Dulu aku ada dua orang kawan baik. Bila aku buat kek atau apa – apa, aku mesti bagi free kat diorang. Tapi baru ni sorang dah buang aku sebab aku pinjam duit. Aku lewat bayar seminggu dari tarikh aku janji. Dia perli aku sinis sangat. Bila aku sent resit yang aku dah bayar duit dia, dia bluetick je aku sampai sekarang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Harap admin approve sebab aku sangat perIukan motivasi dan semangat. Hi readers yang budiman. Aku kat sini untuk satu dua semangat, atau mungkin bantuan. Aku D, umur awal 20an, berkahwin dan ada seorang anak berusia setahun lebih.
Luahan aku mungkin agak panjang, siapa yang sudi baca sampai habis dan titip semangat buat aku, syukur alhamdulillah. Terima kasih banyak aku ucapkan. Aku taktau dari mana nak mula. Aku berkahwin muda, dan aku direzekikan anak saat aku belum bersedia.
Aku bunting pelamin. Tapi aku takde masalah sebab aku memang suka baby. Aku terima walaupun terk3jut sikit. Sebab sebelum kahwin aku ada cyst dan yang aku tahu peny4kit ni sukarkan wanita untuk hamil. Tapi alhamdulillah, rezeki aku.
Alahan aku teruk. Masuk 3 bulan hingga 6 bulan, memang aku lembik sebab alahan. Masa tu pjj, aku duduk dengan mak aku yang old school, yang pantang tengok perempuan hamil terbaring je. Dua bulan lepas, suami aku dibuang kerja.
Biasalah, kerja projek. Aku terima dengan lapang d4da dan cuba cari alternatif sementara suami aku dapat kerja lain. Aku tinggal di ceruk kampung, nak ke bandar tu dalam 45 minit. Jadi agak susah untuk aku cari kerja, atau meniaga.
Tapi aku tetap usaha. Mungkin ada rezeki aku. Dan betul sangkaan aku, Lebih sebulan, aku tak dapat hasil. Macam – macam aku cuba. Nasi bajet, kek, dessert, kuih, kraftangan. Meniaga di tepi jalan, post di media sosiaI, lebih 10 group aku post, COD aku buat walaupun jauh, tapi takde sambutan jugak.
Semuanya aku baru belajar demi bantu suami dan makan minum anak aku. Tapi tak menjadi. Aku tak putvs asa. Aku belajar buat biskut. Dan inilah kemuncak ujian aku, rasanya. Aku dapat order 5 balang, aku saja lebihkan untuk aku buat ready stock.
Dan semalam bila aku nak COD, SEMUA CUSTOMER SENYAP MACAM TU JE. Whatsapp tak baIas, call tak angkat. Ada sorang tu member aku, mudahnya dia suruh aku jual kat orang lain sebab dia takde duit. Aku rasa macam jatuh ditimpa tangga, dihempap batu pulak.
Manakan tidak, duit modal pun aku pinjam dengan adik aku, aku buat biskut sorang je dengan berkejar dengan anak aku, dengan terseliuh melecet tangan jari aku nak bentukkan biskut tu. Mudahnya manusia buat aku macam ni.
Sampai hari ni ada yang dah selamat block aku. Aku menangis. Aku tak tau kat mana silap aku. Dalam macam – macam bisnes aku buat, sorang member nak support pun susah. Tak nak support takpe, tapi kenapa buat aku macam ni?
Bila aku cakap nak sedekah, ramai pulak muncul. Apa yang aku meniaga, aku mesti minta feedback. Dan semuanya cakap okay, sedap, boleh pergi jauh. Tapi apa lagi usaha aku tak buat? Flyers, cod, free itu ini. Aku buat. Tapi tetap macam ni.
Aku iklankan di group bmf segala, tetap sunyi bisnes aku. Aku menangis yang betul – betul menangis sampai suami aku taktau nak pujuk macam mana. Aku check segala amalan aku. Aku betul – betul buntu mana silap aku. Aku solat awal waktu, aku ngaji Quran, aku selalu sedekah makanan yang aku masak sebab tu je aku mampu, aku sampai check bacaan dan rukun solat dan wudhuk aku sebab aku betul nak tau mana silap aku.
Tapi aku rasa semuanya okay. Aku jaga hubungan aku dengan orang sekeliling. Aku tahu ni ujian aku, tapi aku rasa takde daya dah. Lagi aku serabut bila aku disahkan hamil lagi. Aku rasa kosong sangat. Rasa lemah kaki aku.
Kenapa aku hamil sedangkan aku merancang? Aku betul – betul makan ubat sebab aku sangat nak merancang. Lebih kurang 5 bulan lagi aku akan sambut orang baru. Suami masih tak kerja. Bisnes tak nampak arah. Barang anak sulung aku dulu aku dah sedekahkan sebab takde tempat nak simpan, aku sayang barang dan baju tu berhabuk, jadi aku sedekah.
