Aku dan suami pernah susah, 10sen pun takde. Langsir takde, tidur guna kotak. Bila dah kaya dia cari wanita manja, cantik

Aku tengok sendiri suami buat permohonan nikah online depan aku, riak wajah dia sangat mendamaikan. Bahagia betul isi form sambil ambil gambar send dekat orang ketiga. Aku ni bagai tembok suami aku buat. Dia suruh aku tolong naik mahkamah tingkat 7 untuk proses kahwin dia, sebab dia pakai seluar koyak kat lutut..

#Foto sekadar hiasan. Jiwa aku merintih s4kit akibat orang ketiga. Hidup bagaikan sudah bermadu, jumaat sampai isnin petang di rumah kami. Yang lain di sana betapa h4ncurnya hati sebagai isteri. Setiap hari air mata menjadi santapan, hanya Allah tempat mengadu.

Aku seorang ibu dan surirumah sahaja. Yang tidak dipandang dengan penuh rasa sayang, hanya kejian h1naan yang ditaburkan. Direndahkan diri tanpa belas ikhsan, aku tiada sumbangan kewangan dalam keluarga tetapi aku mencuba jadi isteri yang taat pada suami dan tanpa disuruh aku juga sedaya upaya menjaga amalan ibadah aku.

Suami yang aku kasihi beralih arah, mendesak diri aku supaya terima kehendak dia. Martabat aku sebagai isteri h4ncur. Pada suami aku banyak bercerita kisah harian aku, bermanja berkasih sayang bergurau, berg4duh, segala – galanya berubah bila suami aku beralih arah pada orang ketiga, yang lebih pandai mengambil hati dan mengg0da suami aku.

Aku terus tidak diendahkan, saat dia angau bercinta dia banyak memandang aku dengan hujung mata dia dalam keadaan yang sangat sinis, memarahi aku dengan kata yang sinis, hanya kata – kata meluat sahaja dilemparkan.

Perkahwinan 10 tahun nothing dia kata, Ya Allah segala peng0rbanan aku tidak dipandang lagi. Dia merasakan dia lebih berkuasa hanya kerana dia ketua keluarga dan dia kata aku bayar semua ini untuk hidup kau, aku yang mencari rezeki, aku yang bagi kau makan.

Bermulalah episode cinta mereka tanpa rasa segan, tanpa rasa hormat. Biarlah ia menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup aku. Pelbagai dugaan hadir, kedukaan aku bertambah – tambah pilu, sebagai isteri aku masih mengharapkan suami aku kembali,

Tapi lama kelamaan hati aku sem4kin s4kit dan sedar diri, aku merasakan diri aku sangat rendah, walaupun keluarga aku menjaminkan kesenangan pada aku dan anak, tetapi aku masih tekad meneruskan perkahwinan ini, walaupun hidup bermadu.

Saat mereka diambang kebahagian aku hanya menjadi saksi kehangatan mereka. Ketika aku masih berdoa selesai solat dhuha suami aku menjawab panggiIan kekasih hatinya dengan penuh hormat dan sayang berkata dalam nada yang romantik dan lembut, aku berair mata meraung kepada Allah,

Aku memarahinya aku nyatakan yang aku masih bernyawa di dalam rumah ini, kadang – kadang em0si aku terganggu hampir giIa dibuatnya. Aku menjerit memarahi suami aku, bila izin telah aku berikan untuk berpoIigami, dia sem4kin menunjuk kebahagian dia, aku hanya jadi CCTV, melihat dari jauh suami aku senyum ketawa bergayut, berbaIas whatsapp.

Tidak ada seorang isteri yang ingin bentang carpet merah meraikan kebahagian suaminya bersama orang ketiga, aku bukan seorang wanita yang zuhud tidak sempurna yang juga mempunyai hati yang member0ntak, memang aku izinkan suami aku bernikah lagi,

Tapi dengan keizinan itu suami aku sem4kin hanyut dibuai asmara, sem4kin melupakan aku yang bersusah payah untuk hidup bersama dengannya sehingga sekarang. Aku pernah hidup dengan suami aku 10sen pun tak ada, diawal perkahwinan kami, hanya rumah flat yang tak ada langsir, tidur beralaskan tilam narita yang buruk zaman belajar, nak bagi empuk bawah tilam itu aku bentangkan kotak TV.

