Anak aku akan menangis macam kena d3ra kalau aku letak dia dekat bawah. Dah pukuI 4 petang, aku masih belum mandi, belum makan. Bila anak dah tertidur, baru aku capai tuala, tiba – tiba bunyi, “Barang lama, barang lama, tv surat khabar.. pon! Pon! Pon!” Memang berbakul carutan dan m4kian..
#Foto sekadar hiasaan. Hai semua. Hari ni aku nak buat sikit confession. Aku, Dania. Seorang mak baru yang berumur 26 tahun. Aku ada seorang anak lelaki, Mikael aka Mika berumur 7 bulan. Confession aku hari ni berkenaan masalah aku menjaga anak aku sendiri.
Aku berhenti kerja sejak usia kandungan aku 6 bulan. Dari Mikael lahir sampai lah sekarang, aku yang jaga. Tapi sejak akhir – akhir ni aku rasa macam nak giIa melayan ragaman Mikael. Sebagai contoh, ini apa yang berlaku hari ni.
Rutin aku bermula sekitar 10 pagi, aku mandikan Mika selepas dia bangun. Bagi dia makan dan apa – apa yang berkaitan. Masalah aku bermula selepas aku siap bagi Mika makan. Aku perlu tinggalkan dia sekejap untuk aku masak.
Tapi bila je aku tinggalkan dia, terus dia meraung serupa kena cubit. Tenangkan dia pun tak berguna. Bila aku letak je mesti dia menangis semula. Ok fine, aku tinggalkan semua kerja rumah. Aku layan dia sorang je. Main – main dengan dia, tengok tv dengan dia.
Once dia macam merengek nak susu, aku terus susukan dia sampai dia terlelap. Alright, dah boleh sambung masak. Aku pun p0tong bahan – bahan semua, masuk dalam blender, kuatkan tv sikit. On blender! Uwaaaa, dan anak aku pun bangun.
Baru masukkan bahan tumis, dia nangis lagi. Nak tak nak aku tinggal lagi semua kerja dan layan dia balik. Almost 3 jam, masih takde tanda – tanda nak tidur. Perut aku pun dah berkeriut. Sah, gastric dan masuk angin. Tapi apa boleh buat, anak aku tak nak berenggang.
Puas aku belikan mainan, buku dan playpen tapi satu pun tak jalan. Dia cuma nak mak dia apatah lagi sekarang tengah fasa separation anx1ety. PukuI 4 petang, aku bawak Mika naik ke bilik. Ada aircond dan senang sikit aku nak kawal.
Kalau kat ruang tamu bawah, Mika asyik nak meneroka sampai tak terkejar aku dibuatnya. Tempat favourite dia, masuk bawah tv takpun ke bahagian karpet yang memerangkap habuk, rambut dan sebagainya. Aku agak paran0id, takut dia masukkan apa – apa dalam mulut tanpa aku sedar ataupun bermain wayar – wayar elektrik.
Apa boleh buat, rumah yang aku duduk sekarang milik keluarga mertua. Walaupun mereka dah tak duduk di situ, banyak barang – barang lama yang aku rasakan dah sepatutnya dibuang masih lagi digunapakai di rumah. Bila letak dalam playpen dia menangis pulakkk. Haihhh!
Akhirnya dia tertidur jugak… Aku pun turun ke tingkat bawah nak capai tuala untuk mandi. Baru je aku pakai tuala… “Barang lama, barang lama, tv surat khabar.. pon! Pon! Pon!” Uwaaaaaa! Terus terjaga Mika masa tu, korang boleh bayangkan tak carutan dan m4kian aku yang berbakul – bakul masa tu?
PukuI 5 petang, aku masih belum masak, belum makan, belum mandi, kerja rumah yang lain jangan tanyalah. Satu apa pun aku tak dapat buat. Aku dah lost count berapa kali dah aku mentaI k0yak, br0ke down teruk, marah anak aku sebab aku rasa teramat str3ss.
Dengan laparnya, dengan tak mandinya, dengan penatnya. Semua ada. Bayang je lah apa nak buat time tengah nak melepas hajat masa tu lah anak menangis tak cukup tanah. Aku takut jiran – jiran semua fikir aku d3ra anak je, takpun fikir aku tak peduli anak menangis.
Dan sudahnya aku terp4ksa tunggu suami aku balik kerja. Penantian itu satu penyiksaan. Kadang – kadang pukuI 8 malam pun belum tentu suami aku sampai rumah disebabkan tuntutan kerja dan jarak tempat kerja yang agak jauh dari rumah.
Nasib suami aku faham, dia tak kisah kalau aku tak dapat buat kerja – kerja rumah, tak sempat masak. Tapi aku yang ralat, aku rasa aku tak berguna jadi suri rumah. Takkan hari – hari nak makan luar. Belum lagi time aku dapat order untuk side bisnes aku. Lagi huru – hara jadinya.
Aku penat sangat – sangat. Seriously, aku tak tahu apa yang sepatutnya aku buat. Aku dah cuba macam – macam cara. Aku pernah bangun awal, dan memandangkan Mika tengah tidur, aku turun bawah siapkan makanan Mika dan masak untuk tengah hari.
