Aku tengok buku adik semua kena conteng, gunting. Esoknya, guru besar tunggu depan pagar ‘h1na’ adik

3 bulan adik dekat sekolah aku nampak perubahan, dia jadi murung. Aku selalu semak buku sekolah dia dan aku dapati banyak buku dia yang rosak diconteng. Kadang – kadang aku pelik kerana bukunya digunting – gunting padahal adik aku tidak ada gunting.

#Foto sekadar hiasan. Terima Kasih admin kalau siarkan post aku ni. Maaf kalau post aku ni agak panjang. Korang mesti dah tau apa yang aku nak luahkan berdasarkan tajuk aku ni kan. Well, untuk permulaan cerita, aku ada seorang adik bongsu yang sekarang ni berumur 9 tahun.

Masa mula – mula dia dilahirkan, ibu aku berusia 45 tahun. Nak dijadikan cerita, dalam ramai – ramai kami 7 orang adik beradik, dia seorang je yang lahir keluar ikut tingkap (caesarean) sebab masa tu doktor pakar cakap air ketuban dah kering, takut baby lemas.

Kelam kabut jugak la ayah aku sebab tiba – tiba terus nak operate padahal dorang nak pegi checkup dengan doktor pakar je pun. Semua doktor berlari – lari nak cepat sebab denyutan jantung dah lemah. Sampai satu tahap, ibu aku cakap dia dah tak dengar bunyi denyutan jantung baby dah.

Doktor pun dah menggeleng kepala. Tapi dengan kuasa Allah lepas beberapa minit jantung baby kembali berdenyut. Doktor cepat – cepat selesaikan proses dan lahirlah adik bongsu aku. baby girl.. yeayyy! Masa ni aku belajar di tingkatan 6 atas.

Aku anak ketiga, 5 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Kakak – kakak aku masing – masing dah merantau. Jadi tinggallah aku yang paling besar untuk jaga adik – adik aku sementara mak aku di hospitaI. Hari pertama aku datang melawat, aku dah perasan rupa adik aku yang agak berlainan.

Dalam hati aku terdetik, adik aku mungkin tidak senormal baby lain. Ciri – ciri rupa menyerupai kanak – kanak Down Syndr0me. Tapi aku diamkan je. Tak lama lepas tu, datang sekumpulan doktor – doktor termasuk doktor pakar dan doktor pelatih datang ke katil ibu aku untuk melawat baby.

Di sana, mereka ada sedikit perbalahan samada adik aku baby Down Syndr0me ataupun tidak. Menurut pakar, rupa adik aku begitu kerana Iemas semasa dalam perut tetapi seorang lagi doktor mengatakan sebaliknya.

Dipendekkan cerita, selepas beberapa bulan dan adik aku dah membuat beberapa ujian termasuk mengambil d4rah untuk diuji, untuk mengesahkan samada adik aku baby Down Syndr0me atupun tidak, semuanya mengatakan negatif.

Maknanya adik aku bukan baby Down Syndr0me. Tetapi doktor mengatakan bahawa sedikit ciri – ciri Down Syndr0me ada pada adik aku dari segi rupa dan mungkin keupayaannya. Bahasa kampungnya Minor Down Syndr0me.

Meningkat umur 5 tahun, aku dapati adik aku masih belum mampu petah bercakap seperti kanak – kanak seusianya. Tapi aku diamkan juga keraguan aku itu pada ibu aku. Ketika berumur 7 tahun, adik aku masih belum mampu bercakap petah walaupun dia mampu memahami setiap apa yang kita cakapkan.

Dia dimasukkan ke sekolah kebangsaan biasa kerana doktor pakar telah membuat satu surat yang mengatakan adik aku mampu bersekolah biasa. 3 bulan dia di sekolah, aku dapat nampak perubahan pada dirinya, murung, tidak gembira setiap kali pulang dari sekolah, dan bila ditanya tentang pelajaran di sekolah, terus hilang mood dia, tak seperti masa dia di sekolah tadika, riang sentiasa.

Aku selalu menyemak buku – buku sekolah dia dan aku dapati banyak buku – bukunya yang rosak diconteng. Bila ditanya kenapa adik conteng buku, dia cuma menggeleng. Kadang – kadang aku pelik kerana bukunya digunting – gunting padahal adik aku tidak ada gunting.

Suatu hari, semasa membelek buku adik aku, aku ternampak sebaris nama yang aku kenali iaitu kawan dia. Aku tahu adik aku tidak boleh menulis perkataan lengkap bahkan huruf – huruf pun dia tidak kenal. Rupa – rupanya adik aku dibuIi di sekolah hanya kerana dia tidak boleh bercakap dan tidak selincah kanak – kanak lain.

Mereka lah yang menconteng buku – buku adik aku. Tidak lama selepas itu, ibu aku dapat tahu dari cleaner sekolah yang adik aku selalu dimarahi gurunya. Keesokannya guru besar telah menunggu ibu aku di hadapan pagar dan bercakap dengan kuat bahawa adik aku tidak layak bersekolah di situ.

Menangis ibu aku mendengar guru yang sepatutnya mendidik berkata begitu. Dia pulang ke rumah dan setelah berbincang dengan ayah aku, mereka pergi ke sekolah dan ayah menyatakan ketidakpuasan hatinya sebab telah memaIukan adik dan ibu aku di khalayak ramai.

