Dari sebelum kahwin sampai dah kahwin isteri pertama asyik ser4ng aku je dan aku banyak bersabar. Bila suami sampai giliran rumah aku, dia akan call kata anak demam. Mula – mula aku percaya, tapi masuk kali keempat aku guna taktik sendiri. Kepada madu – madu lain, boleh guna taktik aku..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua! Aku nak kongsi kisah aku, suami dan madu aku. Aku dah banyak baca confession sebelum ni, belum ada yang meyerupai kisah aku.Tujuan posting bukan hendak minta nasihat, sekadar nak kongsi satu lagi kisah, buat pedoman dan renungan.
Cerita 6 tahun lepas, hubby (masa tu belum lagiIah) ada advertising company, jadi masa tu abang aku nak promoting sesuatu. Aku plak baru habis belajar, sementara nak kerja betul – betul, kerja dulu dengan abang. Pendekkan cerita, aku jumpa dengan suami masa itulah.
Umur aku 24 tahun, dia pula 43 tahun. Memang sah – sah aku tahu dia sudah berkeluarga kerana ada gambar dalam pejabat dia. Selepas 6 bulan keluar, dia putvskan nak jumpa ibubapa aku. Aku bawa ke rumah, tapi sebelum tu memang dah cerita latar belakang suami aku yang dah beristeri dan ada anak.
Semua family memang tak setuju. Tapi aku pujuk, jumpa dulu. Jumpa pertama kali, memang dingin sangat – sangat. Memang tak berjalan lancar. Abang memang marah, dia kata menyesal ambil company tu masa tu. Kami tak putvs asa.
Jumpa lagi dan lagi dan lagi. Apa saja aku buat aku cerita pada family. Aku nak tunjukkan aku tidak membelakangkan keluarga. Entah macamana, nak dijadikan cerita, mungkin Allah nak memudahkan jodoh kami, anak jiran lari kahwin ke Siam sebab mak ayah tak restu dia nak kawin dengan seorang duda.
Masa tu ibu aku macam takut aku buat perkara yang sama kot. Dan masa tu juga hubungan kami dah berlanjutan sampai setahun. Akhirnya, aku berjaya pujuk family aku. Sekarang beIah suami plak. Bapa dia. Ibunya dah tak ada, jadi dia bawak aku jumpa bapa dan makcik pakciknya sahaja.
Tak ada masalah dari pihak sebeIah sana. Lepas tu, kami mula berbincang, kahwin secara rahsia atau berterus terang. Konon – konon nak bertimbang rasa, kami putvskan untuk kahwin terang – terangan. Suami bagitahu isterinya (mereka ada 4 orang anak, isterinya surirumah sepenuh masa).
Tak payah nak cerita panjang, sah – sah memang tak bagi, per4ng besar, isteri angkut anak – anak balik kampung. Umur isteri masa tu 40 tahun. Suami pergi pujuk isteri pertama kat kampung. Bla bla bla, berlanjutan benda ni, lari balik kampung selama 3 bulan.
Mungkin isteri pertama terfikir, kalau dia bercerai pun memang susah sebab dia surirumah, tak ada kelulusan, anak 4 orang pulak tu. Jadi dia putvskan untuk main kasar dengan aku. Dia datang ke ofis aku (ofis abang aku sebab aku tak jadi nak kerja tempat lain) meng4muk – ng4muk.
Aku biarkan saja. Sebab aku belum kahwin dengan suami dia, jadi apapun aku tak ada hak nak buat atau cakap. Rasanya 2 kali dia datang ofis, sekali dia meng4muk kat tepi jalan, masa tu aku baru keluar lunch dengan suami dia.
Dia pergi pejabat agama dan mengadu atas nasihat kawan – kawan dia. Suami dipanggil ke pejabat agama juga. TIADA KES. 5 bulan lepas tu, dia izinkan (lepas pujuk dan nasihat oleh saud4ra mara) dengan meletakkan pelbagai syarat.
