Saat anak lelaki buang ibu aku yang kutip jaga ibu. Bila abg dtg semula, mak halau aku macam kaasta paling h1na

Ibu tak sangka anak lelaki yang disanjung bagai raja buang ibu selepas habis dikikis duit yang ada. Aku guna duit gaji 5k setiap bulan nak bayar segala hutang ibu hasil sayangkan anak lelaki. Bila anak kesayangan ibu datang semula, aku yang kena halau dari rumah..

#Foto sekadar hiasan. Confession ini aku tujukan untuk diri aku sendiri sebagai peringatan dimasa hadapan dan buat anak – anak perempuan yang alami nasib seperti aku. Sejak kecil, ibu sering kali mengh1na diri aku kerana aku “seorang anak perempuan”.

Ibu melabelkan anak perempuan sebagai tak guna, dan anak perempuan menyusahkan. Jadi boleh bayangkan sendiri macamana layanan ibu kepada anak perempuan dan bagaimana anak lelaki diagungkan sebagai raja. Aku malas untuk singkap segala kenangan lepas kerana ia cukup meny4kitkan.

Setiap hari aku dim4ki, dih1na, dicaci dan dibuIi. Perkara ini beterusan hinggalah saat aku dewasa dan ibu bagai terkena sump4han sendiri. Macam kisah – kisah “confession” lain di sini. Akhirnya ibu cuma berg4ntung kepada anak perempuan kerana anak lelakinya tak memperdulikanya langsung.

Sesen pon anak lelakinya tidak beri duit pada ibu, jenguk apa tah lagi, setiap hari air mata bercucuran bila kenang anak lelaki yang dirajakan selama ini membuang jauh dirinya bila itu lah anak yang dipujakan saban hari.

Akhirnya anak lelaki tu lah jadi tak guna dan menyusahkan. Aku pula, tidak berkahwin kerana menjaga ibu, gaji setiap bulan 4/5 diperuntukkan untuk ibu, lebih RM 5000 setiap bulan, tiada rumah, tiada kereta, tiada simpanan walau sesen.

Sebulan aku hanya menggunakan lebih kurang RM 1000 lebih untuk duit pergi kerja dan kegunaan personal dan selebihnya beri semua pada ibu untuk bayar bill, duit makan, dan bayar hutang – hutang ibu. Perkara ni beterusan selama bertahun – tahun.

Ibu mempunyai hutang yang sangat – sangat banyak. Ibu giIa berhutang dan ibu juga sangat – sangat t0ksik. Jadi anak lelaki ibu melepaskan diri dengan buang ibu sendiri. Anak lelaki juga bukan lah penyelamat. Saat ibu ada duit, dialah anak kesayangan, bila dah habis kikis duit ibu sendiri, terus buang ibu sendiri.

Dipendekkan cerita tahun ini, setelah bertahun – tahun anak lelaki ani4ya ibu. Anak lelaki kesayangan baru sedar betapa susahnya hidup di luar sana. Merangkak kembali mencari ibu yang dibuang, dan kini ibu mahu aku keluar dari rumah, supaya anak lelakinya tak susah hidup di luar sana.

Jadi aku pon dah buat keputvsan untuk keluar dari rumah ini. Dengan gaji aku, aku boleh beli rumah dan hidup sendiri sebab aku anak perempuan tetap akan jadi kaasta paling h1na. Aku nekad untuk tulis confession ini untuk peringatan pada diri aku dan bila membaca 2 confession serupa sebelum ni.

Jalan cerita yang lebih kurang sama. Anak perempuan yang paling dibenci, bila besar kau lah tempat berg4ntung, tapi macamana pon kau tetap kaasta kedua. Bagaimana kau berk0rban pon semua tu tetap akan jadi salah kau sebab kau perempuan tak guna.

Ibu salahkan aku sebab aku andartu, sebab aku tak ada rumah, tak ada kereta, tak ada simpanan, tak ada apa. Sedangkan selama ni walau kau berk0rban sebagai anak, kau masih manusia paling h1na sebab kau perempuan.

Lupakan je ibu bapa t0ksik macam tu. Sekarang, aku nak hidup sendiri, keluar dari rumah, pandai – pandailah dia nak hidup. Aku cuma akan bagi duit cukup – cukup untuk makan. Tak perlu lagi merengek nak macam – macam.

Anak lelaki yang dipuja – puja tu kan ada? Aku cuma kenangkan tanggungjawab aku sebagai anak. Namun ternyata aku silap. Kau anak perempuan patut jadi pentingkan diri sebab ibu bapa kita dah ada mindset dari kita kecil lagi yang anak perempuan akan kahwin dan tinggalkan mereka. Itu memang expectation mereka.

Jadi kalau kau pentingkan pon, mereka dah expect dan tak kisah pon. Bukanlah aku nak kau buang ibu bapa kau. Tapi tolonglah jadi selfish, buang masa bagi lebih RM 5000 sebulan sampai bila – bila pon kau masih second class, kau biarkan je anak – anak lelaki tu tengokkan ibu bapa kau, dia kan ada anak lelaki dia, walau pon anak laki tahap tak berguna dan sendiri buang dia.

