Sepanjang duduk rumah aku, mak mertua hanya akan duduk terperap dalam bilik je. Dia hanya akan keluar bila suami aku dah nak balik kerja. Waktu tu dia akan pura – pura datang peIuk aku dan anak. Itu rutin dia. Tiba – tiba mak mertua mengerang s4kit dan menangis..
#Foto sekadar hiasan. Mak mertua menganggap aku per4mpas anaknya. Dia kerap cakap macam tu dari awal kami kahwin. Suami aku ni satu – satunya anak lelaki dalam keluarga. Beberapa karenah Mak mertua yang terkesan di hati aku dari dulu dan pastinya sampai bila – bila:
1. Depan suami baik, belakang suami dia m4ki aku. Pernah dia call aku tanpa salam dan terus m4ki aku. “Wei, betina. Haang memang nak tunggu aku m4mpus baru nak ajak anak aku mai rumah aku?” Hanya sebab dia call suami aku tak berjawab sebab suami aku dalam meeting. Walhal, baru 2 malam lepas kami ke rumahnya.
2. Aku bersalin anak pertama. Hari pertama di hospitaI, suami datang masa melawat dan tolong uruskan aku dan anak. Tukarkan pampers, basuhkan cawan dan pinggan, kemaskan almari. Waktu melawat tengah hari 2 jam dan petang 2 jam.
Suami akan datang awal dan balik paling lewat. Hari ke-3, mentua ikut. Suami aku tak ubah macam pelawat lain. Datang 30 minit sebelum tamat waktu melawat. Baru duduk 5 minit, Mak mertua ajak balik sebab nak ke bank dan nak beli handbag baru, asyik tengok jam sebab suami aku berlengah sebab sedang kelam kabut uruskan aku macam selalu.
Mak mertua dah buat muka dan hempas barang. Aku tahu suami aku lewat kerana mentua. Tapi, aku tetap terasa hati sebab suami aku lewat dan tak banyak yang boleh tolong. Em0si lepas bersalin memang tak stabil.
Aku bersalin czer dan agak terbatas untuk bergerak. Memang mudah mentaIIy br0ken sampai aku rasa, takda suami pun takpa sebab tak membantu. Buat anak sama – sama, tapi tolong urus isteri pun culas. Macam – macam alasan.
3. Masa lepas pantang, suami bawa aku tidur rumah mentua sebab mentua buat kenduri. Suami keluar beli ais tiub. Ada tetamu datang. Anak aku tengah menangis lapar susu. Aku masuk bilik susukan anak. Mak mertua sindir aku pada tetamu yang datang cakap aku curi tuIang. Menantu malas. Buat – buat sibuk dengan anak.
Mentua datang ambil anak aku yang belum kenyang menyusu. Anak aku terkapai – kapai terk3jut sebab macam kena rentap. Lepas tu, Mak mertua suruh aku cedok lauk kat periuk besar di belakang rumah (tempat suami aku masak). Konon dia nak jaga anak aku.
Masa aku baru ambil periuk kecil untuk isi lauk, aku dengar anak aku menangis kuat. Mak mertua aku membebel, per4ngai anak macam mak, asyik menangis saja, manja tak bertempat. Walhal baby lapar, baru 2 bulan. Mak mertua tak sabar nak suruh hidang cepat – cepat.
Boleh je tunggu suami aku balik kedai, tapi dia tak nak. Aku tak tahan dengar anak aku menangis. Aku ke ruang tamu rupanya Mak mertua hanya biarkan anak aku terbaring atas sofa. Tinggal tak jatuh tergolek je. Aku cepat – cepat ambil anak aku.
Mentua aku marah sebab aku masih tak cedok lauk di luar. Aku bawa anak aku dan periuk lauk, pergi cedok lauk di luar di tengah panas. Lauk tu panas tau. Anak aku pulak menangis tak henti – henti lagi. Sekali aku menangis sebab s4kit hati dengan karenah Mak mertua.
Kebetulan suami aku balik. Mak mertua cakap aku degil nak jugak cedok lauk walhal boleh tunggu suami aku balik. Lepas tu, bila anak nangis str3ss sorang – sorang dan nangis sekali. S4kitnya hati aku. Suami aku terus suruh aku masuk bilik dan rehat. Mungkin ingat aku str3ss bila anak meragam.
4. Mak mertua call mak aku masa aku kat hospitaI cakap tak perlu bawa makan tengah hari. Mak mertua dah masakkan dan akan ke hospitaI dengan suami aku untuk hantarkan. Mak aku akur. Macam biasa, sampai lewat dah.
Lagi 15 minit nak habis waktu melawat. Tahu bawa apa? Bawa nasi bungkus dan kari ikan tongkol (mak aku pernah pesan, ikan tongkol tu gatal, untuk yang czer kena jaga betul – betul dan tak boleh sembarangan makan).
