Saya rahsiakan peny4kit sebab takut tak jadi kahwin. Lepas kahwin suami dapat tahu saya s4kit, dia nak kahwin satu lagi

Satu hari, saya pengsan lagi dan suami yang bawa saya ke hospitaI. Usia kandungan saya 5 minggu dan saya terp4ksa ucapkan selamat tinggal buat dia atas nasihat doktor. Suami pujuk, katanya kami boleh cuba lagi. Tapi hati manusia boleh berubah. Dia minta nak kahwin satu lagi.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, Saya gunakan medium ini untuk saya kongsikan pengalaman saya sebagai pengidap m4rfan syndr0m. Budak medic mungkin tahu apa itu m4rfan syndr0m, yang tak pernah dengar mungkin boleh google.

Saya dapat tahu yang saya ada syndr0m tu waktu umur saya genap 25 tahun. Iaitu sebulan sebelum saya berkahwin. Bermula dengan doktor kesan saya ada heart murmur. Saya disarankan buat ecg dan echo. Doktor beritahu yang saya mengalami v4lve pr0lapse.

Pada awalnya doktor kata ianya tak serious. Alhamdulillah, lega sangat dengan berita tu. Suatu hari saya join company buat family day dan ketika itulah saya pengsan. Sekali lagi saya dik3jutkan dengan berita baru. Doktor beritahu paru – paru saya c0llapse.

Dia tunjuk pada filem xray yang mana paru – paru saya mengembang beberapa cm ke bawah. Saya memang terk3jut dengan berita tu sebab selama ni saya sihat, saya normal macam orang lain dan saya lakukan aktiviti harian tanpa masalah pun.

Tapi saya memang dah lama perasan yang saya tak boleh buat aktiviti lasak macam berlari, hiking, swimming sejak zaman sekolah lagi. Saya cepat mengah. Saya fikir saya cuma kurang stamina, jadi saya tak pernah fikir yang saya s4kit.

Lepas doktor kata paru – paru saya jatuh dan masalah jantung m4kin serius, do4tor mula syak saya mer0kok lah, kena d3ra masa kecik dan macam – macam lagi. Doktor minta check tuIang rusuk, spine tuIang kaki, tangan, dan dia keluarkan teori dan pendapat dia sendiri.

Dia syak saya ada m4rfan syndr0m. Maka, dia sarankan saya jalani chr0mos0me test. Itulah kali pertama saya dengar peny4kit m4rfan syndr0m. Sebelum ni saya tak pernah dengar. Saya google time tu juga. Sebulan lepas tu chr0mos0me test result keluar, saya disahkan ada m4rfan syndr0m.

Tapi saya rahsiakan semuanya dari pengetahuan bakal suami ketika itu. Sebab saya bimbang dia taknak teruskan perkahwinan kami. Saya taknak keluarga saya tanggung malu. Dan kami akhirnya berkahwin. Saya cuba rancang untuk dapatkan zuriat hampir setahun, dan alhamdulillah saya berjaya mengandung jugak.

Tapi saya kerap mengalami p4lpit4tion, kejang, pitam, rasa berat dan pendek nafas. Saya fikir semua tu hanya perkara biasa bagi ibu yang sedang mengandung, morning s1ckness. Satu hari, saya pengsan lagi dan suami yang bawa saya ke hospitaI.

Doktor kata keadaan jantung dan paru – paru tidak mengizinkan saya untuk mengandung. Usia kandungan saya 5 minggu ketika itu dan saya terp4ksa ucapkan selamat tinggal buat dia. Suami saya pujuk saya, katanya kami boleh cuba lagi bila keadaan saya dah ok sikit.

Tapi hati manusia boleh berubah. Suami saya minta untuk berkahwin satu lagi walaupun tak sampai setahun saya kehilangan baby saya. Alasannya sebab saya tak mampu berikan dia zuriat. Sebenarnya kalau zuriat yang dia mahukan sebagai bukti cinta saya pada dia, saya sanggup merisik0kan nyawa saya untuk terus kandungkan anak dia.

Tapi cinta saya pada dia masih rasional. Cinta saya pada dia sebanyak cinta saya pada keluarga saya. Andai kata saya m4ti, siapa yang nak beri duit belanja ummi dengan walid saya, siapa yang nak beri duit pada adik saya yang belajar dekat unimas tu kalau dia tak cukup duit.

