Aku dengar bisikan yang aku akan m4ti masa bersalin sebelum 40 tahun. Selepas 2 tahun aku mengandung

Waktu umur aku 38 tahun aku termengandung secara tak sengaja. Aku terus teringat kejadian misteri dan bisikan lelaki tersebut. Sem4kin perut membesar, sem4kin benci aku pada anak dalam perut. Aku sengaja tak nak makan vitamin. aku bertukar jadi sy4itan..

#Foto sekadar hiasan. Ini adalah kisah aku. Kisah benar yang terjadi dalam hidup aku. Ambillah iktibar dari kisah aku ini. Aku seorang Surirumah sepenuh masa. Mempunyai 3 orang anak perempuan, dan seorang suami yang baik dan bertanggung jawab.

Tak ada isu dalam rumah tangga berkenaan aku dan suami serta dua anak. Isu berbangkit saat aku hamil anak ke 3. Dulu saat masih d4ra, aku pernah s4kit. Terkena buatan orang. S4ntau ke sih1r, aku tak pasti. Aku berubat ala kadar dan tak ambil serius pun bab ini.

Aku nampak seperti sembuh, tetapi “bisa” s4ntau itu tak pernah hilang dari diri aku hingga saat ini. Aku boleh melihat atau mendengar sesuatu yang orang lain tak boleh nampak. Bukan selalu. Dulu awal – awal memanglah takut, lama – lama dah biasa.

Masa mengandung anak kedua, diusia aku yang ke 35 tahun, aku dan suami sepakat bahwa ini adalah anak bongsu kami. Jadi kami ambil perancang setelah kelahiran putri kedua kami. Kejadian bermula masa anak kedua berusia setahun lebih.

Aku mengasuh anak kedua dalam bilik kami pada hari itu. Suami kerja dan anak sulung sekolah. Seperti biasa, rumah selalu terkunci rapat. Kejiranan sini sunyi, kebanyakan penghuninya bekerja dan sekolah. Taska atau tadika dan kedai jauh dari rumah kami.

Memang lengang dan sunyi lah. Tv aku tak buka. Sunyi sahaja. Hanya sesekali terdengar suara anak kedua dengan bahasa baby yang sepatah pun aku tak faham. Tak semena – mena aku terdengar suara lelaki bercakap kepadaku di dalam bilik kami ini, mengatakan bahwa usia aku tak akan panjang.

Tak akan sampai 40 tahun. Lebih tepatnya aku akan meninggaI diusia 38 tahun kerana melahirkan. Aku hanya tergaman. Aku tengok anak aku pun langsung terdiam, sehingga aku rasakan bahawa dia pun mendengar suara itu.

Kemudian suara itu hilang. Datang dan pergi macam itu sahaja. Kejadian ini hanya terjadi 2 kali. Pada hari yang berlainan. Walaupun aku menceritakan pada suami, tapi aku tak ambil serius. Aku siap gelak – gelak dan mengatakan bahwa makhluk halus pun boleh jadi b0doh jua.

Sebab kami berdua memang merancang. Tak akan ada anak lagi. Sampailah anak kedua berusia 3 tahun lebih, yang bermakna usia aku adalah 38 tahun, aku termengandung secara tak sengaja. Lupa menghitung masa subur.

Aku hamil dalam keadaan mengalami alahan yang sangat teruk. Seketika aku teringat kejadian suara misteri itu. Mood aku jadi h4ncur. Kebencian pada kehamilan aku sem4kin hari sem4kin besar. Seiring dengan membesarnya perut aku, membesar pula rasa benci aku pada janin dalam rahim.

Kata – kata kesat dan cacian selalu aku lontarkan pada bayi ini. Sump4h serapah. Hari – hari aku berkata pada bayi dalam perut aku bahwa dia pembawa siaI, pembawa maIang, meny4kiti aku, dan pelbagai kata kesat lainnya.