Aku tak makan. Aku cakap tak boleh makan lauk ni. Mak mertua buat muka dan cakap aku mengada. Suami aku tak terkata apa. Suami aku ni tak tahu yang ikan tu tak boleh makan. Mak mertua keluar dulu tunggu di luar sementara suami aku tukarkan pampers anak.
Aku tanya suami, kenapa Mak mertua cakap nak tolong masak dan call mak aku tak bagi bawa makan tapi akhirnya lauk bungkus je? Suami jawab, Mak mertua cakap mak aku yang call suruh Mak mertua beli makanan sebab mak aku tak sempat hantar.
Aku tak dapat tahan em0si. Memang aku menangis dan suruh suami aku buang lauk tu. Lantaklah dia nak cakap aku tak hargai ke apa. Waktu melawat pun tamat. Suami aku tak sempat nak pujuk aku, dah kena keluar. Suami aku call, aku m4tikan. S4kitnya hati.
Aku call mak aku menangis – nangis. Aku cakap, aku takda suami pun tak apa. Sebab suami aku pun bukan nak jaga aku, turut sangat cakap mak dia. Kalau mak dia bagi makan r4cun kat aku pun, dia ikut je. Mak aku memang pandai pujuk aku untuk bertenang. Aku minta pengawal keselamatan tolong belikan bubur di kantin sebab makanan hospitaI dah pun dipungut tepat pada waktunya.
5. Mak mertua pernah datang tidur rumah aku. Masa aku nak buka pintu bilik nak ajak Mak mertua makan, aku dengar Mak mertua bebel, “Anak h4ram ni kalau tak buas tak sah. Barua betul.” Aku cepat – cepat pulas tombol pintu dan nampak dia tengah tolak kepala anak aku yang tengah selongkar beg dia.
Ya memang salah anak aku. Tapi, dia masih kecil dan Mak mertua juga yang ajak dia masuk bilik. Masa tu umurnya 2 tahun. Aku tak tahu kenapa aku buat – buat tak nampak dan hanya ajak anak aku keluar bilik. Masa tu, suami aku kat tempat kerja.
6. Masa suami kat tempat kerja, Mak mertua memang berkurung di bilik sahaja. Aku anggap dia letih dan berehat. Tapi, bila suami aku nak sampai rumah, dia akan duduk di ruang tamu. Rumah kami tiada sofa. Memang kena duduk di lantai berlapik karpet.
Masa suami aku sampai, selalu dia akan datang peIuk aku dan anak. Memang begitu rutinnya. Tiba – tiba, Mak mertua mengerang s4kit dan menangis cakap s4kit badan duduk di lantai dan ajak suami aku keluar beli sofa. Tadi elok je aku tengok, ni sampai kena papah masuk bilik.
Aku merajuk senyap – senyap. Aku suruh suami pergi kedai sofa dengan Mak mertua dan aku tak mahu ikut. Mujur suami aku ni masih ingat perbincangan kami dahulu yang kami tak perIukan sofa di rumah sewa dan hanya akan beli sofa lepas masuk rumah baru nanti. Sejuk hati aku bila suami tak setuju dengan cadangan Mak mertua. Aku ingatkan dia akan turutkan.
7. Masa aku bersalin anak kedua, aku tr4uma dan agak akan ada drama lagi dari Mak mertua. Aku dah pesan pada mak aku agar jangan percaya cakap Mak mertua kalau dia berjanji nak belikan apa – apa untuk aku. Segalanya baik – baik sahaja hingga hari terakhir aku di hospitaI.
Pagi lagi doktor dah maklumkan yang aku boleh keluar cuma sedang proses dokumen discaj. Aku maklumkan pada suami aku. Mungkin dalam petang dah boleh keluar dan minta suami standby untuk urusan discaj. Tak sabarnya nak balik rumah.
Mak mertua ada juga call tanya betul ke dah boleh keluar hospitaI. Dia suruh singgah rumah dia tetapi aku tolak sebab dengan perut czer nak singgah merata. Aku nak terus balik rumah mak aku. Aku harap dia faham walau ada nada tak puas hati di hujung talian.
Ayat dia, “tunggu m4ti la baru boleh jumpa cucu.” Jam 3 petang, dapat je surat discaj, aku call suami. Dia jawab, dia bawa Mak mertua urut kaki di spa. Baru je sampai dan nak start sesi urut. Dalam 2 jam lagi dia sampai kat aku.
Aku terus m4tikan call. Dia call balik memang aku tak jawab. Eh, suami aku memang takde perasaan ke eh? Dari pagi aku dah inform. Aku minta mak dan ayah aku datang uruskan discaj. Memang aku menangis teresak – esak sebab s4kit hati.
