Aku seorang guru taska jadi memang selalu kena berhubung dengan ibubapa pelajar. Setiap kali aku mesej ibu Udin hal taska, dia selalu tak layan. Aku nekad mesej papa Udin, tak sangka layanan dia sangat baik. Sampai satu hari papa Udin belikan aku hadiah…
#Foto sekadar hiasan. Di sini suka untuk aku berkongsi pengalaman ini, agar para wanita di luar sana terutama yang memegang gelaran sebagai seorang isteri dan ibu, cakna dan mengambil iktibar daripada kisah yang ingin aku kongsikan.
Pekerjaan aku bergelumang dangan kanak – kanak. Kanak – kanak yang aku jaga pula bukan sebarang umur. Semuanya perlu dibantu dan diurus dengan sepenuh perhatian. Ini kerana mereka sangat kecil, dan belum mahir mengurus diri sendiri.
Pendek kata, akulah pengasuh atau cikgu yang bekerja dengan kanak – kanak di dalam tadika / taska. Aku lah ibu kepada mereka, sewaktu ibubapa mereka keluar rumah untuk mencari rezeki. Pekerjaan aku yang begini mem4ksa aku untuk sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan ibubapa mereka, iaitu penjaga kepada kanak – kanak ini.
Aku telah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Umur aku telah memasuki era 40an. Apa yang ingin aku ceritakan di sini ialah, betapa bah4yanya penggunaan gajet zaman kini. Selain memudahkan banyak urusan, ia juga boleh menyumbang kepada keh4ncuran dalam sebuah institusi kekeluargaan.
Berbalik kepada pekerjaan aku tadi. Oleh kerana aku perlu sentiasa update info dan perkembangan anak – anak ini, atau apa sahaja hal ehwal semasa berkaitan tadika / taska anak – anak mereka, maka mesej hebahan melalui Whatsapp adalah medium untuk menyampaikannya.
Media sosiaI seperti Whatsapp ibarat langit terbuka. Mudah untuk kita berhubung sesama kita tanpa mengira di mana kita berada. Kita boleh berhubung beramai ramai di dalam Whatsapp group, atau boleh berhubung dengan individu lain secara bersendirian.
Ya, berdua. Bermula dengan pesanan ringkas, memo dan sebagainya, mengikut arahan pentadbir. Aku perlu memberi hebahan kepada semua penjaga di dalam group ibu bapa. Jadi ibu bapa yang prihatin akan respon kepada arahan yang diberikan.
Pada awalnya aku tiada masalah dengan sistem komunikasi seperti ini. Tetapi masalah bermula apabila ibu kepada salah seorang anak taska aku, yang bernama Udin kurang memberi kerjasama. Mesej yang dihantar kepada ibunya hanya dibaca sahaja dan dipandang sepi.
Seolah arahan daripada pentadbir taska itu tidak penting sama sekali. Ini menyebabkn banyak perkara tertangguh dan sedikit sebanyak mengganggu pekerjaan hakiki aku. Maka selepas itu, aku mengambil alternatif lain, iaitu segala perkara penting yang berkaitan dengan Udin, arahan pentadbir taska dan sebagainya aku hantar dan berhubung terus dengan encik Ismail, iaitu papa kepada Udin.
Sangat berbeza respon yang aku terima. Papa Udin sangat memberi kerjasama yang baik. Komunikasi aku sebagai cikgu taska Udin dan encik Ismail dalam media Whatsapp pada awalnya berjalan lancar dan professional. Itulah yang sepatutnya.
Tetapi lama kelamaan mesej – mesej aku dan dia kelihatan sem4kin mesra. Ini kerana selain berurusan dengan aku tentang taska, en Ismail juga sangat rajin membaIas hantaran pada status wasap yang aku paparkan setiap hari.
Semenjak media wasap sudah boleh di ‘update status’, aku sangat rajin berkongsi gambar selfie, gambar aktiviti keluarga, tak kurang juga rajin berweefie dengan anak – anak di tadika / taska. Dan, aku perasan, acap kali aku update status, terutamanya ketika berada di rumah, dia lah orang pertama yang ‘seen’ status aku.