Antaranya, dua – dua rumah mereka ditukarkan ke atas nama dia. Dan naikkan elaun bulanannya. Aku cakap pada suami, berikan saja. Maka kami pun nikah. Dah nak masuk 4 tahun. Ada sorang baby, nak masuk 15 bulan sekarang ni.
Sementara rumah yang dibeli suami untuk aku siap, aku menumpang di apartment mereka (yang selama ni kosong), diorang duduk rumah lain. Apartment tu dibeli untuk investment saja. Isteri pertama meng4muk tak bagi.
Aku kata, oklah kalau tak bagi, aku akan minta abang cari condo untuk aku menyewa. Dia calculate, kalau aku minta sewa kat condo, lagi banyak bayaran bulanannya. Jadi dia izinkan (dia tak tahu kami dah beli rumah lain dan menunggu rumah itu untuk siap).
Bukan nak memburukkan. Masuk saja rumah, aku rasa macam tak masuk rumah. Kain baju anak – anak merata – rata. Dekat tangga rumah berg4ntungan. Aku tanya suami, kenapa tak berikan maid. Dia kata isteri tak mau.
Tapi aku fikir pulak, kakak aku surirumah dengan anak 6 orang, tapi rumah bersih dan teratur. Tak ada maid jugak. Aku nak bersangka baik, aku anggap mungkin jadi macam tu lepas suami dia buat keputvsan nak kahwin dengan aku.
Lepas tu, aku ada borak dengan adik beradik suami, aku cerita pada mereka, aku dah pergi rumah ‘Jane’ (isteri pertama), diorang senyum je. Aku tanya kenapa? Diorang kata, dah nampak dengan mata kepalalah yer. Baru aku tau, isteri pertama memang dari dulu tidak pandai berkemas dan tidak kisah tentang penampilan diri.
Isteri pertama ni, suka betul datang rumah jerit – jerit kat carpark. Aku tak salahkan dia, dia tak belajar tinggi, mungkin pemikiran dia berbeza. Aku dah tak larat nak main mengalah, jadi aku pun mula pasang t4ktik. Ini t4ktik isteri pertama, bila suami dia bersama aku, giliran aku, selalu call kata anak demam.
Kalau ada madu – madu yang kena macam ni, ikut apa yang aku buat, hehe.. Masuk kali keempat dia guna alasan anak demam, aku kata pada suami yang aku nak ikut suami balik sana. Kalau betul anak dia demam, aku sanggup balik naik teksi.
Sampai sana, meng4muklah Jane tengok aku ikut, aku kata, bawalah anak ke kIinik. Jane kata tak perlu, sebab semua ubat dah ada. Aku nak jugak bawak kIinik, suami bawak, tak ada temperature pun, huh nampak sangat menipu!
Jadi aku bawaklah suami aku balik. Lepas tu, dia tak berani guna alasan tu lagi. Sebab isteri pertama tak mahu berlembut jugak, aku jadi bosan. Masa mengandung, aku berhenti kerja dengan abang aku. Aku minta dekat suami nak kerja di syarik4t dia pulak.
Mula – mula ingat nak jadi sekretari jer, tapi sayang dengan kelulusan yang ada, aku buat marketing. Isteri pertama dapat tau, dia meng4muk lagi. Lantak ler. Sekarang aku pegang akaun suami, tapi suami letak syarat, kalau aku bagi kurang pada isteri pertama, dia akan ambil balik semua akaun dia.
So far, aku tak pernah bagi kurang pada Jane, malah kalau dia nak beli apa tambahan, aku bagi jer. Ni dia belum tau, kalau dia tau, sah meng4muk lagi. Aku nak berhenti kerja sekarang ni. Isteri pertama dapat tau, itu pun dia ng4muk jugak.
Hahaha, takut sangat belanja dia kurang kalau aku berhenti kerja. Aku call dia, aku cakap aku nak ambil maid, dan nak cadangkan kami kongsi maid tu. SebeIah siang di rumah aku, jaga anak aku. Petang kami hantar maid ke rumah dia, buat kerja – kerja rumah dan bersihkan rumah dia yang berselerak.
