Mungkin orang nampak aku bergaya padahal aku buat kerja part time nak tolong mak ayah. Kawan – kawan yang mana dah lama tak tanya khabar tiba – tiba pm dekat FB. Aku punya seronok dapat bersembang, tiba – tiba dia bukak topik masalah rumahtangga, nak pinjam duit bersalin..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Terima kasih admin sebab sudi siarkan luahan hati aku. Pertama sekali, sorry untuk pembaca semua kalau confession aku ni berterabur sebab aku perlu luahkan apa yang aku pendam ni, tak sanggup nak pendam sorang – sorang.
Nama aku Rina, umur 24 tahun. Straight to the point, aku nak luah mengenai hutang. Ya, HUTANG. Pernah tak korang semua hadapi masalah macam aku ni. Selalu bagi pinjam duit dekat orang lain, sedangkan diri sendiri sanggup berlapar asalkan hubungan yang terjalin tak terputvs.
Aku tak tahu la aku ni kurang cerdik ke, terlalu baik ke dengan orang lain. Ya, aku mengaku aku ni tak suka tengok orang merayu, comfirm cair punya. Tapi, bila aku dah tolong, aku plak yang s4kit. Aku banyak bagi pinjam duit dekat orang.
Mungkin orang lihat aku ni ada la sikit duit lebih. Oh, lupa. Aku masih seorang pelajar di salah sebuah universiti tempatan. Awal – awal sem memang la berkepuk duit, tapi bila hujung sem tu, cukup – cukup makan je. Aku bukan jenis yang suka minta duit dekat mak ayah aku.
Selagi aku ada duit hatta 10 ringgit sahaja untuk hidup seminggu, aku sanggup ik4t perut janji aku tak minta duit dari mak ayah aku. Dalam tempoh aku belajar ni, banyak ragam manusia aku jumpa bila nak pinjam duit.
Lembut gigi dari lidah. Cakap nak pinjam hari ni, esok bayar. Sudahnya asyik bertangguh. Kawan aku yang dah bekerja, dah kahwin, yang dah lama tak tanya khabar aku, tup tup pm dekat fb tanya khabar. Aku pun layan la, happy sebab dapat chat balik dengan member lama.
Dua tiga hari lepas tu dia buka cerita pasal masalah rumah tangga dia, cakap nak pinjam duit sebab dia dah nak bersalin. Kita pun kesian, sanggup keluar pergi pekan untuk bank in duit. Dia cakap bulan depan dia bayar. Aku pun okay je la.
Siap doakan bagai untuk dia mudah bersalin. Bila dah sampai bulan depannya, aku tanya la pasal hutang tu, dia cakap tak ada duit, mungkin bulan depan. Aku tanya lagi bila dah tiba bulan depan tu, sama jugak jawapan dia.
Akhirnya, aku fed up. Aku yang jadi malu sebab asyik tanya pasal hutang tu padahal bukan aku yang berhutang. Memang macam ni ke weh bila kita nak minta hutang dekat orang? Rasa terhegeh – hegeh. Nak m4ki, ingat kawan je.
Sudahnya, dah masuk 3 tahun hutang aku terbengkalai. Tak nak minta dah, kalau dia masih ingat, pandai – pandai la bayar. Tapi must4hil lah lupa, kita pinjam duit orang kot, takkan la boleh lupa. Tu bila member pinjam, kalau family pinjam lagi la haru.
Nak luah m4ti emak, nak telan m4ti bapak. Betul tak peribahasa aku tu, entah la. Mungkin saud4ra mara tengok kita bergaya, jadi dianggap kita ada duit. Diorang tak tahu kita punya berjimat semata – mata nak beli apa yang kita hendak.
Sama macam kes member aku, nak pinjam, cakap nak bayar. Sudahnya habuk pun tak ada. Bila aku pergi rumah dia, tak ungkit pun pasal hutang ni, tapi faham – faham sendiri la weh. Minta maaf ke, bayar sikit- sikit ke. Ni tak sebut langsung, dah la kita pergi rumah dia, dia buat tak layan.
Masa nak pinjam, rasa dekat je hubungan persaud4raan tu tapi bila dah jadi macam ni, entah la weh. Kecewa betul. Kawan pinjam tu biasa, saud4ra pinjam tu biasa, tapi ada juga bos pinjam dari pekerja. Sebelum aku masuk U, aku kerja dekat kedai makan.
