Cikgu Amad akan pura – pura tersentuh tangan aku. Seakan – akan tergesel begitu. Keesokannya terus datang semula s4kit aku yang berdenyut tu. Yang terbaru aku perasan ada kereta yang ikut aku dari belakang masa balik rumah. Aku sengaja masuk kedai runcit. Aku tengok balik, memang sah! No plat Cikgu Amad..
#Foto sekadar hiasan. Hye Assalamulaikum pembaca semua. Nama aku Jelita. Umur pertengahan 20-an, asal dari Pantai Timur, sudah berkerja sebagai guru di Borneo dan baru saja berkahwin dalam tahun ni juga (2022).
Seperti tajuk di atas, aku cuma bercerita dan bertanya pada yang lebih arif. Sebagai seorang Muslim, aku yakin dan percaya akan kewujudan benda – benda ghaib. Cuma kadang – kadang aku masih rasa macam tak percaya. Jadi, minta nasihat dan pandangan daripada orang yang mungkin lebih arif dan berpengalaman.
Kisahnya bermula bila aku start berkerja di Borneo hampir 2 tahun yang lalu. Ketika aku mula berkerja, memang aku masih solo dan jomblo happy. Sudah ada kekasih (suami aku sekarang) cumanya ketika tu tidaklah aku w4r – w4rkan kepada semua orang tentang aku sudah berpunya.
Bila ditanya status bujang atau sudah berpunya aku cuma senyum saja sebagai jawapan. Yela. Kang kalau beria bagitau dah ada boyfriend tup – tup putvs tak ke malu muka. So selalunya cikgu – cikgu tempat aku berkerja faham dengan tindakan aku dan takde dah yang akan tanya tentang hal peribadi aku.
Nak dijadikan cerita dalam ramai – ramai guru di sekolah aku, ada sorang guru lelaki (sudah berkahwin dan mempunyai anak 3 orang) asyiklah mendampingi aku dan bertanya tentang hal peribadi aku. Dalam istilah tidak sopannya, menggatal.
Aku kadang – kadang selalu membaIas soalan – soalan gatalnya dengan sengih dan ketawa kecil saja. Sepatah jawapan jarang aku baIas. Dia sering menganggu aku di tempat kerja seperti, selalu menenung aku, pura – pura tergamam bila melihat aku, curi – curi tangkap gambar aku dan lain – lain yang membuatkan aku tidak selesa.
Ramai cikgu lain perasan bahawa aku tidak selesa dengan perlakuan cikgu lelaki tersebut yang aku namakan sebagai Amad. Tapi cikgu – cikgu lain cuma berkata, “cikgu Amad gurau saja tuu Jelita. Biasa la, cikgu baru, muda, bujang dan cantik pula tu.”
Jadi, selalunya aku akan anggap semua perlakuan cikgu Amad tu hanyalah gurauan walaupun bagi aku memang menggatal. Pernah sekali aku berg4duh dengan boyfriend aku ketika itu lalu aku buang dp wasap aku (biasalah kan perempuan kalau merajuk dan nak perhatian) jadi cikgu Amad ni akan wasap tanya mana dp wasap aku.
Aku akan baIas pendek sahaja selalunya sebab malas melayan. Kemudian, cikgu Amad hantar screensh0t dalam gallery dia, muka – muka aku yang selama ini aku buat sebagai dp picture di ws dan telegram. Katanya, “baru nak save kalau ada gambar lagi. Boleh tengok kalau rindu.”
Sumpah ketika tu jijik dan takut ya terima wasap sebegitu tapi cepat – cepat aku fikir, “gurau kot, cikgu lain cakap memang dia jenis bergurau b0do begini.” Kadang – kadang pernah waktu malam cikgu Amad ni wasap ajak dating la, ajak keluar ke sana la, ajak makan bersama la dan lain – lain.
