Aku kahwin dah 5 tahun dan ada dua orang anak. Bila ada saud4ra mara yang mengandung, suami aku mesti murung sebab dia nak anak lagi. Hari ni kesabaran aku tahap maksima, kami baru balik dari kampung. Baju stock 3 hari dalam bag belum cuci. Dia balik terus nak tidur, penat. Baju menimbun aku kena cuci, anak – anak aku kena layan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hi admin dan semua. Haihhh… Aku tengok suami aku tidur. Dia tidur nyenyak sangat. Aku terus capai bantal dan pukuI dia dengan bantal sekuat hati aku, lepas tu aku keluar. Aku baru je kahwin dalam 5 tahun.
Anak pun baru 2 orang. Suami aku ni baik sebenarnya. Tapi dia tak pernah tolong aku kat rumah. Jaga anak pun tak pandai. Alasan dia, cliche alasan suami – suami, bapak – bapak pemalas dekat luar sana, ‘anak taknak kat dia.’
Ayah mentua aku pun jenis tak tau buat kerja rumah. Masak air pun tak pernah. Mak mentua aku memang tiptop jaga makan pakai ayah mentua aku. Jadi aku tak hairan la suami aku pun ikut per4ngai yang sama. Masa ada anak baru sorang aritu aku alami pend4rahan teruk.
Aku pengsan lepas sejam anak aku dilahirkan dan aku tak sedarkan diri selama 3 hari. Bagi aku, aku taknak anak lagi. Tapi suami aku nak juga, aku cakap aku tak mahu. Selain tr4uma bersalin, aku rasa penat sangat jaga anak aku walaupun baru seorang.
Tapi suami aku kata, mak dia boleh je jaga anak ramai sorang – sorang, elok je semua membesar. Bila adik beradik dia atau ada saud4ra mara yang pregnant, mesti dia murung sebab nak anak lagi. Akhirnya aku pun mengalah, tapi lebih kepada nak anak aku ada adik.
Sekurang – kurangnya bila aku m4ti nanti takde la anak aku sorang – sorang je. Lepas dah ada dua anak pun sama je, suami aku tak pernah bantu jaga anak. Kalau ada pun sekejap je untuk tunggu aku mandi atau makan. Dia sebenarnya nak anak ramai lagi, tapi aku dah sound dia tak pernah tolong aku, jangan mimpi la aku nak beranak untuk dia lagi.
Masalahnya aku rasa serba salah pulak. Tapi aku b3ngang juga, sebab aku pun kerja jugak. Balik rumah dia boleh tidur sesuka hati dia. Aku pulak kena mengemas, layan anak. Kalau mengantuk giIa pun aku tak boleh tidur, sebab anak aku tak tidur lagi.
Macam baru tadi ni lah. Aku penat sangat, tapi rumah bersepah anak aku baru tumpahkan sup. Baju bertimbun nak kena cuci. Suami aku syok je tidur. Aku pernah jugak merajuk dan mengadu kat dia pasal dia tak pernah tolong aku kat rumah.
Tapi 1 – 2 hari je la dia tolong. Bila mood aku dah elok balik dia pun sambung jadi malas. Selalu nak bandingkan aku dengan mak dia. Mak dia dulu suri rumah kot. Boleh la nak handle anak ramai sesorang 100%. Tapi mak mentua aku ada jugak complaint kat aku pasal ayah mentua aku tak pernah tolong dulu. Tapi dia redha je lah.
Masalahnya aku tak boleh nak redha. Aku jadi meluat dapat suami pemalas. Kadang – kadang rasa macam ada 3 anak, sebab aku nak kena jaga dia sekali. Dia pandai balik rumah, minta air, mintak hidangkan makanan. Kadang – kadang aku nak je jerit, “kau ni takde kaki ke, takde tangan ke? Buat la sendiri!”
Tapi fikirkan tugas isteri kena layan suami, jadi aku buat je la. Pelikkan kenapa kena taat dengan benda – benda macam ni. Hari ni aku marah sangat sebab kitorang baru balik kampung. Baju stock 3 hari ada dalam bag belum cuci.
Dia balik terus nak tidur. Anak – anak aku masih segar lagi. Aku pun penat jugak duk dalam kereta walaupun tak drive. Pangku anak aku yang suka gerak sini sana, kadang – kadang anak aku tidur dalam kereta, tangan aku sampai kebas.
Serious aku lagi rela bawak kereta dari pangku anak aku berjam – jam dalam kereta. Tapi aku tak boleh tidur! Sebab aku tak drive! Tak drive mana penat! Sebab anak – anak aku tak nak tidur lagi! Sebab baju menimbun lagi aku nak kena basuh!
Aku str3ss sangat sampai rasa hormat aku kat suami aku macam m4kin hilang sikit demi sedikit. Aku jadi panas je bila tengok dia duk relax main hp dan tidur bila aku penat. Rasa macam baik aku duduk sendiri dengan anak anak aku je.
Rasa macam takde dia pun aku boleh hidup. Sampaikan aku rasa macam tak perIukan suami! Tapi takkan aku nak biar anak anak aku hidup asing dengan ayah dorang hanya disebabkan ayah dorang pemalas je. Suami aku baik, cuma dia pemalas tahap gaban je. Selagi boleh sabar, aku sabar je la. – Isteri Penat (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
S Intan S Ikmal : Ehhhh p4ksa je. Tulis surat cinta selit antara baju. Tampal kat almari. Bagi nota wasap. Bagi nota telegram. Kot email pon boleh jugak kalau dia jenis email checker. Kena p4ksa buat. MentaI perempuan ni boleh capai yang bukan – bukan.
Paham kan maksud saya? Buat jadual. Letak detailing sikit dalam jadual tu. Anak – anak akan contohi perkara depan mata. Be it bad or good. Saya hadiahkan alfatihah untuk awak dari jauh ya. InshAllah InshAllah.
Nur Atiqah Yusof : Takyah main hempuk – hempuk dengan bantal sis, tak hilang pun malas dia tu. Bukak mulut, keluar kan suara “abang basuh baju jap”. Pastu tengok dia dah siap “abang adik tumpahkan sup, abang bersihkan jap”.
Ha gitew.. bagi je arahan sis, nak dia buat apa. Suami sis baik kan? Dia takde membantah membentakkan? Sebenarnya saya tak suka guna word “tolong” kat suami, sebab hakik4tnya sekarang ni kita yang tengah tolong dia pikul tanggungjawab dia bersama bukan kita yang perIukan pertolongan dia tapi kalau sis baik suami baik, sis tambah la “abang, tolong basuh baju jap” dengan nada manjaaahhh.
Nur Afizah Nur Dzainuddin : Sabar. Asuh anak masa kecil ni untuk bantu ibu. Besar nanti , minta mereka bantu. Saat macam ni kejap je. Terus terang dengan suami ambil satu komitmen. Contohnya kain baju. Basuk, jemur, angkat, gosok dan lipat.
Jangan bantu bila dah beri tugasan itu. Cuma ingatkan sahaja. InsyaAllah. Tak mudah untuk dapat suami sempurna. Dapat suami yang boleh melengkapkan itu pun dah cukup. Good luck dik. Teruskan usaha dan kesabaran kamu. Moga bahagia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.