Aku jumpa perbualan telefon loudspeaker suami dengan wanita tu. Suami aku lupa cabut wire dashcam. Suami aku cakap dia mungkin terkena guna – guna sebab wanita tu dah tua, hampir menopause. Tak mungkin semudah itu dia boleh ‘layan’. Tapi lepas disiasat rupanya wanita tu kem4tian suami..
#Foto sekadar hiasan. Bismillahirrahmanirrahim… Aku tak tahu nak cerita kat siapa. Malah, aku dah try hubungi kaunselor tapi aku batalkan sebab tak pandai bercerita. Jadi aku tulis sini, lebih selesa. Pembaca pun takde yang kenal aku dan suami.
Korang bagiIah kata – kata semangat kat aku. Aku tengah rapuh sangat – sangat. Allah. Minggu lepas aku jumpa gambar suami selfie dengan perempuan lain, bukan selfie biasa. Memang luruh jantung aku. Terjelepuk kaki aku ke lantai.
Malam tu aku selongkar handphone suami. Jam 2 pagi. Aku k3jut suami dan tanya. Suami terk3jut dan minta aku bertenang. Aku raup muka dengan tangan sambil beristighfar. “Astaghfirullah hal azim.. Allahuakbar.. Allahurobbi..”.
Sebenarnya dah dekat sebulan aku ada naluri suami aku curang. Tapi aku tak ada bukti. Cuma aku tengok call history dan whatsapp beliau terlalu bersih. Aku sem4kin curiga. Lepas kant0i tu, suami cakap dia pastikan semua kecurangan dalam telefon dia delete.
Tapi itulah, gambar itu dia termiss dan Allah betul – betul nak tunjuk kat aku (tapi kadang – kadang aku rasa dia entah – entah sengaja tinggalkan satu gambar tu supaya aku jumpa? Ah, serabutnya!). Camera dashcam jugak sem4kin banyak minit – minit yang hilang selepas suami keluar ke mana – mana.
Aku pelik dan sem4kin kerap cek memori card dashcam (suami cerita memang beliau cabut wire dashcam). Akhirnya aku jumpa perbualan telefon loudspeaker suami dengan wanita tu. Allah nak tunjuk kan. Suami aku lupa cabut wire dashcam.
Sungguh hati aku r3muk. Wanita itu suami aku cakap sudah berumur hampir menopaus. Dia mungkin terkena guna – guna, katanya lah, sebab bila dia sedar tu dia pelik kenapa senang sangat dia melayan. Dia dah block wanita tu dari semua contact dan social media beberapa hari sebelum kant0i dengan aku.
Aku dah cek, semua betul sama seperti suami cakap. Masalahnya hati aku masih tak tenang. Baru kenal sebulan, kata suami aku. Aku cek bil telefon, memang panggiIan telefon pada waktu lunch bermula sebulan lalu. Sebelum tu tak ada.
Dan tiada lagi panggiIan selepas suami block wanita tu. Suami cakap, beliau tersedar sebab wanita tu seakan mendesak ajak kahwin. Suami pelik. Rupanya dia pendatang yang kem4tian suami, tak mahu balik negara asal jadi cuba mencari pasangan orang tempatan.
“Gambar ni awak pergi berdua?” Soal aku.
“Tak, ada kawan lain,” jawabnya.
Aku dengar tapi kurang percaya. Entahlah. Susah sudah percaya pada suami. Secepat itu.
“Awak ada pegang tangan wanita tu ke masa keluar dengan dia ni?”
“Ada.. masa kawan tak nampak,”
“Astaghfirullah hal azim Allahuakbar Lailahaillallah!”
Sungguh hati aku disi4t – si4t. Jantung aku macam nak meIetup! Aku mahu nangis semahu – mahunya. Tapi air mata aku setitik tidak keluar! Suami memeIuk aku erat walaupun aku mer0nta – r0nta menepis. “Dengar sini sayang, demi Allah saya dah sedar.
Saya minta maaf, saya sayang awak. Saya memang dah block semuanya. Sebab tu saya mintak awak layan saya baik – baik. Awak selalu tolak keinginan saya. Tapi saya tahu saya tak boleh bagi alasan ni. Saya salah. Saya minta maaf,” dalam beliau cuba salahkan aku, beliau minta maaf berulang kali.
Betul, aku isteri yang sering mengabaikan suami. Aku dah la tak cantik mana. Obese dan tak pandai masak. Pastu tunaikan hak suami 2 – 3x seminggu je dengan alasan penat. Aku sedar aku yang salah dalam hal ni. Tapi.. tetap aku nak cakap.. sampainya hati beliau buat aku macam ni! Allahuakbar!
