Tidur pukuI 2-3 pagi sebab tengok phone. Bangun tengahari pukuI 11, lepas bangun, memerap dalam bilik sambil dengar lagu. Nanti pukuI 1 ke 2, dia sambung balik tidur, kemudian bangun dengar lagu. Lepas 2 ke 3 jam, dia tidur balik. Mak saya dah uzur sangat tapi mak gagahkan jugak nak buat macam – macam untuk si pemalas tu.
#Foto sekadar hiasan. Hai admin dan pembaca sekalian. Ini kali pertama saya post dekat sini, harap pembaca dapat beri pendapat atau kata – kata semangat. ni bukan masalah laki bini ye. Ini masalah menghadapi orang pemalas ya amat.
Saya ada sorang adik perempuan berumur 20-an. Dia penganggur, alasan tak nak cari kerja, tak ada kend3raan nak pergi kerja. Padahal saya dengan adik beradik lain dulu masa baru – baru nak start kerja semua berdikari sendiri.
Elok je turun naik bas pergi balik kerja. Oh ya, lupa, dia anak bongsu. Jadi mak ayah memang ikut je cakap dia. Dah la tak kerja, satu hal. Duduk rumah ni punya la pemalas dah macam bukan manusia dah. Tidur pukuI 2 – 3 pagi sebab tengok phone.
Bangun tengahari pukuI 11, lepas bangun, dok je memerap dalam bilik sambil dengar lagu. Nanti pukuI 1 ke 2, dia sambung balik tidur, kemudian bangun dengar lagu. Lepas 2 ke 3 jam, dia tidur balik. Hal dalam rumah ni satu benda pun dia tak buat.
Pinggan mangkuk dekat dapur tu berulat la kalau kita tak basuh. Nanti tengahari dia lapar, dia keluar bilik cari apa boleh makan. Kadang – kadang kita ni jenoh berp3rang dengan baby tapi tetap jugak kejar – kejar memasak.
Eh, pandai pulak lepas orang masak, dia ambik pinggan senduk makanan. Makan sorang – sorang. Nak tolong hidangkan makanan untuk orang lain pun dia buat tak nampak. Lepas makan, terus main phone. Lantak la orang kecoh – kecoh senduk nasi untuk family.
Dia memang tak peduli. Nak cakap pasal baju dia, dia suka pakai baju orang tua saya. Dia bagi alasan selesa tapi sebenarnya dia malas masa basuh dan lipat banyak baju dia, nanti tak de orang nk tolong sidai dan lipatkan.
Kalau baju orang tua mesti la kita tolong kan, kalau baju si pemalas tu, memang masam dan kering sendiri la dalam baldi. Itu pun mak tolong basuhkan, masukkan sekali dalam mesin masa basuh baju mak ayah. Ya Allah m4kin hari, m4kin menyampah tengok per4ngai dia.
Yang s4kit hati sangat tu, mak memang buat tak nampak je per4ngai pemalas anak bongsu dia. Untuk pengetahuan admin, mak ayah saya tak sihat, uzur sangat masing – masing. Kadang – kadang mak ni gagahkan jugak nak buat macam – macam untuk si pemalas tu.
Siap suruh mak bancuhkan air untuk dia, kita dengar pun geram je. Dah la perempuan, anak d4ra tapi mak pulak yang disuruh bancuh. Bila kita marah, mak pulak marahkan kita, kalau ikutkan geram, nak je saya hempas handphone dia.
Biar dia berdunia dengan orang lain sikit tapi nanti confirm kalau hp dia rosak, dia akan minta pada mak ayah untuk belikan lain. Saya pasti mak akan belikan jugak walau macam mana susah pun. Duduk rumah ni 1 sen pun dia tak payah keluar kos, semua ada orang yang tanggung.
Dari makan. minum api, air, tempat tinggal semua di tanggu hatta duit belanja nak topup atau beli apa – apa pun minta pada ayah. Alasannya dia tak kahwin, jadi dia masih tanggungan. Untuk pengetahuan semua, eg0 dia tinggi melangit, tu sebab tak boleh kerja.
Hari pertama dia kerja, bos tak pandang dia pun dia tak suka. Jadi esok dia tak datang dah dengan alasan bos tu tak ok. Dia tak boleh kerja kalau orang tak friendly. Merepek kan. Dia ingat dia share partner kedai tu dan tauke kedai nak friendly bagai.
Oh ya, mana yang nak bagi idea suruh dia kahwin tu, lupakan la. Sebab saya lagi tak sabar tanggung dia kahwin. Tapi maIangnya dengan sikap eg0 tinggi melangit tu, lelaki memang tak tahan lama dengan dia.
Sampai satu masa dia ada terfikir nak jadi perempuan simpanan je sebab dia nak orang tggung kewangan dia, tapi tak nak ada tanggungjawab isteri. eemmm. Kalau ada sesiapa yang cerdik pandai untuk atasi orang macam ni tolong la kongsi pendapat.. Terima kasih.
Komen Warganet :
Iezaa Zain : Actually sis masih kat situ. Cuba pindah. Baru mak ayah rasa terbeban takde sape nak masak, nak basuh – basuh, nak buat kerja rumah. Masa ni baru ada akal mak ayah nak suruh adik tu menolong. Mula – mula memang diorang akan buat sendiri tapi tak lama tu, adik akan kena suruh. Mungkin jugak mak ayah akan mengadu penat, mintak sis duk semula jangan diorang, pekakkan telinga, kuatkan hati.
Siti R’fah Samsudin : Dulu adik bongsu aku tak nak masak nasi. Aku ketuk kepala adik aku dengan periuk nasi. Sejak daripada tu dia pandai buat kerja rumah. Masa kecik dia taknak pergi sekolah dek kerana ada budak lelaki tu selalu kacau dia sebab suka tengok dia pakai cermin mata.
Aku balun adik aku tu dengan h4nger. Masa tu dia darjah 1. Aku peduli apa dia anak bongsu ke apa. Mak abah aku memang asyik bekap dia. Tapi style aku. Bila mak bapa aku bekap je. Aku start tarbiah balik mak bapak aku.
Sampai sekarang. Adik aku ingat apa aku buat pada dia. Dan kalau nak tau dia siap ucap terima kasih pada aku sebab jaga dan didik dia dengan keras. Kalau tak satu apa kerja pun dia tak tau nak buat. Jadi.. Apa kata ko ketuk je kepala adik ko dengan kuali. Biar dia tau rasa. Hempuk je dengan baldi kalau dah malas sangat nak basuh baju. Geram lak aku baca cerita kau ni.
Nur Afif Arsad : Selagi ada yang menghulur, selagi tu dia rasa selesa. 90% boleh dik4takan salah orang tua. Maaf cakap.. adik bongsu saya walaupun kami abang – abang bagi duit belanja (kadang – kadang) haha, bila ayah suruh pergi cari kerja, dia kerja jugak.
Walaupun kerja KFC, kilang kerepek. Ayah tak suka anak – anak jadi pemalas. Alhamdulillah berkat dia nampak kami abang – abang kerja susah, tanggung anak isteri, bagi duit belanja pada orang tua, dia timbul rasa tanggungjawab nak buat yang sama.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.