Aku terp4ksa ulang alik pergi KK dan hospitaI dan suami pun terp4ksa ambil cuti banyak kali. Sebab tu lah dia diberhentikan kerja. Apa yang lagi sedih balance gaji pun boss dia tak bagi. Masa nak kebvmi arw4h anak, suami hanya ada 50, kos kebvmi 300..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Sejak dua menjak ni hati aku tak tenang, aku tak tahu kenapa. Mungkin pembawakan baby buat em0si aku tak stabil. Mengikut tajuk yang tertera, aku nak share kisah ‘keajaiban’ yang pernah aku buat.
Sebelum tu aku nak pesan awal – awal, kisah aku ni bukan nak menunjuk atau apa pun ye. Hanyalah ingin bercerita. Aku tidak berkerja, hanyalah suri rumah. Suami aku kerja biasa – biasa saje tapi Alhamdulillah rezeki buat kami sentiasa cukup.
Kalau hujung bulan tu sesak, normal la kan, semua orang merasakan. Aku pernah mengandung anak pertama namun baby aku tak dapat diselamatkan. Ulang alik kk dan hospitaI buatkan suami dibuang kerja kerana asyik cuti.
Suami aku selalu kata, “inshaAllah Allah permudahkan urusan kita, saya cuti bukan saje – saje, saya nak awak dan baby selamat. Saya akan cari kerja lain nanti.” Tapi masalahnya tak dapat – dapat. Tak lama tu aku lahirkan anak syurga.
Suami sangat lah zero masa tu sebab bos pun tak nak bagi gaji balance. Urusan pengebvmian memerIukan duit 300. Namun 50 pun suami aku takde. Ayah aku yang bayarkan semuanya. Sebagai lelaki mesti ada rasa malu dan serba salah.
Ya, itu yang suami aku rasa. Dia rasa seolah dia suami yang tak berguna kerana tak mampu nak bayar duit urusan pengebvmian tu, anak sendiri. Aku selalu pesan pada suami, “Allah tengah uji kita. Jangan lupa baca bismillahillazi sebanyak yang boleh. Moga ada rezeki untuk kita nanti.”
Dalam pantang, aku duduk di rumah mak, suami balik ke rumah kami. Ke sana ke sini dia mencarik pekerjaan tapi masih belum dapat. Aku doa pada Allah, zikir perluaskan rezeki, hari – hari aku bukak surah waqiah, yelah nak solat dan mengaji tak boleh waktu tu.
Dengan harapan suami aku dapat pekerjaan tak kira la kerja apa pun. Keesokan harinya, kakak aku call dan bagitahu yang dia transfer 200. Terk3jut aku. Dia kata saje je nak bagi. Ada duit lebih sikit katanya, menangis aku.
Asbab zikir tu Allah hadirkan kakak aku untuk bantu aku serba sedikit. Dengan duit tu aku beri pada suami untuk carik kerja lebih jauh sikit dari yang biasa dia carik. Belum sempat suami pergi jauh, suami dapat panggiIan dari kawan lamanya.
Dia kata bos lama tempat kerja suami nak jumpa sebab lama tak jumpa hampir 8 tahun. Suami pun ke sana dan Alhamdulillah, suami ditawarkan kerja. Hasil gaji tu suami pulangkan duit pengebvmian pada ayah dan dia pulangkan balik duit 200 tu namun kakak aku seboleh – boleh menolak.
Habis pantang, aku kembali ke rumah aku. Aku niat nak buat makan – makan dan sedekah pada kawan tempat kerja suami. Aku bersyukur sebab Allah bagi suami kerja. Tiap minggu aku buat makan petang hantar ke studio suami.
Karipap, roti sardin, popia carbonara, popia sayur. Disebabkan ramai orang cina di situ jadi aku hanya buat makan petang yang boleh masuk untuk selera orang cina juga. Aku buat makan tu tak pernah terdetik dalam hati nak kan baIasan sebab aku buat hanya kerana aku gembira suami dapat kerja.
Namun Allah sungguh baik, suami aku dinaikkan gaji. Oleh kerana anak pertama aku tak dapat diselamatkan, aku dan suami usaha untuk anak kedua. Bertahun – tahun aku cuba tapi masih belum dikurniakan. Ada masa aku hiba, menangis, sedih, aku selalu tanya pada suami, aku ada masalah ke.
Masa nak dapatkan anak pertama, aku hanya cuba sekali dan berhasil. Tapi yang kedua hampir 3 tahun tak berhasil. Suami tenangkan aku, selalu pesan jangan terlalu memikirkan, Allah tahu bila waktu yang tepat buat kami.
