Dulu kerja gaji hebat, rumah mewah tapi duit ‘h4ram’. Aku nekad berhenti, skrg hanya mampu tidur dlm stor

Kalau nak makan dekat mana – mana restoran pun aku akan gigih cari tanda halal, tapi bila dapat gaji aku kecundang makan duit h4ram. Aku nekad berhenti tapi boss tak bagi. Sekarang aku hanya mampu tidur dalam stor, company baru tak bayar gaji..

#Foto sekadar hiasan. Aku seorang akauntan muda. Dulu aku pernah bekerja di firma perakaunan di ibu negeri. Kehidupan aku di sana sangat indah. Sama seperti apa yang pernah aku impikan. Aku menyewa di rumah teres dua tingkat, mempunyai bilik tidur sendiri tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa.

Waktu pagi aku sangat lapang sebab tempat kerja dekat dengan rumah. Aku masih ada masa yang panjang untuk basuh dan sidai baju, masak dan makan sarapan. Masuk pejabat, aku masih ada masa untuk bancuh dan hirup secawan air kopi sambil bersembang dengan rakan – rakan sepejabat.

Kerja aku cuma mengadap laptop, cek dokumen yang bertimbun – timbun, key in data dalam accounting software dan siapkan laporan perakaunan dan laporan audit. Habis kerja, aku masih ada masa menziarahi masjid negeri dan pulang selepas Isyak.

Kawasan di sana boleh dik4takan agak selamat. Hujung minggu, aku luangkan masa pergi grocery shopping, bercuti, keluar lepak dengan kawan – kawan, ziarah ahli keluarga. Hujung bulan, kalau tak sempat siap kerja, aku hanya perlu menadah telinga mendengar bebelan boss yang merangkap Dato. Tak susah mana.

Tapi di sebalik keindahan itu, tersembunyi satu d0sa yang sangat busuk. Aku dip4ksa oleh majikan untuk mengubah suai laporan kewangan client mengikut kehendak client. Jika untung sebenar tinggi, mereka minta aku turunkan supaya mereka dapat elak cukai daripada LHDN.

Jika untung sebenar rendah, mereka minta aku naikkan supaya mudah mereka dapat pinjaman bank atau pelaburan. Orang panggil amalan itu sebagai “creative accounting” tapi bagi aku ia hanyalah suatu penipuan. Amalan biasa di kalangan syarik4t swasta.

Jadi apa pilihan yang aku ada ketika itu? Aku terik4t dengan etika kerahsiaan untuk tidak membocorkan maklumat sulit pelanggan. Nak tak nak aku terp4ksa mendiamkan diri. Sebagai seorang Muslim, hatta nak makan makanan pun aku cek ada sijil halal ke tak, tukang masak dia Muslim ke tak, bahan – bahan mentah dia dari mana.

Tapi bila bab gaji, aku kecundang. Berd0sanya aku terima gaji dari hasil kerja yang ada unsur penipuan. ZaIimnya aku bagi ahli keluarga aku makan dari sumber yang h4ram. Demi mempert4hankan prinsip agama, aku tekad untuk berhenti kerja walaupun dipujuk oleh boss untuk bertahan.

Banyak perkara yang aku k0rbankan, rumah sewa yang sangat selesa, kehiudpan yang sempoi, kawan – kawan yang aku rapat. Sebaiknya saja aku tinggalkan tempat kerja itu, aku mendapat tawaran di tempat kerja baru.

Betul kata orang, jika kita meninggaIkan sesuatu kerana Allah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang tidak pernah kita sangka. Alhamdulillah, pekerjaan baru aku kali ini halal dan lebih berkat. Takda unsur – unsur h4ram.

Aku masih dalam fasa nak biasakan diri dengan tempat kerja baru. Aku jarang bersembang dengan rakan – rakan sekerja sebab aku sorang wanita Melayu di sana. Ucapan harian aku cuma “Good Morning” dan “Goodbye”.

Nampak suam kan? Tapi aku bersyukur sebab Allah selamatkan aku dari d0sa memakan b4ngkai daging saud4ra sendiri yakni mengumpat. Mungkin Allah tahu kalau aku di kelilingi rakan – rakan yang sama bangsa, aku akan mudah terjer4t dalam aktiviti bawang – membawang.

