Terp4ksa ponteng sekolah nak jaga mak, sekali cikgu h1na aku depan kelas. Mak bapak aku kena panggil

Petang tu mak bersihkan laman rumah, dia jumpa bekas plastik macam tertanam kat dalam tanah, lalu mak buang sebab ingatkan sampah. Malam tu mak tak boleh tidur, s4kit satu badan. Esoknya pergi hospitaI, kat badan mak ada bisul besar penuh nanah padahal semalam tak ada apa – apa pun..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada masyarakat alam maya. Untuk admin, terima kasih menyiarkan nukilan luahan ini. Nak buat tajuk je 10 minit aku fikir. Semenjak aku suka baca komen – komen dari pembaca, ramai pengomen yang suka cakap, “kau cakap kat sini buat apa? bukannya dia tahu. Pergi lah cakap dengan dia.”

Wahai pengomen, ini namanya tempat luahan, sebab tu dia meluahkan kat sini. Kalau dia ada kekuatan nak cakap dengan orang yang buat onar dengan dia, dia akan cakap. Kena ingat, tak semua orang mampu luahkan apa yang terpendam dalam hati.

Okay kembali kepada cerita aku, maaf muqadimah lari tajuk pulak. Ini pulak luahan aku. mungkin agak panjang tapi kepada siapa yang gigih membaca sampai habis, terima kasih daun keladi. Aku mulakan pengenalan dengan siapa mak aku.

Mak aku sudah berkhidmat selama 25 tahun sebagai seorang guru. Sekarang dah pencen, dia ambil pencen awal. Dia mula bertugas sejak tahun 1988 sebagai guru fizik dan subjek – subjek yang seangkatan dengannya.

Sampailah waktu mak aku dah pegang jawatan Guru Penolong Kanan. Setiap guru ada tangga gred dan untuk menaiki pangkat gred tu, guru akan mengambil periksa. Menjadi seorang guru bukan mudah ya anak – anak, walaupun ada sebilangan guru yang dik4takan suka merendah – rendahkan pelajar, ada yang memandang enteng kepada pelajar.

Bahkan ada yang menjelek dan memaIukan pelajar depan golongan lain. Cuma dua je pendapat aku tentang guru yang macam tu. 1. cikgu tu per4ngai dia memang takde adab atau 2. cikgu tu str3ss sebab tu pemikiran dia macam tak w4ras sikit atau pun dia terIampau geram.

Str3ss kena handle budak – budak yang pelbagai per4ngai, ada yang dating bawah pokok toge lah, ponteng sekolah, yang degil, yang suka Iawan cakap, panjat tangki air. Yang mengandung senyap – senyap, yang mengada – ngada, kaki ampu.

Itu baru sekolah harian biasa, yang berasrama? Yang senyap – senyap keluar sekolah, buIi, g4duh, tanggungjawab negara lagi kena didik budak – budak macam ni, harapan ibu bapa lagi terutama ibu bapa yang macam tak ada otak bila semua menyalahkan pihak sekolah, cubit sikit tak boleh, sentuh sikit tak boleh, duduk atas tar pun jadi isu.

Itu belum tiba – tiba kes keluarga pelajar tu sendiri ada masalah ke apa, keluarga porak peranda sampai pelajar tu sendiri lari ke pihak sekolah mintak perlindungan. Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Apa yang aku cakap ni cuma kes basic je.

Campur kes guru dengan guru lagi. Ye dak, wahai guru? Sebagai anak seorang guru, aku nampak betapa tak ada life nya mak aku. Kalau ada pun, tak lama. Masa bercuti pun sibuk fikir hal sekolah, sibuk fikir terutama pelajar yang ada masalah keluarga.

Dah makan ke belum budak tu hari ni? Jangan lari rumah lagi. Bila pergi bercuti, usung kertas peperiksaan dengan buku untuk ditanda. Laptop pun dibawa sebab banyak benda kena buat. Mak aku pulak kalau cuti penggal persekolahan, boleh kira berapa hari dia cuti sebab orang cuti, dia kat pejabat sekolah dengan cikgu – cikgu lain buat kerja.

Rumah sendiri kadang – kadang sampai tak terkemas, mengharapkan anak – anak buat. 7 tahun yang lalu. Kehidupan kami normal sehingga saat ini. Seingat aku, pagi tu aku teman mak hantar abah pergi kerja sebelum subuh sebab semalamnya kami ambil abah balik untuk hal lain.