Bukan kami tak usaha. Kami dah usaha tapi Dia tahu bila masa yang sesuai. Aku pun angguk saje. Aku selalu dapat terima tempahan karipap dari pusat thahfiz. Tiap kali mereka nak bayar, suami akan menolak. “Saya hanya minta doakan saya dan isteri dikurniakan zuriat.”
Suami ada kawan food panda, dia jumpa suami dan mintak tolong kot – kot ada kerja kosong kat tempat kerjanya. Order FP slow sangat kawasan sini, sehari tak sampai RM20 dia dapat, isteri pula tunggu masa nak bersalin.
Masa muda dulu sebelum aku dan suami kahwin, suami kerja di singapura dan di bantu oleh kawan yang kerja FP ni. Suami sangat terhutang budi pada dia. Sebab tu suami sudi nak bantu tanpa basa basi. Rezeki kawan tu dan anak yang bakal dilahirkan, kawan tu diterima kerja.
Aku dan suami ada niat, nak bagi duit nanti bila isterinya nak bersalin. Sebab dia tengah sesakkan. Aku dan suami ada pengalaman susah masa anak pertama. Jadi pengalaman mengajar kami. Tak lama lepas tu suami kena infIuenza.
Seminggu tak datang kerja sebab s4kit kepala yang terlalu kuat. Suami dah risau gaji kena tolak banyak, sebab dah niat nak tolong member kan. Mana nak bayar roadtax bulan tu lagi. Tapi hanya dengan niat saje Allah bantu kami.
Bila dapat je gaji, suami terk3jut sebab gaji suami tidak dikurangkan sesen pun. Bila suami jumpa bos (bos ni kawan baik suami), bos kata yang dia naikkan gaji suami. Kami hanya niat je nak bantu member pun Allah sayang kami.
Rasa terharu sangat. Tanpa fikir banyak, suami sedekah kat member mana yang cukup. Alhamdulillah selamat sudah isterinya melahirkan. Oh ye aku lupa, masa kawan suami tu mintak pertolongan kerja dan dia cerita tengah sesak, aku dan suami sangat sedih sebab teringat masa pantangkan arw4h.
Aku cakap pada suami, “kita bantu dia, mana tahu Allah bagi kita rezeki anak.” Dan Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, aku tak sangka, aku disahkan mengandung. Rasa bagai mimpi, aku niat je. Aku cakap pada suami, .’kalau Allah kata belum jugak. Takpelah kan sayang, kita niat je. Niat tak d0sa. Tapi kita ikhlas lah bantu jangan harapkan baIasan semata – mata.” Allah dengar isi hati aku.
Aku doakan ibu – ibu yang menanti, dikurniakan zuriat. Moga ibu – ibu juga kuat dan terus kuat. Maaf sekiranya karangan aku kurang memuaskan pembacaan anda semua. Menaip sambil pening kepala. Aku juga tak cerita secara terperinci, aku pendekkan je asal faham sedikit pun boleh lah yer.
Aku bahagia, aku rindu anak syurga aku. Lepas ni aku nak jenguk dia. Nak khabarkan berita ni. Dia bakal dapat adik. Aku juga harap kawan – kawan sudi share kisah kawan – kawan juga sebab aku sangat suka baca kisah sedekah. Sambil tenangkan hati aku yang tak tenteram ni. Thank you sudi baca. Assalamualaikum. – Isteri (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Rahmah Rahman Kehebatan bersedekah, dan sedekah ni mudah sebenarnya.. Sedekah duit, sedekah kudrat, paling mudah sedekah senyuman. Cuma kadang – kadang kita ni, semudah senyuman pun terasa berat kerana ada sifat eg0 dan sombong.. Alhamdulillah tt, semoga di permudahkn bersalin dan baby sihat walafiat. Di murahkn rezeki dan bertambah amal ibadah.. Amiin..
Ramlah Hanim Mat Isa : Mulianya.. berbuat kebaikan tanpa mengharapkan ganjaran.. ikhlas dalam sedekah dan perbuatan.. Allah Maha Mengetahui,setiap kebaikan dibaIas dengan kebaikan.
Zayati Mokhtar Bazin : Sangat – sangat menginspirasi! Happy untuk puan dan suami. Bersyukurlah kerana Allah memilih puan sekeluarga untuk sentiasa berbuat baik malah membantu orang – orang sekeliling. Tak ramai yang dapat peluang begini. Tahniah!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.