Suami hampir perfect 10 sebagai suami dan ayah. Semua tanggungjawab tak pernah abai. Akulah yang salah, terlalu selesa disayangi dan dimanja. Bila aku penat dan suami merajuk, aku pujuk tak bersungguh. Aku rasa suami akan ok.
Rupanya sy4itan sedang menjalankan kerja! Suami minta aku tak bertanya lagi hal wanita itu. Dia mahu melupakan. Dia juga tak mahu aku terus menerus terIuka kalau aku minta jawapan perkara – perkara yang telah berlaku.
Dia mahu move on. Dia mahu aku juga move on. Dia mahu kami sama – sama baiki peranan sebagai suami dan isteri. Aku cuba positive. Ujian ini tarbiah buat aku. Aku lalai pada suami, aku lalai pada Allah. Tapi sejak kant0i ni aku tak boleh tidur malam.
Aku ligat menyelongkar waze dan maps suami aku. Aku dapat agak berapa banyak kali dia keluar dengan wanita tu. Dan aku ingat semua alasan – alasan beliau keluar hujung minggu – pergi dengan kawan itu, kawan ini, pergi sana, pergi sini .
Allah.. Aku hanya mengecewakan hati aku sendiri. Bila masuk kereta, hati aku macam kena tik4m – tik4m terbayang wanita tu duduk kat tempat aku. Entah dia meraba peha suami aku? Atau lebih? Allah… Aku nak tanya,
PerIukah aku terus menyelongkar? Bolehkah aku percaya kata – kata suami yang dia tak akan curang lagi? Luaran aku seperti sudah ok, suami aku juga cuba sedaya upaya berlagak seperti biasa. Tapi dalam hati aku tak tenang seperti dulu.
Inilah baIasan untuk aku, ketenangan fikiran yang Allah bagi selama ni, Allah dah tarik! Beberapa hari ni aku rasa cukup tertekan. Berjalan seperti mahu terjelepuk ke lantai. Lemah selemah – lemahnya. Aku tak sangka aku termasuk golongan isteri yang dicurangi.
Baru 8 tahun kahwin. Baru 2 orang anak yang belum pun sekolah. Rasa macam mimpi…. sedihnya.. s4kitnya.. Allahhh… s4kit sangat korang. Aku tidak tahu mcm mana suami aku boleh meneruskan hidup. Aku nak tanya, adakah lelaki memang mudah move on selepas bertindak (putvs hubungan dengan peny0ndol, block dan kemudian kant0i dengan isteri)?
Adakah semudah itu? Bolehkah mereka hidup seperti tak ada apa yang berlaku? Aku teramat sayangkan suami. Aku berdoa semoga Allah kuatkan ik4tan kasih sayang kami sampai syurga. Aku berdoa tak ada lagi orang mengganggu rumah tangga kami.
Aku berdoa agar aku menjadi isteri yang sempurna di mata dan hati suami. Aku berdoa agar aku kuat dan mendapat kembali ketenangan hidup. Doakan aku please. – Melati (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
NurAz Wan : Saya rasa kalau memang sayangkan rumhtangga.. hentikan menyelongkar perkara yang awak sendiri tidak kuat terima sis. Tumpukan pada memberi yang terbaik pada suami dan keluarga. Dalam masa yang sama, banyakkan solat malam, mengaji dan muhasabah diri.
Jangan lupa mohon yang terbaik dariNya. Kalau bersama itu lebih baik, biarlah kekal, kalau berpisah itu lebih baik, tunjukkan jalan yang patut awak ambil. Setelah mencuba sebaik mungkin, seharusnya, tidak ada kekesalan lagi samada berjaya atau gagal. Yang penting awak redha dengan semua ketentuan.
Mazni Sukardi : Jaga hubungan dengan Allah moga Allah jaga hubungan puan dan suami. Hati suami Allah yang pegang. Andai suami puan curang lagi pasti Allah akan tunjuk lagi. Hati yang dah Iuka dan kepercayaan yang dimusn4hkan memang sukar dibaik pulih. Mohonlah pada Allah agar diberi kekuatan. Semoga puan terus kuat.
Nurul Farhanim Sazali : Saya dah stop selongkar dan takkan selongkar dah. Cukup – cukuplah buat macam kita ni tak berharga. Kalau dia nak pergi, baik macam mana pun dia tetap akan pergi. Kalau dia nak curang, cantik macam mana pun isteri akan curang.
Saya nak hidup dengan tenang dan aman damai dengan anak – anak. Walau apa pun jadi belakang saya. Saya yakin semua ade hikmah dan dengan izin Allah. Redha dan pasrah lepas saya kem4tian kedua – dua ibu bapa saya. Buat saya fikir, hidup ni terlalu singkat nak risau perkara – perkara yang meny4kitkan hati.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.