Sentuhannya amat pelik kerana lebih terkena pada tangan dan badan saya berbanding pada buku. Saya mengucap dan suruh dia jauhkan diri. Saya terk3jut. Sejak dari tu saya siasat, tak sangka dengan ustaz lain pun dia buat benda sama..
#Foto sekadar hiasan. Pertama sekali, saya mohon maaf andai tajuk ini agak kontr0versi. Saya mohon andai pihak editor tak membenarkan guna tajuk saya, mohon dapat ditukar tajuk lain tapi saya berharap sangat kisah saya dapat disiarkan.
Baca tajuk pun dah boleh agak kisarkan apa, kan? Kisah saya ini berlaku pada tahun 2017 dan masih segar dalam ingatan saya sampai sekarang. Saya merupakan pelajar lepasan SEKOLAH AGAMA dan antara pelajar “Top Scorer” sejak di bangku sekolah rendah.
Tamat SPM, saya tak masuk U / Kolej dengan niat nak belajar menggunakan kewangan sendiri. Saya juga dah rancang untuk sambung belajar secara jarak jauh sahaja. Saya minat mengajar, jadi saya cuba mohon sebagai guru sekolah agama beberapa sekolah rendah agama di sekitar kawasan tempat tinggal.
Alhamdulillah, saya ditawarkan kerja seawal usia 18 tahun. Saya diamanahkan mengajar kelas pertama tahun 6 (12 tahun). Saya berasa sangat gementar dan dalam masa yang juga berasa seronok kerana saya lebih sukar mengajar budak besar berbanding anak – anak kecil.
Sejak hari pertama saya masuk kelas itu, saya agak garang. Namun, lama – kelamaan saya mengubah str4tegi pengajaran saya atas nasihat guru – guru lama jadi saya menjadi lebih peramah dengan mereka. Makan semeja, berborak santai dan kadang – kadang saya yang mula bertegur sapa apabila berjumpa sampaikan saya yang rajin bertanya khabar mereka dalam WhatsApp.
Tapi, saya amat menjaga batas kerana semua perbuatan itu saya hanya lakukan kepada lelaki sahaja. Perempuan sekadar bersahaja kerana saya merupakan seorang pemalu dan tidak gemar bercampur dengan perempuan sejak sekolah rendah.
Seingat saya setelah lebih kurang setelah 6 bulan saya mengajar, saya mula menerima surat – surat yang bukan – bukan seperti I Love You dan seumpamanya. Mula – mula saya terima 2 – 3 surat, lama – kelamaan saya mula terima mesej dari satu nombor yang tidak dikenali.
Cuma, bagaimana boleh saya pastikan itu perbuatan anak – anak murid saya, kerana saya selidik dan saya syak seorang anak murid perempuan kelas saya yang lakukan. Lebih saya kesal kerana dia merupakan salah seorang pelajar harapan sekolah yang sangat bijak dan skor dalam peperiksaan.
Apapun, saya tak layan pun sebab, iyalah budak – budak lagi kan. Pernah sekali, saya menyemak bacaan hafazan Surah. Anak murid perempuan yang saya syak itu dipanggil pada giliran terakhir mengikut senarai nama dan waktu itu anak – anak sedang bersiap kemas untuk pulang.
Saya amat terk3jut kerana sewaktu saya sedang menyemak bacaan, tiba – tiba dia datang menghampiri saya (sangat dekat) dan mula menyentuh buku Hafazan. Sentuhannya amat pelik kerana lebih terkena pada tangan dan badan saya berbanding pada buku.
Saya mengucap dan suruh dia jauhkan diri. Saya terk3jut. Anak murid yang sama juga, dia suka mengikuti saya dan suka bergambar dekat – dekat dengan saya. Bila saya tegur, barulah dia akan elak. Pernah sekali saya cuba tak menegur, dia pun buat tak endah.
Saya amat risau kerana saya tak mahu menimbulkan fitnah ke atas sesiapa lebih – lebih lagi diri saya. Setelah saya selidik dan lihat sendiri, barulah saya dapat ketahui bahawa perbuatan seperti itu bukan dilakukan ke atas saya sahaja, bahkan ustaz – ustaz lain sekitar 30-an juga dia lakukan sama.
Lebih menyedihkan ada ustaz yang melayan (sentuhan) tapi saya bersangka baik sahaja. Saya juga tegur ustaz – ustaz tersebut secara sindiran dalam bilik guru. Beberapa hari kemudian, saya berjumpa dan bertegur secara peribadi berkenaan cara dan sikap anak murid tadi.
Setelah saya tanya secara mendalam, barulah saya dapat tahu rupanya ayah anak murid tersebut sibuk dengan kerja. Beliau jarang berjumpa dengan anaknya. Ibunya pula asyik sibuk melayan adik – adiknya dan handphonenya sahaja.