Pernah juga dia wasap minta gambar sebab katanya rindu. Dan aku selalunya akan seen dan abaikan saja permintaan b0doh dan anehnya sebab taknak lah g4duh. Yela rakan sekerja, kita pula guru baru ketika itu, takkan dah buat hal di sekolah baru kan.
Jadi aku ambil keputvsan untuk diamkan diri, cumanya aku ada mengadu juga pada family dan boyfriend ketika itu tentang tindakan cikgu tu terhadap aku. Kemuncaknya adalah, aku baru kahwin dalam pertengahan tahun ini.
Baru berapa bulan saja. Kemuncaknya adalah aku mula jatuh s4kit. Bermula pada Julai 2022, aku mula jadi tak normal. Suka marah – marah. Ketika di sekolah, rasa lesu dan malas. Bermula waktu asar, mengantuk dan lesu menjadi – jadi. Lenguh di tengkuk dan belakang.
Aku fikir aku yang tidak cukup rehat. Jadi aku abaikan. Kemudian diikuti, aku berlaku keluar pend4rahan. D4rah aku mula – mula keluar sikit – sikit saja. Bukan seperti d4rah haid tapi d4rah aneh. D4rah segar begitu. Tidak berketul pun dan warnanya merah d4rah bukan warna hitam kehitaman macam haid.
Aku anggap benda ni mungkin makan masa 4 – 6 hari saja kottt yela mungkin str3ss ke hormon ke (orang kata lepas kahwin hormon kacau) jadi aku tak fikir pelik – pelik. Tapi bila berlarutan sampai 2 minggu aku tak sedap hati. Ketika itu belum s4kit.
Kemudian, cuti sekolah sekejap jadi aku ambil kesempatan pulang ke semenanjung bertemu suami. (Oh lupa maklumkan aku dan suami PJJ) Bermula dari situ aku mula alami s4kit. S4kitnya di area rahim. Berdenyut, pedih dan s4kit seakan – akan peri0d p4in. Tapi lebih s4kit dari senggugut.
Tak reti saya terangkan bagaimana s4kitnya. S4kitnya selalu jadi bila waktu asar berlarutan sampai subuh. S4kitnya m4kin kuat ketika waktu tengah malam. Kadang – kadang aku tertidur kemudian akan terjaga tepat jam 2.30 pagi sebab s4kitnya menyer4ng mashaAllah tak mampu aku ungkapkan s4kitnya bagaimana.
Menangis berguling – guling aku tapi s4kit masih sama. Akhirnya aku minta kepada rakan serumah untuk bawa aku ke kec3masan. Di kec3masan, aku mer0nta bagitahu doktor, “saya s4kit doktor. Tolong saya.” Jadi doktor buat scan la di bahagian abdomen.
Tapi kata doktor tiada apa – apa yang b3ngkak. Semua abdomen saya dalam keadaan baik. Tidak berpuas hati dengan keputvsan tersebut doktor buat keputvsan untuk hantar saya ke pakar O&G supaya saya dapat diperiksa dengan lebih mendalam oleh pakar bahagian wanita sendiri untuk mengesan punca saya s4kit dan keluar d4rah.
Di bahagian pakar O&G, Doktor telah lakukan ujian ultrasound, scan malah papsm3ar ke atas saya untuk mendapat kepastian kenapa saya s4kit dan berd4rah, tapi jawapan yang diterima, “Tiada apa – apa yang pelik. Rahim awak lembut dan cantik. Tidak ada Iuka dan tidak b3ngkak. Saya tidak tahu kenapa awak berd4rah dan s4kit sebab hasil ujian menunjukkan rahim awak sihat malah telur – telur awak pun subur bersedia untuk disenyawakan.”
Jadi doktor cuma bekalkan aku panadol sebagai ubat tahan s4kit sahaja. Maka pulanglah aku ke rumah dalam keadaan kes4kitan. Keesokan harinya, kes yang sama terjadi lagi. Rahim aku berdenyut dan pedihhh seakan – akan dit0reh / dic4kar.
