Ambil pasangan penerima zakat jadi penyewa rumah. Aku terp4ksa pecahkan pintu, terk3jut tengok keadaan rumah

Masa PKP dulu, dia dah mula tak nak bayar sewa, dia suruh aku minta dekat zakat. Adalah dua kali dapat dari zakat. Satu hari jiran bagitahu, penyewa aku cabut lari. Aku teringat masa mula – mula nak bagi sewa aku ada tanya dia kenapa pindah, korang tahu tak dia jawab apa, sebab tuan rumah dah tak tahan..

#F0to sekadar hiasan. Salam semua, pasti ada dalam kalangan korang yang ada masalah dengan penyewa rumah. Aku nak cerita tentang pengalaman aku sebagai tuan rumah. Rumah aku sewakan ni dari masa sebelum pandemik mula, rumah sewa aku ni boleh kata kat hot market jugaklah.

Lepas penyewa terdahulu keluar, maka aku pun iklankan kat group WA je. Datanglah satu perempuan ni kata nak sewa rumah aku, silap aku jugak sebab kurang cerdik dan cepat kesian kat orang. Aku tak selidik dulu pun latar belakang penyewa aku ni.

Dia kata dia penerima zakat, nanti zakat akan tanggung separuh dari sewa bulanan tu, jadi dia hanya akan bayar bakinya sahaja. Bila bab suruh bayar deposit sebulan dia kata tak mampu, alamak.. Dia kata nanti zakat boleh bantu untuk bayarkan deposit tersebut. Jadi aku percaya dan kesian.

Aku pun buat surat perjanjian selama 2 tahun macam yang dia minta. Oh lupa. Nak bagitahu, dia ada juga minta kurangkan sewa rumah tu. Sekali lagi sebab kesian aku pun kurangkan sikit. Untuk makluman pembaca, rumah sewa aku ni rumah teres ya, bukan rumah pangsa.

Bila dah duduk situ, sikit – sikit dah terkeluar per4ngai buruk dia, kaki g4duh rupanya. Jiran asyik duk complaint per4ngai dia dekat aku. Malas lah nak cerita, korang boleh bayangkan sendiri per4ngai dia tu. Aku pelik kenapa dia dapat terima zakat, sedangkan ada laki, bini muda, masing – masing sihat je aku tengok.

Aku syak dia masih gunakan status ibu tunggal untuk dapatkan bantuan zakat. Panjang akal dia. Nak duduk rumah selesa tapi pakai duit zakat. Manusia oh manusia. Bila pendemik melanda tahun 2020 dia dah mula tak bayar duit sewa rumah, aku hanya dapat bayaran separuh sewa yang zakat dah direct bank in kat aku.

Bila aku minta duit baki macam – macamlah alasan dia bagi. Dia kata boleh apply kat zakat yang tunggakan tu. Jadi aku pun tunggulah duit tunggakan zakat tu masuk. Adalah dalam dua kali je zakat bantu dia langsaikan tunggakan.

Pendekkan cerita, lepas raya tahun lepas 2021 dia melarikan diri keluar dari rumah aku tu dengan bil api dan air beribu. Meter air siap kena p0tong tau. Itupun sebab jiran sebeIah bagitahu dia dah cabut lari. Aku minta cara baik, aku WA dia suruh pulangkan kunci rumah tu balik, macam – macam alasan dia bagi, sudahnya aku pergi je dan pecahkan kunci pintu pagar dan rumah.

MasyaAllah, terk3jut beruk aku tengok keadaan rumah tu, Semua pintu dalam rumah tu rosak teruk. Ini kes g4duh anak beranak. Pintu aku jadi m4ngsa. Teruk rosak rumah aku. Memang tuan rumah yang kena tanggung lah segala macam kerosakan tu kan. Aku redha.

Tolong lah siapa yang kerja dengan zakat ni tapis betul – betul penerima zakat ni, ramai yang menipu nak dapat duit senang. Orang lain jadi m4ngsa. Aku tak tahu berapa ramai dah tuan rumah kena game dengan dia ni, sebab aku teringat masa mula – mula nak bagi sewa aku ada tanya dia kenapa pindah, korang tahu tak dia jawab apa, sebab tuan rumah dah tak tahan.

Patutnya aku dah boleh agak la kan. Tapi sebab aku kesian aku tak ambik pot sangat masa tu, last – last jadi kat aku, wakenabeb!!! Sampai sekarang dia tak bayar lagi tunggakan sewa 3 bulan dan bil api yang beribu tu. Bila aku text dia macam biasa pelbagai alasan.

Dia salahkan aku sebab tak sambung kontrak rumah. Masa tu PKP kot macamana lah aku nak buat. Lepas pada tu, dia duduk jugak kat rumah sewa aku tu free, pastu lari tengah malam. Hahahah padan muka aku lah sebab percaya dengan orang macam ni.

Pengajaran yang boleh kita semua ambik dalam hal ini adalah, jangan percaya dan cepat kesian dengan orang, nanti kena pijak kaw – kaw. Pilihlah bakal penyewa yang mampu nak bayar sewa dan jaga rumah kita tu macam rumah sendiri walaupun kadang – kadang agak must4hil.

Lagi satu janganlah ambik kesempatan guna duit zakat kalau kita sebenarnya tak layak. Hidup ikut kemampuan bukan nafsu. Kalau aku nak cerita semua benda yang dia buat kat rumah aku tu tak patutlah kan, aku ni masih juga jaga aib dia.

Tolong doakan aku dapat penyewa dari syurga dan tenant lama aku tu dibukakan hati untuk selesaikan segala hutang rumah tu. Terima kasih sudi baca luahan hati tuan rumah sewa yang teraniaaya. Saya doakan semua yang baca ini dirahm4ti Allah sentiasa. – Tuan Rumah (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Nurul Nadirah : Saya pun pernah kena. Akhirnya saya terp4ksa buat report polis dan pejabat zakat. Zakat dia kena p0tong pastu dapat kat kita.. gitu lah.. lepas tu alhamdulillah dapat penyewa yang okay. Dalam berbelas ribu juga la hangus. Sabar je la.. Apa – apa pun memang kena selidik bakal penyewa dulu dan kerja dia ape, ada yang saya tahu siap minta slip gaji lagi nak tengok kempapuan.

Faranisyah Hakim : Jadi tuan rumah sewa ni memang kena hati kering sket. Masa awal – awal dulu, saya uruskan rumah sewa, memang kena jugaklah tapi tak seteruk ni lah. Sebab mudah kesian dengan alasan – alasan penyewa ni.

Tapi suami saya bising jugak. Akhirnya saya guna agent, dia pandai tapis penyewa. Dia memang bagi tips, kalau yang jenis awal – awal nak nego kurangkan sewa, reject terus. Itu hujung – hujung selalunya mesti akan bermasalah katanya. Sayang agent tu dah berhenti, lepas tu suami saya yang handle sendiri dengan berpandukan tips agent tadi tu. Lagipun dia hati kering. Takde kesian – kesian ni.

Syah Al-yahya : Ko tak tengok news ke kak? Pantang ade orang susah viral, zakat dulu yang dipersalahkan. Zakat tak buat keje, zakat karenah birokrasi yada – yada. Kesimpulan, orang penipu ni memang kaki putar. Selagi bole putar, dia putar. Janji dia selamat. Ko lepas ni takyah nak kesian – kesian kat orang sangat.. siasat dulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.