Selama ni aku baca kes artis, trending artis perempuan terkenal dengan pengarah tu. Aku siap kondem Sol, dengan laki aku pun sama naik kondem Sol, tapi tak sangka dia pun sama! 2×5! Tapi aku relax tak ser4ng pun cikgu perempuan tu. Suami aku ambil MC 2 hari nak pujuk aku..
#Foto sekadar hiasan. Sedikit pengenalan, aku dan suami berumur 30-an, berkahwin di usia muda selepas habis degree dan kini 11 tahun usia perkahwinan bahagia kami bersama 4 orang anak. Anak paling sulung 12 tahun dan bongsu 4 bulan.
Hidup kami hampir sempurna. Suami kerja kerajaan dan aku bekerja swasta MNC. Gaji aku berbelas ribu, 2 kali ganda gaji suami aku. Kami mempunyai 2 rumah, 2 kereta dan seorang pembantu rumah. Dengan gaji aku yang lebih dari suami, kalian tentu faham siapa yang banyak menyumbang dalam keluarga kan?
Walaupun aku tanggung 90% pebelanjaan bulanan, duit untuk mertua pun aku bagi, aku tak pernah minta nafkah untuk diri aku sejak awal perkahwinan lagi. Memang aku tak pernah meminta dan awal – awal lagi aku halalkan semuanya.
Kalian boleh kata aku b0doh dan aku sendiri sedar diri. Tapi aku tak kisah sebab suami baik, lembut, penyayang, ayah yang rajin melayan anak – anak, tak pernah tinggi suara dengan aku, pendengar yang baik, menjaga solat, hormat orang tua dan keluarga aku sayangkan dia. Kami sangat jarang berg4duh.
Walaupun gaji aku banyak, dugaan aku selalu berkenaan dengan kerja yang sentiasa memerIukan aku untuk standby (aku work from home) dan tidur aku cukup paling lama 5 jam setiap malam. Tapi aku ok, aku suka kerja aku dan aku dah biasa kerja keras sejak aku memulakan karier lagi.
Aku cuba sehabis baik seimbangkan antara keluarga dan kerjaya. Aku masih luangkan masa untuk bercuti dengan keluarga, check in hotels, cafe / food huntiing, movies, shopping, dan sebagainya. Kedua – dua family pun tahu aku sentiasa sibuk, mereka sokong je.
Berbeza dengan suami yang rajin keluar dengan kawan – kawan lelaki sama tempat kerja untuk badminton, bola dan keluar saja – saja. Hampir setiap minggu ada saja balik rumah sampai 4 pagi, aku tak pernah persoalkan atau complain sebab aku sendiri sibuk dengan kerja dan aku percaya lelaki forever is a boy yang mahukan kegembiraan dengan kawan – kawan.
Lagipun kami kahwin muda, mungkin dia tak puas enjoy dengan kawan – kawan sebelum kahwin. Baru – baru ni aku lahirkan anak ke-4, bercuti 3 bulan berpantang di rumah sendiri, aku tidur di bilik asing. Suami masih dengan aktivitinya dan jarang sekali dengan aku tolong jaga bayi yang baru lahir, lagipun baby menyusu badan.. tapi aku ok mungkin sebab ada pembantu rumah, semunya terurus.
Tapi, minggu lepas semasa suami bersiap untuk ke tempat kerja, aku tergerak hati untuk guna phone dia nak ambil photo anak bongsu aku. Terk3jut aku tiba – tiba message di Facebook Messenger penuh dengan message bersayang – sayang antara dia dengan ex colleague (perempuan tu dah berkahwin dan ada anak seorang).
Aku meng4muk habis, badan aku menggigil dan aku menangis semahu – mahunya. Dah tentu anak – anak aku terk3jut dengar sampai ke tingkat bawah suara aku yang menjerit m4ki dia sekuat hati. He is the last person that I thought would betray me!
