
Suami aku ni pemandu kend3raan berat. Letih memandu tak cukup tidur, aku faham tapi takkan la balik rumah jadi h4ram kalau tolong isteri hal rumah. Aku belajar tinggi sebab nak ilmu dan nak masa depan yang cerah. Aku tak sangka aku akan duduk kat perumahan PPR sebab ini je yang suami aku mampu.
#Foto sekadar hiasan. Hi semua.. Aku tertekan dengan suami yang tak tau parenting tu apa dan membesarkan anak ikut suka hati dia. Bila aku share ilmu – ilmu parenting, dia blue tick kan aku. Bila aku cakap depan – depan dengan selemah lembut seorang perempuan, dia tak puas hati sebab aku macam nak mengajar dia macam aku je betul. Ah pulak.
Anak tumpahkan air, anak menangis, anak sepah tak nak kemas mainan, memang kena m4ki dengan dia. Bila aku serabut dengar dia m4ki – m4ki, aku sekali jadi macam hilang w4ras sebab aku takut suami aku hilang sabar dan pukuI kami anak beranak.
Salah sikit mesti kena m4ki. Senang cerita tak boleh buat salah walau sikit. Dia tengah cakap tapi aku tak sengaja tak mendengar butir percakapan dia, terus kena m4ki dia cakap aku pekak. Aku rasa serabut bila dia ada kat rumah.
Bukan nak tolong aku uruskan anak, mandi makan ber4k semua aku. Dia cuma akan buat semua tu bila masa dia tak ada job dan aku pergi kerja, dia tak hantar anak ke rumah pengasuh. Suami aku ni pemandu kend3raan berat.
Letih memandu tak cukup tidur, aku faham tapi takkan la balik rumah jadi h4ram kalau tolong isteri hal rumah. Semua nak mengharap aku buat. Bila ada kat rumah sudahlah bangun lewat, tinggal makan. Anak – anak dah siap mandi makan, tiba – tiba nak moody dia ingat sarapan aku tak buat.
Duduk termenung kat meja makan mengharap aku suap dia agaknya. Bila aku pass pinggan dia terk3jut untuk apa pinggan ni. Aku cakap la makan sarapan lah, kan ada makanan bawah tudung saji tu. Aduhai nak angkat tudung saji pun nak harapkan aku ke aduhai aduhai suami.
Kalau aku m4ti sekarang macam mana lah anak – anak aku ni. Hidup m4ki orang je la sampai ke tua. Aku pun ada yang buruk per4ngai aku pun ada marah pukuI tinggi suara anak tapi sampai nak m4ki anak b0doh, cepat m4ti bagi aku sangat meIampau.
Lagi la perkataan tu keluar dari mulut ayah anak – anak aku yang baru 3 dan 5 tahun. Aku sangat tertekan dengan environment hidup aku sekarang. Aku belajar tinggi sebab nak ilmu dan nak masa depan yang cerah. Aku tak sangka aku akan duduk kat perumahan PPR sebab ini je yang suami aku mampu.
Aku ok je tapi kalau boleh memang aku nak cari income lebih sebab aku nak upgrade hidup. Kalau per4ngai dia elok, layan aku dan anak – anak sebaiknya, berlipat kali ganda aku akan baIas kebaikan dan keringat dia berusaha nak mencukupkan keperluan keluarga.
Aku kerja bidang professional, jawatan kecil sahaja begitu juga job scope. Sesuai dengan gaji dan kelulusan sedia ada. Surrounding aku kat tempat kerja kebanyakannya golongan T20. Aku nak usaha lebih untuk dapatkan income lebih tapi bila semua urusan keluarga jatuh kat bahu aku termasuk uruskan anak a to z, aku jadi serabut nak fikir mana nak cari extra income.
Aku letih kerja, kena perah otak. Walaupun bukan buruh kasar, salah ke kalau aku kata aku letih selepas seharian kerja. Balik rumah bukan boleh terus duduk rileks tengok tv makan sedap. Kena ambil anak, kena sediakan makan, prepare untuk hari esok termasuk baju – baju, prepare diri sendiri, tengok – tengok dah pukuI 10 malam.
Ya ya aku tak deny langsung orang lain lagi la teruk lagi latih berlipat kali ganda dari aku but this is my story. Aku bukan tak bersyukur ada suami, ada anak bijak, ada rumah selesa, ada duit nak makan, aku Cuma nak meluah aku penat sebab tak dibantu secara em0si dan fizikaI.
Aku dah meluah face to face, mesej Panjang jelaskan kat suami apa aku nak, kenapa aku marah – marah, berjuta kali dan sangat straight to the point. Sampai aku tak tau aku nak berterus terang macam mana lagi dah. Ayat bahasa apa aku nak jelaskan kat dia supaya bantulah aku kat rumah.
Bukan aku diam membatu tak minta tolong. Bila aku silent treatment aku kena marah sebab dia tak suka bila dia tanya aku membatu seribu Bahasa. Dia bukan jenis memujuk. Tiap kali minta tolong dia marah – marah kata macamlah susah sangat benda yang aku minta tolong dia tu.
Contohnya tukar pampers sebelum tidur, angin betul dia kalau aku mintak dia tukar pampers. Macam la aku mintak dia bayar hutang RM1 Juta kat along, antara hidup dan m4ti gitu. Macam dalam hubungan ni aku seorang yang penakut dengan suami. Sepatutnya tak boleh macam ni.
