Tok rajin baca Quran siap berlagu lagi, tapi satu hari mak perasan yang tok baca Quran terbalik

Satu hari tu makcik aku call bagitahu nenek dah takda harapan. Umur nenek pun dah 100 lebih. Doktor cakap kalau ikot keadaan nenek, sebenarnya dah lama nenek takde. Maksudnya dah meninggaIlah sepatutnya tapi pelik sebab nenek masih hidup. Maka bermulalah cerita..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum hai. Terima kasih admin sekiranya confession ni dipilih untuk dikongsikan. Baru – baru ni ada confessor yang tulis cerita berkaitan mesin jahit nenekkan? Jadi hari ni aku pun rasa nak share benda yang lebih kurang sama.

Aku menaip jam 1.50 pagi kot. Cuak beb. Alkisahnya, mak aku ada lima beradik, empat beradik semua duduk dekat – dekat kawasan rumah sendiri. Maknanya, keempat – empat ni rumah diorang dekat dekat, satu daerah satu negeri.

Dekat jugak dengan rumah moyang aku, sepupu sepapat lain. Kire beIah mak aku ni semua duduk dekat – dekatlah. Memang setiap hari boleh jengah sesama sendiri. Cuma mak aku je yang duduk jauh, kira kalau nak balik kampung tu lebih kurang 5/6 jam dari rumah kami.

Kami duduk berhampiran rumah opah beIah ayah. Ceritanya bermula bila moyang aku s4kit. Moyang aku, aku panggil dia “nenek”. Kalau nenek pulak panggil, “atok”. Memang dari kecik panggil macam tu. Jadi, kalau aku mention nenek tu maknanya rujuk pada moyang aku okeh.

Disebabkan family kami duduk jauh dari kampung mak aku, jadi macam tak tahu sangat lah hal – hal kecik yang jadi kat kampung sebab takkan lah makcik aku nak cerita semua kan. Kisahnya bermula bila nenek aku s4kit.

Kami ingat s4kit – s4kit biasa je, almaklum umur nenek dah 100 lebih tapi tak cecah 110 lagi la. Jadi adatlah orang tua kan. Satu hari tu makcik aku call bagitahu nenek dah takda harapan. Nenek aku ni duduk dengan anak dia, aku panggil dia Tok. Perempuan.

Dah berusia 80 tahun macam tu kot. Kira berdua je dalam rumah. Tok aku ni mana lah larat nak jaga nenek sebab doktor suruh bawa nenek balik. Jadinya, dia upah sepupu sepapat aku jaga nenek kat rumah nenek. Tok ada lah sekali tapi yang suap nenek makan, mandikan, lap – lapkan nenek, tu semua sepupu sepapat aku yang buat.

Sebab diorang duduk dekat kawasan – kawasan situ je senang. Tapi diorang jaga nenek dan tidur rumah nenek. Seminggu diorang jaga, bagi makan guna tube semua. Lepas seminggu nenek pergi menghadap Illahi. Kami sekeluarga tak sempat pun nak balik.

Sebab masa tu hari sekolah dan mak ayah aku kerja. Hujung minggu tu baru kami balik. Mula – mula dapat tahu tu nenek meninggaI, aku tengok mak aku takde beria macam bising – bising nak balik kampung. Macam pelik sikit kenapa ye tak nak balik sebab tu nenek dia. Aku diamkan je.

Mak aku ni ada sorang je adik perempuan yang lain semua lelaki. Jadi, segala info di kampung makcik aku ni lah yang akan cerita. Kami sampai jumaat malam. Sabtu pagi tu aku join sekaki makcik dan mak aku borak. Kami borak diam – diam kat dapur sebab tak nak bagi orang lain dengar. Tak nak aibkan.

Sampai sekarang dalam adik beradik, aku je tahu cite ni. Alkisahnya, masa nenek s4kit, Doktor cakap kalau ikot keadaan nenek, sebenarnya dah lama nenek takde. Maksudnya dah meninggaIlah sepatutnya tapi pelik sebab nenek masih hidup.