TV itu aku beli buat pinjaman aeon aku yang bayar secara ansurans, ketika itu aku masih berkerja. Betullah ada pepatah menyatakan isteri diuji saat suami tidak punya apa – apa dan bila ada segalanya isteri diuji lagi dengan orang ketiga, isteri ni sentiasa diuji.

Banyak episod cerita bahagia mereka dan banyak episod cerita duka aku. Tidak dinafikan suami aku awalnya seorang yang bertanggungjawab dan taat kepada perintah Allah. Dialah yang sentiasa cuba menjaga solat diawal waktu, aku cukup berbangga dengan memilikinya dan bersyukur, solat sunat yang lain juga dijaga terutama dhuha, selalu mengaji alquran saat lewat malam,

Tetapi segalanya berubah saat kewangan stabil dan berlebihan, dari pada sumber sahih suami aku dig0da oleh perempuan ini, diawalnya suami aku tidak melayan tetapi lama kelamaan dia terbuai juga, terk3jut rakan sekerja melihat.

Diawal dulu suami aku hanya memberikan alasan kerja supaya boleh balik lewat, atau tidak balik langsung, rupanya aku ditipu. Tanda mimpi yang hadir sangat mencemaskan. Diawalnya Allah hadirkan mimpi melihat kecurangan suami.

5 kali aku mimpi yang sama, paling sedih mimpi tu anak aku menjerit, ayah beberapa kali tetapi suami aku tidak mengendahkan panggiIan anak aku terus berlalu pergi sambil berpimpin tangan, meninggaIkan kami di belakang.

Ini takdir Allah yang membolakkan hati suami aku, seorang ayah yang baik terima siapa anaknya, zara sangat manja rapat dengan ayah. Aku ringkas cerita ini bagaimana aku tahu suami berlaku curang, Allah takdirkan isteri ada naluri yang kuat.

Jumpa rambut bercolor di seat sebeIah ketika aku nak driving pergi pasar, beberapa helai rambut, ini memang plan nak aku tahu ke, ntah lah niat betul atau tidak. Masa itu h4ncurnya hati, kereta connect Bluetooth phone husband aku, beberapa kali nak drive ada panggiIan masuk aku jawab suara perempuan terus cancel call, situ je aku dah boleh agak.

Mood husband aku sangat happy untuk diri dia jelah senyum sentiasa, phone bawa ke toilet, celah ketiak ketika Tidur, panggil aku sayang dah tentu 15 tahun panggil aku ayang macam mana tertukar sayang, orang anggau gitulah tidur mengigau.

Gelisah sentiasa, sentiasa cari peluang untuk hilangkan diri. Perbuatan hariannya berubah. Tidak memuji masakkan aku, selalu marah atau tidak pedulikan lagi. Tiga bulan suami aku tidak tidur di rumah, balik beberapa hari sekali hanya beberapa jam, dan paling sedih 15 minit sahaja, masa itu aku mengaruk memarahinya aku hampir giIa dibuatnya.

Anak aku berlari dalam keadaan sangat tidak keruan, ibu ayah nak pergi mana. Ayah baru balik ayah dah pergi ibu marah ayah sebab tu ayah pergi kata – kata anak aku sangat memiIukan, dia memanjat tingkap rumah sambil jerit ayah nak pergi mana baru balik, suami aku meninggaIkan kami begitu sahaja.

Meraung anak aku menangis bersama aku. Berganti hari suami aku tidak pulang, sampai banyak kejadian yang memiIukan, aku berusaha menjejak suami aku, tetapi tidak berjaya, semua condominium johor aku pergi sendiri naluri hati aku kuat menyatakan suami aku tinggal di sini sahaja.

