2 minggu kenal dah buat aku jadi bibik, 1.5k habis. Paling tak sangka dia suruh aku jaga burung2 dia

Aku kenal dengan ‘boyfriend’ aku ni dekat portal cari jodoh. Kali pertama jumpa, memang cun, budak masjid! Terus dia buat undang – undang setiap hari wajib dating dari pukuI 8pagi – 12 malam. Balik rumah kena bergayut lagi sampai tertidur..

#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum. Sejak akhir – akhir ni banyak aku baca confessor yang cerita pasal laman web cari jodoh khususnya BaituIjannah. Aku tak salahkan portal ni. Tapi ketahuilah bahawa setiap manusia itu per4ngainya berbeza.

Tak semestinya yang masuk portal tu semua betul – betul ikhlas, layak untuk cari jodoh. Aku pun dulu pernah terjebak dengan portal ni (selepas banyak kali dikecewakan) tapi maIangnya terkena dengan mamat psik0. Aku namakan dia dengan Haris lahh senang yee.

Sudah tentulah bukan nama sebenarnya. Maaf ye pada yang bernama Haris. Masa awal – awal aku masuk portal tu, aku kenal dengan Haris. Muka memang helokk. Kalau sesiapa yang pernah join portal ni mesti tahu yang sesiapa yang masuk, tidak dibenarkan untuk contact di luar.

Maksudnya hanya borak dalam tuu je. Tak boleh bagi nombor telefon atau apa – apa yang personal. Berbalik pada Haris, awal – awal dia nak mintak fb aku. Aku masa tu tak fikir apa lah, bagi je. Pastu start berhubung. Kebetulan Haris ni duduk dekat je dengan rumah aku. Lebih kurang 15 min je.

Dipendekkan cerita, pertama kali aku jumpe, nampak lah dia ni budak masjid. Tiap waktu pergi masjid. Okay dah cun. Mula – mula jumpa tuu, kitorang tiap – tiap hari dating dari 8 pagi – 12 malam. Mesti korang fikir aku tak kerja kee.

Masa tuu aku cuti sem sebenarnya. Tapi lagi 2 minggu nak naik sem lah kononya (gatai nak cari jodoh hahaha). Dating waktu tu okay je. Tapi dah hari – hari aku dah mula rasa tak selesa. Dia ni baru nak cari kerja. Jadi, aku lah yang tolong buatkan resume, update SPA untuk dia, hantar dia pergi hantar borang kerja dan sebagainya. Balik terus dating.

Makan – makan dan aku mula rasa sesuatu yang tak kena pasal dia ni. Sebab duit dia tak pernah keluar se sen pun! Dia ada kereta, tapi tak pernah offer ambik aku. Aku je yang kena ambik dia kat rumah dia setiap hari. Itu satu hal, nak makan pun sama.

Dia pernah nak makan makanan korea, aku pun okay je layan, akhirnya aku jugak bayar. Mukaa diaa banyakkk happy yee. Duit aku yang susut. Hahahaha. Macam aku cakap kat atas, kami dating sampai 12 malam. Jadi kena makan malam lah kan, akuu jugak keluar duit.

Kadang – kadang aku saja order air masak, dia yang order sedap – sedap. Tiba – tiba muka aku jugak yang bayar. Hahaha.. Malam lepas makan, hantar dia balik dan sampai rumah kena bergayut dengan dia sampai tidur. Benda ni berlarutan seminggu.

Aku dah mula rasa tak tahan bila aku rasa dia cuba gunakan aku dan kongkong aku. Aku nak jogging dia tak bagi, lepas tuu marah – marah aku sebab senyap – senyap pergi jogging. Lepas tu dia akan suruh aku minta maaf dengan dia.

Nak minta maaf ada skema yee anak – anak. Kena minta maaf, pastu nyatakan kesalahan dan akhiri dengan penyesalan dan tidak akan ulangi kesalahan itu. Aku dah mula rasa tak tahan. Dia juga kuat cemburu walaupun dengan abang aku sendiri.

Pernah satu hari, abang aku balik dari kerja (dia kerja jauh, seminggu sekali je balik rumah). Aku awalnya dah janji dengan Haris nak pergi bank sama – sama. Tapi sebab tetiba abang aku balik, kena lah tolong masakkan.

Pastu aku cakap lah sorry tak jadi teman. Kena masakkan abang saya. Lepas tu dia tetiba angin. Cakap aku lebihkan abang aku. Hahahahah tu abang aku kot. Adik mana tak sayang abang. Dan kau pun bukan ahli keluarga aku pun memang lah aku lebihkan abang aku kan.

Dia pun cemburu dengan kawan – kawan baik aku yang semuanya perempuan. Dia tak bagi aku jumpa kawan – kawan aku sekejap pun. Kena jumpa diaaa je hari – hari. Siap hasut kawan – kawan aku tu akan tinggalkn aku.