Adik beradik lain tak belajar tinggi. Mereka semua cukup – cukup untuk sara diri masing – masing. Walaupun saya anak yang hujung, anak ke-7 dari 9 orang adik beradik, saya tetap rasa tanggungjawab untuk bantu keluarga.

Lama saya ambil masa untuk fikirkan semua tu akhirnya saya buat keputvsan. Mana mungkin saya sanggup berkongsi kasih suami dengan perempuan lain. Saya fikir, bila dia dah ada zuriat dengan perempuan tu, saya akan terabai.

Jadi saya buat keputvsan untuk bercerai. Saya redha dia berbahagia dengan perempuan lain yang lebih sempurna. Saya tak mampu untuk serahkan nyawa saya sebagai tanda cinta saya pada dia tapi saya lepaskan dia mengecapi bahagia dengan org lain, itu tanda cinta saya.

Sudah setahun lebih kami bercerai, saya rahsiakan semuanya dari ummi dengan walid. Saya jalani hidup saya seperti biasa, pergi kerja-balik kerja-tidur. Hujung minggu saya akan pergi lepak dekat mana-mana taman rekreasi.

Tengok keluarga orang lain yang lengkap, anak – anak kecil lari sana sini buat saya bahagia. Apalagi yang saya boleh buat kan. Nak keluar lepak dengan kawan – kawan semuanya ada keluarga masing – masing. Sekali sekala tu boleh lah.

Tahun depan saya plan untuk ambil anak angkat dan saya nak susukan. Tak lama lagi saya akan ada anak sendiri. Walaupun dia tak lahir dari rahim saya, cukuplah dia membesar dengan susu saya. Saya tanya ummi, “antara tiga perkara yang takkan terputvs bila kita dah meninggaI dunia adalah doa anak yang soleh kan? Kalau anak tu cuma anak susuan, sampai tak doanya.”

Ummi kata inshaAllah sampai. Allah kan Maha pengasih lagi maha pemurah. Pesanan saya, mungkin dekat luar sana ada yang senasib dengan saya, jangan sedih. Jadilah seorang perempuan yang kuat, yang rasional dan matang.

Kita boleh menangis untuk lepaskan rasa hati kita, tapi jangan kita menangis untuk dapatkan simpati sesiapa. Teruskan hidup macam biasa. Terlalu banyak lagi perkara yang mampu buat kita bahagia dalam dunia ni. Buka mata. – Anak Orang

Komen Warganet :

Ummu Maryam : Boleh kak. Boleh ambil anak angkat dan disusukan dengan susu kita. But i warn you – secara legal, proses dia payah. Tambah lagi status kita ‘ibu tunggal’. Boleh, tapi payah. Kalau boleh baby baru lahir.

Ada cara untuk badan kita hasilkan susu sendiri, but the process itself is tough – akak lebih kurang sama hadapi benda ibu – ibu dalam pantang hadapi. Malahan lagi payah. Boleh contact mana – mana lactation counselor kat kawasan akak. Google je. But for a tough woman like you? Ayy gurl im sure that will be a piece of cake. I salute you!

Aiza Farina Ainan Marzuki : Kisah ni memang inspirational sebab confessor seorang yang cekal dan tabah. Daripada hidup ada suami tapi asyik sedih, sedih, sedih, lebih baik move on. Saya puji dia pikir pasal keluarga dia, sebab keluarga sendiri kalau kita buruk, s4kit, miskin pon masih terima kita.

Suami yang terus naik taraf jadi orang yang harus ditaati tu, at the 1st sign of low point terus let her down dan cari orang lain. Saya doakan anak angkat yang diambilnya menjadi seorang anak yang soleh / solehah, pandai, bertanggungjawab dan berbudi pekerti.

Zainab Nafsiah Jenab : Anggap je la itu kifarah awak sebab rahsiakan pasal s4kit awak sebelum kahwin. S4kit awak tu peny4kit genetic yang boleh diw4riskan pada anak tau. Jadi… (Sorry la kalau saya cakap kasar tapi i just have to say this) sepatutnya awak yang fikir sendiri sanggup ke awak?

Kalau masa tu ex awak yang s4kit, tapi dia rahsiakan, dan akhirnya awak dapat anak, dan anak pun s4kit yang sama? In a way, awak pun dah permainkan hidup ex awak dulu. Jadi anggap la fair and square dah sekarang. Sorry.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.