Banyak lagi hari lain. Kenapa hari ni jugak nak s4kit kaki dan nak ke spa bagai? Masa mak dan ayah aku sampai pun memang aku menangis lagi. Ayah aku tenangkan aku dan tak bagi aku fikir sangat takut mer0yan. Aku bagi kad debit untuk ayah aku selesaikan urusan discaj.
Suami aku sampai masa mak aku tengah tolak kerusi roda aku dan ayah aku tengah bukakan pintu kereta. Aku? Pastinya aku buat macam suami aku tak wujud. Ayah aku pulak cuba damaikan suasana dan slow talk untuk bawa aku pulang menaiki kereta ayah aku.
Sampai di rumah, suami aku datang tolong apa yang patut. Aku buat tak tahu dengan suami aku. Cakap pun sepatah sepatah je. Sungguh aku terasa hati. Paling aku terasa hati dia bawa mak dia naik kereta baru mak aku. Kereta suami aku rosak. Mak aku yang bagi pinjam kereta agar senang bergerak dan uruskan aku. Boleh pulak dia bawa mak dia ke sana ke mari. Tak malunya!
8. Masa aku berpantang di rumah mak aku, Mak mertua kerap call tanya hari ke berapa pantang. Dan asyik sebut dan tekan aku, lepas pantang jangan duk rumah mak aku. Cepat – cepat balik rumah sendiri. Ternyata dia dengki anak aku rapat dan manja dengan mak dan ayah aku.
Anak sulung aku pun 1, memang buat tak endah dengan Mak mertua. Bukan aku yang ajar. Anak aku tak suka kalau orang suka usik dan bercakap kasar. Contohnya, Mak mertua suka cakap, “aku sekeh jugak kepala haang ni”, “buas macam beruk”, “mama dah ada adik dah tak sayang kakak dah. Padan muka!”.
Mak mertua umpan anak aku dengan duit tapi anak aku buang je duit. Lepas tu Mak mertua cakap anak aku ni degil dan buas macam jantan. Tapi, jauh di sudut hati aku, aku rasa anak aku ni teringat – ingat je orang yang tolak kepala dia dan banyak s4kiti dia tapi berpura – pura baik dan berlakon sayang depan orang. Bagi aku, budak – budak ni dia tahu dan ingat je apa yang orang buat. Cuma dia tak reti bagitahu.
9. Mak mertua call aku masa lepas pantang anak kedua dan masih kat rumah mak dan ayah aku. Bagitau yang dia tak sihat. Demam dan tak lalu makan. Dah kurus dah badan dia. Bagi aku, dia minta simpati. Bukan sekali dia buat cerita macam s4kit teruk nak m4ti, tapi bila pergi melawat elok je baru balik dari berjalan – jalan.
Konon tak boleh berjalan tapi merata dia pergi. Kali ni, ayat last dia, “jangan bawa anak datang melawat sebab takut berjangkit kat anak.” Aku pun iyakan je. Sikit pun aku tak risau. Memang aku takda hati nak melawat dia yang suka berlakon dan berpura – pura.
Nasib dia lah kalau tiba – tiba s4kit betul tapi aku anggap dia main – main. Lain pula ceritanya, dia call suami aku yang tengah out station, menangis – nangis cakap tak sihat dan rindu sangat cucu – cucu dia. Suami aku pulak berkias – kias suruh aku bawa anak – anak melawat nenek mereka.
Aku terus tanya suami aku, “Kenapa? Ibu yang suruh abang call suruh bawa cucu dia ke?” “Ibu call bagitau ibu tak sihat dan rindu nak jumpa cucu. Kalau boleh, bawalah jumpa.” Nak je aku tanya, nak m4ti sangat dah ke? Tapi aku diamkan.
“Ibu baru lepas call cakap jangan datang bawa anak sebab takut berjangkit. Anak – anak kecil lagi antibodi tak kuat. Dia risau.” Suami aku terdiam. Aku tanya, nanti kalau aku bawa, aku ni degil la tak dengar cakap Mak mertua dan nanti kalau anak aku s4kit, Mak mertua akan salahkan aku sebab awal – awal dah cakap. Itu ke yang suami aku nak? Suami aku merungut. Mak mertua ni pun 1, cakap tak serupa bikin.
10. Mak mertua call aku beritahu seminggu tak boleh berjalan. Aku pulak baru lepas tengok kakak ipar aku upload gambar makan kenduri siap ada Mak mertua aku lagi bergambar dengan pengantin. Macam mana aku nak percaya?