Seolah – olah tangannya sentiasa memegang fon 24 jam. Ya, m4kin lama aku rasa m4kin seronok seolah ada follower yang memberi perhatian kepada aku. Begitulah kami sepanjang tahun aku mengasuh anaknya. Aku dan dia masih mengekalkan etika professional kami.
Dia adalah klien. Dan aku bekerja sebagai cikgu taska anaknya. Dia jugalah yang menghantar dan mengambil anaknya dari taska. Kemesraan kami hanya di dalam media Whatsapp. Cumanya, itulah, sedikit sebanyak aku rasa seronok berada dalam situasi seperti itu.
Sehingga tahun terakhir anaknya di taska, kami masih berurusan bersama melalui saluran wasap ini. Sememangnya isterinya iaitu ibu Udin melepaskan 100% hal ehwal anak kepada suaminya. Sekali sekala ada ibu Udin munculkan diri dalam program hari jadi, hari terbuka dan sebagainya..
Walaupun isi chatting aku dan encik ismail di dalam Whatsapp banyak berkisar tentang Udin, jauh di sudut hati ada juga perasaan risau jika perkara tersebut boleh mendatangkan salah faham kepada ibu Udin. Betapa sekiranya perkara ini berlaku kepada suami aku sekalipun, sudah tentu aku akan berasa syak wasangka kepada suami aku.
Apa ke jadahnya bermesej dan berbaIas wasap status cikgu tadika / taska anak aku??? Dan aku sendiri? Jujurnya jauh di sudut hati ada rasa iri apabila melihat wasap status ibu Udin, yang selalu nya akan update gambar – gambar percutian keluarga mereka, kemesraan mereka suami isteri.
Pelik tapi benar. Aku keliru dengan perasaan aku. Buat pengetahuan pembaca, encik ismail orangnya segak dan ada rupa. Berumur lewat 30an. Inilah natijahnya langit terbuka. Kita bebas berchatting dengan sesiapa sahaja tanpa perlu bertemu muka.
Dengan rakan sekerja, dan klien yang berlainan jantina. Asalnya berbincang urusan kerja, tetapi lama kelamaan timbul bibit kemesraan tanpa kita rasa bersalah. Itulah yang terjadi antara aku dan papa Udin. Kami rajin saling berbaIas mesej.
Bertopikkan Udin sebagai isu perbualan. Aku merasa seronok apabila dia memberi mesej secara private dengan aku. Terasa berseri sahaja wajah aku tiap kali berbaIas mesej dengannnya. Sedangkan aku dan suami, tiada apa – apa isu pun.
Aku bahagia bersuamikan dia. Sangat bertanggungjawab, juga tidak kurang kacaknya. Pada bulan terakhir Udin di taska, en ismail menyantuni aku. Dibelikan aku hadiah tanda ingatan. Anaknya akan berpindah ke sekolah baharu.
Aku menjalani rutin pekerjaan aku seperti biasa. Aku buang no telefon en ismail di dalam senarai ‘contact’. Makanya selepas ini dia sudah tidak dapat membaca dan melihat status aku di wasap. Sedikit sebanyak aku merasa lega dengan perasaan sendiri.
Walau rasa sedikit sunyi kerana sudah tiada ‘follower’ setia’ seperti en ismail. Aku lalui rutin kehidupan aku dengan tenang. Sehingga lah baru baru ini, dia menghantar mesej bertanya khabar. Tipulah kalau kata aku tak gembira.
Jauh di sudut hati ada rasa rindu untuk berchatting dengannya. Aku membaIas mesej tersebut. Encik Ismail berkongsi gambar Udin yang berpenampilan uniform baru persis pelajar tahfiz. Udin sudah menyarung pakaian sekolah.
Dia bersekolah di sekolah baharu aliran agama. Aku bungkam. Aku tahu, ini cara dia umpan aku untuk diajak bersembang. Dalam hati aku tertanya – tanya. Apalah yang encik ismail mahukan sebenarnya ya? Aku lihat dia mempunyai keluarga yang bahagia.
Bilangan ahli pun bakal bertambah. Udin pun sudah tidak lagi menjadi anak asuhan aku. Kalau ikut logik akal, aku dan dia sudah tiada apa – apa urusan lagi untuk saling berhubung. Urusan sebagai klien sudah tamat sebaik sahaja anaknya berhenti dari tadika tempat aku bekerja.