Dia tak mau. Tapi aku dah tanya suami, suami kata, bagus juga rancangan ni. Tunggu jelah nanti. Itu baru satu dua keburukan. Lagi hmm.. dia ni dulu memang slimlah, tak kurus, sedap – sedap je badan tapi sekarang ni tak tahu nak cakap.
Bila cakap dengan aku pun, aku boleh bau badan dia. Pastu dia selalu pakai baju yang memang tak sesuai untuk dia. Aku ni, punyalah ajak dia join pergi aerobik. Dah pulak dia kata aku nak menghabiskan duit suami. Macam masa raya tahun lepas, aku ajak dia pergi tailor sama – sama, dia buat b0doh sombong.
Macam mana aku nak ajar dia perbaiki diri kalau dia sendiri tak mau. Memang dah rasa macam give up nak ajak dia sana sini lagi. Lagipun pernah jugak aku nangis depan suami lepas kena m4ki sebab aku bagi perfume masa birthday dia (isteri pertama).
Suami kata, salah aku, dah tau Jane macam tu, lagi aku nak bagi. Rasa macam nak jerit, ya ALLAH kak Jane, bukak le mata, u have everything, u nak beli apa pun boleh, tapi kenapa tak sayang diri! Kalau bukan untuk suami, buat semata – mata untuk feel good about yourself.
Badan berubah lepas bersalin, itu memang boleh dimaafkan, tapi bau badan, bau breath, kena buat sesuatu pasal benda tu! Dalam kes aku, anak – anak sebeIah isteri pertama tidak terjejas apa – apa sebab (maybe ni kebaikan isteri pertamalah), mereka tak ada halangan untuk datang ke rumah aku.
Agaknya sebab mereka kecil tak pandai member0ntak, masa kami kahwin, yang sulung berusia 8 tahun, dia yang paling baik dengan aku. Yang lagi tiga, lelaki sekarang darjah 6, 4 dan 1. Bila aku dapat baby si kakak memang rajin datang rumah sebab nak main dengan baby.
Jadi memang tak nampak apa – apa kesan, si kakak memang dah pandai, kalau cakap dengan tok dia, dia akan mention aku ‘mummy muda’, so maknanya dia fahamlah. Macam aku pun, kalau shopping, memang tak lupa belikan untuk semua anak – anak, tak ada istilah anak tiri pun.
Aku tengok, kalau madu saya meng4muk, dia tak libatkan anak – anak pun. Pernah sekali tu, saya janji dengan si kakak, nak bawa pegi gunting rambut. Entah apa ribut, si kakak call, minta saya jangan datang, mak diorang tengah meng4muk, tapi dia guna ayat, “bulan mengambang, nanti kakak pujuk, kalau tak ok gak, kita keluar esok ye”. Itu jelah, tak ada apa – apa yang kritikal pun.
Sambungan.. Dulu sebelum suami berkahwin dengan aku, hidup dia bercelaru, sentiasa muram. tidak terurus. Selepas berkenalan dengan aku, dia rasa m4kin ceria. Masa buat keputvsan nak kahwin, walaupun mendapat tentangan hebat dari bekas isteri pertama, kami teruskan juga.
Tapi lepas berkahwin, tidak juga berapa nak bahagia sebab isteri pertama selalu buat kacau. Sewaktu dengan aku dia happy, bila balik sana, kelam kabut. Tambah – tambah bekas isteri pertama selalu ser4ng – ser4ng aku.
Selepas beberapa tahun bertahan, mereka bercerai juga. Dan suami kini memang ceria dan bahagia. Apatah lagi anak – anak bersama bekas isteri pertama menganggap aku juga ibu mereka. Jadi sentiasa ingat, apa yang terjadi itu ada hikmahnya.
Allah pun tidak suruh kita berputvs asa. Kalau suami rasa tak bahagia, dia boleh berusaha mencari kebahagiaan. Macam suami aku, kalau dia tak mencuba, mana dia hendak tahu, kebahagian dia adalah dengan aku? InsyaAllah
Komen Warganet
Wawa niesa : Ini kes kedua i dengar pasal 1st wife tak kemas rumah.. hmmm tapi bukan alasan untuk kahwin lain. Suami tu tolong ler kemas bersama – sama. Jane pun boleh tahan eg0nya. U pulak memang penyabar, tapi jangan burukkan madu u.
