Setiap kali bapak pergi kerja, aku akan rasa terancam dengan ibu. Aku akan duduk berkurung dalam bilik gelap sampai bapak balik tengah malam. K3ncing pun hanya dalam botol yang aku sediakan dalam bilik kerana takut untuk keluar. Sehinggalah aku kenal dengan seorang lelaki. Aku nekad nak ada anak luar nikah..
#Foto sekadar hiasan. Aku dulu seorang yang sangat sosiaI. Keluar masuk kelab malam dengan teman lelaki yang silih berganti. Berhibur itu cara aku untuk menjauh dari kekusutan dalam rumah. Aku dibenci oleh ibu kandung sendiri dan aku selalu dituduh peIacur yang ada hubungan sulit dengan bapa aku sendiri sejak aku umur 9 tahun.
Semua terjadi sejak adik bongsu aku dilahirkan, aku ada 4 orang adik beradik. Segalanya bermula sejak adik kandung ibu aku kerap datang rumah ketika ibu masih dalam pantang dan dia telah bawa cerita yang kononnya bapa aku ada perempuan lain.
Aku menjadi saksi atas segala cerita – cerita yang dibawa. Tidak sangka, cerita – cerita itu semua membuatkan ibu str3ss dan depr3ss yang menyebabkan aku yang dibenci. Bila aku lari ke rumah saud4ra mara yang hanya bersebeIahan, aku dihaIau kerana mereka rasa terganggu jika ibu aku datang cari.
Keselamatan aku tiada siapa yang peduli. Semua aku hadap sendirian kerana bapa aku kerja luar daerah. Aku hanya akan berkurung dalam bilik seharian dan hanya dapat makan pada tengah malam sebaik sahaja bapa aku pulang.
Aku mula tidak bertegur sapa dengan ibu kerana aku hanya diherdik, dimarah, dikutuk dan dih1na dengan pelbagai t0hmahan. Aku berkurung sepanjang hari. K3ncing pun hanya dalam botol yang aku sediakan dalam bilik kerana takut untuk keluar.
Segalanya berlanjutan hingga aku umur 17 tahun. Tingkatan 5, aku mula liar. Seorang sahabat aku yang sekelas sangat sosiaI dan ada ‘sugar daddy’. Selalu membawa aku ke pusat karaoke dengan teman lelaki mereka. Kecuali aku, sekolah menengah aku tiada teman lelaki.
Yang menjaga aku adalah sahabat baik aku. Walaupun dia ambil d4dah dan ar4k, dia sangat – sangat meIarang untuk aku mencuba. Namun, aku yang sediakala jiwa kosong telah mencuba ar4k. Habis SPM, aku bekerja dan telah berkenalan dengan seorang lelaki yang aku namakan Dave.
Dave tua dari aku 13 tahun. Sejak itu, aku m4kin kerap keluar masuk kelab malam mengikuti Dave. Aku cari ketenangan dengan cara berhibur. Masa tu aku selalu berdoa minta Allah izinkan untuk aku hamil anak Dave agar aku dapat kahwin awal untuk keluar dari kekusutan dalam rumah.
Tapi Allah Maha Mengetahui. Aku tidak pernah mengandung walau sudah dua tahun perhubungan kami. Pada satu hari, aku telah dapat panggiIan dari seorang wanita yang mengaku teman wanita Dave. Sejak hari itu, aku tahu Dave tidak serius dengan aku.
Dia hanya sukakan perhubungan tanpa ik4tan. Aku ambil keputvsan sambung belajar jauh dari negeri kelahiran aku. Untuk lari dari semua masalah yang telah aku hadap dari 9 tahun dan dari lelaki yang tahu mengambil kesempatan.
Masuk semester kedua, aku buat kerja partime join MLM untuk menampung perbelanjaan aku. Aku bukanlah dari keluarga yang senang. Masa tu bapa aku sudah tidak bekerja lagi. Waktu bekerja, aku berkenalan dengan seorang pelanggan.
Aku tanya, dia suami orang atau bujang. Dia terus terang yang dia adalah duda. Aku tahu dia duda, barulah kami couple. Kami couple sehari selepas berkenalan. Sejak dari tu aku tinggal sebumbung dengannya dan kami kerap keluar masuk kelab malam.
“Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Lelaki yang jahat, untuk perempuan yang jahat.” Seminggu tinggal sama – sama, aku dapat tahu dia bekas pen4gih d4dah dan pernah masuk penjara. Dia juga bertatu. Tiada yang dia sembunyikan dari aku.