Semua melalui naluri, berdoa minta Allah tolong aku beri petunjuk. Sebelum PKP bermula banyak kejadian memiIukan, suami aku share dekat story instagram gambar berdua di IKEA tebrau, gambar kasut di carpet hitam situ je jantung aku bagai nak pecah.

Keseronokan percutian mereka, tapi memiIukan bagi aku. Saat mereka pulang bercuti ada kisah yang perit dirasai biarlah ia menjadi memori, hanya kami keluarga lebih mengetahui. Bila perempuan itu merajuk suami aku tak lekang dengan phone, sentiasa mendial takutnya dia, resah gelisah aku di sebeIahnya hanya berair mata.

Sampai kami berhenti untuk makan, suami aku berjalan ke hadapan dan terus cuba menghubungi kekasihnya, aku di belakang berpimpin tangan dengan anak. Allah besarnya ujian aku, kami ditinggalkan di meja makan suami aku, di meja luar bercakap mungkin memujuk.

Aku pulang ke johor bersama suami dan anak, dan esoknya PKP bermula, dan suami aku masih tidak mahu tidur di rumah saat itu aku dah tak banyak berbicara seperti sebelumnya. Keesokkan harinya aku masih tidak putvs asa menjejak suami aku, suami aku kerap post story di media social, pergi gym gaya dia sangat cool, nampak mewah, bahagia gembira, tanpa rasa bersalah meninggaIkan anak isteri.

Aku sentiasa cuba hubungi memujuk tapi tidak diendahkan sampai tahap hilang kewarasan aku. Number aku akan diblock oleh suami. Tidak ditanya khabar berita kami, sihat atau tidak makan atau tidak, cuma duit sentiasa dicukupkan oleh dia.

Hari pertama PKP, setelah tiga bulan suami tidak tidur di rumah akhirnya malam itu suami tidur di rumah dan seperti dia ingin berbaik tetapi acuh tidak acuh. Selang beberapa hari, mungkin suami aku ada terfikir untuk membetulkan keadaan, dia buat aku seperti hidup bermadu.

Suami aku memberikan penjelasan lagi, yang dia jauh tidak boleh patah balik, dia sayangkan keluarga ini, aku kena terima pilihan dia, giIa ke apa mana nak terima s4kitnya hati ini. Berbulan – bulan aku lalui percubaan poIigami itu macamana, aku banyak disisihkan suami aku tak nampak pun yang dia sayangkan aku lagi.

Kalau sayang dia tak buat macam ini, dia akan lebih berfikir perkara ini sangat memburukkan untuk diri aku dan anak, sepanjang suami aku s4kit angau bercinta aku tak ada tinggalkan rumah, masih lagi menunggu berhari – hari di sini.

Anak bangun subuh terus buka pintu, nak tengok motor ayah ada tak, hampa dia dan terus termenung. Sebelum Pkp aku naik turun pejabat agama 6 kali untuk mengadu masalah yang aku lalui, mencari hak aku, tetapi bukti tak ada, suami pun tak ada mana nak hubungi.

Lagi satu nafkah zahir suami aku sangat lengkapkan, kereta rumah complete, cuma perbuatan dia sahaja yang macam ni tapi sampai bila aku nak lalui kes4kitan ini dan rasa dizaIimi perasaan sebagai isteri, terus terang aku tak bahagia dilakukan macam ini.

Ketika suami aku bermalam di rumah aku cuba nak buat baik, duduk di ruang tamu bersama, tetapi suami aku menyuruh aku masuk ke bilik, dia tidak bagi aku berada di ruang tamu, alasan nanti aku marah sebab dia sentiasa melayan perempuan itu, call dan whatssp,

Begitulah kehidupan aku sepanjang Pkp, walaupun hari – hari balik cuma berlandaskan masa bila siang beberapa jam dan petang terus hilang, lama kelamaan aku faham waktu itu. Sehinggalah suami aku diberhentikan kerja dia balik rumah dalam riak wajah sugul, dia memberi tahu yang dia tidak bekerja lagi dan meminta aku membantunya berniaga makanan, nampak desakannya di situ, aku akur membantu dia berniaga.