Menangis berguling – guling. Tak tahan sangat, aku minta dibawa sekali lagi ke hospitaI. Bahagian em3rgency yang sama. Melihat rekod rawatan aku yang sudah datang kemarin tapi tidak diketahui punca s4kit, maka doktor yang merawat aku ketika itu mengambil keputvsan untuk melakukan ujian d4rah, air k3ncing untuk melihat apa puncanya.
Keputvsan keluar; semuanya dalam keadaan baik. Ginjal okay, hati ok, usus ok. Tiada masalah. Jadi sekali lagi doktor refer aku ke pakar xray pula untuk kesan masalah aku. Selesai jalani xray, keputvsan keluar “tiada masalah”.
Doktor mula pening tak tahu kenapa aku s4kit dan berd4rah. Jadi doktor bekalkan lagi p4inkiIIer cuma kali ni lebih tinggi dosnya dan lain jenis (m0rph1ne as p4inkiIIer). Balik rumah dan berehat tapi masih sama. Tepat jam 2.30 am aku mula terjaga dari tidur secara meng3jut dan menggelupur sendirian menangis kes4kitan sehingga la subuh.
Dek kerana tidak tahan, aku nekad ke hospitaI pakar s4kit puan swasta yang berhampiran rumah sewa aku. Biarlah ratusan atau ribuan duit keluar asalkan aku tahu apa punca aku s4kit sebegini teruk. Cara ujian yang dilakukan oleh pakar swasta sama sahaja seperti yang aku lalui sebelum ini di hospitaI kerajaan.
Ujian d4rah, ujian air k3ncing, papsm3ar (3 kali aku melalui ujian papsm3ar), ultrasound dan juga scan. Tapi keputvsan yang aku dapat cumalah, “tiada apa masalah dengan rahim dan abdomen lain. Semua elok dan sihat.”
Lagi sekali doktor bekalkan aku p4inkiIIer untuk kegunaan tahan s4kit setiap kali s4kit aku meny3rang. Pulang lah aku dengan kes4kitan dan kekecewaan kerana sudah habis duit hampir ribuan tapi keputvsan tidak seperti yang aku sangka.
Sekiranya benarlah aku ni sihat seperti yang dik4ta pakar – pakar kita, mengapa aku s4kit? Mahu kata doktor – doktor ni salah dan tidak pandai, must4hil. Pakar kot bukan cikai – cikai. Maka, aku ambil keputvsan pulang ke semenanjung untuk mencuba rawatan Islam selepas menemui jalan buntu.
Dalam masa yang sama, d4rah aku keluar dengan banyaknya dan s4kit aku tidak berkurang langsung walau sebakul p4inkiIIer sudah aku telan. Menangis – nangis aku menahan kes4kitan. Sudahlah keluarga dan suami jauh beribu kilometre, s4kit sendirian di tempat orang. Memang down sangat.
Macam panjang sangat pula confession aku, aku berhenti di sini dulu. Nanti aku sambung dengan part 2, cerita aku berjumpa dengan perawat Islam berbagai – bagai jenis. Apapun, doakan aku ya supaya sentiasa sihatttt! Terima kasih sudi membaca! – Jelita (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Hye Assalamulaikum semua pembaca, Aku Jelita. Ini sambungan daripada cerita aku yang pertama. Okay, sebelum itu mari aku cerita sedikit. Sebelum aku mula s4kit area perut dan rahim ni, aku selalu bermimpi. Mimpi seram, dan tak best.
Bukan sekali. Tapi berrrrrkali kali. Mimpi bersetubuh dengan lelaki yang tak dikenali. Aku rasa ada la dalam 4 – 5 kali aku bermimpi tentang bersetubuh tu. Mimpi kanak – kanak. Mimpi binatang. Mimpi suami curang. Banyak mimpi yang aneh – aneh menyinggah tidur.
Tapi aku abaikan dan beranggapan ianya hanyalah mainan tidur semata. Ada yang bertanya, apa reaksi dengan cikgu Amad yang sering menganggu aku tu selepas aku berkahwin. Reaksinya, dia masih sama. Menenung aku di sekolah, menggatal, kadang – kadang sengaja pura – pura tersentuh aku, buat – buat tersentuh gitu.