Hidup pun tapi macam m4yat hidup. Faham tak? Maksudnya tak boleh buat apa. Terlantar je. Jadinya bila sampai seminggu keadaan nenek macam tu jee. Anak – anak nenek aku ni termasuk makcik aku pakat – pakat nak panggil ustaz lah tengokkan nenek.

Sebab kesian macam siksa dia pulak. Bila ustaz sampai, tengok keadaan nenek. Ustaz tu terus panggil makcik aku dengan beberapa anak nenek, dia tanya “nenek ni membela ke?”. Makcik aku memang tak tahu bab ni, anak – anak nenek pun tak tahu atau tak ngaku.

Pelik je kan takkan tak tahu. Lepas tu ustaz cakap, ‘takpelah.’ Ustaz suruh anak nenek ambik daun ape entah kat belakang rumah nenek sebab ustaz kata tu je cara nak selesaikan masalah. Aku tak ingat daun ape. Lepas tu, daun tu direbus dan bagi nenek minum.

Masa tu dalam bilik hanya ada makcik aku dan anak – anak nenek je. Orang lain semua tak boleh masuk. Lagipun bilik tak besar sangat. Sebelum bagi minum, ustaz suruh buka atap atas bilik tu, hmm makcik aku dah cuak dah.

Rupanya baru tahu nenek membela. Aku tak pasti keturunan punya ke atau memang sejak azali dari nenek. Lepas je minum air tu, nenek hembuskan nafas terakhir. Kalau korang nak tahu, aku memang tiap kali balik kampung akan pergi rumah nenek.

Cuma aku tak boleh duduk lama, macam cacing kepanasan. Sama jugak dengan adik – adik aku. Cuma aku tak cakap, mak aku pun kalau pergi umah nenek tak duduk lama. Memang ziarah kejap – kejap je. Nak tido? Memang tak.

Aku rasa mak aku macam dapat rasa nenek aku membela kot. Muka nenek aku, macam nenek kebayan. Nenek aku bongkok dan muka dia agak menakutkan bagi aku. Korang pernah tak tenokgk cerita nenek kebayan bertongkat?

Haaa macam tu lah weyh. Menakutkan sikit. Sama juga dengan anak nenek yang duduk dengan nenek tu tapi Tok tak bongkok. Bila aku korek – korek dengan mak aku, barulah dia cerita. Dia kata, dulu Tok (anak nenek) aku ni ngaji bagus, tiap malam ngaji, siap berlagu – lagu lagi.

Tapi ada satu hari tu, mak aku ternampak Tok baca Quran terbalik. Lepas tu, mak aku pulak pernah nampak ada bayang – bayang berdiri kat kepala Tok aku, masa tu tengah tido ramai – ramai atas toto. Tido style kampung lah, mana ada katil.

Sejak tu mak aku macam tak berapa rapat sangat dengan Tok dan nenek. Sebab banyak benda – benda pelik mak aku nampak tapi aku tahu dia tak cerita dekat makcik aku tu. Yelah, makcik aku duduk dekat area umah nenek, nanti dia takot pulak.

Cuma sekarang rumah nenek tu, Tok tinggal sorang je. Kalau aku balik kampung, ada lah jengah tapi memang macam cacing kepanasan lah plus aku takot sikit tengok muka Tok, terbayang nenek. Kalau pergi, aku akan ajak sepupu sepapat aku join sekali.

Jadinye bila ramai – ramai takde lah aku takut sangat walaupun family aku ada je tapi saja meramaikan orang. Itu jelah kisah aku. Nak kongsi cerita benda bela bela ni bukan boleh buat main. Nak meninggaI pun susah sebab benda tu tak nak lepas.

Sekarang, aku tak pasti benda tu hilang terus atau apa. Aku harap hilang terus lah, walaupun aku macam rasa beralih pada Tok. Aku harap tak sebab makcik aku cerita, memang takda siapa ambil. Tapi tak tahu lah. Mak aku siap pesan kat makcik aku jangan sesekali cuba cuba nak ambik walau terp4ksa.

