Aku duduk dengan mertua. Bila turn aku balik rumah keluarga, ada je call atau wasap minta kami balik segera sebab sampah kat rumah dah penuh. Sedangkan abang ipar aku duduk rumah sebeIah mak metua je. Sungguh aku rasa terbakar.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin kalau post ni sudi disiarkan. Saya Bilis, hampir 3 tahun berkahwin, dan dikurniakan seorang anak. Terbaca kisah Sebumbung Dengan Mertua, tahniah confessor sebab dapat mertua yang baik.
Mertua aku pun baik jugak tapi aku sebagai seorang intr0vert, aku merasakan tinggal sendiri bersama keluarga kecil lebih baik. Aku tak pasti kalau aku seorang yang tak dapat bergaul dengan baik. Sebelum kahwin suami ada tanya, lepas kahwin boleh ke duduk kampung?
Aku okay je sebab kampung suami bukannya kampung jenis pedalaman. Suami ada mama, dan 6 beradik, 2 orang tinggal berdekatan, 1 tinggal di negeri sebeIah, 2 lagi masih bujang (1 lelaki dan 1 perempuan). Alhamdulillah, mama, ipar dan biras baik – baik belaka.
Awal – awal kahwin aku sangat bersemangat untuk buat kerja kerja rumah sampaikan baju mama pun aku sidaikan. Bermacam – macam resepi aku cuba untuk menambat hati ahli keluarga. Aku tak nak dicop sebagai menantu yang malas, hanya terperap dalam bilik.
Bab memasak makanan kampung, aku akui aku kurang hebat. Tiap kali aku masak, mama mesti akan masak lauknya sendiri. Kebanyakannya memang macam tu sampai aku give up nak masak untuk kurangkan penggunaan bahan dapur (tapi kalau aku teringin makan memang aku masak sendiri).
Aku bukanlah seorang yang cerewet tentang makanan tapi aku tak makan semua benda. Aku hanya makan apa yang aku suka je. Pernah mama masak sayur taugeh, bayam, khas untuk aku sorang padahal aku dah maklumkan kalau takde sayur pun takpe sebab aku kurang makan sayur.
Kuantitinya hampir 3 – 4 orang makan dan aku tak mampu habiskan. Akhirnya ke tong sampah juga. Mama juga sering rasa kesian pada aku jika hanya memasak lauk simple. Pernah mama masak hidangan lengkap tapi simple (ada sayur, lauk dan nasi) tapi mama minta maaf sebab takde makanan untuk aku.
Aku macam, ya Allah punya lah banyak makanan kat meja tu apa yang takdenya. Aku makan je walaupun lauk simple. Tak pernah demand lauk kenduri. Panjang pulak bab masak ni. Huhuhu. Aku dah cakap aku intr0vert kan.
Dah kahwin ni tipu lah kalau aku kata aku tak nak privasi. Bukan setakat privasi suami isteri tapi privasi diri sendiri jugak. Aku tak suka orang tengok aku masak. Tak suka orang tanya apa aku nak buat. Tak suka orang tanya nak keluar nak buat apa.
Macam semua benda kena report tapi mama aku suka semua tu. Awal – awal aku okay je tapi dah lama tu entah, aku rasa rimas. Aku beranak dan berpantang kat kampung suami sebab masa tu PKP. Mama sangat baik tolong jagakan anak aku dari pagi sampai malam siap pakej nak tidur dengan anak aku sekali.
Aku bersyukur mama tak terlalu strict dengan kaedah pantang. Diikutkan je apa yang aku buat walaupun aku tau ada yang mama bantah. Lepas jahitan dah baik, aku pun rasa dah mampu buat kerja, aku cuba nak uruskan anak aku tapi mama laju je buat macam tak bagi peluang kat aku.
Aku pun nak belajar mandikan baby sendiri (ni selalu miss sebab baby celik mata je mama dah ambik untuk mandikan). Sampai satu tahap aku tunggu baby bangun dan mandikan dia senyap senyap. Beza sangat dengan mak aku yang sangat galakkan aku mandikan sendiri baby sebab katanya tu bonding mak dengan anak.
Pernah baby menangis waktu malam dan aku penat, aku minta suami jagakan kejap. Bila aku tersedar, suami elok tidur kat sebeIah tapi baby takde. Aku k3jut suami tanya mana baby. “Baby tidur dengan mama.” Aku suruh suami aku ambik tapi mama berkeras lepas subuh nanti mama pulangkan.
Aku kesiankan mama, dia dah umur warga emas pasti mahukan rehat secukupnya juga. Aku tau dia kesiankan kami tapi tak salah pun kalau kami tersiksa jaga anak sendiri. Sampai satu tahap, aku tak minta tolong suami waktu malam.
