang lain yang ada dalam rumah tu.

Baru sekarang aku berani tu pon mintak izin dari dia dulu. Sebab bukan aku punya. Aku takut kena marah. Setahun berkahwin, kami terlalu kerap berg4duh. Macam – macam yang dik4takan kepada aku sehingga satu tahap aku rasa hati aku m4ti.

Aku takut nak buat keputvsan sendiri. Aku rasa suara aku tak penting. Tak didengari. Kalau aku ajak berbincang, mesti akan berg4duh akhirnya. Pada suami, aku suka menjawab. Salahkah kalau aku ada pendapat aku sendiri?

Suami suruh aku berhenti kerja, tapi aku taknak sebab aku nak ada pendapatan sendiri, ada back up kalau ada apa – apa terjadi. Ayat suami? “Takkanlah you b0doh sangat tak boleh nak cari kerja lain kalau apa – apa jadi nanti? Ada degree kan?”

Sekali lagi, suara aku tak didengari. Menjadi housewife tanpa kerelaan hati, waktu itu anak aku berusia 7 bulan. Aku jadi pemarah. Aku rasa sesak bila anak aku merengek. Pernah aku hempas anak aku atas katil bila dia tak tidur lagi. Aku penat.

Penat em0si dan mentaI. Ayat suami aku? “You duduk rumah bukannya buat apa kan”. Ok. Yelah, suami saja yang penat bekerja. Jenis dia pulak, kalau penat bekerja balik mula lah nak marah – marah dan bad mood. Jadi, aku nak bercerita dengan siapa?

Setiap kali dia balik kerja, aku akan senyap dan perhatikan mood dia dulu. Aku takut. Tu belum berg4duh pasal balik kampung aku. Awal perkahwinan suami marah sebab aku nak balik kampung kerap. Takdelah kerap sangat pon.

Sebulan atau 2 bulan sekali. Rumah mak aku pon bukan jauh sangat. Satu negeri jugak. Ayat suami? “You tu anak perempuan. Abang you yang patut balik lagi kerap jenguk mak tu” Aku menangis. Seteruk inikah sebuah perkahwinan?

Salahkah aku nak jenguk mak aku? Antara adik beradik aku yang duduk paling dekat dengan mak tapi kekerapan balik? Sama dengan yang lain jugak. Alasan suami, dia sibuk kerja. Aku katakan padanya, biarlah aku balik seorang pon.

Aku ada kereta, boleh memandu sendiri. Tapi dia tetap tak puas hati. Ya, sampai sekarang aku rasa takut nak ajak suami balik kampung aku. Kadang – kadnag tu bila suami dah janji nak balik tapi mesti tak balik pon. Ada kerja.

Bila aku merajuk, aku kena marah balik. Entahlah. Fast forward, awal tahun ni kami berg4duh lagi. Ayat suami? “You tu dah lah tak manyumbang apa pon. Semua benda dalam rumah ni I boleh buat. Kalau I boleh beranak dan menyusukan anak pon, dah lama I buat”

Hahaha Hati aku tersangatttt lah s4kit. Bukan sekali dua yer dia cakap ayat tak menyumbang tu. Banyak kali dah. Aku pon kalau teringin apa – apa takut nak mintak daripada dia. Takut menyusahkan. Walaupun waktu mengandung aku teringin makan macam – macam, aku usaha beli sendiri.

Dan sebab itu jugaklah aku str3ss. Mana fikir nak cari duit, nak jaga anak, nak buat kerja rumah lagi. Orang lain boleh tapi kenapa aku tak boleh? Mind you. Suami aku ni kalau boleh memang nak aku masak every day, br3akfast, lunch (kalau suami tak kerja) dan dinner.

Dan rumah juga haruslah berkemas yer sebab dia pon jenis pengemas. Now tell me, macam mana kau nak buat semua tu dengan perfect? Masak je dah consume banyak masa. Nak prepare bahan, nak mengemas, mana anak menangis lagi, tiba – tiba ber4k lagi, anak nak menyusu lagi (bf), nak bisnes lagi.

Otak aku jem. Sampai satu tahap aku dah jadi zombie. Aku bangun pagi sekadar teringat aku ada anak kecik yang berg4ntung dengan aku. Selain tu, aku m4ti. Aku boleh baring seharian mengadap syiling. Aku rasa blank, lost.

Ohh not to mention, anak aku speech delay (2 tahun). Dan aku menyalahkan diri sendiri sampai sekarang. Orang lain pon menyalahkan aku jugak. Suami marah aku bagi too much screen time, mak mertua mengumpat aku depan – depan cakap aku kurang bercakap dengan anak sebab tu anak aku lambat cakap.

Pedih. Orang tak tau struggIe nya aku dan anak nak menghadapi hari – hari yang ada. Tapi sekarang aku lega sikit sebab aku hantar anak ke taska dengan alasan aku nak bagi dia berkawan. Walaupun alasan sebenarnya ialah aku taknak dia jadi m4ngsa amarah aku lagi saban hari.

Sebab pernah satu waktu tu dia suka pukuI aku bila dia tengah marah which itu lah yang dia tiru daripada aku. Ringan tangan aku pukuI dia kalau aku tengah marah. Kesian anak ibu. Kemuncak cerita, bulan lepas kami berg4duh macam biasalah.