Jadi kend3raan abah tinggal di tempat kerja dia. Balik  dari tempat kerja abah, aku dengan mak kemaIangan. Mak Ianggar devider tapi kami takde apa – apa pun, tayar je tercabut. Petang tu mak bersihkan laman rumah, dia jumpa bekas plastik macam tertanam kat dalam tanah, lalu mak buang sebab ingatkan sampah.

Malam tu mak tak boleh tidur, s4kit satu badan. Esoknya pergi hospitaI, kat badan mak ada bisul besar penuh nanah padahal semalam tak ada apa – apa pun. Terus waktu tu jugak kena buat operation buang bisul. Bisul bukan yang biasa – biasa, bisul besar satu tapak tangan.

Sejak itu, perjalanan hidup aku berubah. Mak dah tak nak bawak kereta, tr4uma lepas eks1den. Jadi , abah lah yang akan hantar dan ambik mak hari – hari. 6 tahun yang lalu. Gempar satu negeri, seorang pengetua buat hal, habis semua pengetua dan guru – guru penolong kanan dirombak.

Lalu, sekolah baru mak agak jauh dari rumah aku. Siapa lagi yang hantar dan ambil kalau bukan bapak aku. Dah puas kami pujuk suruh bawak kereta sendiri tapi mungkin confident level mak dah pupus, jadi dia tetap tak nak bawak kereta.

Sampai pertengahan tahun, guru – guru berpangkat tinggi ni sekali lagi dirombak. Mak  dapat lagi pindah sekolah lain, masuk sekolah tu tak sampai 3 bulan, macam – macam jadi. Mak pengsan, munt4h, mata tak nampak.

Abahlah bergegas sana – sana sini uruskan mak. Aku masih bersekolah tingkatan 5. Ini adalah kali terakhir aku rasa masakan mak. Sejak mak s4kit, aku dengan kakak yang uruskan hal rumah sepenuhnya. Mak keluar masuk hospitaI tak berhenti.

Kerja tanda buku, aku dengan kakak aku yang buatkan. Key in data murid sebab tahun ni dah start sistem merepek yang key in setiap data murid satu persatu. Dah lah tu, server lembab mengalahkan sloth yang dalam zootopia tu.

Semua kerja yang guna internet hanya boleh diakses lebih kurang 3 pagi ke atas. Mak aku sangat tak larat, asyik mc memanjang. Sambil aku dengan kakak aku buat kerja tak bertauliah ni, mak baring kat sebeIah. Terangkan satu – satu.

Mak aku ni kuat mengadu, jadi bila rasa s4kit sikit, pening ke apa dia akan mengadu. Bukan mengadu biasa – biasa tapi mengadu macam budak kecik yang baru lepas jatuh. Faham maksud aku kat sini? Mengadu secara merengek.

Aku jadi tak sampai hati aku nengok mak aku macam ni sebab gaya dia merengek tu nampak tak selesa sangat. Jadi semua benda kami tolong, nak bergerak pun kena papah, nak angkat tangan pakaikan baju pun merengek sebab lenguh tangan tu.

Solat sampai kena baring sebab tak larat nak duduk. S4kit apa? Tak tahu. Setiap kali keluar masuk hospitaI, s4kitnya berlainan. Urea tinggi lah, keratin tinggi lah, tiba – tiba d4rah tak stabil, banyak lagi. 5 tahun yang lalu.

Mak m4kin teruk, sikit – sikit mc. Sekejap hospitaI sini, sekejap hospitaI sana. Itu belum hospitaI kat negeri lain. Sekejap swasta, sekejap kerajaan. Mata mak m4kin tak nampak ingatkan katarak, tapi bukan. Sampai kami pergi beberapa kIinik pakar mata di ibu negara, barulah jumpa kenapa.

Sel – sel dalam mata mak pecah di kedua – dua mata. D4rah tu dah beku dan tersebar dalam mata, memang tak dapat diselamatkan kecuali jika ada keajaiban daripada Allah. Doktor hanya membantu setakat yang termampu.

Semua benda kami kena buatkan, mak meraba – raba. Itu belum masa dia pening ke badan dia s4kit – s4kit nanti dia merengek je. Anak mana yang sampai hati. Dalam pada tu, doktor terp4ksa keluarkan kanta dua – dua mata mak sebab mata mak dah rosak teruk.

