Terk3jut saya bila bahu saya ditepuk oleh sesuatu. Bila saya menoleh rupanya seorang anggota polis di belakang saya dengan rakan bertugasnya di dalam kereta peronda. Dalam perjalanan balik, tiba – tiba ada kereta dari belakang bagi high beam pada saya, pasti pemandu berkenaan nampak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt kepada FB dan pembaca setia sekalian. Syukur diberi kesempatan untuk berkongsi sebuah kisah yang benar tentang kejadian misteri. Jika anda penduduk KKB atau rasah pasti anda pernah dengar kisah tentang kedai makan bunian di jalan Rasa – KKB.
Mana yang pernah alaminya pasti tidak akan lupa, begini kisahnya. Ketika itu tahun 2016 dan saya masih bekerja makan gaji. Setiap hari saya akan berulang antara Tanjong Malim dan ibu negara demi mencari sesuap rezeki.
Setiap hari juga saya habis kerja pukuI 12am dan akan melalui jalan ni antara pukuI 1.30 pagi hingga 2.00 pagi. Sudah banyak kisah saya dengar dari mulut orang di situ tentang kedai makan bunian ni, namun saya bersyukur kerana belum ditemukan lagi sehinggalah suatu malam ketika saya balik kerja.
Malam itu bulan mengambang dan jalan yang selalunya gelap agak cerah sedikit berbanding hari lain. Seperti biasa saya bawa motor balik kerja, bila saya melepasi di simpang Zurah, jalan dah mula gelap sedikit kerana dah masuk jalan rasah ke KKB.
Saya melepasi kedai Pak Man cendol yang berada di tepi jalan, keadaan masih sama. Tiba – tiba semasa saya melalui satu selekoh saya ternampak satu cahaya di kawasan macam lot kedai kampung tepi hutan. Adalah dalam 5 biji kereta dan 3 biji motor parking.
Saya pun berhenti dan parking, tekak teringin nak kena teh tarik, saya lihat jam dah pukuI 2 pagi. Saya parking motor dan buka helmet sambil turun dari motor. Namun saya berhentikan niat bila saya terpandang sesuatu di hadapan kedai itu.
Ada 2 buah patung harimau yang besar di tepi gerbang nak masuk ke kedai itu. Saya terk3jut dan melangkah ke belakang beberapa tapak. Saya teringat sesuatu di dalam kepala, kedai apa ni? Selama lalu jalan ni, tak pernah nampak, tiba – tiba ada muncul malam ni pula.
Hati dah tak sedap rasanya, lantas saya membaca beberapa surah dan p0tongan ayat sambil menutup mata cuba mengamati keadaan sekeliling dengan deria hati. Bila saya buka mata, saya dapat lihat orang yang di dalam kedai makan itu semuanya tunduk ke bawah dan mereka tidak bercakap sesama sendiri.
Semua berpakaian warna gelap dan tiada kanak – kanak, semua orang dewasa. Dan juga saya perasaan di dapurnya tiada orang yang masak tetapi makanan di meja pelanggan semua penuh. Muka mereka semua seperti gelap dan suram, saya perasaan motor dan kereta yang di parking semua kend3raan zaman – zaman dahulu.
Sebelum zaman proton lagi keluar. Kira kend3raan motor dan kereta klasik lah yang saya nampak. Saya mulai berpeluh dan tertanya kedai apa dan siapa punya? Kenapa malam ni pula muncul dan saya terus terfikir mungkin ini kedai yang orang situ ceritakan kot.
Kedai makan bunian yang selalu dijumpai oleh pengguna jalan ini. Lantas saya terus membuka gerak dan membaca ayat peIindung memohon dari Allah swt pertolongan. Saya sedar jika saya terus berdiam mungkin saya tak akan jumpa jalan balik.
Saya terus membaca zikirullah dan menvmbuk ke tanah sebanyak 3 kali dengan ucapan Laila ha illallah Allahu Akbar. Selesai saja saya terus membaca zikir Nabi Yunus dan memetik 7 helai daun dari pokok berdekatan. Daun itu saya hamparkan dan susun di depan saya atas tanah.
Dan saya mula bilang daun itu tapi gunakan kiraan yang salah. Saya sengaja kira terlebih 1 (ini petua yang saya dapat dalam ilmu hutan) cara untuk mengelirukan jin / makhluk ghaib ni kerana akal mereka tak macam manusia.
Saya kira berkali – kali dengan bilangan yang salah dan selang seli dengan zikir Nabi Yunus. Kedai itu masih lagi di depan saya dan rasa seram masih ada. Selepas beberapa ketika saya perasaan kedai dan kend3raan tadi semua dah hilang dari pandangan perlahan – lahan.