Sehari dapat la 18 ringgit, kalau kurang pelanggan, dapat je la dalam 15 ringgit. Sehari aku simpan 10 ringgit, yang lebih tu aku guna untuk beli barang aku dengan barang dapur ringankan beban mak ayah aku. Satu hari tu, bos aku nak pinjam 200 ringgit katanya kawan dia nak pinjam, aku pun bagi la, tapi bukan 200 ringgit, 100 je la.
Aku mana ada duit banyak. Katanya, lagi 3 bulan dia bayar. Aku pun okay la. Bulan berikutnya bos aku nak pinjam 100 ringgit, tapi aku bagi 50 ringgit je. Tapi yang 50 ni, bos aku dah bayar tinggal yang 100 tu je la. Last, aku berhenti sebab aku dapat tawaran sambung belajar.
8 bulan juga la aku kerja dekat situ. Tapi sampai sekarang bos aku tak bercakap pun pasal hutang yang 100 tu. Kadang – kadang tu aku sengaja je pergi lepak makan dekat kedai bos aku tu, tapi dia buat tak layan je. Cakap nak tak nak je.
Sampai hati bos aku buat aku macam tu. Ada tak yang senasib dengan aku? Orang cari kita bila perlu je, bila tak nak, buat endah tak endah layan kita. Aku ni tak boleh la tengok orang merayu minta tolong dekat aku, aku jadi cepat kesian.
Aku punya mindset, aku tolong dia, nanti aku susah, dia boleh tolong aku. Tapi, last – last aku yang kena balik. Kadang – kadang tu aku sanggup hold apa yang aku nak beli, sebab fikir ada orang lagi susah. Memang jumlah tu tak banyak, tapi cukup banyak bagi aku sebagai seorang student.
Last but not least, kepada yang ada berhutang tu, tolong la bayar. Kalau tak mampu bayar sekali gus, bayar sikit – sikit pun tak apa. Kalau tak mampu sangat, at least minta la maaf, berbudi bahasa la macam mana masa mula – mula nak pinjam dulu.
Jangan la buat – buat lupa. Ingat, kalau tak bayar hutang, terg4ntung roh dekat langit tau. Thanks again semua sebab sudi baca luahan hati aku ni. Maaf kalau ada part yang aku em0sional. – Rina
Komen Warganet :
Zuzue Baharin : Semenjak kejadian penghutang tak bayar dan aku malu meminta, aku mengamalkan konsep sedekah. Dia nak pinjam seratus, aku bagi sepuluh je. Itu yang aku halalkan. Itu yang aku mampu. Tak payah jumpa kat ‘akhir4t’.
Zieha Yusoff : Sama kes dengan kami laki bini mintak hutang kami dah macam minta sedekah, siap kami plak yang kena marah. Bukan sikit jumlahnya 2k. Mungkin salah kami sebab b0doh percaya dan mudah sangat kasihankan orang tapi pengalaman ni betul – betul buat aku sedar dan belajar sesuatu.
Dulu memang aku selalu dah kena dengan saud4ra macam ni, kata nak pinjam tapi akhirnya tak bayar sampai ke sudah. Tapi amount tak lah banyak sangat dalam seratus dua camtu tapi ni 2k. Aku dah macam pengemis mintak pom tak nak bayar jugak. Suami dah siap pesan, cukup la mudah kasihankan orang dan mudah percaya. Anggap itu sebagai pengajaran.
Siti Busyro : Tolong ubah mindset la dik. Kesiaaaannn diri sendiri dulu sebelum nak kesian kat orang. Bila tolong orang… jangan letak harapan orang yang kita tolong tu yang akan tolong kita. Kalau kau terlalu berharap orang tu…kau akan kecewa dik.
Allah akan hantar orang lain yang baik – baik tolong kau. Tak semestinya orang yang pernah kau tolong. Lagi satu kena ingat, bila bagi pinjam duit, bagi takat yang kau redha untuk kemungkinan orang tu takmau bayar semula hutang dia.
Contoh kau bagi pinjam rm100, bila kau bagi, jangan berharap nak dapat balik tapi itu la jumlah yang kau redha untuk hangus. Kalau tak, JANGAN BAGI PINJAM KEPADA SESIAPA PON. Jangan layan mesej dan drama sedih diorang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.