Aku pukuuI – pukuuI perut aku dengan penuh kemarahan. Vitamin kehamilan apapun aku tak makan, walaupun suami aku membelikan pelbagai vitamin dan pemakanan sunnah. Tetapi bayi aku bertahan. Dia tetap hidup di dalam rahim aku.

Allah memelihara dia dari sy4itan seperti aku. Bahkan Tuhan pun seolah – olah aku Iawan. Aku tak puas hati kepada Tuhan kenapa mengizinkan bayi ini hidup dalam rahim aku. Aku betul – betul menjadi sy4itan. Suami aku sangat bersabar dan setia merawat aku melalui hari demi hari kehamilan aku ini.

Kesabaran dia merawat aku seolah – olah menc4bar aku, membuat aku sem4kin baran. Aku tetap mendukung anak kedua aku walau perut aku sem4kin membesar. Makanan bergizi dan vitamin kehamilan tak pernah aku sentuh.

Aku hanya makan junk food dan apa yang aku suka. Check up ke kIinik pun aku sering mengelak. Sanggup aku ajak g4duh suami aku yang selalu memujuk secara lembut untuk check up ke kIinik. Aku sangat mudah melenting dan naik angin.

Baran aku betul – betul serupa sy4itan. Tiada hari tanpa aku tengking dan marah suami aku dan bayi dalam perut. Tetapi suami aku tetap merawat kehamilan aku dengan penuh kasih sayang. Suamilah yang menyediakan segala kelengkapan baby.

Aku tak nak peduli sama sekali. Aku betul – betul marah, kenapa aku harus hamil. Marah dan sedih. Setiap hari, setiap saat aku teringat suara misteri itu. Aku dih4ntui oleh suara itu. Suara itu terdengar semula masa aku memasuki tri semester ke dua kehamilan.

Sekali. Masa aku di hospitaI. Aku kerap warded kerana alahan terlalu teruk walaupun memasuki tri semester ke dua. Sehingga aku sem4kin membenci bayi ini. Pelbagai macam cara suami aku meyakinkan aku bahawa tipu daya sy4itan itu sangat halus.

Tapi aku lebih percaya suara itu daripada nasihat suami aku sendiri. Sampailah tiba masanya aku melahirkan. Ketakutan aku sampai pada puncaknya masa aku memasuki bilik persalinan. Em0si aku menjadi kacau. S4kit kontraksi yang aku alami lebih hebat dari dua kehamilan sebelumnya.

Nyawa aku seolah – olah memang pada penghujungnya. Aku nak bayi dalam perut ini segera keluar supaya aku terbebas dari rasa s4kit, tak peduli aku akan m4ti atau tak. Tak peduli bayi ini hidup atau tak. Bayi aku lahir secara normal. Lengkap dan sihat.

Nurses dan suami begitu gembira menyambut kelahiran bayi aku. Aku hanya diam mematung. Tak ada perasaan apapun. Kosong. Melihat bayi aku pun aku merasa biasa saja. 1 malam baby itu dengan aku di hospitaI. Dia begitu tenang dan mudah diurus.

Hari kedua, aku sudah diperbolehkan balik rumah dengan bayi aku. Bayi aku sangat tenang, seolah – olah memahami bahawa aku tak seberapa menghendakinya. Dia seolah – olah menerima.. saat aku menyusui, dia akan buka mulut dan lahap menyusu.

Jika aku tak memberikan, dia tak menangis, hanya menggerak – gerakkan mulutnya sebagai tanda dia lapar. Aku pandangi wajahnya. Bertanya pada diri sendiri, mengapa aku tak teruja dan menerima dia sepenuhnya sedangkan aku selamat melahirkan?

Hari ketiga, pada pagi hari aku perasan bahwa pampers dia kering dan ringan. Aku perasan yang aku hanya 2 kali menyusui. Aku memaklumkan pada suami bahwa pampers baby agak kering. Tanpa banyak cakap, suami membawa aku dan bayi aku ke kIinik terdekat.