Sejak kisah tu, makcik aku pun tak bagi anak – anak dia jengah rumah nenek tanpa dia. Maksud, nak pergi kena ramai – ramai supaya takda benda tak diingini berlaku. p/s: Tok anak nenek tu bukan atok aku tau, kira adik beradik atok aku lah. Peristiwa ni berlaku masa tu atok aku dah meninggaI dah pun. – Cucu nenek

Komen Warganet :

Zinnirah Ira : Aku ade belajar something dari arw4h abah aku. Ilmu mempert4hankan diri. Aku ade tanye gak tapi arw4h abah aku kate takde pape pon. Takde d0se lah. So aku amalkan. Bila aku amalkan dalam 2 minggu ayat – ayat yang dia ajar tu.

Aku diuji dengan gangguan – gangguan. Aku gagal dalam ujian dua minggu je terus aku tinggal macam tu je. Bende tu masih ikut aku sampai sekarang. Aku taktau ape yang aku belajar tu. Kenapa abah aku tak bagitau detail.

Adik aku kalau angin ribut datang melanda dia baca something dia hembus terus angin tu berhenti ser4ng kawasan umah mak aku. Angin tu macam terbeIah pegi arah lain. Bila kena tahan polis dia baca something polis lepaskan dia camtu je.

Aku sebab was – was. Yang aku belajar keselamatan dan kesian. Bila aku tido je ade lembaga hitam macam orang minyak merangkak naik atas badan aku malam – malam. Aku terjaga nampak muka kosong mata ke idung ke ape pon takde aku terk3jut terus dia lari masuk ke arah toilet.

Aku menyesal sangat belajar benda – benda macamni maklumlah aku ni muda lagi masa tu. Keje nak mencuba dan nak ambik tau je. Macam – macam ilmu abah aku turunkan aku tulis dalam buku. Laki aku tau aku simpan tu semua dia koyak.

Aku cakap aku belajar je tapi tak amalkan pon. 2 minggu je aku cuba nak tengok berkesan tak ape yang abah aku ajarkan tapi aku silap sejak aku belajar ade bende asyik ikut aku. Now aku taktau bende tu ikut lagi ke tak sebab aku dekatkan diri ngan tuhan je. Hanya 2 minggu aku belajar tapi aku d3rita sebab aku asyik diganggu dan nampak jer. B0dohnye aku masa tu.

Mohd Ilham : Kita pun juga kena hati – hati ilmu pelaris kat sesetengah kedai makan. Ada sebuah kedai makan dekat daerah tempat saya tinggal, tampal sekeping kertas yang mempunyai tulis arab mengikut geometri bentuk segi tiga, bulatan dan empat segi serta gambar lukisan badan manusia dekat kaunter bayaran. Kawan saya cakap, itu sih1r pelaris. Kalau tengok kertas tu kat kaunter, jangan pergi kedai makan tu lagi.

Demonize Alia : Jangan jadi cam kisah arw4h nenek aku plak. Dulu – dulu time muda dia memang ader membela tapi arw4h cakap time tu tak banyak orang datang ajar ilmu – ilmu agama ni. Ajar agama n such. Bila dah ramai ustaz datang bagi mengajar, dia ader kesed4ran dan dah buang.

Kebetulan umur dia Allah takdirkan panjang. Lebih 100 tahun. Bila panjang, kadang – kadang dia cakap macam nampak benda tak elok. Nampak orang yang takde. So sume orang macam syak maybe dia ader lagi bende tu tapi aku bagitau mak aku panggil jer ustaz.

Kalau betul ader, buang. Kalau takde ok laa. Buat apa berteka – teka lama – lama, buat mendatangkan fitnah. Bila ustaz tu datang. Dia cakap arw4h nenek aku takda pape cume disebabkan umur dah lanjut. Kadang – kadang Allah kembalikan macam baby di mana hijab dia terbuka. So thats why dia macam tu. Sekian.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.