Haha Ayat suami “I taknak pon anak ni. I dah cakap dah dari awal kahwin hari tu” Aku mengucap Panjang. Selalunya kami berg4duh mesti sebab aku penat urus rumah dan dia penat kerja. Tu yang ayat tu terkeluar. Aku tanya kat suami, “Kalau you dah tau you taknak anak, apsal you tak pakai k0ndom? Apsal you tak p0tong je you punya tu terus? Budak ni dah 2 tahun baru you cakap taknak anak ni?”

Aku peIuk anak aku kuat – kuat. Aku minta maaf dekat anak sebab dapat ibu dan ayah macam kami. Sedihnya kalau anak aku tahu ayah dia sendiri cakap macam tu. Selama ni aku kena h1na aku boleh bersabar lagi. Tapi bila dia petik anak aku macam tu, hati aku kebas.

Waktu tu aku hilang arah. Kata – kata suami yang lain aku dah tak dengar. Aku rasa kepala aku berpusing. Seminggu jugak aku terbaring, demam on off. Breakfast pon aku tak mampu buat. Aku tak boleh tidur. Otak aku non stop fikir apa akan jadi?

Apa yang patut aku buat? Aku taknak anak aku membesar dalam keadaan negative. Aku taknak anak aku rasa apa yang aku rasa selama ni. Aku ingat lagi aku pergi ke pajabat agama. Aku rasa aku perIukan bantuan tapi waktu tu ustaz yang handle kaunseling pergi kursus seminggu.

Aku masuk kereta dan nangis sepuasnya. Aku buntu. Aku sedih dengan keadaan ni. Terngiang – ngiang ayat “Seumur hidup itu terlalu lama”. Selepas kejadian tu, aku nekad untuk bangkit. Aku taknak jadi macam dulu, dicaci dih1na.

Pada suami aku, ayat dia biasa je memang kasar tapi sayang katanya. Entahlah. Kalau dulu rasa sayang tu 80% sekarang kurang lagi dari tu. Aku cuba push diri aku untuk cari duit. Aku buat 3 kerja tapi tulah bukan senang yer bisnes sendiri ni.

Tidur pon 2, 3 jam sehari. Sebab aku ni overthinking. Fikir dan fikir dan fikir non stop. Aku boleh terjaga dari tidur dan zupppp terus fikir masalah sebelum tidur tadi. Dan keadaan ni lah yang menyebabkan aku boleh rasa degup jantung tu macam yang aku cerita awal tadi. Entahlah.

Aku tak tau apa yang patut aku buat. Jumpa doctor pon aku nangis. Nasib doctor perempuan. Dia pon faham. Terus refer aku untuk kaunseling. Bulan November ni sesi kaunseling aku. Doakan aku baik – baik saja yer. Banyak lagi yang jadi sebenarnya tapi cukuplah kot boring pulak korang baca kang. Hahah

Benda-  benda ni buat aku tak boleh move on dari dunia aku sebelum berkahwin. Aku sentiasa rasa aku ada di rumah mak. Setiap kali dengar lagu zaman aku kecik / remaja dulu mesti aku nangis. Aku rindu diri aku yang dulu.

Periang, banyak cakap, suka buat lawak, suka bergaul, confident level pon tinggi. Diri aku sekarang totally berbeza. I am not a good mother, wife or even daughter. I hate myself. – Aliya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noorul Izzah Marzuki : Dik, kalau anak sendiri pun dia dah tak nak, isteri sendiri pun dia tak hargai, apa lagi yang tinggal dik. Perkahwinan yang normal, bukan sebegini. Moga Allah beri kekuatan dan bantu beri jalan keluar yang sebaiknya. InshaAllah.

Noor Fatin Hazwani : Yang pertama saya nak komen, suami tt ni seorang yang pemarah tak kene tempat, boleh jadi begitulah sikap ayah dia kepada mak nya.. Dia melihat apa yang ayahnya lakukan pada ibu dia maka benda yang sama dia w4risi tanpa sedar.

Atau pun dia melihat apa yang ibunya lakukan kepada ayah dia. Yang kedua, suami tt banyak menyalahkan tt dan hampir semua benda dia salahkan, sebenarnya dalam psyk0logy orang seperti ini adalah orang yang tak bahagia, yang tiada kasih sayang.

Masakan dia dapat memberi benda yang dia tiada. Yang ketiga, boleh jadi juga suami tt ni ada childhood tr4uma yang tidak dirawat maka jadilah dia seperti hari ini. Orang yang dis4kiti dia akan meny4kiti orang lain. Solusinya berg4ntung pada diri puan:

Boleh boleh pilih untuk terus bersama dengan suami dengan rasa syukur dan berusaha untuk berikan lebih kasih sayang serta cinta diringi doa supaya Allah kembalikan puan suami yang puan inginkan. Atau puan boleh pilih untuk mulakan kehidupan baru dengan anak – anak, sekurang – kurangnya mentaI health puan terjaga.

Pastikan dulu kewangan puan kukuh sebelum melangkah keluar dari pekahwinan ini. Dan puan juga perlu kuatkan diri untuk menghadapi segala kata cacian, tomahan dan boleh jadi fitnah dari suami tu sendiri (mengikut daripada cerita puan tu) siapkan mentaI terlebih awal. Akhir sekali, saya doakan puan menemui kebahagiaan biar apapun keadaan puan, kerana setiap yang kita ni sebenarnya mencari bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.