Ternyata suhu badan baby aku sedikit tinggi. Aku tak perasan itu. Suami aku yang perasan. (Lihatlah…betapa jahatnya aku sampai tahap ini). Bayi aku harus admit di hospitaI. Terus masuk icu bahagian baby. Dan aku masih seperti orang separuh sedar.

Tak faham sangat apa yang terjadi. Pelawat hanya diperbolehkan melawat baby 2 kali sehari. Kebetulan aku menyaksikan baby aku dicuucuk jarum di tangannya. Aku melihat dan mendengar bagaimana jerit tangisnya saat jarum dokter mencari pembuluh d4rah pada tangan kecilnya.

Aku terpaku. Ada perasaan yang menyayat hati mendengar jerit tangis bayi aku. Siang itu aku melawatnya, bayi aku di tempatkan dalam inkubator. Dalam keadaan tertidur lena dengan tangan terpasang wayar dan apa benda aku tak faham.

Naluri aku sebagai ibu tersentuh. Airmata aku menitis tanpa aku pinta. Hati aku menjadi sebak. D4da aku sesak penuh dengan penyesalan yang mulai berdatangan. Masa seperti itu, tak semena – mena bayi aku membuka mata.

Dalam keadaan dia mamai. Mungkin kerana pengaruh ubat, atau keletihan menangis, ataupun kekenyangan. Maybe. Aku tak tahu. Tatapan matanya tepat tertuju pada aku sambil tersenyum. Masya Allah… hati aku seketika terasa terh1ris. Pilu. Sedih. Dan menyesal yang teramat sangat.

Kuasa Allah kan yang membuat bayi aku membuka mata dan tersenyum pada aku. Suami aku berkata pada aku bahwa dia sangat kasihan dengan bayi kami, kerana dia ikut menanggung kes4kitan yang aku alami sepanjang kehamilan.

Aku bagai tersedar dari mimpi panjang yang menyesatkan. Ya.. bukan bayi itu yang meny4kiti aku. Tetapi aku memang s4kit kerana imun aku rendah. Aku tak berusaha memasukkan makanan bergizi dalam tubuh aku, sebaliknya aku turutkan nafsu buas aku melantak makanan – makanan junk food yang tiada khasiat apapun, sedangkan tubuh badan aku masa itu perIukan asupan gizi yang seimbang.

Penyesalanku lebih dalam jika aku teringat betapa b0dohnya aku mempercayai suara ghaib yang tak aku ketahui hujung pangkalnya. Hanya sep0tong sahaja. Aku telah terpedaya oleh hasutan sy4itan. 9 hari bayi aku berada dalam icu, 9 hari itu pula tiada hari aku lalui tanpa air mata penyesalan.

Aku merasa diri h1na seh1na – h1nanya. Aku jahiI. Kufur lisan. Kufur nikmat. Benar kata orang – orang tua dulu, penyesalan akan datang di belakang. 9 hari itu betul – betul hari penyiksaan kepada aku. Setiap kali aku tinggalkan icu baby kerana masa melawat dah habis, air mata aku d3ras turun tanpa aku pinta.

Sekuat apapun aku menahan diri, dari menggigit lidah, bibir, meremas tangan sendiri, mencubit paha supaya airmata aku tak jatuh, tetap sahaja air mata aku mengalir. Rasa penyesalan yang tak dapat aku gambarkan. Tak pernah aku rasa semenyesal ini seumur hidup aku.

Aku berfikir bahawa ini adalah kifarah Allah kepada aku atas perbuatan aku pada bayi dan suami. Bagaimana perilaku aku pada ke dua anak aku semasa aku mengandung? Aku tetaplah seorang ibu yang baik untuk mereka.

Aku boleh bersikap normal apabila berdepan dan mengasuh mereka berdua. Hanya kepada bayi ini dan suami, aku menjadi sy4itan. 9 hari berlalu sangat lambat. Terasa lambat bagi aku. Aku betul – betul dalam penantian yang menyiksa batin.

