Nurse marah saya pergi tandas sorang diri. Saya mengadu pad jatuh dekat lantai, 30minit dia masuk tak keluar

Beberapa jam lepas bersalin saya gagahkan diri pergi ke tandas seorang diri. Saya malas nak kacau nurse yang sedang layan seorang ibu yang dah nak bersalin. Sedang leka saya cuci, ada seorang wanita tegur sambil ketawa. Dia tawarkan diri untuk bantu basuh kain dan tuala wanita saya yang penuh..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Malam ni nak cerita sedikit tentang pengalaman saya duduk di wad hujung ketika melahirkan anak yang ke-2. Masa lepak – lepak di ruangan menunggu menanti keputvsan d4rah ayah keluar, saya teringat pada satu peristiwa sewaktu melahirkan anak perempuan yang kedua di sebuah hospitaI lama sebelum berpindah ke kawasan lain dan bangunan baru yang lebih selesa.

Selepas beberapa jam bert4rung nyawa melahirkan puteri hati tercinta, saya dipindahkan ke wad biasa. Memandangkan katil di bahagian hadapan telah penuh, jadi saya diletakkan wad paling hujung di mana beberapa langkah sahaja boleh sampai ke pintu kec3masan sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya.

Pada hari tu, saya bersalin pada lewat petang selepas waktu Asar, oleh kerana itu lah juga saya terp4ksa bermalam di wad bersalin untuk memastikan saya dan anak sihat apabila dibenarkan meninggaIkan hospitaI keesokan hari.

Petang itu, seorang demi seorang penghuni di wad hujung dibenarkan pulang, tinggallah saya berdua dengan seorang pes4kit yang menunggu masa untuk di tolak ke ‘labour room’. Alhamdulillah anak tidak meragam, tidur lena ibarat sang puteri salji.

Sedang saya melayan mata untuk lelap, tiba – tiba pes4kit di katil sebeIah menjerit kerana ketubannya telah pecah, dengan segera dia ditolak ke ruang bersalin yang terletak beberapa meter daripada meja jururawat. Ketika itu jugalah saya dapati tuala wanita saya telah penuh.

Memandangkan hanya beberapa orang sahaja jururawat bertugas dan mereka telah pun berkumpul di ruangan bersalin maka terp4ksalah saya bersendirian ke tandas. Sebenarnya tidak menjadi masalah pun untuk saya ke tandas kerana tandas hanya beberapa langkah sahaja dengan katil, cuma perasaan seram dan takut tu tetap ada memandangkan hijab saya ini yang senang terbuka jadi sangat memerIukan teman ketika itu.

Jam sudah menunjukkan pukuI 11 malam dan waktu melawat juga sudah tamat, mengharapkan suami datang jauh sekali kerana banyak perkara yang perlu beliau lakukan, daripada mencuci uri, menanam uri dan menguruskan anak sulung yang ketika itu baru berusia 2 tahun.

Memandangkan rasa tidak selesa itu mula mengganggu ketenangan saya, maka saya cekalkan diri untuk ke tandas berseorangan. Masuk sahaja ke dalam tandas, bulu roma saya mula meremang. Saya duduk di kerusi khas yang disediakan kepada pes4kit untuk mandi.

Selesai sahaja menukar tuala wanita, tiba – tiba ada suara seorang perempuan menegur saya, “Sedang tukar kain kotor ke tu…? Jangan dicuci yer, biarkan sahaja di situ nanti akak tolong cuci kan…” katanya sambil ketawa.

Saya cekalkan hati menjirus sebanyak mungkin air supaya sisa yang tinggal di tuala wanita tidak ketara banyak. Saya tidak berani menoleh ke kiri atau kanan apatah lagi mendongak ke atas kerana dapat saya rasanya suara itu benar – benar berada di atas kepala saya.

“Jangaaaan laaahhh… Jangan laaaahhh, akak hausss,” perempuan itu merayu pula. Saya kembali duduk di atas kerusi lalu menarik tali kec3masan untuk meminta bantuan. Kaki saya terasa berat dan lutut saya bergetar.

Sepatah ayat AL Quran tidak terkeluar daripada mulut saya. Kaku dan menggigil ditambahkan lagi dengan saya yang banyak kekurangan d4rah kerana baru lepas bersalin. Mengenangkan anak yang masih ada sisa kotoran (belum mandi) keseorangan di luar saya menarik tali kec3masan berkali – kali.

