Aku kelulusan luar negara, tunang aku sekolah tak habis jadi kuIi je. Diam2 dia bangun sampai aku malu sendiri

Bayangkan tunang aku tidak berpelajaran, sekolah pun tak habis. Pernah dicop sebagai orang yang tiada masa depan. Namun sekarang bila bekas guru – guru sekolah terjumpa dengan dia, mereka berasa hairan. Aku jadi malu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Pertama sekali aku ingin kenalkan diri sebagai Sara. Suka untuk aku mengingatkan bahawa confession ini agak panjang ya. Harap tak jemu untuk anda membaca.

Aku merupakan pelajar berkelulusan luar negara dan telahpun berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah swasta di Semenanjung Malaysia. Apa yang aku nak ceritakan dekat sini ialah mengenai kisah tunang aku yang tidak menamatkan persekolahannya akibat faktor kemiskinan.

Untuk pengetahuan semua, ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil. Bapanya langsung tidak menafkahi kehidupan mereka sekeluarga malah sanggup mengatakan bahawa dia dan adik beradiknya adalah bukan dari d4rah dagingnya dengan erti kata lain anak luar nikah hasil dari hubungan dengan lelaki lain.

Meskipun ayahnya meninggaIkan mereka terkontang kanting tanpa secebis belas namun ibu tunang aku kuat membanting tuIang dengan bekerja sebagai pembantu kantin demi untuk membesarkan anak – anaknya. Selepas ibu bapa tunang aku berpisah, mereka tinggal di rumah usang peninggalan arw4h datuknya.

Setiap pagi seawal Subuh ibunya sudahpun bergegas ke tempat kerja manakala dia dan adik beradiknya mengayuh basikal ke sekolah sejauh dua kilometer setiap hari. Bayangkan ketika dia masih bertadika, tatkala mana rakan – rakannya dihantar dan dijemput oleh w4ris masing – masing dari tadika dia sahaja kanak – kanak yang berbasikal tika itu.

Terdetik di dalam hatinya alangkah seronoknya andai ayahnya dapat berbuat demikian sama seperti kawan – kawannya yang lain. Demi Allah, luluh hati aku mendengar kata – katanya ketika itu. Tak sedar air mata mengalir bersama.

Tahun bersilih tahun, syukur ibu tunang aku bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang sanggup menerima mereka sekeluarga seadanya meskipun lelaki tersebut bukanlah berharta. Ketika ada di antara adik beradiknya yang tinggal di asrama, tunang aku yang ketika itu telahpun menginjak sekolah menengah telah mengambil keputvsan untuk berhenti sekolah kerana tidak sanggup untuk menyusahkan ibunya.

Katanya dia belajar tidak pandai jadi tidak perlu ibu membazirkan duit menyekolahkannya. Ibunya hanya terdiam. Hendak dilarang dia tidak berdaya kerana dia yakin anaknya memahami apa yang sedang dilalui oleh mereka.

Lalu, dia membawa diri ke negeri orang dengan mengikut pakciknya berniaga di pasar malam. Ketika remaja seusianya yang lain menikm4ti zaman persekolahan yang penuh warna warni, di sisi lain dia berhempas pulas mencari duit demi kelangsungan hidup pada keesokan harinya.

Niatnya cuma satu, mahu membantu ibunya di kampung dan demi menampung perbelanjaan persekolahan adik beradiknya yang lain. Biarlah dia sahaja yang berk0rban. Sepanjang tempoh yang sukar itu, pelbagai pekerjaan yang dicubanya.

Sebutlah apa sahaja dari menjadi pelayan kedai makan, welding, formen dan sebagainya. Semua pernah dirasainya. Sep4k ter4jang menjadi kuIi cabuk dilaluinya penuh sabar. Benarlah mendung pasti berlalu, mentari pasti menyinar lagi.

Bertahun di negeri orang, dia pulang ke negeri asalnya. Atas saranan orang sekeliling, dia mengambil keputvsan untuk memasuki program kemahiran di Giatmara. Di situlah pintu rezekinya mula terbuka. Berkat kemahiran yang ada dia berjaya membuka sebuah perniagaan sendiri meskipun kecil – kecilan.

Adat orang berniaga pasti ada susah senangnya, pasti ada untung ruginya. Dia pernah bercerita kepada aku, dia sendiri pernah ditipu rakan perniagaan, aibnya dijaja dan dibuka sehingga dia hampir putvs asa. Mujurlah Allah itu sentiasa ada.

Semua dugaan dit3mpuhinya dengan gagah kerana mengenangkan susah payah dia membina perniagaannya dari tiada apa – apa sehingga kini dia mampu untuk menggajikan beberapa orang pekerja. Bayangkan dia sendiri tidak berpelajaran.

Kata orang sekolah pun tak habis. Pernah dicop sebagai orang yang tiada masa depan. Namun kini tatkala mana bekas guru – guru sekolah terjumpa dengannya, mereka berasa hairan bagaimana dia mampu untuk sampai ke tahap ini.

Sedangkan rakan – rakan yang sebayanya yang lain biarpun berpelajaran tinggi tetapi masih ada yang menganggur dan kewangan masih tidak stabil. Sedangkan dia budak yang tidak habis sekolah pun mampu untuk memiliki aset sendiri meskipun tidaklah seberapa.

