Zati tiba – tiba buat meeting tergempar. Dia kata, tuan rumah naikkan rumah sewa. Sehinggalah satu hari aku tak boleh masuk rumah sebab kunci mangga dah bertukar. Ada notis amaran dari tuan rumah cakap yang rumah dah tertunggak selama 3 bulan. Aku terus call tuan rumah…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sementara aku teman anak saud4ra aku tengah bukak mainan baru pukuI 3 pagi ni, aku tergerak hati nak buat confession pasal bekas housemates aku dua tahun lepas. Ada jugak beberapa perkara yang aku ingat – ingat lupa tapi pengalaman ni memang betul – betul mengajar aku erti penyesalan.
Harap korang yang baru nak cari rumah sewa tu tak ulangi kesalahan b0doh yang aku buat. Nak jadi cerita, aku kenal ex housemates (Zati) dekat mudah. Dia post iklan bilik sewa. Aku masa tu memang terdesak betul nak cari rumah sewa.
Keutamaan rumah sewa yang aku nak mesti dekat dengan lrt sebab aku takde transport nak pergi kerja. Masa ni aku ada dua pilihan rumah sewa. Akhir sekali aku pilih duduk dengan Zati sebab dia nampak lebih peramah berbanding dengan budak rumah sewa lagi satu.
Silap pertama aku kat sini. Aku lupa orang kabor don’t judge a book from its cover. Zati ni memang nampak friendly giIa, tak lokek dengan senyuman, pandai ambil hati dan dari segi luaran walaupun dia berisi tapi penampilan dia agak bergaya.
Pendek kata, pertama kali aku jumpa dia, aku dah rasa selesa. Waktu ni aku fikir aku tak kesah sangat pasal housemates aku, janji dia nampak ok. Lagipun duduk bilik asing – asing kan. Waktu aku datang tengok rumah, bilik aku nak sewa tu bersih cuma toilet kotor.
Bila aku tanya Zati kenapa toilet kotor? Dia jawab tangki baru lepas baiki. Kotor tu semua kesan air karat repair tangki. Aku ohh kan jela. Masa aku pindah masuk, si Zati ni takde. Dia dah bagi aku kunci siap – siap masa aku datang tengok rumah.
Waktu aku pindah masuk tu, aku ada rasa pelik jugak sebab aku ada nampak mangga kena kopak depan rumah dan notes dekat peti ais dari housemates lama rumah tu. Dari notes tu macam si Zati ni ada konflik dengan budak sebelum ni.
Tapi aku tak ambil pusing sangat. Bila aku tanya si Zati ni dia asyik kata budak lama bermasalah la dan dia banyak bersabar dengan per4ngai diorang. Ni kesalahan kedua aku kot. Asyik fikir positif je walaupun dah nampak perkara tu agak musykil.
Oh ya pasal pembayaran pula, Si Zati ni minta dekat aku deposit 1+1+ utilities. Standard jela bayarannya untuk rate rumah kat situ. Tapi bila aku tanya kenapa kena bayar dekat dia pasal payment rumah sewa bukan direct bayar dekat owner?
Dia jawab sebenarnya owner nak naikkan sewa rumah ni tapi disebabkan Zati dah sewa dekat 5 tahun, owner tak sampai hati. So kalau owner tahu penyewa dah bertukar Zati risau kalau sewa rumah dinaikkan. Zati cakap jangan risau pasal rumah tu, apa – apa dia akan direct dengan owner.
Cara dia cakap memang lemah lembut dan innocent. Ni kesalahan ketiga aku buat. Rumah ni ada tiga bilik. Zati duduk master bedroom, aku medium dan sorang lagi budak (Aina) duduk bilik paling kecik. Rumah ni rumah flat tingkat paling atas.
Kat dalam rumah dua tingkat. Bilik aku, bilik Zati dan bilik air kat tingkat atas. Bilik Aina, dapur dan ruang tamu kat tingkat bawah. Si Aina ni masuk seminggu lepas aku masuk. Aina ni lagi la memang terlalu baik dan lurus.