Alhamdulillah sampai sekarang masih elok berkawan dan jumpa lagi. Dan per4ngai dia yang paling pelik, bila malam masa bergayut dengan dia, diaa akan jadi lelakii yang ‘gatal’. Cakap benda – benda Iucah macam, ‘malam – malam awak pakai bra ke? Nanti dah kahwin jangan pakai tau. Panties pakai kee? Malam – malam nanti abang bukak kay’..

Korang boleh bayangkan takk apa aku rasa masa tuu. Seramm dooooo. Banyak benda psik0 dia buat. Hubungan terp4ksa ni hanya berlaku 2 minggu jee. Dan aku berhabis duit sebab dia dekat 1.5k (B0dohnya sis) tapi alhamdulillah benda ni dah berlalu 3 tahun lalu.

Tapi aku tahu jee dia ada sebab masih friend dengan aku kat fb ni. Dalam masa 2 minggu jee tapi aku boleh bayang tersiksanya aku waktu tu. Ingatlah, budak masjid ke apa kau jangan cepat nak tertarik. Dapat jenis camni mer4naaa. Kalau ada yang nak aku cerita kisah pelik dia lagi boleh lah komen. Untuk peringatan bersama.

Sambungan… Haii tergelak jugak baca komen – komen  dari akak – akak dan abang – abang. Ada jugak yang kecam. Takpee sebab kisah pun 3 tahun lepas. Jadi alhamdulillah sekarang mungkin lebih matang dan difikirkan balik, kalau benda ni tak jadi aku mungkin takkan jadi lebih peka dan mampu bagi pengajaran pada semuaa.

Pertama sekali, ramai jugak yang tanya berani jugak keluar 8 pagi – 12 malam. Aku buat apa sebenarnyaa.. Haaa macam niee.. Tak dinafikan, ada jugak salah aku dalam hal ni. Sebab ikutkan sangat keinginan diaa untuk berjalan – jalan, berborak dan sebagainyaa.

Aku pun pernah terfikir masa tuu kenapa gigih sangat dok keluar dengan diaa sampai tengah – tengah malam. Sebab sump4h penat nak m4tii yee keluar seharian. Tapi dah nama pun psik0, dia akan psik0 kau lah. Cakap dia nak habiskan masa lah, tak sempat jumpa lah apa lah.

Perlu diingatkan semula bahawa aku pun manusia biasa. Nak jee tinggalkan time tuu, tapi fikir sabo japp aku masih boleh bertahan lagi. Psik0 dia ni sampai dia anggap aku bini ataupun bibik diaa. Kalau korang nak tahu, dia ada bela burung parrot. Kecik – kecik smuaa.

Dan kan aku masa tu cuti sem, dia suruh aku jaga semua parrot tuu kat rumah aku. Masa ni dia dah dapat kerja. Kiranya dekat rumah, aku dah macam suri rumah pulak. Membasuh mengemas pastu kena jaga semua parrot dia. Bagi makan apa semuaa. B0dohhnyaa sayaaaa.

Kan aku cakap tadi dia dah dapat kerja kan, aku ingat beban aku dah kurang sikit nak keluar dengan dia. Tanggapan aku salah rupanyaa. Pagi – pagi aku kena keluar pukuI 7, ambik dia dekat rumah hantar dia pergi kerja, pastu petang pukuI 5 aku kena ambil dia balik.

Kemudian pergi makann. Pastu solat apa semua, jalann lah sampai malam. Sump4h masa tuu mentaI t0rtured. Pernah satu hari aku macam tak tahan, aku bersuara pasal hal keluar hari – hari. Aku ambik dia balik kerja, aku terus cakap nak makan area rumah je.

Kemudian tetiba dia cakap, ‘kenapa buat keputvsan tak bincang dengan abang? Tak tanya abang nak makan kat mana dulu apa semua?’ Dengan nada yang marah. Aku tiba – tiba naik angin sebab dia fikir tekak dia je. Sepanjang aku nak hantar balik tuu, aku meng4muk menjerit apa semua sebab dah tak tahan.

Mungkin masa tuu pukau dia dah tak lut dekat aku kot. Kemudian dia buat – buat nangis cakap aku tak ikhlas apa semuaa. Dramaaaa sangat hahaha. Psik0 seterusnya ialahh bila satu hari aku demam. Aku tak jawab call dia apa semua.

Dan dia dengan gigihnya contact kawan baik aku dekat fb untuk tahu rumah aku. Bff aku memang tak bagi lahh alamat sebab aku duduk sorang kat rumah. Dan masa tu pun pukuI 11 malam. GiIoo apa jantan nak datang. Dia nak datang tu sebab nak bagi makanan lah. Bubur je pun.