Dari sini saya dapat simpulkan bahawa perbuatan anak murid saya tadi adalah kerana dia ingin men4gih kasih sayang dari seseorang yang dia boleh rapat, luang dan luahkan sesuatu. Dia sendiri mengaku yang dia sedar perbuatan dia salah cuma dia ingin dibelai ibu ayahnya.
Dibelai seseorang yang dia yakin. Disebabkan tak dapat ibu ayah, maka dia cari orang lain. Dalam banyak – banyak cerita yang dia luahkan, satu lagi dia mengadu dia teringin nak pakai tudung labuh. Tapi, setiap kali dia memakai tudung labuh, dia akan diejek dan diperli kerana dia kata keluarganya bukan dari latar belakang agama yang kuat.
Lebih menyedihkan, dia tiada dorongan hatta dalam solat 5 waktu pun masih ada kelopongan yang kerap. Allahu. Sedihnya… Akhir kata, saya ingin nasihat kepada semua pembaca, jagalah anak – anak anda (tak semestinya anak sendiri – mungkin anak saud4ra, anak buah, anak angkat, anak jiran dan sebagainya) khususnya anak perempuan.
Anak perempuan sangat sensitif dan sentiasa ingin diberikan perhatian dan belaian kasih sayang. Hai ibu bapa di luar sana! Ajarlah anakmu rasa malu dan adab sebagai seorang wanita. Litupilah aur4t mu selengkapnya. Hayati semula sejarah Serikandi Islam seperti Saidatina Aisyah R.Anha dan Sayyidah Nafisah R.Anha.
Contohi mereka agar maruahmu terlindung. Labuhkanlah khimarmu bukan kerana kecantikan mukamu sahaja, bahkan dapat menundukkan wajah muka – muka lelaki yang ingin mengusikmu. Jagalah amanah anak ini sebaik mungkin.
Merekalah aset agama dan negara yang paling berharga. Satu lagi, anak – anak perempuan ni kalau dah menjangkau usia 10 tahun belikanlah mereka tudung besar – besar dan labuh. Ada di antara mereka yang dah baligh pun masih tidak pandai menguruskan diri.
Saya faham, mungkin ibu – ibu sedang berhijrah tapi ingat, kalau kita ni dah rosak, takkan kita nak rosakkan anak – anak kita ikut style kita yang tak patuh syarak? Kita mungkin terbiasa pakai pendek – pendek dan ketat – ketat.
Mungkin kita pun sedang berhijrah perlahan – perlahan. Anak – anak ni acuan mak ayah. Macam mana mereka diacu begitulah hasilnya. Aculah yang dengan didikan dan tauladan yang baik. Aculah sebaik – baik dari kecil kerana itulah yang akan mereka bawa sehingga ke besar.
Didik mereka berakhlak dengan akhlak Al-Quran. Insya-Allah selamat dunia akhir4t. Tolong pantau anak – anak anda, seawal dari sekolah rendah. Ajar mereka rasa malu dan segan dengan berIawanan jantina. Jangan harap guru 100% lagi – lagi yang muda tu.
Kasih sayanglah anak – anak syurga ini secukupnya. Bayangkan andai saya layan anak murid perempuan tadi dengan lebih mendalam. Apakah yang bakal terjadi? (Nauzubillahi Min Zaalik) Insya-Allah dalam coretan akan datang saya akan kongsikan pengalaman saya sepanjang 4 tahun menjadi guru muda dalam dunia pendidikan.
Kalau ada apa – apa komen dan cadangan juga saya alu – aIukan. Moga – moga penulisan saya ini bermanfaat buat ummah. Aamiin. – amhi1999 (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noor Asikin : Nasib ustaz tak layan budak ni, zaman sekarang banyak cerita pelik – pelik pasal cikgu dengan anak murid. Anak murid zaman sekarang ada yang terlebih berani sampai ada yang sanggup jual diri kepada guru – guru lelaki semata – mata nak top up handset mereka. Kita yang dewasa ni laa yang kena kuatkan iman dan bimbing mereka. Jangan sama – sama hanyut. Nauzubillahiminzalik.
Sadiah Kamar : Budak – budak zaman 2000-an tak sama dah dengan budak – budak era yang terdahulu. Bukan senang jadi ibu bapa zaman sekarang. Dah tak boleh samakan didikan mak bapak kita masa kecil dulu dengan didikan mak bapak sekarang. Jauh berbeza. Sekarang kena 100% tumpu perhatian pada anak – anak. Tak boleh dibiarkan gitu saja.
Lucio Vieira Rizwana Bashir : Cikgu, apa kata cikgu buat mesyuarat pibg antara anak – anak murid cikgu. Pastikan mak ayah budak tu join skali dan secara tidak langsung utarakan issue ni. Bukan apa, kalau ada cikgu kat sekolah pun melayan, cuba bayangkan orang – orang kat luar sana. Kita taktau, sapa – sapa yang dia jumpa selain cikgu – cikgu di sekolah. Kesian budak tu. Inn0cent lagi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.