Masa ni luluh je hati tengok mak nak capai selimut depan mata pun meraba – raba. Dulu  mak rajin mengaji, sekarang kami anak beranak yang ajar mak mengaji. Satu persatu sebut, kalau mak tak dapat tangkap nanti dia cakap, “alaa mak tak dapat… ulang lah balik.”

Belum habis bab mata, buah pinggang pulak. Datang ke sekolah pun 2 – 3 hari je seminggu, yang lain mc. Masa ni mak memang macam baby betul. Abah pergi kerja, aku dengan kakak yang jaga. Aku masuk tingkatan 6, tu pun selalu ponteng.

Tapi biasalah, aku sebagai manusia memang tak suka nak cerita masalah aku kat orang. Jadi cikgu – cikgu sekolah aku tak tahu masalah aku sampai lah aku dicop sebagai budak yang dah teruk tapi aku buat rilek je. Kitorang suruh mak pakai pampers tapi mak tak nak sebab mak tak dapat rasa bila nak membuang.

Dah orang tu dah tak nak, takkan nak p4ksa – p4ksa. Bila dia dah terbuang tu, memang berjurai kat lantai, kadang – kadang kat kerusi. Nanti dia merengek cakap, “mak terber4k”. Kami ni dengan hati runtun penuh kesian yang cuci semua tu.

Bukan setakat ber4k dan k3ncing, munt4h pun sama, habis berterabur munt4hnya lagi – lagi kalau lepas makan bila semua keluar. Mak memang betul – betul macam baby, nanti dia cakap “mak munt4h”. Untuk kalian yang tak pernah rasa jaga orang tua, jujur aku akui memang penat jaga orang s4kit ni lagi – lagi orang tua.

Banyak sangat karenahnya. Bila kita tolong buatkan, ini tak kena, itu tak kena sebab tak kena dengan apa yang dia nak padahal kita dah cuba semampu yang boleh. 4 tahun yang lalu. Mak dah kena diaIysis, ujian nak cuci d4rah ni pun tinggi.

Mula – mula kena cuci mak kena tebuk kat leher sementara nak buat tapak diaIysis kat tangan, mak sampai terber4k kat tempat cuci tu. Masuk kat wad, ber4k lagi tak sempat tahan. Pes4kit anak beranak kat sebeIah sampai “wekkk – wekk” sebab dapat sebilik dua katil, fully air-cond pulak.

Lepas beberapa kali kena cuci d4rah, baru nampak mak segar sikit. Dari cengkung jadi tembam balik. Tapi dugaan tak habis, 8 kali buat tapak kat tangan, semua tak jadi. Doktor cakap urat mak kecik. Mak ambil pencen awal sebab dah tak larat sangat, dengan mata tak nampak, kudrat kat dua – dua tangan pun dah tak ada, semua benda orang kena buatkan.

Masa ni aku memang bermaharajaIela ponteng sekolah memanjang sampai aku di cop sebagai budak rebel. Sampai mak bapak aku kena panggil ke sekolah, barulah semua orang tahu cerita sebenar. Tapi lain pulak ceritanya bila ada seorang guru cakap, “tak kesian kat mak ke? Mak awak dah s4kit macam tu tapi buat per4ngai. Anak apa awak ni saya tak tahu lah.”

Ya, aku ingat cikgu tu. Sampai sekarang sebab dia tak berada di tempat aku. Gaya hidup dia memang macam orang ada – ada, mungkin dia tak pernah rasa. Dia bertudung labuh, isteri kepada seorang ustaz. Dia juga pernah cakap, “hidup kita ni perlu berbakti kepada orang tua tapi dalam kelas kita ni ada seorang budak perempuan yang saya tak tahulah per4ngainya jenis tak kesian dekat mak dia, tak fikir masa depan sendiri. Sepanjang saya mengajar kat sekolah ni, ini pertama kali saya jumpa budak yang macam ni. Perempuan pulak tu.”

Berjurai air mata aku depan dia bila dia cakap dalam kelas depan semua budak macam tu. Kawan aku bangsa india kat sebeIah suruh aku abaikan apa yang dia cakap sampai kawan aku berkata, “she wears tudung but talk like sh1t.”

Cuti bapak dan kakak aku dah habis, jadi aku juga tolong diorang berk0rban untuk jaga mak aku. Aku lagi rela tak dapat sijil sekolah mahupun STPM tu daripada tengok mak aku tahan s4kit sorang – sorang. 3 tahun yang lalu, selepas result STPM keluar, mak aku pun macam m4kin okay dan aku start buat kerja part time.