Sungguh, aku baru merasa lega daripada perasaan bersalah. Rasa bersalah kerana berchatting dengan suami orang atas alasan urusan kerja. Rasa bersalah dengan suami sendiri kerana seolah menduakan dia dalam diam.
Mujur Allah memberikan aku hidayah. Diberikannya aku peringatan melalui hantaran pesbuk Ustaz Pahrol. Ia mengingatkan pembaca tentang d0sa berchatting dengan lelaki dan wanita yang bukan mahramnya di media sosiaI.
Sebaik mambaca artikel tersebut, berkali – kali aku istighfar. Aku hanya manusia biasa. Iman setipis kulit bawang. Sy4itan menjalankan kerjanya dengan cara yang sangat halus. Dibuainya hati kita hanya melalui sembang kosong di hujung jari. Yang kononnya sembang atas urusan kerja.
Buat isteri isteri di luar sana, suka aku mengingatkan. Janganlah urusan anak kita diserahkan bulat – bulat kepada suami anda. Terutama anak yang bersekolah di tadika dan taska. Cikgu – cikgu taska dan tadika sudah tentu semuanya perempuan.
Kalau boleh biarlah kita sebagai ibu yang berurusan dengan pengasuh atau cikgu sekolah anak kita. Lebih terjamin, lebih selamat bagi pihak kita, juga lebih memberi keselesaan bagi pihak cikgu anak kita. Di taska dan tadika persendirian terutamanya, kebanyakan gadis muda lepasan spm dan universiti yang diambil bekerja sebagai guru dan pengasuh.
Mesti ada rasa curiga. Jangan percaya bulat – bulat terhadap pasangan. Kita manusia, pasangan kita pun manusia. Kadang kala boleh tersilap langkah. Mesti ambil kisah. Aku mengingatkan, kerana aku jua tidak pernah terfikir, bahawa satu hari aku akan terjebak dengan soal hati dan perasaan.
Apatah lagi pada umur aku di awal 40an. Benar, kesilapan aku adalah kerana aku melayan. Sepatutnya tidak perlu aku berlebihan melayan mesej yang tidak berkaitan. Syukur, aku tidak berbawa – bawa dengan kelalaian hati.Sesungguhnya di zaman langit terbuka ini, ia boleh membawa kepada pintu pintu kecurangan. Sekian. – Bukan orang biasa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Farehah Jer : Assalamualaikum cikgu. Salam hormat saya buat confessor sebagai seorang guru. Mungkin cikgu tak perasan atau tak sedar dalam aplikasi WhatsApp ada fungsi “status privacy”. Fungsi ini untuk mengehadkan viewers.
Banyak kebaikan fungsi ni. Contohnya elakkan fitnah / peny4kit ain, dan elakkan dari perkara yang macam cikgu cerita ni lah. Ini pendapat peribadi saya, tak salah untuk update status / gambar sebagai tanda kenangan kat status.
Tapi hadkan viewers supaya perkara tak diingini dapat dielakkan. Nampak kecil, tapi bila hati dah terkena panahan sy4itan, adakah kita cukup kuat untuk meIawan? Moga Allah Iindungi kita semua dari bisikan sy4itan.
Terima kasih untuk kisahnya. Moga kita ambil iktibar. In shaa Allah.
Farah Asikin A Wahab : Benda yang tak terfikir ni, selalu dengar hubungan terlarang antara suami orang dengan isteri orang di pejabat. Rupanya antara bapa pelajar dan cikgu taska pun boleh ada kuch kuch hota hai. Bagus confessor atas peringatan ini! Syukur confessor diberikan hidayah dan tak hanyut dengan bisikan sy4itan. Semoga sentiasa diIindungi Allah dari ujian sebegini lagi…aamiinn
Keet Salleh : Berdebar nak komen confession ni. SERAM. Tak nak komen lebih – lebih sebab dah nampak contoh betapa kita bila menginjak ke usia 40an ni, per4ngai pun tetiba jadi lain macciaamm. Baik lelaki, baik wanita. Semoga ALLAH pelihara dan jaga hati kita agar tidak berbolak balik pada perkara yang h4ram dan sia – sia. Aamiin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.