Lama kelamaan suami aku bersikap baik terhadap aku dan anak, tetapi aku sebagai isteri mana redha perbuatan ini, perempuan itu tak pernah lekang pada suami. Bila di rumah sini suami aku sentiasa caring terhadapnya, ada perkara terjadi, walaupun card bank hilang pun suami aku akan tinggalkan aku dan anak, sampai bila aku nak begini.

Suami ada minta aku pergi mahkamah syariah untuk urusan poIigami, “ayang boleh tolong b tak naik mahkamah tingkat 7?” tak silap aku untuk urusan poIigami dia. Alasan dia pakai seluar koyak dekat lutut, giIa ke apa nak aku uruskan perkahwinan dorang, siapa nak berkahwin aku ke dia, terus aku mengaruk, aku bukan zuhud punya orang aku pun bukan baik hati sangat sampai nak meraikan pernikahan mereka.

Boleh giIa aku, dah la aku tengok sendiri suami aku buat permohonan nikah online depan aku, riak wajah dia sangat mendamaikan dah tahu akan marah kenapa tengok, bahagia betul isi form sambil ambil gambar send dekat orang ketiga. Aku ni bagai tembok suami aku buat.

Menahan perasaan hak aku sebagai isteri tak ada, ketenangan jauh sekali, hari – hari berair mata, sengsara. Walaupun suami aku dah berterus terang tentang perbuatannya, meminta maaf sentiasa sampai aku rasa ikhlas ke ni, atau aku terus diperb0dohkan lagi, untuk membantu dia berniaga masak bersama.

Bila perkara ini terjadi aku jadi orang yang susah nak datang keikhlasan, was – was sentiasa sebab suami aku perlakukan aku sama macam bermadu. Semasa aku izinkan suami aku bernikah, aku ambilkan borang poIigami, dan suami bertanya hantaran untuk perempuan itu, alasan dia single bukan janda, merancang nak buat wedding di dalam dewan, agak – agak berapa kos suami aku mampu berduit.

Aku masih melayan kerenah dia impian dia itu, sampai dia cerita selepas berkahwin dia nak perempuan itu kerja di bank johor, sebab dia ada degree. Suami aku bercerita, sebelum ni mereka satu tempat kerja di singapore, tak lupa ayat suami aku, “ea dia samalah gaji dengan aku dia ada degree.” Bangganya suami aku memiliki dia.

Ini aku tegaskan juga hak aku sebagai isteri, aku banyak google cerita seperti aku apa perlu buat, sampai bila kita akan perlakukan begini. Aku lantik satu Peguam Syarie, kos agak mahal tetapi adik aku kata tak apa dia mampu membantu dari melihat kakak dia tersiksa begini, hati terus dis4kiti.

Sebenarnya dalam PKP banyak bukti aku perolehi untuk fasakh aku. Biarlah bukti itu aku dan keluarga lawyer yang tahu sangat menjijikkan bagi aku. Suami aku sedih bila perkataan menjijikkan aku keluarkan untuk dia, semua manusia ada kesilapan dan kita bila – bila sahaja boleh bertaubat, suami aku yang aku kasihi aku rela berpisah demi perkahwinan barunya, kalau kami masih bersama susah dia untuk urusan poIigami.

Biarlah aku mengalah demi hidupnya lagi pun aku tidak disayangi lagi apa lagi dicintai, aku s4kit pun suami aku tinggalkan berdua dengan anak di rumah, anak aku yang usia 6 tahun itu menjaga aku, dan sentiasa bertanya, “ibu lapar? Kalau ibu lapar bagitahu adik, apa adik boleh buat kalau ibu lapar, nanti adik call ayah suruh ayah hantar makan.”

Sebenarnya anak aku yang lapar, dia ulang masuk toilet, basahkan tuala lap kepala aku. Kenangan ini tak akan aku lupa. Anak aku sangat memahami, pelajaran dia banyak tertinggal, diri dia terabai sampai dia pandai p0tong kuku sendiri.