Tapi lepas tu, satu lagi dugaan datang, tapak diaIysis mak semua rosak sebab urat mak kecik. Akhirnya, jumpa seorang pakar kat KL, dia masukkan salur tube getah kat tangan mak untuk gantikan urat (graft). Benda tu timbul bawah kulit tangan mak.

Aku sendiri nengok pun ng3ri tapi mak bertahan. Bertahan dan redha dengan semua ujian ni, mak tak pernah mengalah. Cubalah banyak kali walaupun tak menjadi, dia tetap akan cuba cari jalan lain. Keputvsan UPU keluar, aku dapat UITM.

Hati ni berat sangat nak pergi. Jadi aku tolak. Bila orang tanya, aku cuma jawab malas nak belajar. Sedangkan dalam hati aku jawabnya lain, mungkin aku jenis yang tak suka bercerita masalah. Lepas beberapa bulan, dapat pula panggiIan dari UIAM, juga aku menolak dengan alasan yang sama.

Aku takut, takut jika aku sedang asyik menelaah ilmu, aku tak sempat berjumpa dengan mak aku kalau ada sesuatu yang berlaku kat dia. Keluarga aku dah tak mampu nak cakap dan pujuk aku. Abah dah pencen, jadi abah ada dengan mak sepanjang masa.

Bila aku dah ada masa free pulak, abah pulak uruskan hal dia. Abah buat bisnes sampingan tambah pendapatan keluarga. 2 Tahun yang lalu, aku buat kerja part time, tapi aku dah bincang dengan boss aku keadaan keluarga aku macam mana.

Sebulan kena ulang-alik KL sebanyak 3 kali. Boss aku faham dan dia beri kelonggaran. Walaupun gaji kecil, aku bersyukur sangat Allah bagi aku majikan yang memahami macam tu. Itu belum lagi kalau tiba – tiba mak aku kec3masan, d4rah terpancut satu rumah, pengsan lah, s4kit pening dia tapi boss aku tak pernah kisah.

Bila aku ada kat rumah, abah pulak buat aktiviti dia. Kami bergilir – gilir jaga mak. Kakak dah duduk jauh tak duduk dengan kami lagi. Kini.. Graft dekat tangan mak rosak, mungkin dah terlalu lama, terp4ksa buat graft baru di bahagian tangan lain.

Kesian sangat dekat mak. Dia selalu merengek s4kit, mak tak suka skinship. Dia bukan jenis suka kena urut ke apa. Lagi satu nak bagi tahu, orang diaIysis ni sistem pengeluaran air dia tak normal macam kita, jadi diorang ni mudah tersedak.

Bukan saja – saja aku tak bagi mak aku air kalau mak aku tersedak, sebab mak aku tak boleh minum air banyak. Bila dihulur pun mak aku takkan ambil. Rezeki Allah bagi, kita tak boleh nak duga. Macam jatuh dari langit tiba – tiba orang cari aku sebab nak cari pekerja kat office.

Aku cakap aku cuma ada STPM tapi dia tak kisah pun dan dia memahami dengan keadaan mak aku. Alhamdulillah, walaupun pendidikan aku tak tinggi, aku masuk kerja terus dapat jawatan tinggi yang tak setaraf dengan kelulusan aku dengan gaji yang lumayan.

Pejabat pun dekat dengan rumah dan hari ini, graft baru mak aku lagi sekali rosak sebab urat mak aku tak mampu nak tampung dan terlalu kecil. Mak baru tebuk kat leher sebagai tapak sementara dan masa nak operation untuk jahit semula, doktor tak bius mak sebab badan mak tak boleh tahan kesan ubat bius.

Aku tak mampu bayangkan macam mana mak tahan s4kit masa kena jahit tu. Lepas operation, mak asyik cakap s4kit dan tak larat. Akhirnya mak dah tak jumpa inisiatif lain, jadi jalan terakhir yang kami akan ambil ialah tebuk kat perut.

Tarikhnya adalah minggu depan. Kepada kalian yang membaca, doakan aku semoga kami kuat terutama mak aku. Aku minta maaf jika coretan aku menyinggung mana – mana pihak terutamanya warga pendidik andai terkasar Bahasa.

Sesungguhnya kerja kerasmu menjadikan ramai manusia pada hari ini. Bertahan dan bertabahlah membentuk generasi kita. Untuk masyarakat pembaca, jagalah kesihatan kita. cuba lah untuk tidak s4kit. Ingat orang tersayang. – anak mak

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.