Maha suci Allah yang berkuasa atas segalanya, hampir setiap aku melawat bayi aku, dia akan buka mata dan tersenyum memandang aku. Dalam keadaan mamai. Senyuman kecil yang mampu menggoncang hati. Aku betul – betul insaf. 9 hari itu membuat aku menjadi manusia baru.

Aku tak nak peduli apapun dah. Hidup m4ti aku hanya untuk Allah, suami dan anak – anak. Hasutan sy4itan itu sangat halus dan k3jam, terkadang membuat kita terjatuh dalam gaung kegelapan yang terdalam. Jika s4kit, berubatlah dengan bersungguh – sungguh.

Terkekang oleh wang atau masa? Berdoa lah bersungguh – sungguh. Allah melihat niat hati dan kesungguhan kita. Dengarkanlah nasihat dari pasangan, walau nafsu kita bergejolak. Jangan jadi macam aku, berubat sambil lewa. Kesannya bukan langsung terlihat.

“Bisa” itu kekal ada dan hanya menunggu masa dan peluang yang tepat untuk menghantam dinding keimanan kita. Mer0bohkan keimanan kita. Memporak perandakan kehidupan kita. Secara halus, tanpa kita sedari. Bayi aku kini sihat.

Membesar dalam asuhan aku dan suami, bersama kedua kakaknya. Aku masih sesekali boleh melihat dan mendengar “mereka”. Berubat telahpun kami mulai kembali. Ruqyah mahupun pada pakar jiwa. Alhamdulillah secara medis jiwa aku sihat. Stabil. Tak ada peny4kit jiwa.

Secara ruqyah, “bisa” sih1r yang pernah terkena pada aku telahpun berkarat dan hampir sebati dengan aku, jadi susah nak buang. Aku redha. Mungkin ini kifarah atas d0sa – dosa aku pada anak ketiga aku dan suami. Rasa penyesalanku tetap ada sehingga kini, walau aku telah bertaubat dan menyesali perbuatan aku. Rasa bersalah pada anak ketiga aku bagai tak berpenghujung. – Aku (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Siti Nur Azira : Sedihnya baca. Semoga Allah ampunkan segala d0sa – dosa awak. Jagalah baby tu baik – baik. Inshaallah, ada hikmah atas ujian ini. Nama pun s3tan kan, memang la tujuan dan tugas dia menyesatkan. Mujur awak da sedar sekarang. Jadi, hargailah moment bersama suami dan anak – anak ya. Moga awak sentiasa terpelihara dari anasir – anasir jahat dan tipu daya s3tan.

Leez Itu Saya : Saya istighfar sepanjang membaca cerita Puan sepanjang Puan lalui kehamilan, dan saya menangis kat part “Dia seolah – olah menerima.. saat aku menyusui, dia akan buka mulut dan lahap menyusu. Jika aku tak memberikan, dia tak menangis, hanya menggerak – gerakkan mulutnya sebagai tanda dia lapar”.

Mungkin kerana saya juga mempunyai seorang bayi ketika ini. Tapi siapa la saya untuk menghukvm atau mengeluarkan kata – kata tak sepatutnya sebab saya tidak berada di kasut Puan. Tidak lalui apa Puan lalui.

Cuma apa yang dapat saya katakan Puan hargai la peluang kedua yang Allah beri kepada Puan dengan sebaik – baiknya. Buat yang terbaik untuk diri Puan, anak dan family Puan. Semoga yang baik – baik saja untuk Puan sekeluarga. Aamiin..

سيتي نور مرضية : Sedih sangat baca. Kesian baby tu. Kami mungkin tak berada di tempat awak tapi kalau ada lagi suara – suara macam tu, tolong bagitau suami. Bagitau orang lain supaya dorang dapat tolong awak.

Kita sendiri kena pagarkan diri jika betol la masih ada saki baki sih1r. Kalau dengar lagi suara macam tu, baIas perasaan tu dengan tak takut m4ti. Kenapa nak takut m4ti jika bersalin sedangkan m4ti seperti tu dikira m4ti sy4hid???

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.