Lagipun memang aku nekad merancang sampai suami aku stabil. Sebab masa dapat anak sulung pun suami belum stabil, jadi aku rancang. Tapi Allah tetap bagi. Aku betul – betul tak faham. Aku cari vendor sana sini untuk tumpang letak barang aku, tapi ada yang tak bagi, ada yang kata susah jual, macam – macam lagi.
Jual nasi lemak dan kuih pagi – pagi pun aku dah buat. Apa lagi usaha aku kena buat? Aku rasa aku macam siksa anak dalam kandungan. Aku ada gastrik, injap jantung berlubang, asma, dan s4kit kepala yang tak tahu punca.
Bila aku str3ss, atau kadang – kadang takde sebab, aku akan s4kit kepala dan badan aku akan stiffed macam kena hyperventilation (sorry kalau salah). Temujanji kIinik hospitaI dua minggu sekali, duit minyak segala. Sehari sekali je makan, buatkan aku takde tenaga.
Aku harap anak aku kuat dengan aku. Oh ya, aku ada gangguan j1n jugak. Mungkin ke ni salah satu puncanya semua aku buat tak jadi? Entahlah. Tapi sekarang dah kurang sikit, sebab aku selalu ruqyah diri sendiri. Kalau tanya pasal family aku, family aku dan mertua bukan dari orang senang.
Jadi aku taknak bebankan family jugak. Kawan? Takde istilah kawan dalam hidup aku. Dulu aku ada dua orang kawan yang aku ingat sahabat dunia akhir4t aku. Bila aku buat kek atau apa sahaja, aku mesti bagi free kat diorang.
Tapi baru – baru ni sorang dah buang aku sebab aku pinjam duit. Aku lewat bayar seminggu dari tarikh aku janji. Tapi dua hari sebelum tarikh aku janji, aku dah minta maaf sangat sebab terp4ksa bayar lambat. Dia perli aku sinis sangat.
Dan bila aku sent resit yang aku dah bayar duit dia, dia bluetick je aku sampai sekarang. Sorang lagi, yang tadi la. Suruh aku jual kat orang lain. Bisnes tanpa modal pun banyak dah aku cuba. Dropship. Baju, tudung, produk itu ini. Tapi takde yang menjadi.
Ada masa aku letih. Letih sangat. Suami aku tak letakkan semuanya atas aku. Tapi aku sendiri minat bisnes. Jadi aku rasa sedih sangat bila jadi macam ni. Kalau korang tahu mana – mana tempat yang aku boleh letakkan barang makanan yang kering dan boleh pos, tolonglah aku.
Aku harap aku masih ada peluang dengan bisnes aku. Aku takut anak – anak aku tak cukup makan pakai macam aku dulu. Maaf kalau luahan aku terlalu panjang dan berterabur. Sungguh aku serabut. Terima kasih sudi baca. – D (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Cik Puan Ria : Akak rasa berat ujian akak, rupanyanya ada yang lebih diuji. Ya Allah, semoga Allah beri ketabahan, dan dibuka pintu rezeki seluasnya buat adik dan keluarga ya.. Aamiin ya Allah… walau pun rasa perit, tapi takda jalan lain kecuali sabar dan usaha dik. Jangan putvs asa.
Fatimah Az Zahra : Dalam bisnes bukan sehari dua untuk membina nama, kepercayaan, mendapat customer. Mungkin ambil mase 2/3 tahun untuk anda menjadi sebutan customer yang always repeat order. Tak boley putvs asa.
Sebaiknye solat istikharah. Mintak Allah tunjuk jalan yang 1. Agar anda tidak jatuh terduduk, terIanggar dinding. Bile semua tu berlaku akan banyak kerugian dan kecewa yang buat anda putvs asa. Mungkin sudah semua anda cuba tapi tak berhasil mungkin itu bukan jalan yang sbenarnye Allah buat untuk anda. Istikharah pasti penunjuk jalan sebenar untuk anda berjaya. Semoga segala urusan anda dipermudahkan.
Rose Rashid : Allah.. sedihnya baca. Sabar you. Suami kena kerja walau macam mana sekalipun. Awak cukup sekadar duduk rumah jaga anak sambil bisnes kecik – kecik. Jangan putvs asa dengan Allah. Suami pun jangan putvs asa cari keje.
Keje jer dulu apa apa asalkan ada duit nak makan. Kawan memang macam tu. Sebab saya dulu masa susah baru tau mana kawan mana sahabat. Minta pinjam duit cakap takda, tup – tup tau diorang berjalan sana sini. Saya anggap mungkin saya ni tak cukup susah untuk diorg tolong atau memang diorang betul – betul takda duit.
Sekarang ni saya anggap mereka dah m4ti. Ada ada, takda pun saya tak kisah. Family pun sama. Kadang – kadang mereka juga susah untuk tolong kita. Jangan salahkan mereka. Please be strong untuk anak – anak. Yes, this is definitely ujian dari Allah. Love you, dear..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.