Jadi semua mende Zati cerita dia terus percaya bulat – bulat. Aina ni pun bayar deposit semua sama dengan aku. Aku perasan Aina ni agak kurang berkenan dengan aku. Mungkin sebab aku tak pakai tudung kot kan. Jadi kitorang tak rapat sangat. Zati ni la jadi penghubung.
Aku masuk je rumah first thing aku buat mesti la kemas dan bersihkan rumah. Toilet kotor yang si Zati kata sebab karat tangki bocor tu takpun sebenarnya. Memang toilet tu kotor tahap berlumut. Silap aku sebab tak tengok betul – betul. A
ku geli giIa nak sental. Tapi nanti kalau nak membuang lagi la tak selera ye dak. Hm nak tak nak aku letak macam – macam pencuci toilet bagi lumut tu kurang sikit barula aku sental. Tahap kotor toilet tu kat dalam mangkuk sampai lumut hijau hitam semua color lengkap la.
Bukan kat situ je yang berlumut, sekali dengan cover toilet tu semua hitam. Lantai toksah cite la. Kalau betul kesan karat air tangki mestila kotor tu susah hilangkan. Ni aku cuci elok je bersih putih. M4kin pelik aku cemana la si Zati ni membuang mandi bagai.
Tapi masa dia interview aku nak masuk rumah tu beriya dia tekankan dia nak housemates pembersih. Zati tak akan pilih orang sembarangan. Sumpah aku tak selera makan dekat 2 minggu impak cuci toilet lumut tu. Berdekah boyfriend aku gelak setiap kali ajak makan tekak aku loya teringat tandas.
Sebulan kemudian, tiba – tiba Zati buat meeting tergempar. Berbekalkan sinar cahaya gadis kampung yang tak bersalah kat muka dia, dia bagitahu aku dan Aina tuan rumah ada call dia. Tuan rumah bagi pilihan samada kitorang nak bayar deposit satu bulan lagi atau nak sewa rumah dinaikkan atas alasan tuan rumah terdesak perlukan duit.
Zati ni pun konon mintak maaf kat kami sebab dia dah cuba pujuk owner tapi tak berjaya. Aku agak mempertikaikan dan aku suruh dia tunjuk bukti. Zati ni dengan lemah lembut cakap owner direct call dia, jadi takde bukti mesej ke apa.
Zati dan Aina pujuk aku susah senang kita sama – sama la. Jadi, aku bayar jugak la. Setahun jugak la aku duduk dengan Zati. Aina pun dah keluar sebab dapat kerja baru. Biha pulak yang masuk menyewa. Dalam tempoh setahun tu, aku ni memang buat baik la dengan Zati.
Aku dan Aina selalu masak panggil dia makan sekali, selalu kemas rumah dan selalu beli barang rumah. Seronok la Zati tapi kitorang tak kesah sebab aku rasa dia baik. Walaupun Zati malas tapi bila aku s4kit ke apa dia ada la tunjuk ambil berat konon nak beli makan la apa.
Tapi aku tak pernah terima pelawaan dia. Kesalahan keempat aku, konon tak berkira sampai orang pijak kepala pun tak sedar. Lepas 2 minggu Biha masuk, aku baru balik kerja petang tu. Aku dah pelik tengok Biha duduk kat koridor tak masuk rumah.
Bila aku sampai depan pintu rumah, Biha cakap mangga owner dah tukar. Owner ada lekat notis kat rumah bunyi dia lebih kurang camni la, “SEWA RUMAH DAH TERTUNGGAK 3 BULAN. SAYA PERLUKAN PENJELASAN. PENYEWA – PENYEWA SILA CONTACT SAYA. NO TEL XXX”
Aku dan Biha ni contact la owner. Bergelap la kitorang sampai pukuI 8pm depan rumah tunggu owner sampai. Sementara tunggu owner sampai aku borak dengan Biha. Selama 2 minggu dia masuk aku tak sempat kenal dia sangat pasal aku pun baru balik dari cuti raya.
Biha ni ada la tanya kat aku pasal payment rumah apa semua. Rupanya Zati ni dia pergi mintak lebih duit deposit dari sepatutnya kat Biha. Pastu Zati pergi burukkan aku kat Biha dengan niat Biha ni tak dapat tanya aku apa – apa. Zati pun burukkan Biha kat aku.