Aku screensh0t semua perbualan dan hantar ke phone aku. Dia ambil MC 2 hari puas menangis, pujuk, janji tak akan buat lagi. Aku tak tanya langsung sejauh mana hubungan dia dengan perempuan tu, sejak bila? Was it involve s3x and emotions?
Aku tak nak tahu, mungkin aku sendiri takut hadapi kenyataan sebab aku tahu aku tak kuat. Yang aku tahu, aku kena kuat untuk anak – anak yang masih kecil. I need to surv1ve this marriage, have to.. for them! Berhari – hari aku susah tidur, tak lalu makan.
Aku rasa semua orang tengah ketawakan aku, aku tengok diri dalam cermin pun aku boleh nangis sendiri. Aku fikir sedalam – dalamnya punca semua ni jadi. Jujurnya aku sangat menjaga penampilan, aku ramai peminat sejak aku di bangku sekolah, university (termasuk lecturers), malah di tempat kerja pun ramai ingat aku umur 20-an.
Aku tak pernah tak bersiap bila dengan suami, masa pantang pun aku bermake up tipis, setiap sudut rumah aku ada berbotol – botol branded perfume yang aku sentiasa spray. Bila aku tanya dia apa kurangnya aku dan hubungan kami, dia kata tak ada apa yang kurang, he admitted ‘i am just being stupiid!’
Aku tak bercerita langsung pada sesiapa pun kecuali MakNah (tukang urut favourite yang selalu urut aku di rumah). Selama ni aku baca kes artis, trending artis perempuan terkenal dengan pengarah tu, kawan – kawan seusia dengan aku bercerai, colleague yang maafkan suami 3 kali curang. Tapi sekarang kena batang hidung sendiri!
Aku perIukan jawapan untuk teruskan hidup.. Kenapa lelaki pilih untuk curang? Semua lelaki sama ke? Apa lagi yang lelaki nak? Dia akan buat lagi ke? Once a cheater, forever a cheater? Betul ke? Aku perIukan jawapan.. Love, – Myra (Bukan nama sebenar)
Sambungann.. Terima kasih semua untuk comment, nasihat yang berguna dan dorongan pada 1st confession aku. Aku dah start follow recommended pages dan FB profiles, terima kasih share. Aku memang kena bersiap sedia kalau perkara yang sama jadi lagi.
Baru umur 35 dah kena macam ni, kalau aku 50 nanti tak tahula.. nauzubillah. Memang bukan semua lelaki macam Sol yang tak tahu bersyukur, tapi per4ngai ni macam bermusim dan berjangkit pulak pada sesetengah lelaki.
Sekali lagi, aku tak sangka salah seorang daripadanya adalah suami aku sendiri. Sebab masa aku kondem Sol, dia pun ikut kondem, tapi rupanya 2X5. Lelaki – lelaki yang baca confession aku, tolong jangan tr1ggered ok, kalau uoll jenis yang setia, tahniah!
Aku percaya ramai wanita mengalami nasib yang sama macam aku, kalau tak takkan lagu Flowers by Miley Cyrus boleh meIetop just within the 1st week of release. Am sure many women can relate to the song. Dari comments / feedback yang aku dapat, sedikit pembetulan, usia perkahwinan kami memang 11 tahun, umur anak sulung 10 tahun (punyala nak tukar fact dalam 1st confession tu takut ada yang kenal aku haha..).
Suami aku cikgu sekolah menengah, scandal dia pernah kerja sama sekolah sebelum masing – masing tukar sekolah baru tahun lepas. Selama ni aku memang tahu students perempuan bukan main lagi merenyam message dia tapi nampak dia tak heran dan layan macam anak – anak je.
Siapa sangka boleh sangkut pulak dengan cikgu lain. Semua dah sedia maklum dia tak mampu pun nak poligami tapi sebenarnya dia memang takde niat nak kahwin lain, sebab tu dia menggatal dengan isteri orang dan perempuan tu berbangsa cina.
