Aku cikgu sekolah swasta, kerja lebih masa tak bayar OT suruh anggap sedekah. Kerja guard pun kena buat

Pelajar pun tak macam pelajar. Aku rasa macam aku ni bibik bertag nama guru, yang tatang minyak penuh jaga anak orang kaya. Guru – guru tak boleh keluar dari sekolah, katanya makanan disediakan. Tapi sebenarnya, kami hanya makan sisa pelajar, kalau ada yang tak habis..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Aku Jemah, Nak luah jugaklah kisah aku yang pernah ditindas oleh majikan. Buat adik – adik, akak – akak, abang – abang, hatta mak – mak, pak – pak yang nak cari kerja, kau siasatlah dulu dik tempat tu, jangan hadap sangat nak kerja kalau majikan tak jaga kebajikan kau.

Dipendekkan cerita, aku mengajar salah sebuah international school. Sekolah swasta la kan. Aku pelajar ijazah sarjana muda pendidikan yang dah setahun lebih bergraduat, tengah tunggu panggiIan SPP. Jadi aku nak kumpul pengalaman dulu, cari lah kerja kontrak.

Lepas aku kerja macam – macam, aku buat keputvsan nak kerja bidang pendidikan semula. Tapi itulah, aku kerja dekat sini bukan sahaja sebagai guru. Aku pegang semua title. Selain mengajar, aku perlu bertugas pagi dan petang. Sebagai OT.

Student masuk ke sekolah jam 7.00 pagi, balik dari sekolah jam 4.30 petang, sepatutnya. Tapi waktu pagi tu, adalah yang mak pak hantar jam 6.45 pagi dah tercegak depan gate. Maka atas kepala cikgu lah nak kena pastikan mak ayah tak menunggu depan gate sekolah, walaupun waktu mula bertugas cikgu 7.30- 8.00 pagi.

Untuk jadi mak guard ni, ada jadual, jadi kami kena bergilir. Yang bertugas pagi, tak bertugas petang. Yang bertugas petang, tak bertugas pagi. Yang tang pagi tu, syaratnya 6.45 pagi dah kena thumbprint, kau bayangkanlah cikgu nak bangkit jam berapa nak siap – siap, subuh lagi, buka gate terkedek – kedek dengan sorang lagi cikgu perempuan? Bah4ya betul.

Tang petang pulak, waktu balik bertugas katanya 5.30 petang, kalau tak bertugas, baliknya 4.00 petang. Kalau kau bertugas, kau rasa boleh ka kau balik jam 5.30 petang? TAK BOLEH. Sebab mak ayah datang ikut suka hati depa.

Ada sampai pukuI 7.30 petang member aku menunggu macam orang giIa, sebab mak pak ambil anak dia lambat, katanya lupa. Dah berapa jam ambil masa guru habaq mai? Berapa lama dah membazir waktu kat situ? OT yang menyerabutkan.

Kenapa tak bagitahu mak bapak? Sekolah takmau. Katanya nak jaga client. Habis tu pekerja punya kebajikan? Nak letak dalam poket? Dan apa yang paling best, semua OT INI TAKDA BAYARAN OT. Katanya, sedekah saham akhir4t.

Bila cakap sedekah semua jadi malu nak bersuara, bimbang depa duk habaq kita ni berkira dengan amal ibadat. Tak baik h4ng letak kezaIiman atas nama sedekah. Guard sebelum ni kena buang kerja, dan takda pengganti, maka guru lah yang jadi mak – mak guard-nya.

Nampak macam dah selesa dah orang atas ni. Jadi aku syak depa tak mau ambil guard lagi, terus gunakan cikgu – cikgu yang anak d4ra, mak d4ra, nenda d4ra ni. Malamnya aku teruskan dengan kerja original aku, kerja hakiki aku CIKGU.

AKU sedia RPH, ABM untuk mengajar esok hari dan semak menyemak buku pelajar. Selain mengajar aku jugak yang jaga students makan, sampai aku pun terkejar – kejar, aku menyapu, mengemop kelas, aku yang pantau pelajar solat, wudhu, tadarrus Al-Quran.

