Aku merangkak masuk dalam mesin basuh nak tarik tuala tersangkut. Tiba-tiba pintu mesin tertutup dan terkunci

Aku merupakan pekerja kedai dobi dengan mesin basuh 60kg muatan. Masa tengah basuh tuala hotel, aku perasan ada tuala yang sangkut dalam drum mesin. Aku merangkak masuk ke dalam dan tiba – tiba pintu mesin tertutup, kunci! Air mencurah – curah masuk. Aku menangis, jerit sambil tendang pintu kaca mesin…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya Aina (nama samaran), berumur awal 20-an. Saya merupakan bekas pekerja dobi di sebuah hotel dan saya ingin berkongsi pengalaman yang menjadi tr4uma dalam hidup saya.

Sebelum itu, kepada rakan – rakan sekerja dan supervisor, jika anda membaca coretan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sentiasa memberi semangat untuk saya. Semoga kejadian yang menimpa saya ini menjadi pengajaran untuk semua.

Kejadian pada hujung tahun 2020 menjadi ketakutan dalam diri saya terhadap mesin basuh. Kenapa mesin basuh? Kerana saya ditimpa kemaIangan di tempat kerja saya, saya terkunci di dalam mesin basuh. Pada hari kejadian itu, saya bertugas di shift pagi dan tugas saya ialah untuk mengendalikan cucian tuala dari hotel.

Di gudang dobi itu, kami menggunakan mesin basuh muatan hadapan yang bersaiz besar sehingga 60kg muatan. Pada waktu kejadian, rakan – rakan saya ramai keluar untuk berehat, hanya tinggal saya dan beberapa orang sahaja di dalam dobi itu.

Semasa saya memasukkan tuala – tuala ke dalam drum mesin, saya terperasan ada sehelai tuala yang tersangkut di dalam drum mesin. Bimbang sekiranya tuala tersebut terkoyak ketika dicuci, ketika itu tanpa berfikir panjang saya merangkak masuk ke dalam drum untuk menarik keluar tuala itu.

Badan saya yang kecil memudahkan untuk saya masuk keseluruhan di dalam mesin tu. Namun secara tiba – tiba drum mesin terputar ke tepi disebabkan tidak seimbang. Saya telah tersembam ke bawah dan tertimbus di bawah tuala – tuala hotel yang besar dan berat.

Saya segera untuk bangun dan tetapi tuala – tuala tadi menimbus badan dan kepala saya, menyukarkan saya untuk bergerak dan menjerit meminta tolong. SLAM! Tiba – tiba pintu mesin basuh itu ditutup dan dikunci. Tanpa disedari, seorang kawan terus memulakan operasi basuhan mesin basuh di mana ketika itu saya masih lagi berada di dalam mesin.

Saya ditinggalkan dalam timbunan tuala – tuala yang membaluti badan saya, membuatkan mesin basuh yang besar ini menjadi kecil. Saat itu, saya menangis dan menjerit sambil menendang kaca pintu mesin basuh yang tebal itu.

Namun apakan daya, suara dan kudrat saya itu tidak didengari sesiapa. Tiba – tiba sesuatu yang basah dan berlendir turun mencurah di atas saya.. Ia berbau harum.. seperti… detergent! Air mula mencurah masuk kedalam drum.

Bermula dengan lelehan yang perlahan sebelum air suam masuk dengan pantas memenuhi drum. Paras air terus meningkat dan buih – buih mula kelihatan, merendam saya di dalam air bersabun. Wangi. Saya menarik nafas panjang dan bersedia untuk dibasuh oleh mesin basuh bersama tuala – tuala.

Wash cycle. Tiba – tiba mesin basuh mula berputar. Ia bermula dengan putaran yang perlahan kekiri kemudian kekanan berulang – ulang sebelum bertukar menjadi sem4kin laju dan ganas. Saya diputar – putar, diaduk bersama cucian lain dan dicampak ke dalam air sabun.

Saya digesel dengan tuala – tuala yang membalut badan saya. Tenggelam timbul di dalam buih – buih sabun. Buih sabun sem4kin memenuhi ruang drum disebabkan kocakan yang ganas menambah lagi buih – buih di dalam mesin.

Jika dilihat dari luar mesin basuh, hanya buih – buih putih yang padat kelihatan memenuhi dan menutup gelas cermin mesin. Saya hampir Iemas apabila air dan buih sabun masuk ke dalam mulut saya. Saya cuba untuk tidak menelan banyak buih dan air sabun dan bernafas setiap kali merasakan ruang ud4ra di dalam mesin.

Saya dicuci dan disental sebersih – bersihnya di dalam mesin. Hampir 20 minit saya dibasuh di dalam kitaran cucian mesin basuh itu. Rinse cycle. Kemudian drum berhenti berputar. Air sabun mengalir keluar melalui lubang – lubang kecil di drum mesin basuh.