Aku menangis sendirian bila baby menangis taknak tidur. Biarlah macam ni daripada susahkan mama. Bila baby dah pandai makan, mama orang yang paling rajin buatkan makanan dan suapkan baby. Aku okay je tapi bila dah macam macam nak try suap, aku jadi macam, takpelah mama, baby kenyang lagi tu baru lepas menyusu / makan.
Bila baby dah dapat gigi, mama nak masakkan sampai aku rasa tak boleh ke aku masak untuk anak aku sendiri? Bukan aku tak pernah masak ye tapi mama anggap anak aku tak suka apa yang aku masak berdasarkan kuantiti anak aku makan.
Biasalah budak, mana mungkin nak makan macam orang dewasa. Dan yang paling aku terasa sangat ialah aku berebut suami dengan mama. Mama macam tak betah bila suami aku jauh dari dia. Bukannya suami aku sorang je anak lelaki mama tapi ada 2 orang lagi selain suami.
Tapi entah la, suami aku boleh diharap kot. Bila turn aku balik rumah keluarga, ada je call / wasap minta balik segera sebab sampah kat rumah dah penuh, nak minta belikan barang, minta hantar mama ke sesuatu tempat dan lain – lain.
Mana anak lelaki mama yang 2 orang tu? Abang ipar duduk sebeIah rumah pun kadang – kadang dia panggil suami balik minta buang sampah. Yang kat rumah? Penat kerja katanya. Sungguh aku rasa terbakar. Dah la balik rumah keluarga 2 minggu sekali. Hujung minggu pulak tu.
Belum lagi masuk hal cucu. Untuk pengetahuan, anak aku cucu sulung keluarga aku manakala mama dah ada ramai cucu. Tiap kali nak balik rumah keluarga aku, mama macam berat hati nak bagi aku pergi. Rindu cucu katanya.
Pernah aku minta dengan suami nak duduk seminggu. Macam – macam soalan aku dapat. “Kenapa? Hari apa nak balik? Balik sini semula pagi ke? Tak boleh ke 3 hari je seminggu tu lama sangat”. Ya Allah, salah ke mak abah aku nak jumpa cucu diorang.
Banyak benda lagi aku nak luah tapi macam panjang sangat. Aku tau mesti ramai yang kecam tapi ketahuilah, aku dah cuba jadi positif semampu aku. Aku cuba lali dengan semuanya. Sekarang, aku suka habiskan masa dalam bilik, buat hal sendiri untuk elak jadi negatif. Mohon doakan suami aku murah rezeki dan tergerak hati untuk duduk rumah sendiri.
Komen Warganet :
Sue Ieda : Mula – mula baca macam oklah mentua takdala t0ksik sangat. Bila sampai part nak balik kampung sendiri mentua nak had – hadkan berapa hari, siap suruh balik cepat sebab nak buang sampah? GiIa!. Confirm memang mentua awak nak conquer bukan anak dia je, malah cucu dia sekali.
Hal ni awak kena slow talk dengan suami. Mak dia tak boleh buat macam tu. Orang tua ni tak selalunya betul. Kena adil la jugak. Suami awak tu kena cakap elok – elok kat mak dia. Bagi alasan pape. Orang tua kalau nak merajuk pun bukan lama. Lama – lama ok lah. Sampai bila nak ikut ragam dia? Tapi seeloknya duduk rumah sendiri. Masa awal kahwin lagi patut duduk asing.
Lynn Abd Latiff : Biar banyak rumah, jangan banyak dalam satu rumah. Hidup dah kahwin ni kalau boleh elak, elaklah menumpang rumah orang tua tak kira mak sendiri mahupun mak mertua. Duduklah rumah apapun, asalkan ada ruang berdikari suami isteri, mencari harta sendiri dan yang paling penting privasi.
Hidup berkeluarga tapi duduk celah mak ayah lagi, celah mana nak berdikari, celah mana nak kumpul harta jika peti ais pun mak punya, tv pun tumpang orang punya. Belum lagi tang cara dia kita kena ikut. Takde jalan lain selain berkeras duduk sendiri.
Za Siti : Walaupun mak mentua baik macam mana pun, sebaiknya duduk rumah sendiri. Menyewa pun takpe kalau belum ada rumah sendiri. Apa – apa pun, kene bincang dengan suami. Masing – masing masih ada ibu bapa. Jadi, kene saling tolak ansur. Tak boleh berat sebeIah. Semoga segala urusan tt dipermudahkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.