Kalau ada ja yang tak kena dengan cikgu – cikgu, konfem kena tegur. Mata – matanya pelajar sendiri bak h4ng, kalau pelajar habaq dekat mak ayah depa, dan mak ayah complain cara baik sekalipun, majikan akan “sembur” kami ni ha, dengan cara yang sarkastik, kadangnya zaIim giIa.

Kadang – kadang bendanya kecik dan salah faham ja, gurunya tak salah aih, budak – budak depa tau bercakap ja, kadang – kadang mengarut. Tapi memang guru akan “kena”. Depa tak mau ada complain dari clients, walau sikit, semua kena bagus.

Customer always right sekalipun, kau tak akan boleh run sekolah ni kalau takdak cikgu macam kami. Kami ni staff bukan h4mba. Pelajar pun tak macam pelajar, bagi aku. Aku rasa macam aku ni bibik bertag nama guru, yang tatang minyak penuh jaga anak orang kaya, bimbang tumpah minyak nanti kena m4ki ketua bibik, sebab aku lebih kepada bibik bukan cikgu depa.

Nak marah risau, tak marah risau. Ada pelajar baik, bagus solehah, soleh, ada jugak yang tak macam pelajar. Sebab apa? Sebab budak ni pernah nampak cikgu kena “sound”. Jadi yang tak berapa nak helok per4ngai ni, tunjuk per4ngai la.

Ada jugak sesekali aku tegur secara haluih dan pedaih, terdiam, berdesing oo depa. Lepas tu aku doa lah, biar depa tak report. Kalau tak, aku pulak yang berdesing. Kat sini, Guru tak boleh keluaq dari sekolah, hanya makan dekat cafe students, delici hall.

Katanya makanan disediakan, akhirnya sisa pelajar saja kami makan. Lebihan tu kalau ada, milik kami la tu. Kalau makan sebelum pelajar, boleh. Tapi h4ng tunggu la kena sound kalau pelajar tak cukup makanan, memang masak la h4ng.

Last – last aku tension, bawak bekal. Kalau aku tak sempat kadang – kadang mak aku yang buatkan, kalau aku tak sempat bekalkan makanan 6.30 pagi dah kena keluar, takkanlah besar panjang nak susahkan mak lagi. Terp4ksa lah aku curi – curi keluar dan beli kat kedai depan sekolah, bila dah tengah hari sikit, kalau “line clear” la, atau order mintak orang deliver.

Kalau deliver lambat, maka pukuI 1 lah aku makan. Curi – curi makan time zohor, paling teruk aku makan time asar. Terkejar – kejar. Itu belum lagi expectations nak mintak guru buat module, video, ABM semua. Selit – selit masa 6 jam yang ada dekat rumah lah cik oii nak siapkan, udahlah dekat sekolah ni dah penat takdak rehat, sambung pulak dekat rumah.

Mak, pak, abang – abang aku dah pening tengok aku. Macam mana guru – guru lama dekat sekolah ni bertahan, aku dah naik sesak, jiwa ni. MC pulak, tolak gaji. Tang ni aku tak tau kenapa. pekerja kontrak, memang tolak gaji, walaupun ada surat Dr.

MC kau depa simpan, gaji kau depa p0tong . Kau perlu ada MC untuk cuti, tapi gaji dip0tong. Kau takda MC? Gaji dip0tong + m4ki. Itu sahaja. Aku pelik. Aku biaq pi lah sebab aku ingatkan semua memang macam tu, rupanya tempat lain takdak aih lagu tu.

Dipendekkan lagi, di saat pandemik mula melanda dunia kita. Korang perlu tau satu fakta tentang sekolah swasta ni, pendapatan guru memang 100% berg4ntung pada yuran pelajar tau. H4ng bayar elok yuran anak h4ng, maka kami dibayar eloklah, itu yang sepatutnya.