Kecuali aku, aku banyak sembunyikan kisah hidup aku. Aku masih meneruskan doa – doaku agar Allah izinkan aku mengandung agar aku dapat ik4t lelaki itu. Ya… aku ingin kahwin awal agar aku tidak perlu lagi berg4duh dengan ibu aku.
Aku hendak kahwin awal sebab aku berfikir kalau aku sudah bersuami, pasti ibu aku tidak lagi cemburu buta dan tidak lagi menuduh aku yang bukan – bukan. Sampai aku berdoa “Ya Allah… izinkanlah aku mengandung anak dia… Aku berjanji andai aku mengandung, aku tinggalkan semua perbuatan yang Engkau murkai iaitu z1na dan ar4k..”
Alhamdulillah… Allah jawab doa aku. Aku mengandung selepas 3 bulan perkenalan kami. Orang lain mungkin sedih dan risau bila mengandung anak luar nikah. Tapi pada aku, itu rahmat untuk aku yang Allah bagi. Kerana itu jalan yang aku ada untuk berdamai dengan ibu aku dan keluar dari dunia kemaksi4tan.
Anak itu yang aku nanti – nantikan selama ini. Sebaik sahaja aku tahu aku mengandung, aku bagitau teman lelaki aku untuk ajak dia kahwin. Dia duduk dan dia tanya aku. Aku betul serius nak kahwin dengan dia? Aku jawab ya dan dia setuju tapi dia tiada kemampuan untuk hantaran kerana bisnes tengah jatuh teruk. Tapi aku ok je..
Aku call bapa aku bagitau aku dah mengandung dan aku nak kahwin. Bapa aku terk3jut kerana dia tidak tahu yang aku tunda semester dan tidak tahu aku dah tinggal bersama teman lelaki selama itu. Aku dinikahkan bermas kahwin Al-Quran.
Sejak hari pertama aku menjadi isterinya, itulah juga hari pertama aku bertegur dengan ibu aku setelah sekian lama bertahun. Ibu aku peIuk dan itulah peIukkan yang aku rindukan. Awal perkahwinan, kami selalu berg4duh.
Sebab kenal pun tidak lama, kami masih dalam proses suai kenal hati budi masing – masing. Waktu bercinta tidak akan lagi sama sebaik sahaja kahwin tapi kami sama – sama usaha untuk terima kekurangan masing – masing dan cuba belajar menerima baik buruk.
Aku dah mula menutup aur4t walaupun belum sempurna. Sepanjang aku mengandung, suami akan bacakan surah diperut aku. Setiap malam suami kipaskan dan tepuk sehingga aku tertidur dengan penuh kesabaran. Setiap hari sebelum tidur aku dicivm di dahi, mata kiri kanan, hidung, pipi kiri kanan, mulut, dagu dan leher.
Pakaian, suami aku yang basuhkan sejak awal perkahwinan. Selepas bersalin, suami aku yang tukarkan pad, k3ncing ber4k baby, semua suami aku yang uruskan. Sehinggalah anak kami 5 orang. Suami aku masih uruskan cuci kain dan urus anak – anak.
Setiap kali aku masak, suami aku akan teman dan selalu peIuk dari belakang civm di leher. Ke mana – mana, kami berpegang tangan. Setiap kali waktu solat, suamiku imamkan. Waktu tidur aku dan anak – anak, suamiku tiup diubun – ubun bacaan surah Al-Qadr dan surah Insyirah.
Waktu tidur aku diwajibkan untuk tidur di lengan suamiku. Genap 9 tahun perkahwinan, arw4h suamiku pergi meninggaIkan kami pada bulan mei yang lepas di hari jumaat. Sebulan sebelumnya, arw4h suamiku tiba – tiba jatuh dan k0ma.
Selama arw4h suamiku k0ma, aku layan dia seperti mana dia layan selama aku berpantang. Hari – hari aku lap mandikan. Aku renggangkan otot – otot kaki dan tangan dengan exercise. Aku buat urutan massage di tapak kaki.
Aku tukarkan lampin tanpa rasa geli sedikitpun. Aku gunakan kudrat yang ada untuk pusing – pusingkan badan arw4h suamiku agar tidak bedsore. Setiap jam aku bacakan Al-Quran. Setiap masa aku civm dahi, mata dan pipi agar dia merasa apa yang rutin dia lakukan kepadaku.