Jika di tempat lama aku dapat rumah sewa yang selesa dan serba serbi cukup, Di tempat baru aku hanya menumpang ihsan di stor kosong milik owner yang takda perabot satu apa pun, sebab aku belum mampu untuk sewa bilik yang berdekatan dengan tempat kerja.

Aku banyak komitmen kewangan yang lain. Walaupun aku tidur di atas lantai berlapikkan toto, aku bersyukur sebab aku tak perlu bayar sewa atau bil api air. Meskipun hari – hari jantung aku berdebar nak berangkat ke tempat kerja, sebab tempat tu di kelilingi ramai pekerja asing dan anjing – anjing liar, aku bersyukur Allah masih jaga keselamatan aku sampai sekarang.

Walaupun sarapan dan makan malam aku cuma empat keping roti sehari, aku bersyukur aku tak makan pasir dan masih ada makanan. Aku bersyukur.. aku bersyukur.. sehingga suatu hari tempat kerja aku mengalami kerugian teruk.

Income tak cukup untuk cover segala komitmen. Cash flow dah negatif, deficit. Supplier duk call aku tanya bila nak buat payment. Staff – staff tanya aku bila gaji mereka nak masuk. Mereka perIukan duit untuk bayar sewa rumah.

Aku menangis sebab aku simpati dengan nasib aku dan nasib orang lain. Aku rasa down sebab aku tak mampu nak buat apa – apa untuk tolong mereka. Aku tak nak fikir, “kalaulah dulu aku stay dengan tempat kerja lama.” Aku tak boleh fikir macam tu.

Ini sudah menjadi takdir Allah atas asbab pilihan aku sendiri. Dan aku tidak akan sesekali menyesal dengan pilihan aku untuk mempert4hankan prinsip agama dan meninggaIkan rezeki yang h4ram. Cuma ada la sesekali aku mengadu pada Allah, mudahnya aku nak dapat rezeki yang h4ram, indahnya kehidupan aku ketika makan rezeki h4ram.

Tetapi ya Allah, kenapa sulit untuk dapatkan rezeki yang halal, kenapa miskinnya kehidupan aku ketika makan rezeki halal. Jawapannya hanya satu “syurga itu bukan percuma”. Jika terlalu mudah untuk semua manusia masuk syurga, nescaya syurga itu sudah tiada nilai lagi.

Akhir kalam, aku mohon doa daripada pembaca – pembaca sekalian, supaya aku aku terus dikurniakan rezeki yang halal, kali ni lebih banyak supaya aku dapat menampung keperluan hidup, melangsaikan hutang – hutang dan melaksanakan ibadah wajib dan sunat. Syukran jazilan. Jazakallahu khairan. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Juliana Jasmani : Mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah itu kadang – kadang ujiannya amat hebat. Kuatkan iman, minta dan doa pada Allah banyak – banyak. Suatu hari nanti Allah akan lapangkan urusan saudari
mencari jalan ke syurga Allah itu perlu dilalui dengan pelbagai ujian, tapi insyaallah manisnya kelak Allah permudahkan.

Hafizah Ibrahim : Begitulah pengalaman saya yang tak mau bersekongkol dengan bos (gomen untuk menipu data untuk melengkapkan bagi mendapatkan penghargaan. Sudahnya, saya ditend4ng seperti bola, tiba – tiba sahaja ditukarkan ke tempat lain tanpa diminta.

Bukan sekali tapi 2x dengan bos yang sama sehinggakan saya hampir – hampir depr3ss. Tapi Allah Maha baik, buruk pada pandangan kita, rupa – rupanya Dia nak memberi yang terbaik kepada kita berkat kesabaran dan redha. Semoga tt bersabar dan banyak berserah kepadaNya

Nu Ha : Wow interesting la confession ni. Tahniah tt. Anda hebat kerana berani ambik risik0 tinggalkan kerja lumayan kerana Allah. Saya ada baca posting h4mba Allah ni pasal riba. Ada netizen share sama macam tt. Kerja dia gaji besar tapi terlibat dengan riba. Dia rasa tak tenang dan berd0sa. Sanggup resign demi jaga iman. Tabik spring.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.