Tapi ada satu ayat pernah dia ungkapkan pada aku yang aku tak pernah lupakan. Situasi ketika itu, dia datang mendekati aku. Jarak aku dan dia cuma sejengkal, dia datang dan bercakap, “kenapa Jelita kahwin awal sangat? Saya baru nak ngorat Jelita. Saya nak Jelita.”
Ketika itu aku cuma kerling cikgu Amad dan senyum kambing sahaja. Melihat aku yang cuma senyum simpul, Cikgu Amad menambah, “saya serious. Tak main – main.” Ketika itulah, m4ti senyum kambing aku. Nada suaranya betul – betul serious dan bukan bergurau.
Tidak lama selepas itu la, rasanya selang 1 – 2 minggu aku mula s4kit. S4kitnya bermula dengan rahim berdenyut – denyut. Kemudian diikuti pedihhhh seakan dih1ris – h1ris benda t4jam, dic4kar kuku yang t4jam. Berguling aku menahan s4kit.
Jadi part 1 aku ada cerita aku pulang ke semenanjung untuk berubat. Alhamdulillahhh 7 hari selepas berubat, aku sihat. Jadi aku pulang semula ke Sabah untuk kembali bertugas. Nak dijadikan cerita, hari kedua aku pulang ke Sabah, sekali lagi Cikgu Amad pura – pura tersentuh tangan aku.
Sentuhnya tu bukan macam pegang atau genggam. Seakan – akan tergesel begitu. Keesokannya terus datang semula s4kit aku yang berdenyut tu. Tapi aku kuatkan semangat dan cuba bertahan memandangkan aku baru sahaja mengambil cuti panjang minggu lepas untuk rawatan di semenanjung,
Takkan nak cuti lagi? Apa kata pentadbir aku nanti, kan? Jadi aku p4ksa diri untuk terus hadir bertugas selama 3 hari tu walaupun aku m4kin s4kit. Hari Sabtu, aku terjaga tepat jam 2.30am kerana s4kit. Macam biasa, berguling aku menangis kes4kitan. Meraung – raung.
S4kitnya ya Tuhan, tidak dapat aku gambarkan pedih dan s4kitnya tu bagaimana. Rahim seakan – akan dic4kar, diramas, direnggut, manakala ari – ari aku berdenyut – denyut pedihh seakan macam mahu bersalin walhal aku tidak pernah lagi mengandung apatah lagi melahirkan anak.
S4kitnya betul – betul menyiksakan. Kemuncaknya pagi Sabtu ketika aku mahu membuang air dan mencuci wajah aku, kaki aku seakan akan hilang fungsi. Terus aku rebah jatuh terduduk ketika itu juga. Meraung aku dalam tandas menangis menahan s4kit di perut dan pedih di telapak kaki.
Pedihnya seakan akan seluruh kaki dicucuk – cucuk dengan beribu jarum dalam satu masa. Bisa. Pedih. Aku keluar daripada tandas dalam keadaan merangkak. Tangisan masih kuat kerana s4kit dan bisanya badan aku tidak tergambar.
Aku hubungi suami aku dan keluarga aku di Semenanjung, memberitahu aku s4kit. Tidak kuat sudah. Aku fikir kaki aku sudah Iumpuh ketika itu. Yela, jangankan berjalan, berdiri pun tidak ada kudrat. Lembik, dan bisanya ya Tuhan tidak terucap.
Terus suami datang dari KL ke Sabah hari itu juga. Semata – mata mahu ambil aku untuk dibawa pulang ke Semenanjung. Kali ini aku dirawat agak lama. Hampir dua minggu aku pulang ke kampung untuk berubat. Hasil daripada aku berubat, aku dimaklumkan bahawa aku sudah terkena sih1r pemisah.