He got nothing to lose and no end goal pun atas hubungan h4ram tu! The sad truth with this situation is dia suka yang h4ram walaupun yang halal depan mata. Aku tak duduk diam, hari kejadian tu jugak aku text perempuan tu tanya hubungan dia dengan suami aku, dia kata ‘we are just good friend’.
Aku tak baIas dengan m4kian, cukup aku tanya balik harga diri dia yang layan kawan dengan ayat – ayat manja, mengg0da, kata – kata cinta dan sebagainya, terus dia tak reply. Untuk yang kondem dan tanya kenapa aku b0doh tanggung pebelanjaan rumah dan tak kisah pasal nafkah? Aku pun tak pernah terfikir tapi sekarang aku dah tahu kenapa.
1. Aku banyak hormon testosterone, aku hold important position di company aku kerja. Since hidup aku sibuk kerja je, always make decision, kejar timeline, coach staff etc. Aku strong character kurang sifat manja – manja, lebih – lebih lagi aku work from home, memang la kadang – kadang terlebih masculine.
2. Aku terlalu terbiasa berdikari, arw4h abah aku pesan dulu, orang perempuan kena ada duit sendiri untuk jaga diri. Lagipun aku tak pernah harapkan duit suami sebab aku tahu dia tak mampu nak penuhi kemahuan aku dan konon – konon taknak susahkan dia.
3. Money is never an issue. Walaupun aku habiskan banyak untuk family, aku masih mampu setiap bulan spend duit sendiri beli branded skincare RM500, panggil orang urut buat spa di rumah, order grab anywhere anytime.
4. Aku feel good bila dapat memberi sebab aku ada mentality the world will give to the givers and will take from the takers. Aku anggap sedekah dan sedekah paling baik adalah ahli keluarga sendiri. Aku percaya Allah mudahkan kerjaya, senang bersalin, anak – anak baik mendengar kata dan segala rezeki yang ada, semua disebabkan ganjaran sedekah.
5. It runs in my family. Mak aku bagi aku kahwin dengan suami tanpa minta duit hantaran dari pihak lelaki sebab kami baru je habis degree. Tapi suami aku bagi juga 5k dan dia dari golongan keluarga B40. Mak aku habiskan lebih dari 30k untuk majlis kahwin aku, guna duit simpanan dia.
Mak aku siap sponsor dia buat Master. Apa yang jadi ni buat aku tersedar yang suami aku ambil kesempatan atas kebaikan dan baIas dengan pengkhiaanatan. Aku setuju ada sebab Allah bagi tanggungjawab nafkah tu pada suami.
Dalam first confession aku ada mention aku nak surv1ve this marriage for my kids kan? Aku mengaku bukan senang juga untuk aku berpisah dengan dia, kami couple yang sangat rapat, bercinta 6 tahun sebelum kahwin (aku tak pernah bercinta dengan lelaki lain), 11 tahun kahwin, separuh hidup aku dengan dia.
Lagipun aku tak ramai kawan rapat, hidup aku cuma kerja, suami dan keluarga. Bila aku ada masalah macam ni, aku pilih untuk tak bercerita pada sesiapa semata – mata tak nak aibkan dia. Sekarang aku kuatkan hubungan aku dengan Allah, bercakap dengan Allah mengadu semuanya pada Dia.
Aku dah start keluar beli barang sorang – sorang supaya bila jadi lagi, aku tak down sangat. Aku dah mula protect hati aku dan aku berdamai dengan takdir Allah. Ada hikmah di sebalik semua ni, Allah akan baIas kesabaran aku dengan ganjaran pahala dan syurga nanti insyaallah.
Aku lebih tenang sekarang, aku percaya sekuat mana aku cuba control dia, dia takkan berubah kalau dia taknak dan tak dapat hidayah. Seorang isteri pasti akan dapat hidu kalau suami buat hal, tunggu dan lihat kalau dia kant0i lagi.