Aku dah kepung dia dengan bantal semua. Masa tu dia baru 6 bulan, aku anggap dia belum nak explore sangat. Tiba – tiba, aku dengar bunyi gedebuk! Diikuti tangisan Mika. Ya Allah, anak aku jatuh katil! Tak cukup tanah aku berlari naik atas.
Aku menangis sungguh – sungguh masa tu. Budak kalau jatuh dia mana ada reflex macam kita. Memang macam nangka busuk dia jatuh. Sejak dari hari tu, aku tr4uma nak biar dia kat atas sorang – sorang. Aku memang tunggu dia bangun sendiri.
Kalau aku k3jutkan awal, bawak turun bawah memang confirm la satu kerja pun tak jalan. So, aku rela tunggu dia kat atas. (One of the reason I hate rumah dua tingkat, nak pergi tandas pun kena turun bawah). Aku tak tahu lagi apa cara yang aku patut buat.
Walker is a no – no. Aku taknak risik0kan development and safety anak aku just sebab aku nak mudahkan kerja. Nak angkat anak selalu pun tak boleh sebab dua – dua beIah tangan aku kena De Quervain syndr0me. Setiap rutin yang aku buat aku macam mandikan anak, angkat anak dan banyak lagi akan buat pergelangan tangan aku s4kit yang terIampau sangat.
Gendong anak pun aku dah cuba, sampai mandi peluh aku dibuatnya. Semua ni buat aku rasa useless, rasa give up, rasa nak m4ti pun ada. Nasib aku belum sampai tahap nak pukuI anak, tapi aku takut nanti aku terbuat macam tu suatu hari nanti sebab terIampau str3ss sangat 🙁 Aku dahlah jenis cepat str3ss dan nak marah.
Aku percaya nanti ada yang kata kenapa aku tak bangun awal. Badan aku terIampau penat weh, setiap malam bukan aku dapat tidur lena pun. Mostly, anak aku bila nak susu dia meraung terus, bukan sikit – sikit punya nangis. The struggIe is real!
Aku harap dengan luahan aku ni, ada lah yang dapat bagi cadangan untuk aku tackIe masalah anak dalam nak menjaga anak aku ni. It feels like my ins4nity is on the edge, barely surv1ving. I wish masa lahirkan anak tu, keluar sekali guide macam mana nak jaga anak tu huhuhuhu.
Nak tanya mak aku pun, dia macam tak helpful sangat sebab dia working mom dulu. I will appreciate kalau ada mommies yang nak share jadual anak seharian or any tips. Hopefully it helps. (I did search on youtube, but mostly mat salleh mommies je banyak).
And please, jangan lah cakap jadi surirumah ni kerja senang. It hurts you know. Last but not least, please keep your harsh words to yourself. I’ve had enough negative vibes already. Spread love, not hate. Thanks in advance 🙂 Struggling to be a decent mom, – Dania (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norehan Yusof : Siap – siap blend cili dan bawang – bawang untuk kegunaan seminggu. Nak senang, buat ibu sambal / cili boh yang dah siap masak tu, buat seminggu sekali masa suami ada di rumah dan simpan stok dalam peti ais.
Itu memang sangat memudahkan kerja. Ikan / ayam / daging tu siang dan cuci siap – siap dan asingkan dalam bekas / plastik mengikut portion nak masak. Semua ni boleh buat waktu weekend atau waktu suami ada kat rumah.
Minta tolong suami tengok – tengok anak waktu sis buat keje dapur. Kalau barang semua dah ready, nak masak tu mudah je cuma banyak kali iklan (anak menangis cari mak) then lepas iklan boleh sambung balik keje.
Cuma adatlah terkejar – kejar buat keje tu, kadang – kadang nak siap satu lauk pun sampai 2 jam sebab banyak kali iklan. Another tips, beli lah alatan yang memudahkan pengurusan rumah contohnya air fryer dan pressure cooker. Sangat – sangat membantu.
Noor Liana Hassan : Beli walker bukan untuk berjam – jam baby duduk dalam tu. Untuk memudahkan ko nak masak, ber4k, k3ncing, mandi, solat dan sebagainya. Pastu melekat la lama mana pun. Beli gajet dapur yang memudahkan tugas harian air fryer, pressure cooker.
Banyak cara. Nak taknak je. Anak letak kat bawah. Tak penat nak turun naik. Mase suami cuti tu buat sambal tumis, sambal hijau siap. Senang nak wat nasi goreng, mee goreng kosong kalau tak sempat masak lauk.
Suria Talkis : Tak faham yang bagi icon gelak dan yang cakap ‘baru anak sorang’. Aku pun dulu macam tu, kadang – kadang siap nangis dengan kawan kenapa anak lahir ni tak keluar sekali manual book. Semua ini rupanya adalah proses.
Proses kita menjadi emak yang baik (InshaAllah aminnn) dan proses anak nak membesar. Memang masa umur anak begini, saya makan sesimple mungkin. Kadang – kadang apa lauk anak saya, itu lauk saya. Contoh, hari tu lauk anak nasi + salmon dan broccoli.
So, itulah yang saya makan jugak, cumanya lauk saya, saya letak garam dan lauk anak dijadikan bubur. Nak layan anak memang penat wak. Tapi kejapp je, untuk dua tahun ni je diorang memang clingy. Nanti dah 2 tahun lebih InshaAllah dah boleh main sendiri. Joget – joget depan tv.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.