Untuk sesiapa yang hairan kenapa aku beri ibu sebanyak tu, aku memang orang KL, ibu dah biasa bergaji besar, namun kerja di swasta tiada pencen, cuma ada KWSP, pencen yang ibu terima besar jumlahnya namun habis dikikis anak lelaki sendiri, dah habis duit ibu, anak lelaki tu juga yang buang dia.

Dan ibu juga suka berhutang, dan kini aku yang menanggung hutang ibu, walau ibu dah tiada kerja, ibu masih kerap membuat hutang, dan mengharap aku yang membayarnya. Walau aku beri ibu duit sangat banyak setiap bulan, ibu masih merungut sebab bagi dia tak cukup.

Masalah ibu satu je, setiap hari merungut, semua benda tak kena, kurang bersyukur. Kadang – kadang aku pelik, pernah ke dia muhasabah diri sendiri, patut dia bersyukur ada lagi masih yang peduli walau dia layan aku macam sampah selama ni.

Ibu tak bersyukur walau aku ada kerja yang baik, gaji yang baik namun dia masih merungut tak tentu hala. Aku nekad nak bina hidup baru, hidup aku sendiri, beli rumah sendiri, beli kereta sendiri, dan berkahwin walau aku andartu.

Kesilapan aku sebab aku tak pentingkan diri, sedangkan anak lelaki dia tak kisah pon keadaan ibu dan sanggup ani4ya ibu sendiri. Aku perIukan nasihat dari rakan – rakan apa yang patut aku lakukan seterusnya. Tak perlu komen berkaitan ibu dan anak lelakinya.

Ini jalan yang ibu pilih, ini jalan yang anak lelakinya pilih, jika itu yang dapat membahagiakan mereka, biarkan mereka. Aku cuma harap ibu bahagia kerana sekiranya anak lelakinya mengani4ya nya lagi, aku dah malas nak masuk campur.

Anak lelakinya dah besar, ibu pon dah tua, biarkan mereka. Mungkin jalan ni lebih membahagiakan ibu. Cuma aku nak beritahu anak – anak perempuan yang alami nasib yang sama, percayalah kita ni cuma tempat bila mereka perIukan kita, tapi akhirnya kita masih second class, masih anak paling h1na.

Tapi percaya lah, kau dan aku tak perlu hidup untuk dapat kan recognition dari ibu bapa t0ksik, dari ibu bapa yang akan tetap puja anak – anak lelaki, walau anak lelaki mereka sendiri sanggup mengani4ya ibu bapa sendiri, mereka anak lelaki tetap masih anak terpuji.

Dan kau anak perempuan tetap anak perempuan paling h1na di mata mereka. Kau buat apa pon semua benda masih tak kena di mata mereka. Sekian.. – Rose (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rod Rahman : Cari bilik sewa dan keluar dari rumah tu. Beri mak 500 – 700 jer untuk dia belanja makan. Pandai – pandai lah dia untuk makan dan bil – bil banyak tu. Duit lebih simpan. Mula review kediaman mampu milik.

Cari yang kurang membebankan sebab dah berusia. Insuran rumah agak tinggi. Kalau beli guna loan bank. Ambil insuran untuk cover kem4tian + insuran kebakaran yang wajib tu. Tapi pastikan rumah tu selesa dan di kawasan yang selamat untuk tinggal sendirian (adik saya yang dok pj dan dah berusia, saya suruh beli apartment yang siap ada pengawal dan yang boleh masuk bila ada access card je, biar susah skit janji selamat).

Beli kereta tak perlu yang besar dan mahal sangat. Janji selesa naik seorang. Sambil tu simpan juga duit untuk travel, umrah dan haji. Hidup ini perlu dinikm4ti. Bukan hanya berk0rban untuk puaskan hati orang sahaja.

Nur Hidayah Abu Bakar : Make sure mak dan adik beradik tak ada details peribadi awak seperti no telefon, alamat rumah etc.. Saya bukan nak bersangka buruk tetapi sebagai langkah keselamatan takut mereka menggunakan nama awak sebagai penjamin jika berhutang lagi terutama dengan jerung – jerung jika terdesak. Pernah berlaku pada saya.

Azza Aziz : Pertama sekali, cari rumah sewa dulu. Pastu pelan – pelan pindah barang. Rasa da tinggal sikit barang. Angkat barang depan dia, salam. Pastu keluar. Btw jangan bagitau tinggal mana. Nanti time susah kang dia ketuk umah plak.

Apa – apa melalui phone je. Pasni bank in untuk keperluan rumah. Hutang tu pandai – pandai la anak laki langsaikan. Alang – alang kwsp mak ko pun dia sebat. Ni kita pulangkan balik. Lepas tu amik cuti seminggu. Ko pergi bercuti. U need fresh air. Bercuti tu takyah citer dengan mak ko.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.