Aku masih hormat dia, tak menyindir atau tinggi suara. Walau macamanapun, dia ayah kepada anak – anak aku. Aku nak anak – anak aku hormat dia dan ada healthy ideal family. Dia cuak ok bila dia tengok aku tenang je, hari – hari dia tanya aku ok ke tak? Aku dah duduk bincang dengan dia, aku pilih untuk maafkan dia bersyarat,
1. Untuk permulaan, aku mintak extra 1k for monthly expenses. Next 6 months, another extra 1k dan akan gradually increase sampai 100% tanggungan atas bahu dia.
2. Cukup anak mana yang ada.
3. Dia tak boleh contact atau hadiri mana – mana majlis yang ada perempuan tu.
4. Dia kena bagitahu aku kalau dia ada perempuan lain sebelum aku dapat tahu.
Kalau curang lagi..
1. Aku akan bagitahu mak ayah dia dan mak aku.
2. Dia kena keluar dari rumah.
3. Lepaskan aku cara baik, aku dapat hak jagaan anak. Aku akan pert4hankan segala hak aku di mahkamah.
Dia tahu aku dah mula approach kawan – kawan aku yang dah bercerai untuk aku faham process, in case jadi lagi, aku akan lebih tenang dan w4ras buat keputvsan. Aku dah start rangka semula financial management, aku lebihkan saving untuk anak – anak dan diri sendiri especially on my retirement plan.
Kalau boleh aku dah taknak nangis dah pasal benda ni! Aku penat being a loser! Untuk adik – adik yang belum berumah tangga atau masih baru dalam hubungan, beringatlah.. lelaki adalah spesis yang sangat fishy, tak tahu apa yang dia nak, susah nak transparent dalam banyak perkara.
Macam ada conflict antara pride, eg0, desire dan sebagainya. Jangan bagi hati 100%, no man no cry giteww! Tak semua perempuan bernasib maIang macam aku yang kena live with this p4in until the day i diie. Percaya Allah sentiasa ada dan aku doakan kalian yang baca ni dimurahkan rezeki dengan pasangan yang baik, beriman, penyayang dan setia berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin YRA. Tolong doakan aku kuat ya.. Love, – Myra (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Mell Mell : Bagus tindakkn tt. Baru dia tahu label dia takat mane. Isteri ni kalau berdikari sangat bab nafkah 100% beri suami tanggungjawab. Baru dia ada akal. Berdamai dengan takdir. Andai ditakdir dia nak kahwin lain biarkan. Kita boleh lepas tanggungjawab pada madu nak jaga suami yang merenyam tu. Dah tua nanti orang timang cucu dia timang anak. Ambek kau.
NurAz Wan : Setiap dari isteri pasti akan ada seribu kerisauan bila berfikir, berpisah dengan suami. Hidup dengan anak – anak saja, macamana nak buat keputvsan tanpa ada orang yang kita nak bincang – bincang dulu. Macamana pula tanggapan orang sekeliling pada miss J.
Dan lebih susah nak dihandle para suami orang yang mulai menggatal bila tahu kita ibu tunggal. Itu antara sebab kenap kalau boleh, seorang isteri tetap bertahan, selain dari kerana anak – anak. Itu pun selagi suami bukan kaki pukuI dan bukan pen4gih d4dah.
Sebenarnya, segala kesukaran tu, akan mereda dengan berlalunya waktu. Cuma sesetengah perkara, seperti tanggapan negatif dan cubaan menggatal para suami orang tu, antara yang paling sukar nak dihentikan. (orang bujang ada juga cuba menggatal tapi lebih banyak yang suami orang).
Zain Jfk Razak : Kena beringat sebelum terkena. Aku yang lelaki nih pun memang ada allocation untuk diri sendiri if anything happen. Hati orang bukan 100% kita pegang. Yang penting tanggungjawab settle.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.