Jadi takdak aih issue pandemik melanda ka, apa ka, kalau sekolah swasta tak hilang students (clients), dan kalau bayaran yuran takda sangkut mana – mana, mak ayah bayar yuran jelas dan elok. Maka Syarik4t, sekolah WAJIB BAYAR GAJI pekerja dengan penuh.

Tambahan pulak ada lagi bantuan kerajaan yang depa apply untuk tampung kerugian syarik4t, agar kesan pandemik ni tak jejaskan gaji pekerja, takdak yang kena buang kerja atau yang kena p0tong gaji. Tu dia. Sekolah kayangan ni h4ng tau dak, dari gaji basic aku RM1100, depa p0tong bagi RM800 saja tau.

Aku dah clueless awat teruk sangat. Kerja penat macam biasa, pelajar sama ja mai sekolah takdak berhenti pun. Aku syak mak ayah tak bayaq yuran la kot, terjejas pendapatan sekolah aku, kesian kami. Aku diam ja, tunggu tengok reaksi orang lain.

Yang ada anak 3, 4 dah mula teduh muka depa, aku yang ada anak hamster ni takpalah. Kereta pun, aku takdak kereta nak bayaq, rumah aku tak sewa, takda hantaq anak nursery atau tadika, komitmen aku ada motor ja.

Itu pun RM150 sebulan, mahal jugak bagi aku kalau dengan RM800 ni, minyak lagi. Bayangkan cikgu – cikgu lain yang bayaq sewa, air, eletrik, nursery, kereta, minyak, belanja sehari – hari? Workload sama. Aku tunggu ja berita yuran pelajar, dan kami dapat tahu yang yuran 100% langsai. Takdak issue yuran sangkut.

Dah tu h4ng terkesan apa nya dengan pandemik? Rupanya, depa nak pakai duit yang p0tong dari gaji kami untuk baiki electric pejabat pengurusan dan sewa bangunan. Kau nak jimat duit belanja wallet sendiri, kau pakai duit pekerja.

Ini bukan terkesan pandemik, ini mengambil kesempatan atas pandemik. Kalau kau nak baiki electric office kau, nak bayar bangunan kau yang takdak kaitan dengan kami dekat sekolah ni, bukan time pandemik pun kau perlu jugak baiki pakai duit syarik4t, bukan pakai gaji kami, pakai duit ang, duit syarik4t.

Macam manaa lah depa urus account depa ni, aku pun tak tahulah. Ada yang RM700 ja depa bayar, kurang dari itu pun ada jugak bila pandemik m4kin gawat, mula WFH lagi teruk, RM600 pun ada, alasan sama. Terkesan pandemik.

Banyak lagi kisah aku nak habaq tapi hati aku dah mula sesak nafas macam tr1ggered dengan tr4uma. Aku percaya tak semua majikan macam ni, tak semua sekolah swasta macam ni, member aku sekolah swasta rileks ja siap dapat elaun kesihatan, elaun macam – macam, dapat sumbangan lagi masa pandemik hari tu.

Tapi kita tak boleh nafikan yang penindasan sebegini wujud, dan masyarakat tak tahu realitinya, hitamnya permainan sesetengah majikan ni. Jangan normalisasikan semua ni, aku tak tau la kalau ada orang yang bahagia pergi kerja heret jiwa atas lantai untuk depa majikan ni pijak – pijak. Takdak rasanya.

Aku bercakap tentang realiti, semua orang bekerja nak dapatkan duit kerana Allah, pengalaman tu no 2 dah bila kau dah bekeluarga, atau merancang bekeluarga macam aku. Kalau duit pun kena rembat, tenaga dikerah extra kaw kaw, mentaI kena k0yak hari – hari, anak – anak pelajar pun kurang hormat, kau rasa aku ni kerja apa saja kat sana?

Cikgu ke, h4mba ke, guard ke, bibik? Gaji sukahati nak bayar ke tak nak. Terik4t kontrak lagi 3 tahun. Tak boleh discuss apa – apa sebab kau akan kena m4ki. Cuti kang, p0tong gaji. Tak perform kang, kena sound. Apa pilihan aku ada?

