Aku pelik Kakti simpan baju, tudung arw4h mak. Lagi pelik bila aku jumpa dress aku masa umur 8 tahun

Aku perasan kakak aku suka rembat barang pejabat dia bawak balik. Dia akan selit selit barang tu dalam rumah. Tissue rolls, latex glove, shoe cover kalau boleh aku kumpul balik dalam dua plastic bag sampah besar boleh dapat. Satu hari tu dia call aku nangis – nangis cakap duit dia 1k hilang..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua pembaca, nama aku Ell. Hari ini aku nak ceritakan bagaimana kehidupan seharian aku bersama bukan seorang, tetapi dua orang ‘pengumpul’ dalam keluarga aku iaitu kakak dan ayah aku.

Cukup la aku gelarkan nama kakak aku sebagai kakti dan ayah aku sebagai Abah. Aku cerita dulu pasal kisah ayah aku. Dia memang suka simpan papers, newspaper cutouts, bills, statements, newspaper (recycle), baju, plastic containers (pakai buang), barang – barang lama.

Per4ngai abah ni mungkin diw4risi dari keluarga dia sebab aku perasan arw4h nenek aku dan adik beradik ayah aku suka menyimpan tak kiralah dari kertas – kertas lama, bunga telur weddings, glass decor, sampai la ke cadar dan toto (comforters).

Sejak arw4h mak aku meninggaI, per4ngai abah m4kin teruk sebab tak ada siapa halang atau berani sentuh barang dia. Kalau sentuh mesti kena marah balik. Aku pernah cuba buang buku – buku teks lama dekat store rumah aku dan aku kena marah, lepas itu dia kutip balik barang – barang yang rupanya hanya layak di recycle atau masuk tong sampah.

Sejak dari tu, aku memang dah putvs asa dan tak kemas dah. Lepas aku sambung belajar di luar negeri selama 8 tahun (diploma dan degree), jarang aku balik rumah, rumah abah aku tu dah transform jadi rumah bujang. Bilik aku dah tak ada sebab sepupu lelaki aku menumpang jadi satu bilik untuk abah, abang dan sepupu aku.

Jadi abah suruh duduk rumah dia yang lain. Rumah dia yang lain tu kakti duduk tapi memang walking distance dari rumah abah. Kakti ni dah kahwin tapi pjj dengan suami dia dan anak pun mak mertua jaga sebab kerja dia tak mengizinkan dia untuk tinggal dan jaga anak – anak dia.

Tapi dalam 2 minggu sekali dia akan pulang ke kampung mertua untuk tengok anak – anak dia. Dia pun dah ada rumah sendiri tapi hanya tengok – tengok je sekali sekala. Aku tak tahu bagaimana sifat mengumpul (hoarder) ni start tapi lepas kakti lepas kahwin barang m4kin banyak terkumpul dan sekarang aku rasa fed up, nak marah dan geram.

Aku duduk di rumah dia sampai sekarang walaupun sepupu aku dah keluar dari rumah abah. Apa yang aku perasan dia suka simpan semua barang. Pertama sekali memang dia menyimpan baju. Lepas arw4h mak aku meninggaI, dia simpan tudung – tudung dan baju kurung arw4h mak.

Ada kami sedekahkan tapi yang dia sayang dia ambil simpan. Dan sifat hoarder dia bertambah sebab dia suka pergi bundle beli baju dan seluar tanpa sebab. Dia beli bukan satu tapi banyak. Contohnya dia beli seluar kodi dari bundle sebab katanya nak jual dekat tempat kerja.

Tapi akhirnya dia sayang semua seluar tu dan simpan di rumah baru dia. Lepas tu kasut dia sekeluarga dari dia zaman anak d4ra yang dah tak muat, kasut anak dia masa baby (sekarang anak dia dah 7 dan 11 tahun) semua dia simpan tak kisah la dah reput ke atau dah keras kematu.

Jangan cakap pasal baju pula. Aku selongkar dan pernah jumpa dress masa umur aku 8 tahun. Untuk pengetahuan korang, sekarang aku dah 27 tahun. Dia simpan semua. M4kin lama aku perhati m4kin teruk per4ngai dia sebab supplements dan makanan yang dah 2 tahun expired pun dia simpan.

Tapi tak makan – makan. Aku pernah tanya, oats dah 2 tahun expired ni kenapa tak buang? Dia kata boleh makan lagi tapi aku tengok sampai ke sudah tak makan. Aku rasa pembaca boleh bayangkan peti ais dia macam mana.

Aku pun tak terkata dah. Pernah sekali tu aku cuba tolong dia buat spring cleaning masa cuti semester. Balik dari cuti barang dah penuh balik. Aku give up dah since then. Cerita ni tak habis lagi dekat sini sebab banyak lagi benda yang dia kumpul dan lebih extreme.

Next, favourite dia ialah kumpul sampah sarap, plastik dan paperbags. Yang paperbags ni aku tak mahu sentuh sangat sebab aku pun guilty juga mengumpul kadang – kadang. Tapi, kakti punya extreme sampai dia simpan plastic bag bekas kuih karipap yang transparent dan berminyak tu balik.

Jangan cakaplah pasal plastic bag pasar malam yang warna – warni tu kuning, merah, pink, orange, hijau, biru you name it, semua ada. Lagi haru bila dia minum coffee ke makan jajan ke makan sate ke sedut straw semua dia simpan.

Aku tanya kenapa nak simpan sampah sarap ni? Nanti ada la jawapan tepuk dahi dia, “nanti ni boleh ik4t plastik sampah, aku geli nak pegang” atau, “oh polistrin ni aku buat bungkus leftover lauk nak bawak pergi kerja”.