Lega apabila mendengar d3rap tapak kasut menghampiri tandas dan pintu luar bilik air dibuka oleh seseorang. Saya gagahi diri untuk berdiri untuk membuka pintu bilik air. “Kenapa tak panggil nak ke tandas. Kalau jatuh tadi tak pasal – pasal saya kena marah..,” omel jururawat itu kepada saya.

Saya hanya berdiamkan diri. Jururawat itu membawa saya kembali ke katil. “Kak, ‘pad’ saya belum dibuang. Masih ada di lantai…” Kata saya perlahan. “Tak apa, akak tolong buangkan..” Kata jururawat tersebut lalu masuk kembali ke tandas.

Lama saya tunggu dia keluar. Hampir 30 minit dia tidak keluar. Pes4kit yang pecah ketuban tadi kembali. Alhamdulillah dia telah selamat melahirkan anak perempuan. Saya meminta jururawat yang iringi pes4kit itu tadi memeriksa kawannya di dalam tandas kerana terlalu lama dia berada di situ.

Setelah beberapa minit dia berada di dalam, dia keluar bersendirian dan berjalan laju meninggaIkan saya bersama pes4kit yang baru masuk tadi dan kemudian dia datang kembali dengan jururawat yang berbaju biru. “Tolak katil – katil pes4kit ni ke wad depan, tumpang di wad kelas kedua sementara untuk ‘discarge’ esok…” Kata jururawat berbaju biru itu memberi arahan.

“Saya dah bagitau, pes4kit yang bermalam di hospitaI jangan letak di wad hujung. Suka sangat lah ‘dia’… Dah lama ‘dia’ tak datang, malam ni datang pula…” Pada hujung pendengaran saya jelas kedengaran perbualan mereka sambil menolak katil. Entah siapa lah ‘dia’ yang dimaksudkan itu tadi.

Walau siapa pun ‘dia’, saya tak ingin ambil tahu. Apa yang penting malam itu saya dan baby dapat tidur dengan tenang, aman dan damai kerana alunan AL Quran mula berkumandang. – Mayang Sari

Komen Warganet :

Fatin Nabihah : Pengalaman bersalin anak sulung pun lebih kurang. Tapi kat rumah sendiri. Suami beli rumah tu sebelum kami kahwin, owner rumah dah 5 tahun tinggal rumah tu sebab ada rumah lain. Cerita aku, terjaga tengah malam 11 lebih ke 12 malam.

Nampak kelibat ‘dia’ duk hujung kaki, sebelum tu terasa kaki kena tarik sebenarnya sebab tu boleh terjaga. Mujur anak nyenyak tido. Lama tertingkah dengan azan, ayat kursi. Tak lepas juga. Tetiba anjing salak menyalak kat luar rumah.

Tak pernah duk setahun kat situ bunyi anjing. Suami dengan mak mentua tido luar bilik, ala 5 langkah ja jauh tapi tak berdaya nak panggil. Lemah.. masa anjing menyalak, mak mentua bangun shuhkan, maksudnya dia pun dengar dekat ja anjing tu. Lepas tu baru aku boleh bergerak tapi takut punya pasal, pasang ayat quran, tido buka lampu. Sejak tu hari – hari quran tak pernah tak pasang.

Wann Haida : Bukan wad lama je. Saya bersalin si bongsu tahun 2010. Hospital ampang baru buka. Rezeki dapat kelas 2 katil 4 orang. Saya yang pertama masuk. PukuI 3 pagi ada sorang akak tu masuk. Setengah jam lepas masuk pad penuh agaknya.

Berciciran d4rah atas lantai dalam bilik. ehhh…elok pulak makhluk tu dok jilat – jilat sepanjang d4rah tu. Nasib baik suami orang tu suruh cleaner cepat – cepat lap. Kalau tak, taktau la berape ekor plak yang datang menjilat.

Sakinah Zulkefle : Maknanya nurse yang datang tolong mula – mula tu mungkin ‘dia’ la kan? Sebab nurse kemudian yang tt minta tengokkan kawannya tu keluar sendiri, mujoq sy dah 2 bulan beranak, kalau menunggu hari, jammed la terbaca cerita macam ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.