Dan pelakunya adalah orang yang berhampiran sahaja di tempat kerja aku. Tujuan dia menghantar katanya adalah untuk memisahkan aku dan suami kerana dia ingin memiliki aku. Aku seperti sudah boleh mengagak tetapi sampai hari ni aku tidak berani bercakap soal ini kerana tiada bukti.
Buat masa sekarang aku masih dalam rawatan lagi memandangkan sampai sekarang si pelaku masih suka mengganggu aku ketika di tempat kerja, pura – pura terIanggar aku, menenung aku dari jauh hatta dari dekat sekalipun.
Aku sama sekali tidak pernah melayannya malah sedaya upaya cuba menjauhkan diri aku dari cikgu Amad. Akan tetapi cikgu Amad tu begitu gigih, kadang – kadang offer mahu hantar aku pulang atau ke suatu destinasi yang ingin aku pergi namun sekalipun tidak pernah aku terima.
Tujuan aku membuat confession kali ni cuma mahu meminta doa dan nasihat daripada yang lebih arif dan berpengalaman sekiranya sudi berkongsi apa langkah yang patut aku lakukan seterusnya. Terima kasih kerana sudi membantu aku. Aku sangat menghargai.
Sambungan.. Ni adalah tulisan aku yang ketiga dan mungkin juga yang terakhir. Untuk tulisan – tulisan aku sebelum ni, aku baca satu persatu komen semua orang. Terima kasih atas cadangan dan tips yang diberi. Jadi, di sini aku datang untuk bercerita apa tindakan yang telah aku lakukan setelah berbulan aku s4kit misteri.
Jam sekarang tepat 2.06 pagi. Aku tidak dapat tidur sebab banyak benda yang bermain di fikiran. Ya, aku cikgu. Sebagai seorang kakitangan kerajaan, aku terik4t dengan peraturan dan SOP kerajaan. Tambahan aku ini guru baru. (Kurang daripada 5 tahun berkhidmat) jadi aku sangat terik4t ketat dengan peraturan “guru baharu” walaupun situasi yang aku alami sudah mengancam keselamatan aku di sini.
Bukan tidak usaha, suami aku, keluarga aku sudah sedaya upaya menguruskan hal aku sehingga ke Putrajaya, tapi buat masa sekarang belum rezeki. Beribu wang kami habis berulang alik dari borneo ke semenanjung semata – mata untuk menguruskan aku yang s4kit dan menghadap pihak – pihak yang terlibat supaya aku dapat dipindahkan segera.
Namun, berakhir dengan kekecewaan. Tidak mengapa, Tuhan sedang mengatur benda yang lebih indah dan baik untuk aku InshaAllah. Berbalik kepada isu sekolah dan cikgu tersebut. Ada yang kata, macam mana cikgu tu boleh datang dekat aku dan sebagainya.
Sekadar makluman, aku tidak pernah menghampiri kawasan cikgu Amad tetapi tu yang suka menenggek di kawasan aku. Kadang – kadang aku balik dari kantin, masuk je bilik guru, dia sudah tercegat di tepi meja aku. Aku pura – pura ke meja lain dulu kemudian bila dia seakan – akan mahu berlalu pergi aku pun terus bangun ke meja aku untuk meneruskan kerja aku.
Eh, cikgu Amad uturn balik tak jadi keluar. Kalau tidak jumpa di bilik guru, dia akan datang ke kantin mencari aku. Ya semata – mata untuk berdiri dan merenung aku makan. Aneh? Memang aneh. Kadang – kadang sampai ke parking kereta dia mengekori aku.
Dan ketika aku tengah mengajar di dalam kelas pun, dia akan melintas di hadapan kelas dan merenung aku dari luar kelas. Perkara ini terlalu obvious sehingga beberapa anak murid aku akan terpusing – pusing memerhati tindakan cikgu Amad di luar kelas.
Mungkin hairan kenapa cikgu Amad berdiri di luar kelas dan memerhati keadaan kelas kami termasuk aku. Tetapi selalunya aku akan abaikan dan tunjukkan yang aku ni sibuk mengajar, takde masa nak layan drama dia menenung – nenung aku.