Beliau sepatutnya memanggil ibu bapa untuk berbincang sekiranya ada murid yang bermasalah. Akhirnya, setelah berbincang sesama kami ahli keluarga, kami bersetuju untuk membawa kes ini ke pejabat pelajaran daerah (PPD) dan membuat rayuan untuk menghantar adik aku ke sekolah pendidikan khas.

Banyak juga halangan kerana untuk ke sekolah khas memerIukan persetujuan dari doktor pakar kanak – kanak yang mengatakan adik aku memerIukan bantuan belajar. Setelah 3 kali turun naik pejabat, hospital dan pihak PPD datang membuat lawatan di rumah, akhirnya adik aku diberi tempoh percubaan untuk ke sekolah pendidikan khas.

Alhamdulillah, namun kami adik beradik perlu memberi sokongan kepada ibu kerana dia pada mulanya tidak bersetuju untuk menghantar adik ke sekolah khas. Semuanya gara – gara sikap masyarakat kita yang sering membuat dia terasa hati.

Sebagai contoh, ketika di shopping mall ataupun di kedai makanan, orang akan memandang dengan pandangan yang kurang selesa, bahkan ada yang menegur, “Down Syndr0me ke? Pergi sekolah tak? Umur dah berapa? Tak boleh bercakap lagi ke? Ooo patutla, Down Syndr0me eh?” dan macam – macam lagi ayat yang buat ibu aku kurang selesa.

Bahkan kalau di kenduri kend4ra, orang akan bertanya, “Anak kau ke tu? Pandai bercakap tak? Boleh berjalan tak? Ooo pandai rupanya dia kenal orang” . Hello makcik – makcik, meh aku nak ajar sikit, korang ingat kanak – kanak Down Syndr0me ni takde perasaan ke?

Korang ingat dorang ni langsung tak bijak ke untuk tahu ayat korang tu seolah – olah memperkecilkan keupayaan dorang. Ingat bahawa mereka ada kelebihan tersendiri, tetapi kita harus mendorong dan membantu sehingga mereka temui kelebihan yang mereka ada.

Alhamdulilah sudah 2 tahun adik aku belajar di sekolah pendidikan khas, perkembangannya sangat memberangsangkan. Vocabulary adik aku sem4kin luas dan banyak. Ibu aku juga sudah immune dengan cakap – cakap orang kampung khususnya, asalkan adik aku gembira rohani dan jasmaninya.

Malah dia dengan bangga berkata, “Ya, anak saya sekolah khas”. Begitu juga dengan orang – orang yang tidak dikenali yang kononnya nak beramah mesra menegur keadaan adik aku, ibu aku layankan sahaja. Cuma aku sahaja yang kadang – kadang geram dan cepat – cepat bawa adik aku ke tempat lain.

Risau sekiranya adik aku terdengar, buat dia rasa sedih dan malu apabila orang bercakap tentangnya. Baru – baru ini kakak aku membawa ayah, ibu dan adik aku menunaikan umrah. Kakak aku mahu adik aku berdoa sendiri di rumah Allah agar diberi kesihatan yang baik, akal yang cerdas.

Mungkin kerana dia anak syurga, dia ada bercakap dengan ibu aku semasa di dalam Masjid Nabawi yang dia lihat seekor burung besar berwarna putih terbang di atasnya. Ibu aku diamkan sahaja. Kali kedua semasa Solat Maghrib, tiba – tiba dia tunjuk kepada ibu aku, “Mak, tu la burung yang adik cakap tadi, besar! nampak tak?”

Ibu dan kakak aku melihat ke arah yang ditunjuk namun tidak kelihatan seekor burung pun. Allah berikan dia kelebihan untuk melihat apa yang orang normal seperti kita tidak dapat lihat, menunjukkan betapa suci dan innocent hati kanak – kanak istimewa ini.

Oleh itu masyarakat sekalian, saya dengan rendah diri ingin menegur sekiranya anda mahu beramah mesra dengan ibu bapa kanak – kanak istimewa, jagalah pertuturan anda agar tidak meIukai hati mereka dan juga anak – anak mereka.

Bagi yang memandang serong pada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, ingatlah bahawa Allah boleh membalikkan takdir seseorang dalam sekelip mata. Anak adalah anugerah dan amanah yang perlu dijaga. Kelayakan akademik yang tinggi masih belum mampu mengajar seseorang untuk memahami konsep ini.

Buat ibu bapa kanak – kanak istimewa, semoga anda tabah membesarkan mereka dan bantu serta doronglah mereka untuk mencari kelebihan yang ada dalam diri mereka. Mereka amat memerIukan sokongan daripada orang terdekat.

Anda sebenarnya sangat beruntung dan merupakan insan terpilih untuk membesarkan anak syurga ini yang mampu membantu anda ke syurga bersamanya, In shaa Allah. Buat guru – guru yang mengajar di sekolah pendidikan khas khususnya yang mengajar adik aku, terima kasih atas segalanya. Aku sangat kagum dengan kesabaran dan ketabahan kalian. Assalamualaikum. – Kakcik

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.