Saya separuh nyawa terbalut kepenatan di dalam timbunan cucian basah yang berat. Saya tidak dapat bergerak akibat ditimbun di bawah cucian dan badan saya terasa lembut, bersih dan wangi. Saya merasakan kepeningan yang teramat di kepala akibat diputar mesin.

Tiba – tiba sesuatu yang berbau sangat manis dan pekat jatuh ke atas saya dan tuala – tuala. Pelembut fabrik! Rinse cycle atau kitaran bilasan bermula. Air bersih mula memasuki semula memenuhi ruang drum mesin basuh.

Kali ini lebih banyak berbanding wash cycle. Kemudian mesin berputar kembali membilas sisa buih sabun. Saya dikocak di dalam air sehingga bersih dan dibilas dengan pelembut yang harum. Mesin basuh terus berputar laju untuk membilas cucian dan saya.

Sekali lagi saya cuba menahan nafas dan bernafas setiap kali merasakan ruang ud4ra di dalam mesin. Ketika itu saya merasa sangat pening kemudian saya tidak sedarkan diri. Kitaran bilasan berputar selama 8 minit. Mesin berhenti berputar lagi.

Air keluar melalui lubang – lubang kecil sekali lagi. Mesin basuh itu berbunyi menandakan kitaran spin akhir akan bermula. Saya ketika itu sudah pengsan tidak sedarkan diri di bawah timbunan tuala – tuala. Beep beep…

Mesin basuh berbunyi tidak dapat memulakan spin akhir. Rupa – rupanya mesin mengesan tuala tidak seimbang di dalam drum, dengan saya terbelit sekali. Kemudian supervisor saya datang untuk memeriksa mesin. Alangkah terper4njatnya dia bila melihat saya terbalut berpintal dengan tuala, pengsan di dalam mesin itu.

Saya terbaring di dalam drum mesin basuh. Kepenatan. Badan saya terbalut dengan tuala – tuala yang bersih dan wangi seperti kepompong. Selepas itu, saya terus dikejarkan ke hospitaI panel. Saya ditahan di wad hospitaI selama 3 hari.

Kesan kejadian itu, kepala saya pening yang teramat akibat putaran mesin, badan saya terdapat kesan Iebam dan saya juga munt4h – munt4h akibat tertelan air sabun. Alhamdulillah, saya bernasib baik..

Saya bernasib baik kerana selalunya bila membasuh tuala, mesin basuh akan di setting ke delicate cycle jadi putaran dalam mesin lembut dan perlahan. Tetapi walaupun delicate cycle, bayangkan kita dibasuh mesin macam mana rasanya.

Saya bernasib baik kerana saya dibasuh bersama tuala – tuala yang besar, lembut dan tebal. Tuala – tuala di dalam mesin menyelamatkan saya dari terhentak kuat di dalam drum mesin. Badan saya terbalut dalam tuala seperti kepompong menyebabkan saya tidak ced3ra teruk bila berputar – putar di dalam mesin.

Selepas kejadian tu saya terus berhenti kerja di situ. Saya menjadi tr4uma, saya serik dah kena basuh. Apa yang kongsikan ini menjadi pengajaran buat saya dan semoga menjadi pedoman untuk semua. Anda boleh bayangkan apabila kita membasuh kain bagaimana keadaannya di dalam mesin berputar – putar, inikan saya merasakan sendiri diputar di dalam itu. Tr4uma.. – Aina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hafiz Iskandar Wazir : Memang dahsyat sungguh. Alhamdulillah kepada penulis, nyawa anda masih panjang. Tak semua terselamat bila kena basuh dengan heavy duty washing machine. Kalau ikutkan health and safety memang dah jadi satu kesalahan. Sepatutnya panggil rakan sekerja sebagai backup bila buat kerja maintenance. Tak kira apa cara pun kena ada backup supaya kejadian seperti ini tidak berlaku.

Liza Arshad : Teringat dengan kisah benar juga. Seorang pekerja pembersihan termasuk dalam mesin pembersihan. (di luar negara, Warga Malaysia) mesin tu berputar tanpa siapa pun sedar dia termasuk dalam mesin yang agak dalam. M4ngsa selamat. Tapi.. c4caat kekal. Hilang separuh badan. Alhamdulillah juga. Syarik4t prihatin dengan kemaIangan yang berlaku. Syarik4t tanggung semua kos perubatan dari awal sampai akhir.

Asyikin Aziz : Aduhai seram dan tr4uma baca. Tahun lepas pun ada pengalaman macam ni. Anak kucing jiran dah berenang – renang dalam mesin basuh. 3 ekor tak silap. Sedar ada anak kucing dalam tu pun sebab jiran tanya ada tak anak kucing dia kat rumah saya.

Rupanya mak kucing bawak lari anaknya, sorokkan dalam mesin basuh rumah saya. Kita ni tak perasan sebab dalam mesin dah ada baju, tinggal nak basuh je. Sekali buka penutup mesin, dah terapung kucing – kucing tu. 1 je selamat. Specchless sangat. Menangis 1 hari. Tr4uma dah lepas tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.