Jujur dia katakan, tak pernah merasa bangga dengan apa yang dia punya. Untuk pengetahuan semua pada umurnya yang masih belum mencapai 30 tahun, dia sudahpun memiliki dua cawangan perniagaan serta rumah sendiri yang mana rumah tersebut telahpun dihadiahkan kepada ibunya sendiri.

Adik beradiknya yang lain semuanya memiliki kerjaya yang bagus. Aku pula jadi ‘segan’ dengannya. Walaupun aku berpendidikan tinggi tetapi gaji aku cuma biasa – biasa saja. Betullah kata orang rezeki manusia ini lain – lain.

Mungkin aku diberikan Allah rezeki belajar ke luar negara namun kerja cuma biasa – biasa berbanding tunang aku yang pendidikan pun tidak setinggi mana tetapi perniagaanya sukses dan berjaya. Syukur Allah itu Maha Adil lagi Maha Sempurna.

Biarpun sehingga ke hari ini dia sukar untuk memaafkan kesilapan ayahnya yang telah pun dijemput Illahi beberapa tahun dahulu namun dia berulangkali memberitahu aku bahawa dia tidak akan sesekali mengulangi kesilapan serupa.

Kerana baginya cukuplah pend3ritaan yang ditanggung oleh dia sekeluarga. Dia tidak mahu anak – anaknya nanti menerima kesan yang sama. Ya sejujurnya ketika awal perkenalan kami aku bimbang dia mengalami tr4uma atau depr3si kesan dari peristiwa silam itu namun syukurlah dia tidak menyimpan d3ndam cuma dia susah untuk melupakan semua yang terjadi.

Berulangkali aku mengingatkan dia bahawa setiap manusia itu tidak sempurna. Seburuk apa pun sikap orang tua kita, mereka tetap insan yang membuatkan kita wujud di dunia. Aku menerima setiap kelebihan dan kekurangannya seperti mana aku juga punya c3caat ceIanya.

Bukan harta dan rupa yang aku pandang tetapi keikhlasan serta budi pekertinya yang men4wan hati aku. Keluarga aku juga menerima dia seadanya.. lelaki yang tidak berpelajaran tetapi kuat membanting tuIang. Biarlah orang kata aku tidak sekufu dengannya.

Biarlah orang mengata dia tidak sepadan dengan aku tetapi yang aku tahu dia lelaki yang paling aku kagumi dek kecekalan dan ketabahannya. Ketika di sekolah, aku sering mengingatkan para pelajar aku terutamanya yang tidak berminat dalam bidang akademik untuk menceburkan diri dalam bidang kemahiran kerana rezeki Allah itu luas.

Jangan merasa rendah diri jika tidak hebat dalam akademik tetapi berjuanglah untuk bangkit dalam bidang yang kamu minati. Terima kasih kepada semua pembaca yang dikasihi. Doakan pernikahan kami yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Salam sayang, – Sara (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sherri Hazmi : Aku ok je orang yang tidak berpelajaran, asalkan ada usaha nak berkerja dan memajukan diri. Orang lain jangan la pandang rendah. Tapi aku tak ok dengan orang yang main sensitivity :

“alah, tak payah belajar tinggi la, tak belajar tinggi pun boleh dapat duit banyak jugak” Aku pantang betul walaunta yang asyik dok main sentimen tak payah belajar tinggi ni. Kau marah anak cina, anak India, anak Jepun, anak Korea pandai – pandai, jadi pioneer teknologi. Tapi tang bangsa kau, kau kata tak payah belajar tinggi, jadi drebar lori pun gaji rm4k. Kah kah kah.

Nuriah Abdrazak : Rezeki ini Allah tentukan.. yang penting ‘USAHA’.. Suka baca.. sis Doakan.. Allah tetapkan hati si dia sehingga hujung nyawa. Kekalkan prinsipnya.. berjuaang sehabis daya. Universiti dia adalah pengalaman kehidupannya yang tiada di dalam buku.

Andai kita duduk di atas landasan lillahi Ta’ala. Dengan niat yang betul. In Shaa Allah.. tak kisah laa u belajar setinggi langit. Atau u seorang yang biasa – biasa. U pasti akan ada sesuatu yang luar biasa. Yakin dengan janji Tuhan. Siapa yang berusaha. Dia dapat hasilnya. Sis suka cara tunang kamu. Didoakan kalian kekal hingga ke gerbang perkahwinan dan Jannatul Firdausi.

Hamimi Binti Hishamuddin : Kenapa pula ada yg mengatakan tidak sekufu. Apakah sekufu itu diukur daripada sijil atau ijazah yang diiktiraf di dalam atau luar negara? Dia mampu membina hidup, punya perniagaan dan ada pekerja yang menyokong pekerjaannya. Itu cukup bagus.

Banyak dah yang saya lihat jiran sekampung yang jauh lebih berjaya dengan perniagaan mereka, dari peniaga pasar malam, pengusaha bengkel serta petani yang berjaya. Rezeki Allah itu maha luas terutama untuk mereka yang rajin berusaha.

Sebagai tunang, berilah sokongan padu kepada bakal suami agar dia boleh pergi lebih jauh dalam usahanya. Tidak ada yang perlu kita malu, malu hanya jika taktau dan tak boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.