Sepanjang kejadian ini aku ada melalui kaunseling beberapa kali, melalui talian mereka sentiasa ingatkan aku jangan lakukan perkara yang keji, sentiasa ingat kepada Allah, jangan ada niat untuk ced3rakan diri atau anak sebab aku dah tahap depr3ssion. Biarlah semua ini akan berakhir.

Aku juga tegaskan yang aku tak layak untuk berkongsi kasih atau bermadu, aku bukan isteri yang zuhud redha sentiasa, biarlah dia dengan pilihan dia. Dia yang pilih untuk aku jadi macam ni, ini semua kehendak dari dia.

Bukan mudah aku nak terima kehidupan macam ini, biarlah dia kata aku akan Menyesal tinggalkan perkahwinan kami. GiIalah aku kalau teruskan juga drama ni. Sepatutnya aku yang tak sempurna ini dia betulkan, sebagai suami bukan mencari yang lain lebih sempurna.

Hakik4tnya itulah aku pun tak minta jadi begini, dah ini tahap aku. Bukan aku tidak berusaha menjadi lebih baik atau membantu mengurangkan beban dia. Aku tidak memberi dia membantu menguruskan rumah tangga dia hanya mencari rezeki sahaja untuk kami, dah itu tugas dia, dan aku lakukan tugas aku.

Kesilapan aku ada juga tetapi nak buat macam mana dah jadi sepatutnya dia tegur, betulkan bukan cari yang lain sekarang semua musn4h. Semua ni alasan jelah. Aku dengan suami pun tak ada kasut yang sama, tetapi orang ketiga ini 2 pasang kasut yang sama dengan suami aku, memang dia cakap tak payah sibuk hal mereka.

Tetapi mereka yang menayang di public, jiwa h4ncur melihat post mereka, dan s4kit bila kawan – kawan baik aku melihat kemesraan mereka berdua di ciq atas motor, pergi balik bersama. Cuci kereta pun kawan aku pernah terserempak, dan mereka memberitahu aku.

Siapa yang nak hidup bersama kalau begini caranya, aku disisihkan. Aku rasa diri aku macam orang gaji, yang jaga harta benda suami aku. Ada orang bertanya kepada suami aku siapa yang kau lebih sayang, suami aku dengan riak wajah senyum mana boleh cakap.

Depan aku lah situ je aku tahu suami aku tak sayangkan aku lagi. Ayat suami aku,” dah memang itu perempuan yang aku nak, lembut, pandai amik hati aku menyenangkan,” kata – kata suami aku ini tak akan aku lupa. Lagi aku rasa terh1na direndahkan, fizikaI aku tak menarik. Tidak secantik dia.

Jadi buat apa lagi aku nak hadap semua ini, korang kalau korang nak ke hidup dalam keadaan macam ini. Dah lepas cakap nanti minta maaf dan kata tak ada manusia sempurna termasuk aku ini juga tak sempurna, memang betul tapi aku diletakkan di tempat yang rasa terh1na.

Sebab aku berfizikaI seperti ini dan tidak bekerja aku perlu diperkotak katikkan. Aku tetap tegaskan perempuan itu suka pada suami aku, sebab apa suami aku miliki, walaupun dia menafikan. Gaya suami aku, suami aku bawa superbike, ada kereta rumah yang agak senang.

Lantaklah aku susah atau senang selepas ini serah jelah dekat Allah. Dari sengsara macam ni. Perempuan itu kata kau ingat, kau isteri yang suci sangat. Dia pula nasihatkan aku macam – macam. Ini alasan lah lelaki yang nak perempuan lain dia akan buruk – burukkan isteri dia.

Aku ditinggalkan berdua dengan anak di rumah, keselamatan aku dan anak tidak diendahkan, jiwa aku s4kit, kadang – kadang aku tak mencari kesalahan mereka, tetapi mereka yang menunjuk, post dekat story instagram.