Lepas tu dia suka simpan kotak dan buku nota. Kotak barbie ke playdoh pun nak simpan. Bila tanya kenapa simpan kotak sampah ni? Mainan kan dah keluarkan? “Oh nanti nak pindah rumah senang nak transfer mainan anak aku”.

C4baran sungguh sebab apa – apa kotak mengumpul lipas dan selalunya bila aku sapu rumah angkat kotak, penuh t4hi lipas. Kalau beruntung dapat la jumpa lipas terbang. Lagi satu mainan anak – anak saud4ra aku buat dekat contest Petrosains pakai polistrin atau used water bottles pun disimpan dengan alasan anak aku nak main lagi.

Satu lagi hobi dia, dia suka merembat barang dari tempat kerja dia. Tissue rolls, latex glove, shoe cover kalau boleh aku kumpul balik dalam dua plastic bag sampah besar boleh dapat. Aku mengemas barang yang dia selit – selit sana sini ni kadang – kadang dah sampai tahap mem4ki hamun dalam hati, nak mengucap jauh sekali.

Bila aku confront kakti dia akan jawab “biarlah kau tak payah sibuk kemas, kau buat je tak nampak sebab barang tu tak kacau kau”. Bila abah pulak marah dia akan jawab “alah bukannya orang menyusahkan abah pun”.

Jawapan dia semua macam sambil lewa. Dia tak faham yang per4ngai dia ni membuatkan orang lain stress bila balik kerja hari – hari menghadap rumah bersepah. Banyak kali juga aku g4duh dengan kakti. Ada sekali tu aku buat sleepover dengan kawan – kawan aku di rumah ni.

Few weeks after that, dia call aku marah – marah cakap “Aku bukan tak percaya kawan kau, tapi duit RM1000 aku hilang. Kawan kau curi ke apa ni?”. Nak dijadikan cerita, dia selit – selit duit 1k dia dekat dalam plastik besar yang diisi baju.

Plastik ni semua ada dekat bilik tidur utama dan susah la untuk curi sebab dalam bedroom tu penuh dengan plastik besar transparent size beg plastik sampah L, yang penuh dengan baju dan sampah sarap plastik yang dia kumpul.

Kalau kawan aku nak curi pun makan masa 2 hari nak jumpa 1k. Sejak dari kes tu dia h4ramkan aku dari bawa kawan – kawan aku ke rumah dan aku menangis cakap dekat dia takpe nanti aku dah kerja aku bayar balik 1k yang hilang tu.

Tapi sekarang dia dah diam je, mungkin dia dah malu sebab lepas mengemas jumpa balik. Wallahu a’lam.. Lagi satu aku berg4duh dengan dia sebab aku cuci sinki dapur dan aku pergi buang sponge dan dawai buruk dia, sedangkan dah ade sponge baru.

Berg4duh sampai aku pergi beli balik dawai besi on the spot sambil menangis. Sampai ke hari ini dia masih ungkit lagi dawai besi buruk kesayangan dia dan kutuk dawai besi aku beli sebab cepat berkarat. Aku betul – betul rasa yang kakti ni ada psych0logical dis0rder.

Tapi dia sama je macam manusia normal, takde pula kutip makanan dari tong sampah ke apa. Ada sekali tu Lite.fm pernah invite listeners untuk nominate any person in your life yang ada severe hoarding behaviour. Aku hampir nak nominate kakti.. tapi bila tengok nyonya tua tu punya kes lagi parah, aku tak tahu nak bersyukur atau tak sebab ada kakak macam kakti.

Kalau ada mana – mana pembaca yang ada cara yang efektif untuk tangani masalah ini tolonglah share dengan aku. Sesungguhnya aku tak tahan lagi asyik menjadi cleaner tak berbayar di rumah abah dan kakti. Nasihat aku kalau korang dah start mengumpul barang tu tolonglah stop or else kau akan end up jadi macam kakti. Terima kasih kerana sudi membaca dan aku doakan semua pembaca tak kena benda yang aku hadapi sekarang. – Ell

Komen Warganet :

Idzswan Wan : Same with me tapi lama – lama saya berubah sendiri. Sebab tak suka berselerak. Memang saya akan kumpul smua gift – gift dari wedding, paper bag yang lawa – lawa even kotak – kotak bekas makanan – makanan yang cantik kalau tak kotor la.

Obses sangat. After 3rd baby delivery, baby ada problem dengan pernafasan. Start tu suruh hubby kemas – kemaskan barang – barang tu dan buang yang perlu dibuang. Biasanya paper bag memang kita akan recycle la, kotak – kotak yang tak perlu tu memang lick out trus.

Gift – gift yang dapat dari wedding orang kalau yang tak boleh pakai saya akan buang. Baju – baju pon banyak yang saya sedekah or preloved. Mainan anak – anak pon kalau elok bagi anak – anak sed4ra or sedekah. Kalau rosak buang tak pon preloved. Belum lagi kalau dah beli barang bundle, semua nak kaut. Nak simpan taktau da. So sekarang da kurang membundle. Yang ada pon banyak da jual balik. Baru terpikir tak ada kegunaan.

Ash Seri : Ni mental illness, kene bawa jumpa psik0logist n psik0terap1st mesti ada sokongan keluarga sebab dia tak leh hadap sorang – sorang. Ni cara dia nak lampiaskan kekecewaaan dan perasaan dia maybe kem4tian ibu membawa pengaruh. Apapun kakak dan abah perIukan sokongan keluarga, berikan kasih sayang sepenuhnya. Inshaallah boleh sembuh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.