Mak mertua aku ni memang suka nak kan perhatian, penipu, berlakon, suka b0doh – b0dohkan anak, dia je sentiasa betul, suka mencarut, suka m4ki, suka cakap besar, suka h1na orang lain. Aku tak benci Mak mertua aku sebab aku tahu dia syurga suami aku.
Tapi aku cukup benci dan menyampah dengan sikapnya. Doakan aku kuat nak hadap Mak mertua yang psik0 ni. Kalau korang nak tahu, kerap kali je dia call tanpa salam dan terus m4ki. Macam ada masalah jiwa. Kejap ok, kejap tak.
Dan sejak beberapa bulan ni, aku memang block Mak mertua aku. Aku hanya unblock bila aku berada dengan suami aku kerana yang manis – manis hanya depan suami. Bukan aku tak nak merungut hal Mak mertua pada suami.
Suami aku pun dah cukup faham dan masak dengan per4ngai Mak mertua. Cuma, aku tak mahu suami aku rasa macam aku benci mak dia. Banyak lagi aku nak cerita per4ngai psik0 dan giIa Mak mertua aku ni. Kalau la orang lain, dah lama aku m4ki dan ignore je.
Tapi tu lah, dia syurga suami aku. Aku pulak kalau meIetop, memang dah tak boleh nak tengok muka sampai bila – bila. Terp4ksalah aku bertahan. Kadang – kadang aku doakan yang Mak mertua aku cepat m4ti agar tak meny4kitkan hati aku lagi dah. – Menantu Perempuan Tunggal (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Farah Nabilah : Awak kena bertegas jugak jangan mudah dibuIi. Kalau ada apa semua rakam siap – siap. Incase suatu hari boleh digunakan sebagai bukti. Nak tuntut pape nak tunjuk dekat suami ke kot – kot mertua fitnah pape ke.
Satu lagi doa banyak – banyak supaya mak mertua berubah dan dapat pengajaran serta menyesal ke atas perbuatan dia. Doa orang terin4ya tu diangkat. Biasa macam tu la dalam kehidupan. Dapat suami baik mertua ipar duai pulak bermsalah. Dapat mertua dan ipar duai baik macam keluarga sendiri tapi suami pulak bermasalah. Nak buat macam mana. Semua tu ujian hidup. Kita tak terlepas dari ujian. Setiap manusia mesti ada ujiannya.
Fiza Hapidzuin : Yang sebenarnya, kau kena bercerita pada suami kau, tentang mak dia walaupun dia sendiri dah tahu sikap mak dia. Kau kena bertegas untuk beritahu keadaan kau, situasi kau. Kemudian jangan doa kan cepat m4ti, tak baik.
Doakan kau diberi keredhaan hati, kekuatan mentaI dan juga mak mertua kau agar diberi hidayah. Bila kau berdoa yang baik – baik malaik4t akan mendoakan seribu kebaikan untuk kau. Lepas ni kau alihkan titik fokus kau pada diri kau dan anak – baik kau je.
Yang lain tu semua pedulikan. Macam mak mertua kau ni dia nak anak dia je berkepit dengan dia, sebabnya dah biasa jadi qc. Jadi nya kau rela kan saja suami kau bermanja dengan mak mertua kau. Lagipun masa dia mungkin tak berapa panjang. Opsss
Kau berdoalah kau diberi umur yang panjang dan barokah untuk kau pula luangkan masa bersama suami. Aku rasa macam nak hugss je kau. Moga kau kuatkan hati kau dan anak – anak.
Iris Nur Firman : Alhamdulilah dapat mak mertua dan abah mertua yang baik. Jenis tak kacau life anak menantu. Kalau g4duh dengan anak dia. Then kita macam kena rasuk s3tan mintak berpisah hahaha. Mak mertua dia akan nasihat anak dia.
Kuat.. Jangan layan pe’el kite yang tengah s4wan. Sebolehnya dia taknak anak menantu pecah beIah. Biar sampai ke hujung nyawa. Takder perasaan nak cemburu dengan menantu. Sedangkan kita dah amik anak laki dia.
Dan aku selalu berpesan pada hati. Jangan sesekali ada rasa riak dengki dengan mak mertua. Kalau anak dia bagi duit kat mak dia senyap – senyap pun aku OK je. Tapi tak senyap – senyap la setiap bulan memang p0tong direct dari gaji suami ke akaun mak mertua.
Kalau balik pun aku pesan hulur la sikit kat mak. Sebab apa? Sebab aku menumpang rezeki anak dia. Mak dia lahirkan dia. Mak dia sekolahkan dia. Bagi pelajaran supaya anak dia kerja elok – elok. Then aku kahwin dengan anak dia. Aku menumpang senang sedikit dengan anak dia. Kenapa harus aku nak halang tanggungjawab suami pada ibunya. Syurga itu pada ibu nya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.