Doktor maklumkan arw4h suamiku tiada harapan untuk sedar membuatkan aku ambil peluang untuk manfaatkan setiap saat yang ada untuk buat yang terbaik. Bagi aku, arw4h suamiku tetap boleh merasa setiap sentuhan aku.
Aku mahu dia tahu yang aku sangat sayangkan dia sampai akhir hayat dia. Kerana dia adalah hadiah terbesar dari Allah untukku. Anak sulung aku hadiah terbesar kami berdua untuk kami sama – sama berubah. Kami pernah berimpian untuk sama – sama buat umrah hinggakan aku menangis sebab rindukan Kaabah sedangkan aku belum pernah jejak kaki ke situ.
Belum sampai rezeki kami untuk naik umrah, Allah ambil suamiku. Allah sayangkan arw4h melebihi dari aku sayangkan arw4h. Aku redha… aku pasrah… aku ikhlaskan… Aku tahu arw4h suamiku husnul khotimah kerana meninggaInya keluar airmata dan arw4h senyum… InsyaAllah…
Jiran tetangga saud4ra mara semua yang hadir menjadi saksi senyuman arw4h yang terukir diwajahnya yang tenang. Kulitnya tidak berubah pucat walau sudah lebih 8 jam meninggaI. Arw4h hanya seakan – akan tidur.
Wallahu’alam.. Kami sama – sama berubah tinggalkan semua yang Allah larang. Apa yang aku berjanji kepada Allah, aku tunaikan. Anak sulungku adalah rahmat dari Allah sebagai asbab untuk kami tinggalkan dunia kemaksi4tan.
“Terima kasih Allah untuk segala nikmat yang Kau berikan kepada kami selama ini. Terima kasih dan aku bersyukur kerana Engkau menjodohkan aku dan meminjamkan aku seorang suami yang sangat baik, penyabar, penyayang dan dapat membimbing diriku dan anak – anak tentang keagamaan..”
Tinggallah aku dan anaka-aanak. Doakan aku diluaskan pintu rezeki untuk membesarkan anak – anak dan dapat memberikan mereka yang terbaik. Buat masa ni aku berniaga kuih – muih depan rumah untuk menampung perbelanjaan.
Kalau boleh aku tidak mahu berterusan mengharap bantuan kebajikan dan zakat semata – mata. Anak – anak aku ramai, kos sara hidup kini sem4kin tinggi. Aku mahu melihat anak – anakku membesar depan mata dan menjadi anak – anak yang berjaya.
Doakan aku berjaya didik anak – anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga mereka menjadi insan yang akan sentiasa membuat dan memberi kebaikan kepada agama. Doakan aku ada rezeki untuk buat umrah bersama anak – anak. Impianku bersama arw4h suami yang tidak kesampaian. Al-Fatihah untuk suamiku…
*Janganlah kita pernah mendiskriminasikan bekas pen4gih d4dah mahupun bekas banduan kerana pengakhiran mereka mungkin lebih baik dari kita. Beri mereka kata – kata semangat dan sokongan. Jangan dih1na dan dikutuk agar mereka tidak kembali ke lembah hitam semula.
*Mana – mana yang sedang dalam usaha berhenti tu, aku doakan kalian terus istiqomah untuk berubah menjadi lebih baik dari hari kelmarin.
*Hargailah dan layanilah isterimu sebaik – baiknya kerana s4kitmu nanti pasti isteri sahaja yang setia di sisi menjaga. – Daya (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norlaila Mohd Din : Kena tukar tajuk tu, dari anak luar nikah itu anugerah kepada ‘pintu taubat terbuka luas’. Perbuatan z1na tidak pernah diredhai, doa untuk mengandung sebelum nikah seolah permainkan larangan Allah. Yang salah tetap salah. Semoga kita semua jadi orang yang bertaubat dan benci pada d0sa.
Umi Habiba : Allahu… syurga itu dipenuhi dengan pend0sa yang bertaubat. Semoga Allah terus melimpahkan kebaikanNya, rahmahNya ke atas tt dan anak anak. Semoga Allah terus permudah urusan dan terus melapangkan rezeki buat tt sekeluarga. Bertabahlah dengan sedikit kesusahan. Teruskan beristighfar.
Mat Sampin : Masa dia baca surah kat perut tu, aku dah terk3ut giIa dia boleh berubah sampai macam tu. Tak banyak laki suci boleh buat macam tu. Bila baca ending, betullah kita tak boleh judge orang tu kalau jahat, jahat selamanya. Semua beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Dan semoga murah rezeki selalu dalam membesarkan anak. Jangan putvs mintak dengan Allah. Amin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.