Kemudian kawan aku suggest suruh pass kat dia dan kawan aku aku sendiri akan datang rumah aku. Pastu, tak pasal – pasal kawan  aku kena m4ki sebab tak nak bagi alamat. Kawan aku dah datang rumah aku sebenarnya lepas dia tahu aku demam dan dah bawakkn burger time tu.

Bila si psik0 ni tahu kawan aku datang bawak makanan, dia terus meng4muk. Aku tak tahu apa jadahnya dia nak meng4muk. Lepas aku tanya, dia cakap nanti aku tak hargai makanan dia. WATDEHEKKK HAHAHAHAHA.

Mesti korang tertanya aku duduk sorang ke, mana family. Sebenarnya aku duduk rumah makayah aku la. Mak aku time tu pergi haji. Jadi aku rasa doa mak aku menyelamatkan aku dari baIa si psik0 ni sebab hari – hari aku wassap mak aku doakan aku kat sini baik – baik.

Walaupun 2 minggu aku hadap laki psik0 nie, aku redho jee lah. Pengalaman kann. Budak lagi time tuu. Sampai ke hari ni mak aku tak pernah tahu kes aku dengan si psik0. Jadi ending diaa, aku masuk je sem baru, aku cakap kat dia nak fokus dan aku cakap kitorang tak sesuai.

Kemudian dia cakap lepas ni kalau dia dah tak contact aku, maksudnya dia dah tak peduli pasal aku. Dan satu perlu dia tahu, AKU HAPPYYYY TIMEE TUU HAHAHAHA. Rasa macam baru baik dari kena pukau.

Kesimpulannya, aku harap jadikan kisah aku ni pengajaran khususnya pada golongan muda yang baru nak cuba. Lagi – lagi yang tak pernah bercinta. Jangan semudahnyaa percaya. Betul kata – kata komen tuu, tapi jangan kecam aku hahaha sebab aku pun rasa b0doh jugak masa tu.

Aku percaya ada hikmah semua benda terjadi. Lama – lama kita akan jumpa yang terbaik jugak kan. Jangan desperate macam aku dulu. Nak bercinta je tak jadi sebab awal – awal dah kecewa. Hahaha takpe sis sekarang alhamdulillah dah bahagia. Doakan baik – baik yee. Terima kasihh kerana membacaa. Assalamualaikum – Hampir Menjadi M4ngsa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suzana Haney : Aku pernah terkena gak kes macam ni. Konon – konon bila dah couple, hubungan selain dari tu kena putvskan. Kena focus pada dia je. Kena ikut cakap dia, kena hormat dia, kena tolong kalau dia minta. Aku terus wth. Haha. Lu pikir lu siapa?

Aku layankan je dulu nak tengok sejauh mana. Muka alim ya amat, sejuk mata memandang tapi malam – malam dalam call dia punya Iucah tak ingat ner4ka. Aku siap bukak loud speaker nak bagi housemate aku dengar. Haha.

Yang best, tiap kali keluar makan, nak makan sedap mewah je. Aku pun apa lagi, pura – pura takde duit la. Siap tunjuk beg duit kosong bila bil sampai padahal duit ada je sembunyi tempat lain. Ewah nak aku bayar pulak ye. Dia yang beria ajak nak makan sedap – sedap.

Aku makan kat mamak pun dah happy. Last – last, aku cakap kat dia, aku nak putvs. Semak la tiap – tiap hari nak kena bagi report, nak dengar dia membebel tiap – tiap hari, nak dengar dia meIucah malam – malam. Pastu kena la sedas dua m4kian konon aku perasan cantik, dia couple dengan aku sebab kesian takde siapa nak kat aku.

Aku gelakkan je. Aku cakap kat dia, kalau per4ngai kau tu yang tak berubah, silap – silap kau yang membujang sampai ke tua. Takpun kawen cerai, kawen cerai. Masin mulut aku, memang sampai sekarang tak kawen – kawen. Ingat power sangat nak m4ki – maki orang. Silap la.

Eiyna Rashid : Aku rasa best je cerita ni, kelakar. Boleh bagi kesedaran untuk sesiapa yang terdesak nak cari j0doh tapi terlalu cepat menilai seseorang. Sekurang – kurangnya dia dah sedar, kita ni haaaaaaaaa. Rambang mata bebenor, pantang senyum manaih terus angau!

Puan Zuera : Pas tu parrot dia tu pulang balik ke jual? Ye la, masa bercinta semua manis kan.. Jadi bibik, bank dan driver pun tak kisah. Mujur cepat tersedar. Kalau tak ntah kau jadi apa pulak sekarang ni, mungkin guard, penjaga zoo, pomen agaknya. Pengalaman pahit tapi bila dah tersedar macam ni kelakar juga kan.. Semoga jumpa jodoh yang sesuai.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.