Tak boleh ada pihak yang takut dengan pihak yang lain. Suami aku ni bukan typical lelaki yang bila bini prov0ke, dia nak lower down eg0. Bukan jenis nak pujuk bila bini merajuk. Pandai – pandai la pujuk diri sendiri, langsung tak ambik hati.
Suami aku ni jenis kalau aku meIawan, dia m4kin baran. Salah cakap sikit mulalah benda – benda mengarut keluar dari mulut dia. Tapi kalau cakap dengan kawan bukan main gembira gelak – gelak. Jarang la aku nak dengar dia m4ki – m4ki kawan dia sepenuh hati.
Entahla aku serabut sangat aku rasa nak lari tapi tak boleh. Siapa nak bagi anak aku makan, aku tak berani nak tinggalkan anak – anak dengan ayah dia lagi dah sebab insecure budak – budak ni kena m4ki kalau buat salah. Ni baru 3 dengan 5 tahun.
Budak – budak ni m4kin membesar nanti lagi macam – macam pe’el. Kalau sekarang pun tak sabar macam mana sepanjang proses diorang membesar nanti. Penuh dengan caci m4kian. Anak aku 3 tahun asik cakap b4bi b4bi b4bi ibu b4bi abang b4bi sebab selalu dengar ayah dia m4ki – m4ki orang. Aku serabut. Serabut sangat.
Ajak pergi kaunseling? Jangan harap la dia nak ikut. Dia tak suka organisasi – organisasi macam ni bagi dia semua ni sampah. Dia saja yang betul. Anak nak masuk playschool pun dia tak bagi alasan takut peny4kit sebab budak – budak ramai.
Memang ada betulnya la point dia ni tapi pros lagi banyak dari cons la masukkan anak kat playschool ni bagi aku lah. 1 – 6 years ni golden age anak kot. Aduhai aku bertambah serabut. Janganlah tanya prov0ke aku kenapa aku pilih dia jadi suami at the first place. Come on la kalau aku tau aku tak kahwin la dengan dia. – Koala (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norma Nor : Dia tak hormat kaulah tu sebagai isteri. Sebab apa? Kalau dengan kawan dia boleh je gelak – gelak takde m4ki hamun, kenapa dengan kau dia tak boleh treat macam tu? Dia dah anggap kau dan anak – anak ni beban pada dia.
Nak rehat pun payah. Nak bersenang lenang pun payah. Beban la tu. Pengacau. Menyusahkan. Kau hantar article, mesej. Dia blue tick je. 10 tahun kau buat macam tu, tetaplah akan blutick. Orang macam ni kau tau apa? Dia takkan berubah selagimana dia memang tak nak berubah.
Selagi kau bertahan, sampai ke tuala dia takkan berubah dik oii.. Cuba kau bagi pushing factor skit dekat dia. Kau angkut anak – anak tinggal asing dengan dia. Bila takde kat depan mata, barulah dia akan rasa kehilangan.
Balik rumah sunyi.. takde orang layan dia macam raja. Haa.. satu lagi masalah suami kau ni, dia anggap kau ni orang gaji je. Serba serbi kau kena buat. Macam h4mba yang disuruh – suruh yang dipekik – pekik. Bila tuan rasa je nak marah, nak meng4muk, dia b4bikan kau.
Kau memang h4mba dia pun kan? Sebab tu ‘aku yang menurut perintah’. Tapi lepas tu serabut sorang – sorang luah kat sini. Selagi kau tak bertindak selamatkn diri dan anak – anak dari t0xic environment macam tu. Dari suami yang tak hormat kau.
Selagi tulah kau akan jadi h4mba pada suami, selagi tu la juga suami akan memb4bikan kau. Bukan taknak suruh sembahyang hajat doa, istikarah semua, sebab aku rasa kau pun dah puas dah buat semua tu kan? Tepuk d4da tanya hati tu.
Kau nak diri dan anak – anak hidup macam tu selamanya ke atau kau nakkan perubahan? Before that, kau record, rakam segala bagai apa yang dia dah buat, kau keluar bawak anak – anak stay tempat lain. Buat report polis kata kau keluar dari rumah, then kau failkan fasakh kat mahkhamah.
Selagi dia tak berubah. Jangan balik. Mintak dia berubah dulu. Dia kena rasa dulu kehilangan, baru dia akan hargai. Bila kau failkan fasakh, bermaksud kau tunjuk kat dia yang kau betul – betul serius. Dan dah tak tahan dah.
Kalau tak hargai jugak, maknanya kau tau apa yang perlu buat. Come on.. kau bekerja.. dikelilingi oleh orang t20.. berilmu berakal.. Fikirla apa yang terbaik buat diri dan anak – anak. Benda takkan berubah selagimana kau sendiri yang tak bertindak.
Farah Hanina : Very t0xic ni sis. Anak umur 3 tahun dah pandai cakap b4bi hasil tengok ayahnya m4ki hamun. Sis sanggup ke besarkan anak – anak dengan ayah macam tu? Tapi tulah kan, jantan macam ni sentiasa kat mulut m4ki hamun, panas baran, berkira buat kerja, pemalas. Tapi time buat anak tu elok pulak jadi lemah lembut kot ye?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.