Terk3jut saya bila bahu saya ditepuk oleh sesuatu. Bila saya menoleh rupanya seorang anggota polis di belakang saya dengan rakan bertugasnya di dalam kereta peronda. Saya seperti baru tersedar dan perasaan bila polis tu tepuk bahu saya. Maka dialog saya dengan polis itu begini :
polis : assalamualaikum bang
saya : wassalamualaikum bang
polis : buat apa kat sini? abang okay ke?
saya : okay je bang, saja benti jap penat bawa motor dari KL
polis : biar betul bang, takkan berhenti kat sini. Abang tahu tak kat mana ni?
saya : ntahlah bang, gelap saya tak nampak.
Lalu abang polis tu suluh depan saya, nah tu dia jirat cina sebelum traffic light nak masuk KKB. Saya berhenti betul – betul di depan pintu masuk jirat cina. Lalu saya ceritakan apa yang terjadi, polis tu cakap dah ramai yang terkena dan dia cakap syukur saya tak masuk dalam kedai tu dan makan.
Silap – silap nanti jumpa saya dalam kawasan kubvr tengah makan ntah apa benda. Polis tu cakap masa dia nampak saya berhenti seorang diri, dia tegur dari dalam kereta tapi dia nampak saya macam sedang bercakap seorang diri.
Tu yang polis turun dari kereta dan tepuk bahu baru saya tersedar. Alhamdulillah syukur Allah meIindungi dari kejadian tersebut. Akhirnya polis itu offer nak temankan saya dari belakang hingga ke Tanjung Malim kerana mereka takut kejadian lain menimpa.
Saya menolak dan yakinkan mereka saya okay. Lalu saya meneruskan perjalanan ke Tanjong Malim, rupa – rupanya gangguan masih tidak habis. Saya perasaan ada 3 ekor jelmaan p0cong yang menumpang motor saya. Bacaan surah saya tak tinggalkan, gangguan itu sem4kin teruk sehingga p0cong tu ikut saya dari tepi motor.
Tiba – tiba ada kereta dari belakang bagi high beam pada saya, pasti pemandu berkenaan nampak apa yang menumpang motor saya. Signal tangan saya beri suruh p0tong laluan, tapi kereta tu masih tak nak p0tong. Dia asyik high beam pada saya, kereta itu ikut saya sampai ke Tanjong Malim.
Semasa dia p0tong saya di pekan, dia tunjukkan signal tangan suruh tengok belakang, namun saya tak nak layan dan angkat sebagai tanda terima kasih. Saya terus singgah di Masjid Tanjong Malim sehingga subuh untuk buang gangguan itu.
Selesai saja subuh, alhamdulillah saya dah boleh balik rumah dan tidur sebab kepenatan. Moral of the story, jangan lupa baca doa naik kend3raan dan sentiasa zikir ingat Allah swt untuk perIindungan dari sebarang gangguan dunia dan alam ghaib.
p/s: p0cong bukan lompat dekat – dekat macam hantu cina dalam tv tapi p0cong seret kaki dan hanya lompat jika jarak ke titik lain jauh. Dan ia adalah jelmaan j1n sy4itan bukan h4ntu.
Komen Warganet :
Izan Mohd : Saya pernah masuk ke gerai orang bunian kisah ni dekat 20 tahun lalu masa saya balik dari johor ikut jaaln lama antara yong peng ke pagoh berhenti solat sebab nampak kawasan surau lama tapi kawasan di situ macam kawasan perkampungan lama orang – orangnya pun baju dan tudung tutup kepala tapi tak bercakap semua senyap.
Lepas solat kami duduk makan di warong meja kerusi dari buluh dan kayu. Tak ada tegur menegur. Lepas makan masuk kerta kami teruskan perjalanan. Tiba – tiba jalan yang kami lalui dah cerah seperti tengahari ibarat dua alam dua waktu yang berbeza. Bila kami toleh ke belakang tak ada langsung kawasan yang kami berhenti hanya jalan raya dan hutan – hutan.
Mohd Fairuz : Jalan ni memang kawasan panas. Saya pernah alami sekitar tahun 2009. Otw ke tanjung malim pukuI 11 malam sampai di selekoh cendol tu tetiba pandangan gelap lepas nampak sekumpulan orang serba putih sedang rukuk di tepi jln. Nasib baik drive slow saya takbir sekuat hati baru nampak jalan.
Asrul Affendi : Saya pernah kena 2 tahun lepas. Masa tu saya dari kota bharu ke machang lalu jalan labok dalam jam 10 malam tertiba je hujan lebat sebelum jabatan timbang jpj saya pusing motor ke kiri terus masuk dalam kedai baiki kereta.
Dalam jam 11 malam hujan berhenti saya mulakan perjalan semula. Masa kat kedai baiki kereta tu ada 2 orang tak bercakap pun. Lepas saya keluar dari kedai dia saya berhenti tengok belakang ya Allah gelap gelita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.