Nasib baik aku dapat tawaran jadi tutor, Gaji per hour dan sangat lumayan untuk WFH. Aku blah dari situ dan depa agak marah sebab akan kekurangan guru, namun aku tekad, tawaran tutor ni RM20 per hour mengajar sahaja, di rumah sendiri.

Dan aku boleh rekrut berapa banyak student yang aku nak d4rab RM20 per hour, berapa gaji aku sebulan. Tak mewah, tapi mentaI aku sihat. Berbanding di sekolah RM6 sejam, mentaI k0yak, ditindas. Aku anggap doa mak pak aku dimakbulkan dengan peluang kerja ni.

Aku blah, dan aku abadikan kenangan aku ditindas ni, di sini. Pesanan aku, lambakan kerja kosong guru swasta di luar sana sangat bagus untuk kau yang minat jadi guru, kau minat mengajaq, bagus aku suka h4ng semangat.

Tapi nasihat aku, h4ng risik – risik dulu, tanya dulu kiri kanan elok ka sekolah dekat sana. Tanya gaji dan rutin, serta kebajikan staff. Banyak kerja takpa, asalkan gaji jalan, dan kebajikan staff yang basic pun takpalah, macam MC ka, asal terjaga.

Nak tegas, majikan memang elok aih tegas, tapi jangan kuangajaq dengan staff. Kita institusi pendidikan, apa kita nak corak dalam jiwa pelajar kalau cikgunya pun mentaI. Risik – risik dulu. Kalau OK, proceed saja aku doakan h4ng berjaya.

Kalau ada pengurusan sekolah swasta kat sini tengah baca confession aku, if h4ng dan team buat yang terbaik jaga semua staff dan clients sama rata, sejuta tahniah alhamdulillah aku ucap untuk h4ng. Aku respect. Teruskan menjadi contoh, kami guru ni takkan selamanya berkhidmat, kami bawak pengalaman kami sebagai sebuah cerita, samada indah atau perit.

Kalau kebajikan kami terjaga, gaji helok, maka indahlah kenangan kami. Nama baik sekolah pun akan indah pada kami. Tapi, kalau ada yang membaca ni dari golongan majikan penindas, udah – udahlah tu. Hak – hak orang yang dizaIimi ni, semua menuntut dari h4ng nanti, doa – doa mereka makbul dan h4ng dalam bah4ya.

Sempurnakan semua hak mereka, perniagaan h4ng akan m4kin maju, in sha Allah h4ng percayalah cakap aku. Kewangan sekolah, syarik4t kena lah stabil, peluh kami keluaq sebab kerja, duit majikan pun kena keluaq untuk kami, bukan ambil mudah suka hati ja nak bayaq tak mau bayaq.

Kami dah ayaq mata d4rah keluar ni. Jangan berniaga, jangan ambil pekerja kalau h4ng takda duit nak berniaga dan hire pekerja. Tak baik zaIim pada orang. Aku Jemah, dan aku harap takdak orang lagi yang terkena macam aku.

Orang lain lagi teruk pengalaman kerja, ada sampai kena s3xuaI har4ssment, dipecat dalam masa 24 jam sebab sapa majikan semasa bekerja, pelik – pelik dan menggeramkan semuanya. Ya, pengalaman aku ni tak teruk sangat, tapi sejauh ini pun dah buat aku terlalu sesak nafas, terutamanya bila aku mula persoalkan diri aku, aku ni nak m4ti di gate sekolah ka haha, sampai k0rbankan hidup untuk kerja.

Majikan buat tak tahu tentang hak aku, aku bersusah payah jaga syarik4t depa, walau duit hak aku depa “makan”. Alhamdulillah dah bertahun – tahun aku tinggalkan kerja tu. Sekarang aku gembira dan lega bekerja sendiri.