Orang ketiga diletakkan di condominium agak mewah berhadapan laut, ada security, suami aku cakap perempuan tu yang bayar, bukan dia. Ntahlah. Aku memang salah bercerita seperti ini, tetapi ini hanya 30% sahaja, aku tak tunjukkan gambar yang aku dapat, aku tak tunjukkan message yang orang ketiga bagi pada aku, dan bukti – bukti yang lain.

Perlu ke lagi aku terus bersabar, walaupun sekarang suami aku cuba berbuat baik setelah tiada kerja yang tetap. Memang bersungguh – sungguh suami aku nak ubah segalanya tapi hati aku tetap berkeras tak nak terima kembali, walaupun dia cakap dia je yang baik yang boleh terima baik buruk aku macam – macam lah dia kata.

Tapi aku isteri yang lama dengan dia aku tahu lah siapa suami aku, dengan semua orang mungkin dia boleh tipu tapi dengan aku tak. Aku cukup kenal siapa dia dan kami berdua yang hadap perkahwinan ini. Suami aku mengungkit dia membantu family aku adik – adik aku, masa mereka tiada tempat tinggal ia betul tapi mereka pun membantu suami aku juga, bila suami aku memerIukan sesuatu atau di dalam kesusahan.

Biarlah masa yang menentukan. Aku cuma meluahkan rasa geram di hati aku geram dengan orang ketiga sangat geram. Dia mer4mpas kehidupan aku walaupun dia kata dah takdir Tuhan. Kadang – kadang kata yang sangat angkuh, boleh live story bagai, aku ni macam apa kat rumah.

Perkahwinan aku 10 tahun bukan setahun dua. Aku jaga hati aku sendiri bila suami balik rumah, dia akan tidur di ruang tamu sebab perempuan ini suka call time tengah malam, aku akan dengar dan rasa sangat s4kit. Kadang – kadang aku tutup telinga aku dengan kedua tangan menangis menahan rasa geram sedih, kadang – kadang screen phone dia aku terpandang cepat – cepat aku terbalikkan.

Ye aku tahu ramai di luar sana menanggung d3rita lagi perit dari aku, ada yang did3ra, mentaI fizikaI, suami men4gih d4dah, meIacurkan isteri. Aku dah lalui kaunseling ramai aku jumpa masalah mereka lagi teruk dari aku dan aku bersyukur di kelilingi family yang baik, family mertua aku pun baik, kawan baik aku yang sentiasa ada di sisi aku.

S4kit d3rita aku kawan baik aku tak pernah tinggalkan aku sentiasa text aku tanya khabar diri aku dan anak. Maafkan aku seperti membuka aib diri sendiri atau suami. Di sini aku tegaskan suami aku memang baik tetapi dia tersilap diusia muda dan ini ujian untuk dia, tetapi aku tetap merasa tidak selesa dengan orang ketiga yang macam tidak peduli perasaan kaum dia sendiri.

Lantang berkata – kata seperti dia yang hidup dulu bersama suami aku. Seronoknya tengok keperitan diri aku kan. Orang ketiga menyatakan, aku tak akan dapat lelaki yang lebih baik selain dari suami aku, yang salah aku je tidak tahu menilai kebaikan suami.

Sebab aku hargai suami aku lah aku jadi macamni! Aku dah rimas ambillah suami aku tu, hiduplah berbahagia hingga ke jannah. Di sini aku tegaskan yang aku hanya memuaskan hati aku, terpulanglah kepada korang nak kecam apa ke aku tak kisah membuka aib ini sangat sedikit.

Aku tahu batas aku, tapi aku tetap berasa beremosi dengan orang ketiga. Aku lalui saat – saat yang getir sekali, mungkin orang yang senasib merasakan keperitan aku ini. Suatu masa atau sekarang suami aku boleh jadi orang yang lebih baik.

Aku takut nak siarkan cerita ini, hanya serba sedikit sahaja banyak lagi aku simpan video mereka. Biarlah memori hitam aku. Suami dan orang ketiga kata, hanya kerana satu kesalahan aku lupa segala – galanya kebaikan suami.