Pekehei? Malas aku melayan. Dan selalunya bila aku memberi respon seperti itu (malas layan, pura – pura pekak, buat dia seakan halimunan) tempoh dia akan bertenggek, tenung aku akan singkat sebab dia akan berlalu pergi bila dia tahu aku tidak melayan kehadirannya.
Tapi itulah, gigihnya dia sampai setiap hati tak putvs asa datang menganggu aku. Ikutkan hati, mahu saja aku tengking dan jeritttttt tapi ada satu isu, iaitu isu pentadbir aku. Kenapa aku tak jerit je? Sini aku terangkan. Baik.
Sekarang berkenaan pentadbir. Bukan pentadbir sekolah aku tidak tahu cikgu Amad suka menganggu aku. Terlalu obvious dia suka mengacau aku di tempat kerja sehingga ramai guru – guru perasan dengan tindakannya.
Kadang – kadang, ada guru dari jauh menjerit “woiii Amad, ingat sikittt anakmu di rumah tu. 4 sudahh anakmu tuuuu!” Ataupun ada cikgu akan memerli “bini orang tu. Jangan kau kacau.” Namun sayang, perlian dan ingatan dari cikgu – cikgu lain umpama mencurah air di daun keladi.
Tak makan saman! Sehingga lali cikgu – cikgu lain mahu menegur dan akhirnya diam dan mengamalkan konsep, “lantak ko la. Maleh aque.” Berkenaan pentadbir, pernah disuarakan isu ini hatta mereka sendiri sedar apa yang berlaku namun respon yang diterima “cikgu tu memang suka bergurau begitu. Kau jangan fikir lain.. dia memang begitu. Lagipun dia sudah berkahwin anak 4 sudah.
Takkan la dia mahu lebih – lebih dengan kau. Sekolah kita pun ada 4 lagi cikgu bujang, must4hillah. Kau kan sudah berkahwin. Dia pun sudah berkahwin.” Ya, ini jawapan dari pentadbir aku. Sumpah lillah aku tak reka. Memang begitu ayatnya.
Retak beribu hati aku bila dengar. Tapi ayat itulah yang membuatkan aku selalu rasa keliru dengan keadaan sekeliling aku. Bila cikgu Amad buat sesuatu yang buatkan aku tak selesa, aku akan ingatkan balik diri aku dengan pesanan pentadbir aku.
Betul ke dia bergurau? Mungkin di bergurau kot tapi aku tak selesa! Eh Aku ke yang over? Begini ke cara bergurau? Aku akan selalu pujuk diri aku dengan mengatakan “gurau kot. Pentadbir kata dia suka gurau.” Walaupun dalam hati, memang aku rasakan ini bukan gurauan yang elok dan sopan tapi apa boleh aku buat bila pentadbir aku sendiri bersuara sedemikian.
Kalau aku lebih – lebih, nama aku juga buruk. Yela, seakan – akan aku yang over react bila berdepan situasi sebegini. Walhal memang aku tak selesa. Entahlah. Bergurau ke begitu.. Ketika cuti sekolah baru – baru ini, aku pulang berubat dengan beberapa orang ustaz lagi memandangkan s4kit aku masih ada dan tidak hilang.
Masih datang s4kit menyucuk dan pedih – pedih. Masih berlarutan d4rah aku keluar hampir 3 bulan lebih lamanya. Jadi, aku teruskan dengan rawatan ustaz yang aku kenal di semenanjung. Klimaksnya, selepas cuti sekolah tamat. Sekolah dibuka. Macam biasa, aku masih diganggu di sekolah.
Tapi apa yang lebih merunsingkan aku sekarang sehingga membuatkan aku hilang rasa mahu tidur adalah tadi ketika balik dari sekolah, aku perasan satu kereta yang familiar mengekori aku dari belakang. Mula – mula aku sangkal naluri hati aku dengan mengatakan mungkin orang lain yang tinggal sama perumahan dengan aku.