Doakan aku dapat kerja government tau. Aaamiin. Korang hati – hatilah. Nak sign contract, baca dulu. Ambil copy contract, simpan. H4ng perlu tahu hak h4ng, supaya tak dipijak. Good luck kepada semua, semoga Allah jaga kamu semua, termasuk aku. Jemah hadir, jemah undur diri. Assalamualaikum. – Jemah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mohd Hafez Ripin : Ok ini kisah cikgu di sekolah kerajaan. Cikgu sekolah sekarang bukan lagi penat kerana mendidik anak bangsa tetapi penat kerana nak kena jadi kerani, pembantu perubatan, tukang kebun, pemandu dan cleaner.

Bila pegawai PPD dan JPN nak turun ke sekolah, cikgu kena buat kertas kerja tu kertas kerja ni, siapkan fail tu siapkan fail ni, lengkapkan data tu lengkapkan data ni supaya semuanya nampak indah dan sempurna di mata pegawai walaupun pada hakik4tnya sekadar propa je semua tu.

Bila nak bukak sekolah, cikgu kena jadi cleaner untuk mop lantai, sapu debu kat tingkap, cuci meja kerusi murid. Nazir akan datang untuk buat tinjauan dan sampai akan ambik jari lalu tenyehkan pada tingkap untuk lihat sama ada masih ada debu atau tidak.

Bila nak buat hari sukan cikgu la kena mesin rumput kat padang, buat line keliling padang dan siapkan khemah serta pentas untuk majlis. Bila murid dah nak masuk sekolah, cikgu la yang kena jadi Pembantu Perubatan untuk ambil sampel air liur budak untuk test kooviid.

Cikgu la yang kena temankan budak gi cucuk vaaksin, cikgu la yang kena tunggu budak dalam bilik kesihatan bila budak demam dan cikgu la yang kena call mak bapak datang ambil budak yang tak sihat di sekolah. Bila budak nak gi masuk pertandingan ataupun acara sukan di peringkat daerah dan negeri, cikgu la yang kena jadi pemandu guna kend3raan sendiri.

Dan bila terjadi kemaIangan, cikgu juga kena tatatertib kerana budak – budak tu tak dilindungi insurans. Peratusan tugas cikgu untuk mengajar dan melakukan sesi PdP cuma bersisa lagi 50%. Selebihnya cikgu menjawat jawatan yang aku sebutkan di atas. Cuma Alhamdulillah, bab kebajikan seperti gaji, elaun dan kemudahan lain kerajaan selaku majikan masih jaga dengan rapi. Sekian.

Lisa Mby : Pernah jugak pengalaman dulu mengajar dekat sekolah agama tahfiz swasta ni. Masa interview tu memang mohon untuk jadi kerani. Last – last.. 2-3 mggu bekerja dia suruh kita mengajar plak, sebab kekurangan guru.

So time tu approve je la kan. Tapi lama – lama semua kerja kena buat lari dari skop kerja sebenar. Kena jadi cleaner, jadi penjaga budak – budak, kalau salah sikit marah guru – guru depan pelajar dan tolak gaji. Pengetua mengumpat guru sana sini.

Selama 10 bulan jugak bertahan. Pengurusan yang agak diktator, lagipun sekolah tu parents bayar mahal – mahal, tapi pengurusan berterabur, tak sistem4tik. Setiap bulan pelajar kena hadap exam. Guru – guru setiap bulan takde rehat dok hadap paper. Fuhhhh cukup la 10 bulan mend3rita.

Saya cikgu sekolah antarabangsa tapi bukan sekolah swasta agama lah yang teruk gini. Budak – budak masuk pukuI 8, kami cikgu – cikgu masuk 7.45. Yang kena bertugas pagi masuk 7.30. Budak balik pukuI 3 dan guru – guru balik pukuI 4 petang.

Takde istilah atau stay back lebih dari pukuI 4. Walau sekolah antarabangsa, sekolah tetap warning ibu bapa amik anak on time. Kalau lambat parents amik dari pukuI 4, kite cikgu – cikgu tetap balik on time pukuI 4. Yang budak – budak balik lebih pukuI 4, ade security yang jage kan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.