Aku hargai suami, aku sangat menghargai. 8 bulan hidup aku begini, sekarang semua hampir berakhir. Maafkan aku seperti membuka aib dan meluahkan hati aku sangat berem0si. Jauh dah aku pergi membawa anak mencari ketenangan hati.

Doakan aku terus tabah hadapi dugaan ini, aku tinggalkan segala kesenangan aku, kereta rumah segala – galanya, yang aku bawa hanyalah pakaian dan barang peribadi aku dan anak. Di luar sana kalau ada yang senasib dengan aku perjuaangkan hak kita.

Kerana kita juga layak untuk bahagia dan mendapat ketenangan, bagi orang ketiga jangan terlalu angkuh dengan takdir tuhan yang kau katakan takdir yang kau rela untuk dijadikan begini, bahagia atas air mata kaum kau juga.

Buat suamiku semoga bahagia dengan pilihan yang kau cari selama ini, sangat sempurna tidak c4cat seperti isteri mu. Akhirnya suami saya ditangkap berkhaIwat pada bulan Ramadhan dan saya yang menjamin suami saya.

Dan aku menjamin khaIwat suami, kami bersemuka antara aku, perempuan simpanan. Aku hanya dilayan bukan seperti isteri tetapi seperti orang jahat yang cuba gagalkan hubungan mereka, banyak kata – kata caci m4ki aku dapat h1naan ayat yang tak akan dilupakan.

“Kan dia tak ada apa – apa ceraikan dia.” Suami diberi tempuh antara pilih aku atau perempuan simpanan dia. Setelah 2 minggu aku diceraikan taIak satu di hadapan anak aku sendiri. Tiada air mata lagi nak mengalir.

Sekarang yang tinggal untuk kekuatan besarkan anak yang Allah amanahkan kepada aku. Aku tidak menuntut apa – apa harta sepencarian nafkah dan lain – lain. Doakan aku dan anak diberi kebaikan diluaskan rezeki bahagia dunia akhir4t. – Izzah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norsyina Tazali : Tahniah sis sebab berjaya keluar daripada perkahwinan t0ksik ini. Sekarang just focus pada anak yang dah terabai tu. Cari kerja atau bisnes makanan pun ok. Yang penting sis dah bebas. Just wait and see.

Hubungan depa tak ke mana pun. Allah dah uji bila kerja dia pun ditarik balik. Lepas ni entah apa pulak yang akan ditarik. Cuma sayang sangat sebab sis tak pert4hankan hak sis dan anak bab harta sepencarian tu.

Acik Atie : Yang pernah lalui saja yang tahu macam mana. Saya doakan sis dan anak positive, sentiasa berada dengan orang sekeliling yang positive, jangan toleh belakang teruskan langkah ke hadapan, nasihat saya buat tuntutan hadanah, sepencarian dan yang selayaknya. Takut timbul perkara yang tidak diingini akan datang. Tahniah akhirnya dapat keluar daripada kehidupan yang penuh t0ksik.

Nur Afieda : Moga puan cepat move on dan hidup bahagia bersama dengan anak. Puan, kifarah itu sentiasa ada. Doa orang teraniaaya ALLAH akan dengar sama ada cepat atau lambat. Kuatkan diri. Cuba ubah hidup.

Lakukanlah yang terbaik untuk Puan dan anak – anak. Saya berjumpa dengan ramai anak guam yang dilakukan sesuka hati oleh suami dengan alasan sebab suami yang tanggung makan minum dan bekerja. Mereka lupa yang anak dan rumah tangga diuruskan oleh isteri.

Ramai antara suami – suami ini akhirnya menyesal kerana membuang wanita yang sanggup susah senang bersama padahal wanita yang mereka jumpa selepas itu selepas mereka ada segalanya. Tak apalah Puan. Saya doakan moga urusan Puan ALLAH permudahkan dan Puan sentiasa bahagia. Aaminn.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.