Dek kerana kereta tersebut berada agak jauh jaraknya (jarak selang sebuah kereta) dan memasang lampu kend3raan membuatkan aku tidak dapat membaca nombor plat keretanya. Jadi ketika aku mahu berpusing masuk ke lorong rumah aku, entah kenapa hati aku tidak sedap.
Jadi, aku cuba teruskan perjalanan sehingga ke lorong paling hujung taman perumahan aku. Di lorong hujung tersebut ada sebuah kedai runcit. Jadi, aku buat keputvsan untuk berhenti di kedai runcit tersebut dan berpura – pura seperti mahu turun membeli barang.
Seelok sahaja aku masuk ke dalam pintu kedai, aku perhati kereta yang mengekori aku perlahan – lahan berlalu pergi dan keluar dari kawasan perumahan aku tanpa berhenti di mana – mana. Semata – mata mengekori aku kemudian keluar dari jalan utama kawasan perumahan aku. Motif??
Jalan – jalan makan angin? Dalam kesempatan itu, aku membaca nombor plat keretanya. Sah! Kereta cikgu Amad. Mujur ingatan aku kuat dalam mengingati huruf dan digit kereta ni! Jadi memang tidak was – was. Memang confirm keretanya sebab aku ingat nombor plat kereta rakan – rakan sekerja aku.
Menggigil aku sejuk tapak kaki dan tangan dek kerana terk3jut. Setelah memastikan cikgu Amad keluar dari kawasan perumahan aku, aku segera berlari keluar dari kedai tersebut dan terus pulang ke rumah. Aku hubungi suami aku dan keluarga aku untuk memaklumkan hal ini.
Berkali – kali aku tanya pada suami aku, “bergurau ke begini? Ikut balik rumah?” Aku celaru dan risau sekiranya aku overthinking dan bersangka buruk. Tetapi tindakan cikgu Amad memang aku rasakan sangat tidak wajar.
Ingin aku adukan ke pentadbir sekolah aku tapi sayangnya aku takut aku akan kecewa mendengar response daripada mereka. Tambahan aku tidak ada bukti. Tidak terlintas dalam fikiran aku dia akan mengekori aku pulang ke rumah. Kerana itulah aku tidak record.
Kereta aku pula memang tiada dashcam. Nanti kalau aku ceritakan kepada pentadbir, nama aku juga yang buruk kononnya berburuk sangka dengan rakan sejawat. Dibuatnya cikgu tersebut twist cerita, tak ke terkial – kial aku dengan takde bukti lagi.
Buntunya aku. Mahu bawa ke pihak atasan pun sama juga. Tersekat dek kerana aku ini guru baharu. Bukti pun tiada. Haih. Runsing aku. Rasa seperti tidak selamat dalam rumah sendiri. Takut. Risau. Mahu menangis dan berkurung je rasa. Tapi kena p4ksa kuat sebab aku sendirian di sini.
Suami dan keluarga jauh di semenanjung. Kena kuat juga. Apa – apa jadi, kasihan mereka yang sudah banyak berhabis masa dan wang berulang alik demi aku. Buntu aku taktahu mahu minta tolong dengan siapa lagi yang berupaya meIindungi aku.
Okaylah dah lewat malam. Esok perlu bangun bekerja juga. Doakan aku kuat nak hadap hari mendatang. Doakan juga urusan aku di sini dipermudahkan. Doakan aku jumpa jalan keluar bagi masalah aku. Dan paling penting doakan aku sihat sepenuhnya ya!
S4kitnya menahan s4kit yang tidak tahu punca. Aku nak sihat aktif macam dulu. Aku nak kebebasan, tak perlu rasa takut – takut untuk buat sesuatu. Aku doakan semua penbaca aku dilindungi selalu, dipermudahkan urusan. Terima kasih sudi mendengar luahan aku. sekali lagi doakan aku ya. – Jelita (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.