Waktu ni Zati dah dekat kampung agak lama. Konon nenek dia s4kit. Balik kampung ni pun dia siap pinjam duit aku beberapa ratus. Nak pinjam punya pasal dia sanggup datang tempat kerja aku on the spot. Aku kesian aku bagi la pinjam.
Tapi dia kant0i balik kampung pergi jumpa boyfriend baru. Dia lupa gamaknya aku follow wechat dan facebook dia. Aku diam je nak tunggu dia balik baru ser4ng. Balik pada cerita. Tuan rumah pun sampai. Suami isteri. Dah berumur.
Baik dan boleh bawa berbincang. Lain betul tuan rumah dari apa yang Zati cerita. Sikit pun tak kena. Tuan rumah bagi kami peluang jelaskan apa yang terjadi. Aku dan Biha pun cerita la kami pun tak sangka sewa rumah tertunggak sampai 3 bulan.
Kami memang bayar on time setiap bulan. Biha walaupun baru masuk dia dah bayar duit rumah beberapa bulan tanda booking. Kami pun tunjuk dekat tuan rumah bukti kami bayar sewa dekat Zati. Lepas berbincang dengan tuan rumah, baru kami tahu rupanya sewa sebenar rumah tu jauh lebih murah dari sewa Zati tetapkan.
Setelah buat kira – kira, total sewa aku dan Biha bayar bulan – bulan dah cukup bayar sewa satu rumah. Kiranya Zati ni duduk free la selama ni. Dah la dia duduk master bedroom. Tuan rumah sebenarnya sengaja letak sewa murah sebab kesian dekat budak – budak muda menyewa dekat KL mahal.
Tup – tup senang je Zati ni ambil kesempatan. Bukan tu saja, deposit yang selama ni dia ambil dari kitorang tak pernah sampai pun kat tangan tuan rumah. Rumah tu rupanya takde deposit segala bagai pun. Zati ni rupanya baru jugak setahun dua menyewa rumah tu dan dia memang bermasalah.
Cumanya tuan rumah tak datang tengok sebab dia s4kit jantung. Duduk lama dekat hospitaI. Ambik setepek – setepek memasing kena tipu dengan Zati. Baru aku teringat Zati ni ada plan nak holiday kat Thailand hujung bulan tu.
Mungkin nak guna duit hasil songlap la kot. Tuan rumah marah sangat dengan Zati. Jadi kami pun pakat dengan owner nak tangkap Zati dan report polis bila Zati balik nanti. Bila Zati balik, aku dan Biha senyap – senyap keluar rumah.
Kami kunci pintu grill dari luar guna mangga baru. Lepas tu owner datang dan bawa kami pergi balai polis. Rupa – rupanya apa yang Zati buat ni tak menyalahi undang – undang pun. Manalah kami tahu. Masing – masing pun buta undang – undang.
Kami cuma boleh buat report dia songlap duit sewa 3 bulan tertunggak tu je. Tu pun takde bukti kukuh. Duit deposit dan sewa tiap bulan tu tak boleh buat report pun sebabnya takde perjanjian hitam putih menetapkan bayaran sewa rumah.
Ingat tu kawan – kawan kalau masuk mana – mana rumah sewa mesti ada PERJANJIAN HITAM PUTIH ANTARA TUAN RUMAH DAN PENYEWA. Tak kira la sewa bilik sekalipun. Jadi kami pun balik rumah sewa dengan owner.
Owner suruh aku jerit panggil Zati. Zati pun laju turun dari tingkat atas. Apalagi terbeliak Zati tengok owner datang sekali dengan kitorang. Masa ni kitorang duduk kat luar pintu grill sebab kitorang takut Zati naik h4ntu tak pun larikan diri.
Maklumlah badan dia besar tiga kali ganda dari kami. Zati ni memang psik0 habis. Kami tanya dia macam – macam dia diam je sambil tunjuk muka tak bersalah. Dia ada menjawab dengan kasar bila kena p4ksa dengan owner.
Hilang terus sifat lemah lembut kampung dia tu. Malam tu baru nampak per4ngai sebenar Zati ni. Autom4tik malam tu, owner terus halau dia dari rumah tu. Pasal owner takut dia cekik kami berdua sebab kami kecik hahahaha.