She’ve gone thru yearsss with ur husband. Put urself in her shoes. Idea maid tu pun i rasa bagus gak, tapi 1 cara nak solve problem maid ni u sendiri ‘tanya’ madu u. Jangan terus ‘beritahu’. Sebab orang ber-eg0 ni tak suka di arah.
Nanti dia make assumption that u ni control the situation. A.k.a queen control. Selama ni dia queen, tiba – tiba takhta dikongsi. Kuasa dah kurang. marah lah. betul, tak? Soft approach is the best. Ooh… gaji maid kena lebehh tau!
Lydia : Mak and bapa aku dah 26 tahun kahwin dan kahwin pun bukan atas dasar diorang suka sama suka.. family arrangement. Tapi dalam masa kawin tu bapa aku tak pernah complain apa – apa pasal mak aku cuma mak aku jer lah.
Biasalah.. orang perempuankan. Mulut mana reti nak diam. Ada jer macam – macam tak kena. Mak aku ni pulak mulut boleh tahan laser. Kalau korang tengok umah aku, lagi teruk dari umah orang lain. Dengan sepahnya macam tongkang pecah memang dah boleh buat apa.
Nak kemas macam rumah orang lain pun adalah sebulan 2 kali baru nampak seri. Takpun hari raya ker. Kenduri ker. Macam – macam tu je lah. Dan mak aku ni pun bukan pandai melawa sangat. Pakai tudung labuh pulak tu.
Mak aku pulak kena jaga 7 orang anak dan dia pun ada 2 cucu dan now dia pun keje lagi. Then, balik keje penat. Rumah dengan tak kemas macam sarang tikus tapi bapa aku tak salahkan mak aku sebab dia cakap mak aku penat.
Lepas tu dengan nak masak lagi. Kadang – kadang tak masak sebab tertido. Yang bapa aku ni pulak kadang – kadang boleh cakap camni.. “Kalau penat hari ni takyah masaklah. Kita beli jer kat luar..” Boleh kata makan kat luar tiap – tiap hari pun takper tapi jangan ganggu mak aku kalau dia penat.
And bapa aku paling tak suka orang s4kitkan hati mak aku. Dia cukup pantang sangat. Dulu bapa aku dah amik maid tapi semua maid lari sebab per4ngai adik – adik aku yang giIa – giIa tu. Sapa boleh tahan.. sampai mak aku kena cuti seminggu jaga adik – adik aku tapi rumah still macam tu sebab bapa aku cakap bukan senang nak jaga anak.
Lepas tu mak aku tu kan tak pandai nak melawa tapi dia bertudung labuh dan bapa aku selalu pesan dekat aku dengan adik aku… “cuba jadi cam mama korang ni..” Sebab aku dengan adik aku ni nak pakai anak tudung pun susah.
Then, semua harta – harta yang bapa aku ada, duit – duit dia, gaji dia tiap – tiap bulan, tanah yang dia ada semua dia dah bagi kat mak aku. Dia cakap dia takde aper pun takper janji mak aku bahagia. Tulah.. aku susah nak cari contoh terbaik bapa aku.
Kalau ada, memang aku rasa aku orang yang paling bahagia sekali kat dunia ni. And bapa aku selalu cakap kat mak aku even dia kaya camner sekali pun dia berharta dia bukan jenis nak kahwin 2 – 3 kalau dia mampu sekalipun.
Because dia ada 7 lagi orang kat bawah dia which is anak – anak dia yang dia kena jaga hati masing – masing and dia nak hidup sampai m4ti dengan mak aku. Tapi mak aku selalu cakap camni kat adik – adik aku. Dia cakap bapa akulah orang yang paling baik sekali yang dia pernah jumpa cuma dia jer kadang – kadang tak pernah layan bapa aku dengan baik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.