Zati memang pandang kami kecik besar kecik besar (read; berd3ndam). Sebelum Zati blah malam tu, kami p4ksa dia sign agreement untuk dia bayar balik duit kami. Pastu kami tunjuk dia report polis kami buat. Konon kami ugvt dia hal ni akan jadi panjang kalau dia tak bayar dalam tempoh 2 minggu.
Padahal takde apa pun. Kot – kot la dia nak bayar duit kami secara ansuran ke apa. Dia bungkus apa yang patut sikit then dia blah. Tak habis kat situ. Dua minggu lepas tu takde pun bunyi Zati ni nak bayar ke apa. Aku da Biha kopak la bilik dia.
Kot – kot la ada barang berharga ke. Boleh la ugvt ke apa kalau dia bayar baru kami bagi barang dia ke apa. Oh ya selama setahun aku duduk dengan dia, tak pernah sekalipun aku masuk bilik dia. Bilik dia sentiasa berkunci dan bertutup dengan langsir tebal. Bilik kami je pintu ternganga luas selalu.
Buka je pintu bilik dia terus aku dan B lari masuk bilik air. Bau dia masyallah. Loya termuntah kami dua orang. Bila kami dah agak bertenang kami gagahkan jugak nak selongkar bilik Zati. Gelap segelapnya takde sikit cahaya pun.
Bila bukak lampu haaa tu diaa. Tak tau la kami ni dalam bilik Zati ke atau dalam tong sampah besar alam flora. Segenap pelusuk bilik memang penuh dengan habuk termasuk setiap inci lantai. Habuk dia bukan sikit tau tahap bersawang macam bertahun tak berpenghuni.
Katil pun sama kotor penuh dengan barang. Tak boleh nak duduk langsung. Baju memang berselerak serata bilik. Tak reti dah nak beza mana yang kotor mana yang bersih. Yang lembap pun ada. Dinding bilik dia boleh kata dah berkulat maybe atas faktor high humidity.
Ala macam dinding tempat sarang pen4gih kita tengok dalam tv tu. Almari memang r0boh macam kena b0m. Yang paling dasyatttt haa tau apa dia? Ada seplastik besar pad berd4rah Zati sangkut kat belakang pintu. D4rah kering d4rah basah semua ada termasuk terkena jugak kat dinding.
Mungkin dia try baling dalam plastik tapi tak goal kot. GeIi nak m4mpussss. Aku dan Biha pun pack barang dia campak dalam plastik sampah. Masa aku tengah angkat baju dia nak letak dalam plastik sampah, aku rasa macam terpegang benda lembap.
Ingat baju basah ke apa. Rupanya ada pad berd4rah masih lekat kat seluar dalam tersembunyi di sebalik longgokan baju dia. Geli wei geliiii. Samak pun belum tentu bersih ni hahaha. Sampah sahaja tiga palstik besar kami kutip.
Sampah tu termasuk bekas polistrin, makanan, botol, barang plastik shopping semua. Bau kepam toksah cerita. Memang kami kemas pakai mask dan tangan balut dengan plastik lepas taubat terpegang pad berd4rah dia euwwww.
Pening aku fikir camana la dia cari baju dia setiap kali dia nak keluar. Dia memang pandai bergaya la untuk orang yang berbadan besar. Siap dengan make up yang up to date. Al maklumlah dia editor majaIah yang agak terkenal.
Jadi dia selalu pakai cantik – cantik kalau ada pergi press conferences atau ada launching product ke apa. Aku dah baca majaIah tu. Memang nama dia sebagai editor okayyy. Jawatan je kelasss tapi bilik macam ner4ka. Baru – baru ni aku search dia kat facebook tengok dia dah kahwin siap ada anak sorang.
Aku tak tau la macam mana laki dia hadap dia hahahaha. Tak selero den! Pengajaran dia pandai – pandai la korang fikir. Ye aku tau banyak salah aku sebab sambil lewa je sewa rumah sembarangan. Taubat tak buat dah. Maafla story memang panjang. Aku failed bab penulisan ni. Byeee – Ayam goreng crispy
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.